Tuesday, February 1, 2011

SELEPAS TENANG

Apabila kalah sesuatu  pilihan raya, maka lahir pelbagai analisa kekalahan. Antaranya di sini

Hakikatnya apabila rakyat bangkit, maka tak siapa pun  yang boleh menghalang sesuatu kemenangan. Soal calun, kelemahan parti, soal strategi dan manipulasi media sudah tak relevan lagi.

Tugas utama kita ialah membangkitkan kesedaran rakyat untuk bangun menentang kebejatan BN melalui pilihan raya. Nak bangkit kesedaran rakyat, kena jumpa rakyat setiap hari. Kalau dok berteori dalam usrah, bilik mesyuarat dan dewan seminar - tak jadi apa. Jika nak jumpa pengundi dalam tempoh  seminggu ketika pilihan raya, tak akan memberi kesan yang signifikan.

Presiden dan semua AJK Pas Pusat kena turun ke gelanggang sekerap mungkin. Jangan buat program untuk mengisi lapuran tahunan sahaja supaya dikekalkan jawatan dalam parti. Wooo.

Dan ingatan saya terakhir, jangan sesekali berjumpa dengan pimpinan atasan Umno. Kesannya rakyat  tertipu dengan idea  perpaduan Melayu dan terus kekal  mengundi UMNO/BN. Pas tak akan dapat faedah dari idea itu. Bagi mereka, dari menyokong Pas yang belum berkuasa, lebih baik bersama Umno yang sedang berkuasa.

Nota: Himpunan menyokong solidariti rakyat Mesir  di Masjid KLCC, selepas solat jumaat 4 Februari ini. Anjuran Pas dan pelbagai pihak.

No comments: