Friday, June 10, 2011

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Jumaat 10 Jun 2011

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Jumaat 10 Jun 2011

Tahniah  Atas Ketegasan Timbalan Presiden PAS  Tuan Haji Mohammad Sabu

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Kerajaan yang dipimpin oleh PAS khususnya Kelantan dan Kedah perlu lebih kehadapan dalam merangka dan melaksanakan agenda pembangunan rohani dan jasmani. Rakyat yang memilih PAS bukan semuanya memilih kerana mereka menyokong PAS tetapi sebahagian besarnya mereka hanya memberi peluang sahaja kepada PAS. Mereka sebenarnya mahu mengukur keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuktikan lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional maka dikuatiri rakyat akan berpatah balik dalam pilihanraya akan datang.

PAS khususnya harus menyedari kekalahan di Terengganu pada tahun 2004 yang menyebabkan petugas PAS sukar bangkit daripada kekalahan tersebut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca utama adalah ‘over confident’ terhadap kekuatan PAS di Terengganu. Lalu rakyat menghukum dalam pilihanraya 2004. Kini dengan segala kekuasaan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan lekanya petugas khususnya pemuda PAS di kawasan-kawasan, saya sangat kuatir peritiwa kekalahan PAS di Terengganu akan berulang.

PAS juga belum memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat agenda yang boleh menarik sokongan orang Melayu. Sedangkan PAS bertanding dikebanyakkan kerusi orang-orang Melayu.Pilihanraya pula sudah terlalu hampir. Bagaimana PAS mahu menganti UMNO sedangkan tiada agenda khusus untuk menarik sokongan masyarakat Melayu.

Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group’ kepada parti. Selepas kemenangan tahun 2008 Pemuda PAS dilihat terlalu berhati-hati dengan langkahnya sehingga tugas pemuda menegur kepimpinan PAS jarang kedengaran. Oleh itu masa masih ada lagi untuk berubah. Pemuda PAS harus berani, kreatif dan inovatif terhadap amanah yang diberi. Pimpinan PAS di semua peringkat harus melipatkali gandakan usaha untuk bekerja di lapangan masing-masing bagi mempastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat kemenangan dalam pilihanraya ke-13.



Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

No comments: