Thursday, July 29, 2010

SEDARLAH DIRI

Bukan semua pimpinan yang dah tua tak bagus. Ada juga yang pimpinan muda  yang tak bagus, malah  jumud sekali.  Tetapi jika pimpinan tua sudah tak sihat, tak berpengaruh dan tak mampu menggerakkan jentera parti, maka eloklah mengundur diri sekarang.

Dengan ini mudahlah pimpinan muda yang lebih agresif mengambil alih jentera parti.

Yang susahnya apabila kita tak tau bilakah kita patut mengundur diri dari  memimpin parti. Hairan juga kononnya kita selalu berkata 'kita tak gila kuasa" tetapi hakikatnya payah sekali kita mengundurkan diri.

Wednesday, July 28, 2010

TEKA TEKI HARI INI

Kursus ESQ difatwakan  sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.

Kalau Majlis Fatwa Wilayah mengkaji kursus anjuran BTN, agak-agak sesat tak agaknya?

Tuesday, July 27, 2010

pas sesat

Shafie Afdhal kata Pas parti sesat. Dr M pernah kata Pas lebih  bahaya dari komunis. Najib kata Umno kuat lagi. 

Maka, tak usahlah sibuk-sibuk nak satukan Umno dan Pas.

Monday, July 26, 2010

DEMI ORANG KITA

Misi utama Nabi di dunia ini  ialah mengajak   maanusia menerima Allah sebagai Ilahnya dan membebaskan maanusia  dari  sang penguasa yang zalim dan tidak adil. Langsung tidak ada istilah "perpaduan". Perpaduan atas nama "bangsa" adalah istilah untuk mempertahankan kebejatan, kezaliman, ketidakadilan,  dan kerakusan  oleh pemimpin dan penguasa sesuatu bangsa.

Politik  "perpaduan bangsa" hanyalah satu sentimen yang  menipu ummah untuk mempertahankan kuasa sekelompok  orang sahaja. Jauh lebih penting  dari  isu perpaduan ialah keadilan, integriti pemerintahan, urus tadbir yang baik, kecekapan pemerintahan, anti pembaziran, anti rasuah, anti kolusi, kroni dan nepotism.

Selama lebih 50  tahun, orang Melayu didodoikan dengan ayat " demi bangsa kita", "demi perpaduan" dan "busuk-busuk pun orang kita"  untuk mempertahan kuasa UMNO/BN sehingga nagara hancur dek rasuah, ketidakadilan dan ketidakcekapan serta rasuah.  Amat malang jika pemimpin Pas pun terperangkap dengan   ayat-ayat ini juga!!!!!Kalau mereka terpegun  dengan ayat-ayat ini, maka mereka  pun nak jadi macam pemimpin Umno juga - mahu merompak harta rakyat. Maka tak hairanlah    jika Karl Marx mengatakan ugama candu rakyat!!!!!

Thursday, July 22, 2010

TANTAWI OH TANTAWI

Ketua Pemuda Pas terbaik sepanjang sejarah adalah Nasarudin Tantawi. Boleh berkuliah. Boleh berceramah. Boleh berblog. Boleh berkot. Boleh berserban. Suara pun lemak merdu. Malah mampu menyemarakkan para pemuda ke medan perang!!!!
Malangnya apabila dah jadi orang besar parti, dia ada dua pendapat. Pendapat peribadi dan pendapat parti. Apabila anda sudah jadi orang parti, pendapat peribadi untuk  anda sahaja bukan untuk diwar-warkan. Itu sahaja ustaz yang saya nak kata kat Ustaz dan kepada para ustaz lain yang bersikap macam  ini. Ha ha. Jangan nanti orang ramai kata - Ustaz Gila Statement!!!!! Kalau nak jadi bloggers, ikut sedap mulut aja, jangan jadi pemimpin parti...Orait!!!!

Monday, July 19, 2010

JANGAN SERUPA UMNO

Wah!!! Umno begitu bersemangat sekali  mengajak Pas berunding. Mahfuz, Salahudin dan Tuan Ibrahim dari Pas menolak mentah-mentah. Betul ke tu. Takut tak  cukup tawarannya. Ha ha. Kalau betul tawarannya, takut terlentuk nanti. 

