Friday, October 30, 2009

WALAK AJA LE

Yang didakwa induvidu. Yang kena siasat Pas Negeri. Tinggi politik Pas sampai orang bawah payah nak faham.

Walak aja le....

Thursday, October 29, 2009

APABILA CINTA DIRAGUI

Kaki filem hindustan tentu tahu hal cinta. Ha ha.

Apabila seseorang itu sentiasa mengulangi "aku cinta pada mu", tandanya ada sesuatu yang diragui oleh kekasihnya. Maka terpaksalah diikrarkan semula cintanya itu.

Pas sekali lagi menegaskan cintanya tetap kepada Pakatan Rakyat sahaja. Hati Pas dah tertutup dengan Umno.

Harapnya jangan ada sang petualang dalaman yang merosakkan cinta ini lagi ya... Wooooo

Jika semua anggota Pas nak berkongsi kuasa dengan Umno - saya tak akan joint. Cukuplah pengkhianatan Umno terhadap kerajaan Kelantan sejak 1990, Terengganu pada 1999, dan kini di Perak dan Kedah. Umno mengkhianati demokrasi dan tidak menghormati perlembagaan negara. Memang Umno/BN tak bertamaddun dalam urus negara yang punya sistem demokrasi berperlembagaan yang jelas.

Kafir barat pun patuh dengan perlembagaan negara.

Wednesday, October 28, 2009

PAS KE MANA

Sepatutnya Pas kini bergerak bagaimana nak pastikan kerajaan yang ditadbirnya menjadi sebuah negeri contoh dalam semua aspek.

Tetapi kini seolah-oleh tak tau hala tujunya yang sebenar.

Harap malam ini akan clear segalanya.




Tuesday, October 27, 2009

ESOK PAS AMAN DAMAI

Insyaallah esok TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi akan buat kenyataan Pas dalam aman damai jua adanya.

Orang tua mana reti gaduh-gaduh.

Yang selalu gaduh orang muda aja.

Carilah ganjaran akhirat di akhir kehidupan ini. Untuk dunia, pencen dah berlebih sangat. Pencen MBnya, MPnya dan Adunnya.

Yang kita risau ialah ahli politik muda yang masih mengejar jawatan eksekutif politik sehingga tertipu dengan janji-janji Umno yang akan memusnahkan Pas dari dalam. Perhatikan lagak dan gaya hidup mereka, maka kita akan tahu apa tujuan mereka berada dalam Pas. Ikhlasnya orang bawahan Pas menyebabkan mereka mudah ditipu oleh jenis pemimpin macam ini. Title ulama dan profesional kekadang mengkaburkan ahli Pas.

Monday, October 26, 2009

RESPON HARAKAH

Respon Harakah atas posting borak-borak di Jalan Pahang:

Merujuk kpd tulisan dalam blog sdra suka saya jelaskan bahawa yg di dakwa bayaran lewat itu ialah tuntutan perjalanan dan kerja luar pejabat. Tetapi ada juga sdra bandingkan dgn gaji lewat. Suka dimaklumkan bahawa setakat ini tidak pernah berlaku bayaran gaji yg lewat iaitu sehingga memasuki bulan yang akan datang utk kakitangan Harakah malahan pembayaran bonus sebulan gaji juga telah kita laksanakan baru-baru ini sebelum sambutan Aidilfitri.

Tentang tuntutan pula saya percaya semua yg pernah bekerja makan gaji akan faham bahawa memang proses kelulusan dan pembayaran tuntutan akan mengambil masa. Jabatan kerajaan dan syarikat2 semuanya perlu masa utk proses pembayaran tuntutan dan tak adillah Harakah di tuduh seolah2 Harakah saja yg berbuat begitu.

Untuk makluman , semua petugas Harakah yang ditugaskan untuk membuat kerja-kerja di luar daerah akan diberi “advance” terlebih dahulu bagi memudahkan urusan mereka ketika berada diluar daerah. Tuntutan ini juga biasanya akan dipohon sendiri oleh individu terbabit. Sekembalinya mereka nanti , segala tuntutan akan dikira semula berdasarkan perbelanjaan sebenar sebelum bayaran selebihnya dibayar jika perlu. Walaubagaimanapun ada kakitangan yang dengan “SENGAJA” telah ke luar daerah tanpa sebarang tugasan rasmi atau tanpa sebarang arahan dengan tiba-tiba ingin menuntut segala perbelanjaan yang telah didahulukan oleh individu terbabit. Ini adalah bercanggah dengan prinsip syarikat , oleh yang demikian proses bayaran memang akan mengambil masa yang lama memandangkan tuntutan tersebut bukanlah di atas urusan rasmi syarikat.

Untuk pengetahuan saudara juga , ada kakitangan yang lambat menghantar tuntutan mereka yang menyebabkan proses pembayaran juga menjadi lambat. Proses pembayaran memang mengambil masa yang agak lama juga kerana perlu diteliti setiap tuntutan tersebut kerana ingin memastikan setiap tuntutan itu benar-benar “genuine” Untuk makluman juga , pada tarikh kenyataan yang dibuat di dalam blog saudara itu , segala tuntutan bulan Ogos telah selesai dibayar dan ini amat bercanggah dengan tuduhan saudara itu.


PENGURUSAN HARAKAH

BN GAYAT PAS NAZAK

Diakhir ucapan Najib semasa pembentangan Baget jumaat lalu menyebut "dengan semangat Bagan Pinang"...

Nampak sungguh seolah-olah BN mendapat nafas baru untuk menyemarakkan perjuangannya seolah-olah BN berjaya merampas kerusi Bagan Pinang itu dari Pas. Pas pula jadi huru hara apabila kalah di Bagan Pinang, seolah-oleh Bagan Pinang itu kerusi atau kubu Pas selama ini.

Apabila ramai penulis membuat analisa keputusan di Bagan Pinang - ramai pula yang melenting kepanasan. Ha ha

Hebat sekali penangan Bagan Pinang rupa-rupanya. BN macamlah tak pernah menang dalam PRK sehingga begitu gayat sekali bila menang di sini dan Pas pula macamlah tak pernah kalah berkali-kali dalam PRK sehinggakan kalah kali ini macam dah nazak nak mati.

Begitulah politik...



Saturday, October 24, 2009

BORAK-BORAK DI JALAN PAHANG

Terkejut saya apabila terdengar tuntutan kerja luar oleh petugas Harakah di PRK Bukit Gantang belum dibayar oleh majikannya.

Begitu juga penyumbang berita ke Harakah Daily juga tak dapat bayaran sagu hati sejak bulan Ogos lalu.

Macam mana nak ada motivasi jika soal upah dilewat-lewatkan pembayarannya. Jika gaji anda lewat dibayar seminggu pun dah menjerit. Takkan cukup dengan makan ayat "sabar ya sheikh".

BAGET DAN RASUAH

Najib umumkan baget dengan memperkuatkan SPRM lagi.

Kita nak tengok siapakah yang akan kena tangkap dek SPRM. Jangan setakat kes ribu-ribu aja. Kita mahu kes ratus ribu, juta dan puluh juta.

Jangan pula sampai rakyat akan jadi penyiasat, pendakwa dan hakim kepada sang perasuah.

Banyak kes besar, jika pelakunya kroni UMNO/BN - SPRM buat tak tahu aja....

Friday, October 23, 2009

ANTARA ETIKA DAN AGAMA

Ahad lepas saya mengambil Hj Mohamad Sabu dari KL Sentral dan menghantarnya ke Markaz Tarbiah Pas Pusat.

Antara bualan kami, beliau mengeluh mencari jawapan mengapa orang barat dengan hanya mengamalkan etika mampu menolak amalan rasuah dan tegas mengambil tindakan kepada sang perasuah tetapi di negara ummat islam yang mengamalkan islam tetapi kes rasuah paling besar sekali. Dan yang peliknya umat Islam semcam merestui amalan rasuah.

Ya, etika yang diamalkan oleh barat tanpa asas dosa pahala, tanpa akhirat mampu mencegah amalan rasuah. Tetapi umat islam yang percaya kepada ugama, ada dosa pahala, ada akhirat - tak mampu membenteras rasuah.

Mengapa ya?

Thursday, October 22, 2009

ALAHAI USTAZ IDRIS

Ustaz Idris Ahmad mengamuk, menjawab dakwaan Dr Aziz Bari yang mengatakan pemimpin Pas pro Umno.

Wajar sekali Ustaz Idris marah kerana menuduh pemimpinnya pro umno. Tetapi jika benar bagaimana?.

Lemah sangatlah Ustaz Idris jika tak tahu ada pemimpin Pas yang berunding dalam gelap dengan Umno. Bukankah rahsia itu telah didedahkan dalam muktamar lalu oleh Ustaz Ahmad Awang.

Alahai pemimpin Pas...

Wednesday, October 21, 2009

RUMUSAN PAKAR FORENSIK

Baca di sini

Juga di sini.


Utusan tak melapurkannya atau belum melapurkannya lagi....

Tuesday, October 20, 2009

BERKORBAN APA JUA

Zaman Nabi, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Ali - pemimpinnya zuhud, hidup tak bermewah, tak berharta dan paling penting berkorban habis untuk ummah/rakyat.

Kini, sang raja/sultan dan keluarga di raja, PM dan anggota kabinetnya - bagaimana?

Kekadang kita gunakan nama Islam mempertahankan satu institusi yang merugikan ummah itu sendiri. Ada negeri hampir bankrap dibuatnya. Ada negeri dilelong habis tanahnya. Demi Sultanku jua....

Saturday, October 17, 2009

PILIHAN RAYA: ANTARA TAKTIKAL DAN MOOD RAKYAT

Analisis kalah menang sesuatu pilihan raya merupakan satu akademik sebenarnya. Semua pendapat boleh diberikan selepas pilihan raya. Kalau kita membaca analisa yang dibuat oleh pasukan akademik dari Universiti tempatan dan pengkaji sains politik luar negara - ianya satu dapatan terhadap pemikiran dan tanggapan rakyat pada satu-satu fasa pemerintahan. Pilihan raya 1959, 1969, 1990, 2004 dan 2008 memberi beberapa keputusan pilihan raya yang enak diulas dari pelbagai sudut oleh ahli akademik.

Apabila berlaku perubahan mood rakyat - faktor taktikal sudah tidak relevan lagi. Parti yang tak ada cawangan di kawasan bertanding pun boleh menang. Calun tak ada SPM pun boleh menang. Calun yang tak reti bahasa Melayu pun boleh menang. Parti yang baru daftar sehari pun boleh menang. Menteri pun boleh kalah.

Dalam suasana biasa, faktor taktikal kembali penting. Ketika ini pelbagai faktor diambil kira hinggakan soal senyum calun pun diambil kira. Di PRK Kuala Terengganu, Wahid Endut mengatakan dia menang kerana banyak bersalam dengan orang Umno. Ha ha.

Membicarakan faktor taktikal inilah yang ramai ahli parti akan menuding antara satu sama lain dan pedih untuk mendengarnya.

Apa yang penting kita mendengar terlebih dahulu. Betul atau tidak kita analisa kemudian. Tak salah kita mendengar apa orang kata. Jika betul kita baiki. Dalam proses menganalisa, memang banyak tanggapan, persepsi dan mungkin ketahap tuduhan yang perlu kita lalui. Terbukalah untuk parti kita menjadi kuat. Yang kita bincang ialah ISU bukannya Orang. Tetapi dalam ISU ada 'orang' yang terpaksa disebut namanya.

Kita sebut kesah Saidina Umar yang ditegur oleh sang makmum ketika berkhutbah dan sang wanita yang tak setuju dengan mas kahwin - tetapi kita tak bersedia mendengar apabila berlaku kepada kita sendiri. Dunia blog, termasuk blog ini memberi izin kepada anda membuat komen dan memberi pendapat di 'comment'. Bebas. Jangan mencarut sudahlah...

Friday, October 16, 2009

RAJA PETRA DIHILANGKAN?

Raja Petra menghilangkan diri atau dihilangkan oleh sang misteri.

Tak mustahil Raja Petra dihilangkan.

Jika menghilangkan diri - takkan Polis gagal mengesannya kerana pelbagai cara boleh mengesannya.

Thursday, October 15, 2009

PASCA BAGAN PINANG - 2

Saya mendapat panggilan seorang veteran Pas Negeri Sembilan pagi ini. Beliau memberi pandangannya ke atas perjalanan PRK Bagan Pinang. Pada pemerhatian beliau jentera pilihan raya tidak didokong sepenuhnya oleh organisasi Pas di NS sendiri:

  • Jentera Pemuda Pas Negeri semacam tiada - Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri tidak berada di medan menggerakkan jentera pilihan raya. Kononnya Pemuda Negeri merajuk dan tidak mesra dengan PJ yang menjadi calun di Bagan Pinang.
  • Ketua Penerangan Negeri bergerak secara solo - bukan bersama jentera pilihan raya
  • YB Taufek, satu-satunya Adun Pas di NS tak diberi peranan penting untuk mewar-warkan peranan Pas dalam politik NS.
  • Cikgu Badrul dan jentera PKR pun tak diberi peluang yang luas untuk berkempen sehingga mereka terpaksa membuat program sendiri.
  • Walaupun pimpinan Pas Kawasan turun ke Bagan Pinang tetapi tidak membawa sekali ahli bawahan yang ramai untuk bergerak secara lebih efisyen lagi. Pimpinan kawasan banyak menghabiskan masa bermesyuarat hal ehwal pilihan raya dan tidak dapat membuat kerja asasi pilihan raya.
  • Jentera Pas Seremban tidak dapat bergerak secara baik kerana Pas Seremban ketiadaan pimpinan yang berautoriti akibat masih lagi di gantung.

Sang veteran Pas ini mengatakan kesatuan dan kekuatan jentera pilihan raya Negeri Sembilan itu menggambarkan kesatuan dan kekuatan Pas Negeri Sembilan. "Bukanlah kekuatan jentera Pas NS membolehkan kita menang, tetapi biarlah kita menunjukkan kerja yang bersungguh-sungguh dan puas hati walau pun kalah," katanya.

Saya hanya merakam keluhan orang bawah...

Wednesday, October 14, 2009

PASCA BAGAN PINANG

Saya dapat gambaran menyeluruh dan seimbang dari TPJ 1, Pas Negeri Sembilan, Ustaz Zakaria Khalim pada pagi tadi tentang PRK Bagan Pinang.

Rumusan beliau ialah:

  • Bagan Pinang ialah kubu Isa Samad walau apa pun dikatakan atas dirinya tidak memberi kesan.
  • Dengan jaminan undi pos akan berpihak kepada BN, maka BN mengugut pengundi India bahawa BN akan menang di Bagan Pinang dan jika kaum India tak mengundi BN, maka nasib kaum India tak akan dibela jika mengundi Pas. BN mempunyai tenaga kerja pilihan raya dikalangan kaum India tetapi Pas tidak ada. Ini satu kelebihan kepada BN
  • Asakan fizikal samseng BN berjaya menakutkan pekerja tempatan Pas untuk bekerja keras untuk Pas. Tenaga tempatan terlalu sedikit untuk membantu pekerja luar Pas. walaupun Pas ada 4 cawangan tetapi hanya ada 4 orang sahaja yang sepenuh masa bekerja di pilihanraya ini.
  • Tenaga penceramah dari kalangan tokoh besar Pas yang dikenali masyarakat TIDAK datang berceramah dan berkempen di Bagan Pinang. Timbalan Presiden pun hanya datang hari pertama dan hari akhir sahaja.
  • Prestasi Ahli Parlimen PKR di Teluk Kemang juga dibangkitkan oleh pengundi disini untuk tidak yakin memberi undi kepada calun Pas di DUN Bagan Pinang.
Pas bertuah dapat 600 undi pos kerana saya hanya menjangka Pas akan mendapat 10% dari jumlah undi pos atau 460 undi sahaja. Selain kelemahan sistem undi pos yang menakutkan tentera untuk undi PR, bukan semua anggota tentera sedar tentang kebobrokan BN.

Tuesday, October 13, 2009

KELUHAN VETERAN PAS

Kecuali seorang dua, kebanyakan MP dan Adun Pas gagal turun bekerja keras dalam siri kempen PRK di Bagan Pinang. Jika yang berelaun dan mendapat nikmat politik melalui Pas pun tak sanggup bekerja keras, bagaimana nak harapkan sukarelawan yang lain.

Demikianlah keluhan seorang veteran Pas yang saya dengar..

Monday, October 12, 2009

SANG RASUAH MENEBUS MARUAH

Akhirnya tokoh rasuah Umno Isa Samad menebus maruah Umno di PRK Bagan Pinang. Dengan peningkatan undi pos, undi India dan undi Melayu - sesungguhnya strategi Isa Samad menjadi.

Isu rasuah, integriti dan ketelusan sang pemimpin tak laku di Bagan Pinang. Rakyat di sini tak kesah produk baru dan sebaliknya suka dengan produk lama walaupun ada kesan kanser di dalamnya.

Seperti posting saya pada jumaat lalu, Umno, Melayu dan Rasuah takkan hilang di dunia.

Kepada calun Pas, cuba lagi. Halim Arshad pun bertanding 9 kali. Jika dia sihat, sepatutnya dia MB Kedah.

Saturday, October 10, 2009

ISA OH ISA

Menurut penyelidik sosi0-ekonomi - taraf pendididkan, ekonomi, demografi penduduk, gaya hidup, peranan media dan IT mempengaruhi pemikiran dan sikap pengundi.

Dalam Parlimen Teluk Kemang ada 3 Dun dan 2 darinya dimenangi oleh PR. Hanya Bagan Pinang yang masih kekal di tangan BN. Dan undi pos merupakan depositnya yang terbesar.

Pada PRU 2008, tanpa undi pos, Pas hanya kalah 420 undi sahaja. Bila dicampur dengan undi pos, Pas kalah 2200 undi. Maka apakah yang mahu dibuktikan oleh Pas dan BN dalam PRK Bagan Pinang kali ini? Bagi pemerhati politik dan pengkaji sains sosial amat berminat untuk mendapat rumusan berikut:

  • Apakah Isa Samad, calun yang pernah menjadi MB Negeri Sembilan selama 22 tahun dan disabitkan kes politik wang dalam Umno boleh menang dalam PRK ini. Apakah integriti berterusan seorang pemimpin yang menjadi calun pilihan atau pengundi boleh berkompromi dengan integriti ADUNnya.
  • Apakah anggota tentera yang sedang berkhidmat bersedia bebas dalam mencorakkan arus politik negara sepertimana rakan-rakan mereka yang telah pencen, yang kebanyakkannya pro PR. Banyak kerusi parlimen dalam negara ini ditentukan oleh undi pos tentera. Maka perubahan masa hadapan politik negara juga ditentukan oleh golongan ini. Bukan mudah BN menghapuskan undi pos kecuali satu lagi HIMPUNAN BERSIH SEJUTA ORANG dilakukan.

