Wednesday, December 28, 2011

PARTI MELAYU ORI

Semua orang ada hak dan visi politik. Tetapi kita mahu mereka konsisten dengan visinya. Barulah kita boleh tabik hormat kepada  mereka.

Jika anda seorang pejuang Melayu tulin - tubohlah sebuah parti Melayu, 100%  anggotanya  orang Melayu, jangan bergabung dengan parti-parti bukan Melayu dalam pilihan raya  - bertandinglah seorang diri, jangan layan kehendak bangsa lain, dan pastikan semua sektor ekonomi diambil semula untuk monopoli atau majoriti  orang Melayu.

Jika macam tu - baru berjuang untuk Melayu.

Tuesday, December 27, 2011

CALON - MELIHAT KELEBIHAN ORANG LAIN

Menjadi aktivis parti tak siapa bertanya latarbelakang akadamik atau kerjaya kita. Kerja aktivis parti adalah secara sukarela, tak siapa membayar gaji atau elaun kita. Kita hanya mencari ganjaran Allah swt sahaja. Berapa ramai anggota parti yang berkorban dari sekupang dua sehinggalah ratusan ribu ringgit. Ada yang sanggup wakaf tanah berekar kepada parti. Ada yang menyumbang wang setiap bulan. Mereka tak pernah mengharapkan balasan projek  jika partinya memerintah. Malah jauh sekali berangan menjadi calun pilihan raya.

Tetapi apabila parti mencadangkan nama calon  pilihanraya, ianya tidak terikat kepada nama dikalangan aktivis parti atau di kalangan AJK parti. Kita mencari nama yang mampu diterima ramai oleh pengundi. Barang pasti latarbelakang kerjaya,  kelulusan akadamik, hubungan dalam masyarakat dan kemampuan diri diambil kira.  Shahnon Ahmad dan Cikgu Huda yang bertanding di Sik bukan pun aktivis parti tetapi dipilih oleh parti mewakili parlimen Sik dan menang. Hasan Shukri yang pernah menjadi Naib Presiden Pas sekian lama pun tak tergila-gila nak cadi calun. YDP Pas Parit Buntar pun tak menjadi calun, sebaliknya memberi laluan kepada Dr Mujahid Yusf yang diimpot dari luar. YDP Titiwangsa juga tidak bertanding memberi laluan kepada Dr Loklo

Pimpinan yang bijak dan berstrategis sanggup memberi laluan dan  mencari calon di Luar AJK, jika berhasrat menambah "faktor" kemenangan.   Tambahan pula jika sudah beberapa kali bertanding dan kalah. Elok sahaja beri peluang kepada orang lain. Terlebih "perasan" pun tak elok juga. Orang ramai akan lebih hormat kepada kepimpinan kita jika sanggup bertolak ansur dalam mencari kemenangan parti. 

Antara "kelemahan" dan "kekurangan" ada perbezaan. Kelemahan mudah dan segera boleh diatasi. Tetapi kekurangan mengambil masa untuk diatasi. 

Pemimpin kena "peka" dengan signal orang bawah. Kalau tidak - akan menambah kebencian orang kepada kita!!!!!


Saturday, December 24, 2011

MELAYU OH MELAYU - 1

Di era awal kemerdekaan, Umno meraih undi dengan isu keselamatan negara. Kononnya mengundi Umno selamatlah negara. Parti selain Umno adalah pro kominis dan mengancam keselamatan negara. Ramailah pemimpin pembangkang yang diISAkan sehingga melumpuhkan parti mereka. Zaman itu hanya  ada RTM dan Utusan Melayu sahaja sebagai media propaganda. 

Fasa selanjutnya Umno  menggunakan isu pembangunan pula. Hanya BN sahaja  yang mampu membangunkan negara.  Macamlah Amerika , Jepun dan Singapura  maju kerana ada Umno.

Namun, apabila Umno berjumpa dengan orang Melayu, isu "Melayu"lah yang menjadi nyanyian mereka.  Jika Umno kalah, orang Melayu  seolah-olah  tidak akan memimpin negara  ini lagi.  Walaupun semua calun Umno dilawan oleh calun Melayu dari pembangkang,  tetapi pengundi dibayangkan jika Umno kalah,  calun Cina yang menang. Ha ha. Macamlah Hj Hadi  itu Cina yang berjaya mengalahkan Umno di Marang.  Macamlah Anwar itu Cina yang berjaya kalahkan Umno di Permataang Pauh.


