Friday, August 14, 2009

UMNO DAN DAP SERUPA SAHAJA - 1

Umno dan DAP sama-sama tak mau menjadikan Islam sebagai asas perundangan negara ini. Semua orang tau. Pemimpin DAP adalah bukan Islam tetapi pemimpin Umno adalah Islam. Jika bukan Islam tak mau Islam adalah perkara biasa tetapi jika Islam tak mau Islam adalah luar biasa. Pada Pas, dalam kontek memperjuangkan negara Islam - Umno dan DAP sama sahaja kerana kedua-duanya tak mau negara Islam. Tetapi mengapa Pas memilih DAP sebagai rakan strategik politik?

Walaupun DAP dan Umno sama sahaja dalam konteknya terhadap negara Islam tetapi ada perbezaan besar lain antara Umno dan DAP. DAP serius memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan, menentang pembaziran, kezaliman, rasuah dan 1001 macam kebejatan dalam negara ini. Sebaliknya Umno pengamal dan pelindung rasuah, menindas kaum Melayu sendiri misalnya menubuhkan JPP di Kelantan dan Kedah, menarik royalti minyak di Terengganu pada 1999 dan tidak membayar royalti minyak di Kelantan. Umno juga pengkhianat bangsa kerana memusnahkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini dan melupuskan tanah rezab Melayu serta merampas tanah setinggan Melayu untuk kepentingan sang kapitalis.


DAP dan beberapa parti sekutu BN di Sabah dan Sarawak pernah menentang lulusnya lesen judi tetapi Umno yang menyokong kelulusan lesen judi habis-habisan pada 1990an di Parlimen.

Ringkasnya Umno dan DAP dalam kontek tidak bersetuju dan menentang negara Islam sama sahaja. Kalau Umno nak negara Islam 50 tahun lalu - dah lama Pas terbubar...

No comments: