Saya difahamkan seorang peneroka diperuntukkan saham Feda Venture sebanyak 800 unit sahaja. Maknanya tak sampai satu lot (1,000 unit). Ha ha. Ceritanya macam nak rak. Heboh satu dunia. Pecah radio dan tv. Rupa-rupanya sekadar 800 unit sahaja. Jika saham naik RM 1.00, untonglah RM 800.00. Jika naik RM 2.00, untonglah RM 1,600.00. Mana boleh kaya macam ini. Setakat duit minum pagi sahaja tu. Woooo.
Takkan beli saham 800 unit pun sampai kena cagar tanah peneroka yang bernilai RM 200,000.00? Tak masuk akal. Apakah kesah sebenar sehingga dikatakan tanah peneroka bakal tergadai jika harga saham jatuh? Keliru semakin keliru dibuatnya.
Yang pasti peneroka bakal dapat RM 15,000.00. Semua wang ini diberi tunai kepada peneroka untuk peneroka berbuat apa sahaja. Maka jumlah wang lebih satu bilion yang diagih-agihkan kepada peneroka tidak dapat dimanafaatkan untuk meningkatkan ekuiti Melayu dalam negara ini. Tak tahulah siapakah yang untung dalam penyenaraian Felda Venture. Semua pelabur bumiputera samada yang dapat borang biru dan borang jingga, akan menjual sahamnya bila disenaraikan nanti. Semua mau untung segera. Hanya pelabur institusi sahaja yang lebih cenderung menyimpan saham ini untuk jangka masa yang lebih lama.
Cerita peneroka atau Melayu bakal kaya dengan penyenaraian Felda Venture adalah indah khabar sahaja. Yang pasti, hanya mereka yang ada modal besar sahaja mampu membeli dan menjual saham FV serta meraih keuntungan segera. Wang jual pokok getah tua lebih banyak lagi dari keuntungan jualan saham FV. Hanya tunggu 25 tahun, peneroka akan dapat jual pokok getah tua pada harga RM 100,000.00 berbanding tunggu 50 tahun untuk dapat RM 15,000, duit saham FV. Ha ha.
Sebelum penyenaraian, ladang Felda milik rakyat semua. Selepas penyenaraian ianya menjadi milik pemegang saham yang diboloti oleh sang kapitalis besar sahaja. Woooo.