Umno berjaya memerintah kerana ia terpaksa bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Umno tidak mampu berkuasa tanpa sokongan parti-parti tersebut. Lantaran itulah Umno selalu mempengaruhi pengundi Melayu supaya  jangan undi DAP kerana jika DAP menang, maka MCA yang kalah.  Kekalahan  MCA itu akan menyebabkan Umno  pun tak dapat memerintah lagi.  Lantaran itulah DAP sentiasa diwarwarkan anti Melayu, anti Raja Melayu, anti Islam!!!!  Malangnya, bukan rakyat bawahan termakan nyanyian Umno ini, tetapi ianya sudah termasuk dalam hati sebahagian pimpinan Pas.  Walaupun pada zahirnya bersama Pakatan Rakyat  tetapi jauh nun di hati, masih teringat-ingat hendak berpeluk dengan Umno!!!!!  Mereka sanggup mahu bersekongkol dengan Umno yang haprak dengan rasuah!!!!

Nasib baiklah orang bawahan  Pas  amat "keras" dengan Umno!!!!

Wednesday, December 21, 2011

JIKA HASAN ALI ANAK JANTAN

Hasan Ali tak setuju konsep negara berkebajikan Pas.

Jika anak jantan, berhentilah menjadi exco negeri Selangor.

Pas Pusat kena mohon agar MB Selangor melantik exco lain menggantikan  Hasan Ali.

Kalau ada apa-apa hutang dengan Harakah eloklah dibayar habis segera kerana Pas bukan badan "kebajikan" menolong orang membayar hutang.
Woooo.

Tuesday, December 20, 2011

ANASIR UG BERKOKOK DALAM PAS

Orang lama dalam Pas boleh membaca gerak geri pimpinan Pemuda Pas. Orang lama dalam Pas tak kagum dengan serban Ketua Pemuda. Orang lama  dalam Pas tak hairan status anak Tok Guru Nik Aziz.

Apabila idea UG sedang cuba dimasukkan dalam Pas, kedua-dua anak muda ini adalah antara pendukungnya

Salah seorang anak muda ini meraih projek dari hubungan dengan orang Umno..

Apabila mereka meyokong Hasan Ali dan  Nasarudin Mat Isa, maka semakin jelaslah kepada kita - warna kulit mereka yang sebenarnya.

Tetapi anak muda dalam Pas sentiasa 'bersangka baik" dengan pimpinan mereka. Tidak ada jaminan bahawa jika mereka mengambil alih pimpinan Pas Pusat  pada masa akan datang - mereka syok dengan idea perpaduan dengan Umno!!!!

Wooooo. Jika saya hidup lagi, maka saya akan menentang habis-habisan.

ASALKAN BUKAN UMNO

Monday, December 19, 2011

TINGGALKAN PAS - PAS TERUS MAJU!!!!

Berparti atau dalam Pas disebut berjemaah. Jika anda masuk parti, anda membantu menguatkan parti. Tetapi jika anda keluar parti, jangan fikir anda akan melemahkan parti.  Silap sekali jika fikir begitu.

Meriah sungguh bila Pas ada Akl Hayy. Tetapi apabila  Akil Hay tidak  aktif dalam Pas, Pas tetap bergerak maju.

Pas pernah ada Asri, Nakhaei, Suhaimi  Said , dan beberapa nama yang tak larat nak tulis. Ada mereka, Pas  diperkuatkan. Tetapi bila mereka keluar Pas, Pas tidaklah lemah. Malah terus maju.


Alhamdulillah jika niat anda masuk Pas untuk menyumbang dan menguatkan Pas. Tetapi jangan sesekali anda keluar atau berhenti dari Pas dengan niat hendak melemahkan Pas. Ianya tidak akan berlaku.

Jika masuk Umno berniat nak kaya,  mungkin ada harapan kaya. Nasib tak baik bertambah papa lagi!!!!

Wooo.

Saturday, December 17, 2011

JANGAN TAKSUB - BEBAS RASUAH

Sesiapa nak kaya - berniagalah.

Jika nak kaya dengan jalan politik - mesti ada rasuah atau unsur rasuah.

