Tuesday, July 28, 2009

LILIN OH LILIN

Saya tak tahu hukum orang Islam pegang lilin, bertafakur dan mengkalung bunga di majlis peringatan mati bagi bukan Islam. Biasanya geng Salafi dan Syiah yang detail perbahasannya.

Tetapi membela orang pegang lilin dengan mengatakan orang BN pun guna lilin dan tafakur depan tugu negara - bukan cara menjawab dengan betul

Kalau salah mengaku sahaja - bertaubat. Kalau boleh pegang lilin - apa hujahnya.

Yang salah ialah tidak mengaku bersalah walaupun bersalah.

Mudah aja pak...

Tafakur orang Islam tentu berlainan tafakur dengan bukan Islam kan. Ada adat yang dah jadi ibadat. Ada ibadat yang dah jadi adat. Kena hati-hati.

Yang Utusan beria-ia nak perbetulkan orang - kita respek tetapi iklan 4D dalam akhbarnya bila nak dibuang. Siapa nak percaya kaki judi nak ajak orang buat baik.

No comments: