Malaysia kembali ke zaman batu.
Baju Bersih 2 dikatakan haram oleh Menteri Dalam Negeri.
Mengapakah daku mendapat kerajaan ala zaman batu.
Woooooooo.
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
KOMUNIS SUDAH ADA DI SEMPADAN!!!!
Komunis dalam Bersih 2.
Satu lagi lagu lama yang diperbaharui oleh pembodek BN. Dahulu kala Pas pernah dituduh lebih bahaya dari komunis. Lepas itu kes Sauk, Amin berjaya mengumpulkan senjata dari kem tentera untuk memberontak terhadap Yang DiPertuan Agung.
Apa ke tidaknya, Nalakaruppan pun pernah menyimpan peluru dan senjata api tanpa lesen. Selepas itu belot dan menikam kawan sendiri.
Esok dan sehingga 9hb Julai, tentu ada cerita yang komunis sudah berkumpul di sempadan Thailand untuk masuk menyerang Malaysia agaknya. Woooo
Friday, June 24, 2011
TUNTUTAN BERSIH 2: TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI
Antara tuntutan Himpunan Bersih 2 ialah tempoh kempen minima selama 21 hari. Tempoh kempen 10 hari di Malaysia adalah terlalu singkat sebenarnya. Dengan kawasan parlimen yang luas, sehingga ada 3 atau 4 kawasan Dewan Undangan Negeri di dalamnya, ianya tidak memadai untuk berkempen secara efektif.
Tempoh masa yang manasabah adalah diperlukan untuk semua parti berjumpa dengan pengundi bagi menyatakan manifestonya. Pengundi pula dapat menganalisa kekuatan calun dan parti yang bertanding. Jika di Turki tempoh kempen adalah selama 30 hari dan di Indonesia pula melebehi 30 hari. Nampak sangat Malaysia takut dengan info yang tersebar kepada rakyat. Biarlah rakyat puas hati dengan pelbagai maklumat yang diterima untuk dipertimbagkan dan mereka akan membuat keutusan di peti undi.
Di zaman Tunku Ab Rahman, tempoh kempen pernah selama 30 hari. Apakah yang SPR takutkan dengan tempoh kempen minima 21 hari? Jika alasan kos, biarlah rakyat yang menanggungnya!!!!
Wednesday, June 22, 2011
TUNTUTAN BERSIH 2: GUNA DAKWAT KEKAL
Antara tuntutan Bersih 2 ialah menggunakan dakwat kekal ketika hari mengundi.
Penggunaan dakwat kekal diamalkan di India untuk mengelakkan seseorag mengundi lebih dari sekali. Selepas mengundi, jari pengundi akan dicalit dengan dakwat yang kekal selama 24 jam. Maka mereka tidak boleh mengundi di tempat lain. Cara begini boleh mengelakkan penipuan seperti berikut:
i. Pihak parti yang berkuasa boleh membuat satu orang dengan memiliki 10 kad pengenalan dengan nama yang berlainan. Mereka akan mengundi pada 10 tempat mengundi yang berasingan tanpa diketahui atau disedari pihak SPR atau pihak parti lawannya. Jika 100 orang sahaja berbuat demikian, maka parti yang dikuasai oleh kerajaan mampu mendapat 1000 undi dengan mudah. Bagi kawasan pilihan raya yang menang majoriti kecil, misalnya bawah 1,000 undi, maka strategi ini akan dibuat. Dengan adanya dakwat kekal, maka strategi penipuan ini boleh dielakkan. Jika rakyat India beratus juta pun boleh meggunakan dakwat kekal, mengapa Malaysia tidak boleh. Malah SPR pernah mengaku, bahwa pada PRU 2008, dakwat kekal telah pun diimpot untuk digunakan tetapi dihalang oleh kerajaan BN. Biasanya Bahagian Perisikan Tentera atau Polis akan melaksanaka strategi ini untuk memenangi BN.
ii. Seseorang itu juga boleh didaftar mengundi pada beberapa tempat lain. Mungkin mereka mengundi pada tempat lain yang berhampiran. Namun cara ini tidaklah semudah cara kedua diatas.