Tak kira orang BN atau PR - sama sahaja kelakunya. Orang PR  belum ada kesempatan lagi agaknya. Ha ha.

Maka yang penting ialah para pengundi kena peka dengan kelaku  wakil rakyatnya.   Jika menyeleweng kena dibuang dari persada jawatan.   Barulah kita akan lahirkan sebuah negara bebas rasuah. Rakyat kena cerdik dan bebas dari ketaksuban parti!!!!!

Friday, December 16, 2011

HERO KESIANGAN HARI

Hasan Ali akan berusaha menyatukan Pas dan Umno.   Siapa pula melantik dia mewakili Pas untuk bersatu dengan Umno?   Umno pun tak melantik dia sebagai wakil Umno. 

Kok ya nak bayar hutang, janganlah menjadi hero kesiangan hari.

Hari ini Hasan Ali minta pemimpin Pas berjiwa besar,  bersedia mendengar pendapat orang lain. Tetapi ketika belaiu sebagai PJ Selangor berbeza pendapat dengan Khalid Samad dan Saari Sungip - dipecatnya Khalid sebagai TPJ dan Saari Sungi sebagai Ketua Penerangan. Termuntah mendengar cakap Hasan Ali ini. 

Wooooo.

Thursday, December 15, 2011

SEMUA SEMANGAT BERTANDING

Semua bersemangat menjadi calun pilihan raya.

Yang uzur pun bersemangat.

Yang tak ada wang deposit pilihan raya pun bersemangat.

 Yang malas berkhidmat dengan parti pun bersemangat.

Yang tak reti bercakap pun bersemangat.

Yang tak ada kawasan pun bersemangat

Yang kedekut pun bersemangat

Yang tak popular dengan orang bawahan pun bersemangat

Itulah penangan "zaman boleh menang". Woooo

Wednesday, December 14, 2011

SEMANGAT MENANG SEMAKIN MEMBARA

Pilihan raya semakin hampir.  Semangat  menang semakin membara. 

Hanya dikhuatiri persiapan sahaja belum dibuat.  Ramai yang bangga dengan  kerja "last minute"  -  semacam  jihad yang hebat. Semuanya akan beres apabila sampai masanya. 

Betul ke macam itu?


Saturday, December 10, 2011

SHAHRIZAT JANGAN LETAK JAWATAN

Janganlah mendesak Shahrizat berhenti sebagai Menteri sekarang.  Kita mahu kalahlah dia lagi dalam PRU 13.

Kita akan bentang poster lembu sebanyak-banyaknya nanti di Lembah Pantai.

Atau kita akan berjamu dengan lembu-lembu  milik keluarga Shahrizat.


WOoooo

Friday, December 9, 2011

BOLOT JANGAN TAK BOLOT

Kononnya Umno pejuang nasib Melayu. Sebenarnya mereka menggunakan alasan tersebut untuk memperkayakan segelintir  orang tertentu sahaja.

BN adakan permit teksi tetapi bukan induvidu terbanyak yang dapat.  Yang dapat hanya syarikat kroni sahaja. Bayangkan satu syarikat dapat 100 ke 500 permit teksi.  Depa sewakan  kereta  sehari   antara RM 30 ke RM 50 ke induvidu pula. Betapa untung segera yang depa buat. Dalam masa yang sama induvidu yang menyewa teksi tersebut menjadi hamba membayar sewa teksi selama 5 ke 7 tahun, baru dapat memiliki teksi dengan harga berganda.

BN adakan AP untuk impot kereta mewah. Hanya tak sampai 100 orang sahaja yang layak mendapat AP.  Depa sahaja yang membolot sejak AP diperkenalkan. Hanya 15% sahaja yang benar-benar berniaga kereta mewah. Yang lain mengAliBabakan AP itu. Kaya mudah atas angin dengan menjual kertas AP sahaja. Satu AP berharga lebih kurang RM 40,000.00. Jika 100 AP, depa untung atas angin  RM 4 juta!!!  Apabila ada usahawan baru nak mulakan perniagaan kereta mewah, AP tidak dikeluarkan lagi!!!!!  Itulah cara Umno membantu Melayu. Bukan semua Melayu tetapi seorang dua Melayu sahaja.  Mestilah rapat dengan Pak Menteri. 