Jika pemimpin Pas nak kaya cepat, eloklah terima tawaran Umno tu. Kalau nak buat perubahan total dalam urus tadbir negara,  janganlah terima. Teruskan dengan Pakatan Rakyat. Hanya satu sahaja ingatan dari orang bawah ialah janganlah buat perangai macam Umno apabila memerintah nanti- dok samun harta rakyat   melalui  kroni parti, kononnya untuk fund parti nak lawan Umno. Jika macam tu, SERUPA UMNO JUGA LEEEE. WOOOOOO

Sunday, July 18, 2010

BERSATU KERANA KEBAIKAN NEGARA

Cerita  menyatukan manusia, kaum keluarga, bangsa, mazhab dalam agama, negara dan wilayah telah bermula  sejak zaman nabi Adam a.s. lagi. Fikiran dan hati manusia sentiasa berbeda melihat dari sudut yang berlainan antara satu sama lain. 

Jika tak ada Cina, Melayu tetap  tak boleh disatukan juga. Apa nak hairan. Yang bersatu bukan kerana bangsa tetapi  bersatunya kepentingan pemimpin mereka untuk membolot dan mengagihkan kekayaan antara satu sama lain. Ha ha.

Akan tetap ada Melayu baik dan Cina baik yang mencintai keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Akan tetap ada Melayu jahat  dan Cina jahat yang gila rasuah dan judi. Kita mahu Melayu dan Cina yang bersatu kearah kebaikan negara, bukannya MELAYU DAN CINA YANG KAKI RASUAH DAN BERSEKONGKOL ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MEROMPAK HARTA NEGARA.

Jangan hairan, yang ustaz pun kaki sapu dan kaki rasuah  sebaliknya -yang kafir pula tak  suka rasuah. Apa nak jadi daa.

 Yang kalut ini fasal Umno/BN nak guyup. Ketika Pas kalah teruk, mengapa tak ada seruan bersatulah Melayu. Umno hanya akan kalah dengan Pas dalam pilihan raya dan mengambil tempat Umno untuk mengetuai negara ini!!!!

MCA akan kalah dengan DAP..Maka  Cina akan kalahkan Cina. Melayu Pas  pula  akan kalahkan Melayu. Umno Tarak hal punya.

Tuesday, July 13, 2010

HARAKAH PUN BAKAL DIHARAMKAN

Harakah juga kemungkinan ditarik balik permitnya. Itu tanda pilihan raya semakin dekat. Jika Harakah dan Suara Keadilan tiada di pasaran lagi, maka majlis ceramah akan semakin hebat. Isu politik semakin panas.

Penjaja kecil pun boleh cari makan di majlis ceramah. Ha ha.

Alangkah malangnya jika masih ada pimpinan parti yang tak ada line internet untuk mengikut perkembangan politik semasa. Wooooo.

Sunday, July 11, 2010

ANWAR DAN CIA

Fasa 1 - jahat sikit je- ada hubungan dengan komunis

Fasa 2 - lain macam je - Taliban

Fasa 3  - tak ada apa nak cakap - ini JI

Fasa 4 - ini agen Amerika!!!!

Nasib  kaulah Anwar oi. Kita orang lama dah dituduh macam-macam.

Wednesday, July 7, 2010

KEDAH BARU NAK BONGKAR KORUP BN

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pihak pembangkang telah menyebarkan secara meluas sebuah risalah bertajuk ‘Maila Kedah’. Secara umumnya risalah tersebut ‘membongkar penyelewengan’ kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, khususnya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Setelah beberapa kali pembangkang Kedah diperlecehkan akibat kegagalan mereka berfungsi sebagai pembangkang, maka kali ini nampaknya mereka lebih serius dan bersungguh.


Walaupun banyak fakta yang terkandung dalam risalah itu bohong, fitnah dan merapu, tetapi wajar mereka diberi penghargaan kerana mencuba untuk menjadi pembangkang. Bukan mudah untuk menyelami perwatakan sebagai pembangkang setelah separuh abad memerintah negeri.

Secara peribadi saya sudah lama menunggu saat seperti ini, bagi memberi peluang kita mendedahkan pula habis-habisan segala penyelewengan yang BN lakukan sewaktu berkuasa dahulu. Tanpa serangan mula yang agresif dari pihak pembangkang, maka melakukan serangan bertubi-tubi terhadap pembangkang hanya menjadikan parti yang berkuasa di negeri ini macam kaki buli pula.

Di antara tuduhan liar yang dibuat terhadap kerajaan Pakatan ialah kononnya Yiked Holdings telah memberikan kepada PAS sebanyak RM11.5 juta. Bayangkan wang sebanyak itu jika diagihkan kepada 15 kawasan PAS di Kedah, satu kawasan akan peroleh RM766 ribu. Oleh kerana orang PAS tak makan duit, maka semuanya akan dibelanja untuk program parti, maka dengan belanja sebesar itu Umno akan pupus terus di Kedah tak tinggal benih lagi. Itu logiknya.

Baki wang yang ditinggalkan pada Mac 2008 pun hanya tinggal kira-kira RM4 juta. Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima. Jika hari ini pembangkang kononnya kerajaan Pakatan wujudkan banyak syarikat baru tanpa operasi, maka ia tidak lebih dari usaha menutup tindakan mereka dulu. Macam pencuri jeritkan ‘pencuri’ pada orang lain, supaya orang tidak sangka yang jerit itu pencuri.

Memang pestasi Yiked Holdings lebih baik kini berbanding masa BN, tetapi untuk menjana keuntungan terkumpul melebihi RM11.5 juta untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak sekalipun, amatlah tidak masuk akal.

Oleh kerana tuduhan penyelewengan RM11.5 juta itu adalah fitnah yang dicipta sesuka hati maka kita tidak perlu menjawabnya dengan serius. Fitnah mudah dibuat, kerana ia tidak perlukan bukti. Biarkan rakyat menilai kerendahan moral mereka dalam menabur fitnah. Lagi banyak mereka menfitnah lagi luas lubang kubur yang mereka gali untuk terjun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebaliknya, isu penyelewengan wang GLC untuk BN di zaman mereka berkuasa dahulu bukan satu fitnah. Ia boleh dibuktikan. Seri Temin Development Corporation (STDC) telah menyalahgunakan wang GLC tersebut untuk digunakan oleh parti politik BN. Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah program politik; majlis berkempen untuk memenangkan BN dalam pilihanraya.

Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.

Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
1) Padang Terap 130,000.00
2) Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Langkawi – RM120,000.00 setiap bahagian
3) Pokok Sena, Jerlun, Baling, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Sungai Petani, Merbok, Padang Serai, Kubang Pasu dan Pendang – masing-masing mendapat RM110,000.00.

Jumlah 1,700,000.00 sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar ("circular resolution").

Resolusi beredar ini bertajuk "Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat".

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua mereka adalah pemimpin Umno.

Sekarang, STDC menerima taksiran cukai bagi tahun sebelum 2008 (di masa BN) sebanyak RM11 juta. GLC kini terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan.

Oleh kerana fitnah yang terkandung dalam risalah pembangkang itu menyebut Yiked Holdings, maka elok kalau rakyat tahu bahawa penggunaan wang secara tidak wajar berlaku dalam anak Syarikat Yiked Holdings di zaman BN, iaitu Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB).

Semakan oleh sebuah badan audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. Kelulusan bagi kelulusan ini dibuat oleh Lembaga Pengarah dan tidak mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (Bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Antara tuduhan yang dilemparkan dalam risalah haram pembangkang itu ialah kononnya PAS berkonspirasi untuk menjatuhkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Dato’ Wira Rasli Basir.

Rasli dilantik di zaman PAS memerintah. Pelantikan sebagai SUK dibuat oleh Tuanku Sultan melalui nama yang dicadangkan oleh Menteri Besar. ADUN pembangkang tiada hak untuk mencadang. Bila Menteri Besar (dari Pakatan Rakyat) yang mencadang, maknanya beliaulah yang mahukan Rasli jadi SUK. Logikkah Kerajaan Pakatan buat konspirasi untuk jatuhkan SUK yang mereka sendiri naikkan?

Sebab itu jangan marah kalau saya katakan penulis risalah haram pembangkang itu banyak menggunakan kepala lutut dari kepala otak untuk berfikir.

Monday, July 5, 2010

UMNO ITU SUCI SAMPAI KIAMAT

Fatwa baru politik dari Muhyiddin Yassin. Jika Melayu tak sokong Umno, maknanya mereka itu pengkhianat Melayu. Kitab  mana dia pakai. 
Apakah Melayu tidak boleh bersatu atas nama parti lain. Yang penting Melayu bersama golongan kebenaran, bukannya bersama sang  korup, pembazir, pembunuh, penjahanam wang negara dan mementingkan tembolok sendiri.
Jika Pas menyeleweng - kita tinggalkan Pas.
Jika PKR menyeleweng - kita tinggalkan PKR.
Fanatik kepada kebenaran bukannya kepada golongan!!!!!

Friday, July 2, 2010

SUARA KEADILAN DIHARAMKAN

Berjuang sehingga syahid.

Terbit surat khabar sehingga diharamkan. Baru hebat.

Akan lahir 1,000 akhbar lagi menentang kebatilan!!!!