Thursday, June 16, 2011
HAK DAN KEBEBASAN MEDIA: TUNTUTAN BERSIH 2
Negara Indonesia yang jauh lebih ramai penduduknya dari Malaysia telah mendapat hak demokrasi dalam bidang media. Semua parti mendapat layanan samarata dalam memaparkan aktiviti, menyampai pandangan, dan melapurkan manifesto masing-masing di akhbar, radio dan tv. Terasa rakyat adalah rakyat kelas pertama dalam negeri. Hak kebebasan media bukan milik eksklusif segelintir puak sahaja. Itulah peranan utama Suruhanjaya Komunikasi iaitu mempastikan rakyat mendapat hak dan kebebasan media terlaksana dalam negara.
Di Britain, Suruhanjaya Komunikasi akan memantau mana-mana media yang gagal memberi keadilan kepada semua pihak, Jika ada dakwaan, mesti dibenarkan sang tertuduh memberi jawapan pula. Cerita Saidina Umar yang memakai jubah barunya dan ditanya oleh sang rakyat hanya berlaku di negara barat sahaja kini, bukannya negara yang diperintah oleh orang Islam. Di Malaysia, balasan jika bertanya hal PMnya, ialah ISA. Wooo
Antara lain tuntutan Himpunan Bersih 2 pada 9hb Julai ini ialah kebolehan rakyat mendapat akses media dengan adil dan bebas. Intipati demokrasi ialah keadilan kepada rakyat mendapat info dan memberi info. Jika ini pun rakyat tak dapat, buang sahaja perlembagaan Malaysia yang kononnya menjamin hak rakyat bersuara. Kekadang kunonya orang Melayu yang menjadi pemerintah kini ialah tidak memahami maksud kebebasan bersuara seperti yang termetri dalam perlembagaan.
Apakah demokrasi Malaysia masih tertinggal seperti sebelum abad 19?
Wednesday, June 15, 2011
FELDA KALAH - KENA BAYAR RM 1.2 JUTA
Sumber: Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka. Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud. Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun. Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu. Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian. "Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya. "Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit. Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka. "Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya. Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah. "Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya. Sekretariat Task Force Felda Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor. "Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya. Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah. Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut. |
Monday, June 13, 2011
BANYAK KERJA LAIN UNTUK KE SYURGA
Beruntung parti mendapat anggotanya yang ingin memegang jawatan di pelbagai peringkat untuk menggerakkan parti. Ketika diberi kesempatan samada dipilih atau dilantik, buatlah tugas dengan serius dan bersungguh-sungguh. Namun selepas cukup tempoh pemegangan jawatan, maka kepimpinan kita akan dinilai semula. Terpulanglah kepada perwakilan atau pihak atasan samada mahu memilih atau melantik kita semula.
Jika tak dipilih semula, belajarlah menjadi anggota biasa dan buatlah kerja apa yang patut. Ha ha. Jangan dok merayau tak tentu hala mengganggu perjalanan parti. Biarkan team baru mencorak organisasi. Inilah masanya buat kerja lain. Bukan mudah dapat peluang untuk buat kerja lain selain kerja parti. Wooo. Bak kata orang, banyak jalan lain untuk ke syurga. Tak semestinya pegang jawatan dalam parti sahaja. Kalau tak tau juga, boleh dapat nasihat dari saya secara percuma sahaja. Wooo.