MESEJ utama PR dalam PRK Bagan Pinang ialah memilih ADUN yang bersih dan berintegriti. Isa Samad sebenarnya BELUM DI HUKUM. SPRM tidak pernah menyiasat dimana sumber kewangan yang diperolehi oleh Isa samad untuk merasuah perwakilan Umno pada 4 tahun lalu. Bukan sedikit wang dibelanjakan untuk merasuah perwakilan Umno - paling kurang pun RM 10 juta. Tak cukup gaji dan elaun MB dan Menteri untuk membayarnya....


Friday, October 9, 2009

MELAYU, UMNO DAN RASUAH

Benarkah orang Melayu tak kesah dengan dosa rasuah berbanding dengan dosa zina, minum arak dan berjudi?

Bak kata Dr M, bahawa orang Melayu bermentaliti subsidi dan suka menerima dari orang lain. Apakah ini ada kaitan dengan orang Melayu yang tak rasa bersalah menerima sogokan semasa kempen pilihan raya. Habuan katanya, bukannya rasuah. Kalau mereka juga menerima rasuah undi, maka pastilah mereka tak mampu menolak calun yang rasuah juga!!

Selalu saya mendengar bahwa pengundi yang pro Pas/PKR juga menerima wang sogokan dari calun BN tetapi mereka tetap menyokong Pas/PKR. Apakah mereka tak kira bersalah dengan penerimaan wang sogokan tersebut?

Di pejabat kerajaan, bukan tak ada kes sogokan meluluskan tender. Tetapi kakitangan kerajaan lain mengamalkan sikap tak menjaga tepi kain orang kononnya sehingga berleluasa amalan rasuah.

Apakah orang Cina dan India yang bukan Islam lebih peka dengan dosa rasuah berbanding dengan orang Melayu yang solat dan kuat solat sunatnya. Apakah erti solat mereka dengan dosa rasuah di sekeliling mereka? Jika Cina dan India yang tak muslim lebih sedar terhadap kesalahan rasuah, maka betullah kata Mohamad Sabu - Orang Melayu menerima Islam versi lain yang bukan Nabi Muhammad saw ajarkan!!!

Apakah Umno, Melayu dan rasuah takkan hilang didunia?

Thursday, October 8, 2009

MAHATHIR YANG CEMBURU

Baru keluar dari wad HKL petang tadi. Masih belum berupaya berkomunikasi dengan sahabat -sahabat Pas Tampin yang berkubu di Estet Sua Betong, Port Dickson. Katanya ada yang dah pandai berbahasa Tamil. Ha ha.

Bukan fokus saya untuk meramal siapa yang bakal menang di Bagan Pinang. Tetapi tertanya-tanya mengapa Dr M tak suka sangat Isa Samad jadi calun di sini. Saya tak fikir kerana kes rasuah Isa Samad kerana banyak kes yang Dr M semasa menjadi Presiden Umno, tidak tegas kepada anggotanya yang dilihat mengamalkan politik atau rasuah wang.

Sebenarnya Dr M ada sedikit penyakit cemburu. Jangan cuba kalahkan rekod peribadinya. Anwar tak disukainya kerana Anwar lebih popular dari beliau di dunia Arab dan Barat. Ku LI dicemburuinya kerana ramai yang menggelarkan Ku Li tokoh ekonomi Melayu yang mengasas Petronas dan Bank Bumiputra. Beliau membalun habis-habisan Pak Lah kerana Pak Lah menang besar pada 2004, mengalahkan rekod semua Presiden Umno, termasuk Dr M.

Dr M menjadi PM 22 tahun dan Isa Samad menjadi MB pun 22 tahun. Kok Isa menang dan membuat coming back sebagai MB di NS, tentulah rekod politiknya semacam melebehi Dr M, walaupun dengan hanya jawatan MB. Tu yang Dr M cemburukan Isa Samad.