Banyak lagi kesah lain. Cukuplah dua cerita itu!!!!!  Itu pun penyokong setia  Umno tak faham-faham. Woooo

Thursday, December 8, 2011

PEMBAZIRAN TENAGA KERJA DI PERKHIDMATAN AWAM

Penjawat awam adalah berkhidmat untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti pemerintah.  Namun Umno mewujudkan pelbagai jawatan atas nama perkhidmatan awam untuk menjalankan kerja-kerja untuk kepentingan partinya.

Antara jawatan awam yang diwujudkan itu ialah di KEMAS, JABATAN PENERANGAN DAN  RISDA.
Kalaulah Fuad Hassan pun memegang jawatan Ketua Pengarah JASA di Jabatan Penerangan, apa punya tuuur daa!!!!

Tanda jawatan itu tidak penting ialah jawatan itu bertaraf KONTRAK SAHAJA.

Inilah antara pembaziran yang dibuat oleh Umno/BN!!!!!

Tuesday, December 6, 2011

NIK AZIZ BERTANDING LAGI

TG Nik Aziz istihar akan bertanding lagi.

Siapa orang dalam parti berani menasihatkannya untuk berhenti dari bertanding. Tak bertanding dalam pilihan raya bukan  bermakna  berhenti dari berpolitik dan berjihad.

Cukuplah 5 penggal menjadi MB walaupun beliau tak amalkan rasuah. Beri laluan calun lain pula. 

Kalau orang Umno menjadi MB lebih 5 penggal, entah apa orang Pas mengata. Ha ha.

Tinggalkan jawatan eksekutif ketika di kemuncak adalah satu kehebatan!!!!

Takkan orang Pas Kelantaan akan  bergaduh sakan nak jawatan MB jika bukan TG Nik Aziz. Wooooo

Sunday, December 4, 2011

UMNO DAN LEMBU

Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan Umno saban tahun sejak zaman Mahathir,  Pas  dan pembangkang lain sentiasa dibalunnya.  Samada balunan  itu  kuat atau tidak  bukan isunya, Balun tetap balun.


Zaman Pas kalah banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan bahwa Pas sudah ditolak oleh  rakyat.


Zaman Pas menang banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan Pas pengkhianat dan pemecah belah  Melayu.


Tetapi yang jelas Umno  gagal menjaga wang negara - pembaziran, bocor, kronism, ketidakcekapan - sehingga ratusan biliion  wang rakyat  hangus!!!!!  Semuanya dibuat atas nama Melayu. Muntah mendengarnya!!!!  Yang terbaru   keluarga Shahrizat seorang dapat geran dan pinjaman RM 250 juta untuk projek lembu   walaupun  keluarganya  tidak pernah terlibat dengan perniagaan lembu. Macamlah penternak sedia ada tak reti buat projek lembu.  Umno lembu!!!!!

Friday, December 2, 2011

UNTUNG JADI ORANG BESAR

Kalau anda orang atasan parti, mudah nak cari kawasan selamat untuk bertanding dalam PRU  akan datang. Banyak hujah boleh dikemukakan untuk parti menerimanya.   Yang mudah ialah "saya  berkesan di parlimen".
Bila "orang luar" sudah dua kali berada dalam kawasan selamat, eloklah berhijrah ke kawasan lain pula. Kesian kat pimpinan tempatan tak berpeluang menjadi Ahli Parlimen pula. Orang atasan parti bolehlah meneroka ke kawasan lain pula. Mungkin kawasan selamat atau kawasan 50-50. Barulah pendekar politik.

Bagi pimpinan atasan PAS, bolehlah memilih tempat di mana MP bisu ketika ini. Antaranya Sik dan Pasir Puteh. Woooo







Thursday, December 1, 2011

NASIBNYA BADAN

Induvidu dalam parti ibarat saham di BSKL juga.

Ada masa menjadi pilihan utama sebagai calon pilihan raya.

Ada masa   langsung tidak dicadangkan lagi   sebagai calon oleh semua cawangan  dalam kawasan.

Malah, ada yang sedang memegang jawatan Ahli Parlimen dan Adun pun  tidak dicadangkan juga.

Maka pandai-pandailah sang empunya tubuh membawa diri.

Masa berubah. Kehendak pasaran pun berubah, termasuk calon pilihan raya. 

Woooo.