Sunday, June 12, 2011
8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2
Himpunan Bersih 2 yang dijangka menghimpun 300,000 orang pada 9 hb Julai 2011 membuat 8 tuntutan iaitu:
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Friday, June 10, 2011
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Jumaat 10 Jun 2011
Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Jumaat 10 Jun 2011
Tahniah Atas Ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Kerajaan yang dipimpin oleh PAS khususnya Kelantan dan Kedah perlu lebih kehadapan dalam merangka dan melaksanakan agenda pembangunan rohani dan jasmani. Rakyat yang memilih PAS bukan semuanya memilih kerana mereka menyokong PAS tetapi sebahagian besarnya mereka hanya memberi peluang sahaja kepada PAS. Mereka sebenarnya mahu mengukur keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuktikan lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional maka dikuatiri rakyat akan berpatah balik dalam pilihanraya akan datang.
PAS khususnya harus menyedari kekalahan di Terengganu pada tahun 2004 yang menyebabkan petugas PAS sukar bangkit daripada kekalahan tersebut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca utama adalah ‘over confident’ terhadap kekuatan PAS di Terengganu. Lalu rakyat menghukum dalam pilihanraya 2004. Kini dengan segala kekuasaan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan lekanya petugas khususnya pemuda PAS di kawasan-kawasan, saya sangat kuatir peritiwa kekalahan PAS di Terengganu akan berulang.
PAS juga belum memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat agenda yang boleh menarik sokongan orang Melayu. Sedangkan PAS bertanding dikebanyakkan kerusi orang-orang Melayu.Pilihanraya pula sudah terlalu hampir. Bagaimana PAS mahu menganti UMNO sedangkan tiada agenda khusus untuk menarik sokongan masyarakat Melayu.
Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group’ kepada parti. Selepas kemenangan tahun 2008 Pemuda PAS dilihat terlalu berhati-hati dengan langkahnya sehingga tugas pemuda menegur kepimpinan PAS jarang kedengaran. Oleh itu masa masih ada lagi untuk berubah. Pemuda PAS harus berani, kreatif dan inovatif terhadap amanah yang diberi. Pimpinan PAS di semua peringkat harus melipatkali gandakan usaha untuk bekerja di lapangan masing-masing bagi mempastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat kemenangan dalam pilihanraya ke-13.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174
Wednesday, June 8, 2011
Peneroka Palong 9 berjaya halang injuksi kontraktor Felda
Keadilan Daily 8 Jun 2011, JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka.
Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.
Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.
“Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).
“Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960,” katanya dalam satu kenyataan.
Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar.
“Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.
“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti,” kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi.
Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.
Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.
“Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).
“Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960,” katanya dalam satu kenyataan.
Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar.
“Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.
“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti,” kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi.
NEGARA KEBAJIKAN
Apa dia Negara kebajikan?
Adakah semua rakyat dapat perkhidmatan percuma?
Adakah orang tertentu sahaja dapat peluang istimewa?
Adakah golongan korporat sahaja dilayan?
Teras kebajikan ialah keadilan. Keadilan kena diterjemahkan dalam dasar dan pelaksanaan pengurusan negara. Pas kena jelaskan secara jelas.
Monday, June 6, 2011
TAKZIAH KEPADA YANG DIPILIH
Yang dipilih bukan kerana induvidu itu ulama atau profesional. Yang dipilih adalah kerana mereka adalah aktivis parti. Yang bekerja menggerakkan program parti. Yang berjumpa dengan orang ramai. Yang membangkitkan isu. Yang menyedarkan rakyat. Yang memprotes dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Yang mampu berwacana dengan sang muslim dan bukan muslim. Yang... macam macamlah lagi.
Apalah guna menggunakan label ulama atau profesional tetapi malas, penakut dan tiada idea menggerakkan kerja parti. Ada yang sudah menjadi ahli parlimen tetapi masih gagal memainkan peranannya. Ada yang telah menjadi exco tetapi gagal melaksanakan atau mendokong program parti. Ada yang pakar motivasi tetapi sudah tak bermotivasi lagi. Ada yang memegang ketua lujnah tetapi gagal mengadakan program. Dan adalah paling malang sekali jika ada yang kerjanya bukan buat program parti tetapi kerjanya ialah menghalang sang aktivis parti memegang jawatan lebih dari dia. Wooo
Alhamdulillah, sang perwakilan ada mata melihat, ada telinga mendengar dan ada akal berfikir. Maka terpilihlah sang aktivis sebagai anggota pimpinan PAS kali ini. Syabas. Takziah kepada yang dipilih kerana jawatan adalah amanah, bukan untuk glamour sahaja.
Thursday, June 2, 2011
TERLALU BANYAK SUMBANGAN MOHAMAD SABU
Geng Ulamak atau geng Terengganu dikatakan bekerja keras untuk memenangi kumpulan ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden. Betulkah kerana mereka mahu golongan ulamak. Jika ya, mengapa mereka tak meyokong Nasarudin Mat Isa sahaja. Nasarudin bukan ulamakah? Bukankah Harun Taib pernah melawan Nasarudin. Bukankah Nasarudin pun ulama juga. Mustafa Ali pun pernah melawan Hassan Shukri. Bukankah Hasan Shukri itu ulama juga. Mengapa dilawan. Maka isu ulama bukan sebab utama untuk menyokong sesuatu calun. Sebenarnya adalah kerana hendak menangkan geng Terengganu sahaja. Menyokong geng ulama hanya alasan sahaja.
Kita menyokong calun dalam pertandingan kerana track record mereka. Jika tak berkesan, tak nampak keaktifannya, tak nampak kebijakan politiknya, tak nampak hubungannya dengan pelbagai parti politik dan NGO lain, tak berani dan paling mudah, masih junior dalam politik - bagaimana kita hendak memilih mereka walaupun atas nama ulama. Adakah hanya kerana ulama, tanpa menimbang faktor lain, maka kita akan memilih mereka.
Nampak sangat Pas akan menjadi parti tertutup kerana tak bersedia menerima orang yang tak bergelar ulama menjadi pimpinan utama parti. Dan paling sedih, cara bekerja kumpulan yang menyokong ulama ini lagi tak beradab. Ha ha.
Apakah kita mahu menafikan sumbangan Mohamad Sabu adalah yang terbanyak sekali setakat ini dalam Pas berbanding dengan dua calun saingannya. Jawablah dengan ikhlas.
Mengapalah kita mendapat Ketua Pemuda yang bengap yang mengatakan pandai pidato bukanlah kriteria menjadi pimpuinan parti. Kalau kau tak pandai pidato, tak sapa pun yang inginkan kau jadi Ketua Pemuda tu tau!!!!!Punya tak hendak Mohamad Sabu, buat hujah bangang si Ketua pemuda ni. Ha ha.
Mengapalah kita mendapat Ketua Pemuda yang bengap yang mengatakan pandai pidato bukanlah kriteria menjadi pimpuinan parti. Kalau kau tak pandai pidato, tak sapa pun yang inginkan kau jadi Ketua Pemuda tu tau!!!!!Punya tak hendak Mohamad Sabu, buat hujah bangang si Ketua pemuda ni. Ha ha.
Wednesday, June 1, 2011
PERCAYA POLITIK BERSIH UMNO
Kesian saya apabila melihat ada orang Pas yang masih percaya Umno akan main politik secara bersih. Ketika Umno kuat pun, depa main kotor dan ganas. Inikan pula ketika zaman nak kalah.
Kekadang nak tunjuk lagak intelektual dan bersyahsiah. Tetapi sebenarnya menjadi orang lurus bendul yang dijual hidup-hidup dek Umno/BN.
Sepatutnya apabila berjumpa Umno dalam forum, dedahkan kekotoran Umno satu persatu!!!!
Baca ini
Kekadang nak tunjuk lagak intelektual dan bersyahsiah. Tetapi sebenarnya menjadi orang lurus bendul yang dijual hidup-hidup dek Umno/BN.
Sepatutnya apabila berjumpa Umno dalam forum, dedahkan kekotoran Umno satu persatu!!!!
Baca ini
Subscribe to:
Posts (Atom)