Oleh: Cikgu Non - Bekas Aktivis Madarasah MemaliMengharungi kehidupan di bawah kongkongan Akta ISA yang begitu lama,bukanlah sesuatu yang di impikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA. Siapa pun bolehmenjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata. Lebih trajis lagi bila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu
Ataupun di satu ketika,sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda di pintas. Kunci kenderaan anda dirmpas dan secara kasar anda di seret ke sebuah kereta lain. Tangan di gari dan anda dmaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia dimana anda ditempatkan.Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan dilokasi rahsia tersebut.Dalam setengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (KEMTA ). Tak kurang juga yang mengalami Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang di lalui oleh beratus tahanan ISA era saya keperitan ini setelah dibebaskan.
dari tahun 2001 hingga hari ini. Samada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi,Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI). Hingga ke hari ini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau 8 tahun. Saya pernah bersama mereka di KEMTA. Dr.Abdullah bekas seorang pensyarah dan saudara Mat Shah Satrey bekas pemandu teksi. Kedua-duanya terkenal dkalangan orang tahanan sebagai tahanan yang berakhlak,sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama? Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ianya satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki,tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki.Bkan atas keselamatan Negara,sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.
Sebagai contoh,Dr.Abdullah amat tegas bila berhadapan dengan SB yang turun memantau tahanan setiap 6 bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-quran dan hadis . ia antara tahanan yang banyak bertukar SB,kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB. Lalu ia dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya dimemberi faedah. Ia did era atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlela yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA(GMI).
Ramai yang beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan di zaman Pak Lah berkuasa.Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri,juga sebagai Perdana Menteri.Sifat lemah lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan,khususnya kebajikan keluarga mereka di ambil perhatian. Rupanya keadaan sebalik berlaku,malah lebih teruk dari era sebelumnya,ketika Tun Mahathir berkuasa. Pak Lah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak disamping lelaki tua. Dalam satu kes, Pak Lah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB. Isteri muda ini ditangkap dalam rumahny di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebihkurang 4 tahun.Ketika ibunya di bawa pergi ditengah malam,anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas. Anda bayangkan,bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.
Hampir 60 hari ia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebas dkenakan pula tahanan daerah selama 6 tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah,juga melawat suaminya di KEMTA.
Satu peristiwa berdarah dalam KEMTA yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 December 2004. Ianya berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia,Filipina dan Malaysia. Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang,Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di KEMTA. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah KEMTA ketika itu,sempat saya mengigatkan ianya jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang,bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.
Pagi 8 December 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging,main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebihkurang jam 9.00 pagi ,semua warder yang bertugas disemua blok (6 blok).darah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa di awasi. Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni warder tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA,segala-galanya boleh berlaku.Ringkas cerita diruangan yang terhad ini,pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mengujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih seratus UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan,merempuh masuk menyerang OT.
Dalam insiden itu kesemua OT dipukul semaunya,hingga ada yang pengsan,patah jari,cedera dikepala,betis dan lain-lain anggota. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari ioo meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok,bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan. Hampir semua nya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewjarnya,begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang Malam baru sorang demi sorang.di bawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut,doktor yang merawat OT,amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.
Tak cukup di situ sahaja,esoknya operasi berjalan pula di lain-lain.blok.Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter. Sepanjang perjalanan itu,mereka dipukul,sepak terajang,maki hamun hingga ada yang mencabar Allah turun bantu OT. Terdapat juga warder KEMTA yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang di bawa melintasi mereka. Paling menyedihkan,terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok. Mungkin sukar untuk anda percaya,tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk dari pihak KEMTA dengan alasan mereka mendapat arahan dari KDN
Begitulah sekelumit dari segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik,adil,bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.Keadaan ini mengigatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS ,Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang,di ikat kaki tangan ,dipukul,sepak,terajang,kilas tangan dipijak sampai patah kaki,sumbat mulut lalu ditanya orang itu,sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras"
Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman.Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak-pihak atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA. Bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1000 NGO membantah.Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan. kecuali pada YB Shaari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu,saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar. Ini kerana yang menguasai isu ISA ini,samada dari KDN atau Bukit Aman, terdiri dari mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.
GMI,NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah.Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini,tak akan bersuara,apatah lagi ke jalanan membuat bantahan. Terutama di saat ini,masih menjadi bualan PM baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Pak Lah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru,Najib.
Tentu kita masih ingat, 3 minggu selepas Pak Lah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggaota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang aidilfitri November 2003. Desas desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka di kambinghitamkan untuk kepentingan politik Pak Lah. Dua minggu selepas itu,saya didatangi SB dari Bukit Aman . Di antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota aunah itu. Disebutkan pada saya antaranya," cuba hang fikir,bila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka,tapi tangan isteri,anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Pak Lah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Pak Lah baik".
Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI. Semasa muktamar PAS yang lalu,saya bertemu dengan Norlela,isteri Mat Shah. Menurutnya,seminggu lagi ia akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung bulan jun yang lalu. Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.
Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami tahan. Sebaik saja ditahan,rumahtangga menjadi kelam kabut.Khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya,terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka,juga kejutan anakanak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang berbagai ragam. Cuba bayangkan,bagaimana anak-anak remaja ini,khususnya kami dari KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang bulan ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM dan dipusat pengajian tinggi.
Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampong kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan. Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes dimana pihak tertentu diarahkan menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan. Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan samada ketika dating ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu,akhirnya tak ada lagi sumbangan individu,kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.
Ada juga yang simpati,lalu bantu membawa keluarga tahanan ke KEMTA seminggu sekali. Dengan halangan dari pihak tertentu,akhir terpaksa menaiki bas ke KEMTA. Lebih menderita pada isteri yang tinggal jauh seperti Johor, Negeri Sembilan,Melaka,Selangor,Kelantan,Terangganu,Pahang,Pulalu Pinang dan Kedah. Tak kurang pula dari Sabah. Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya,bila pulang dari bertemu isteri,wajahnya ceria dengan berbagai cerita baru yang dibawanya. Satu iapulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah zohor saya kebiliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah dating menemuinya sewaktu dia baru sepuluh hari melahirkan anak lelaki. Kerana yahu suami berhajatkan anak lelaki,dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia. Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya,lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke K.L. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilo meter ke tempat pendaftaran pelawat.
Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan Akta ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman disebalik tabir ISA. Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang dari 10 orang,tetapi amaran dari Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan KEMTA bakal dipenuhi penghuni lagi. Seperti dikatakan,tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kua rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita,tapi buat jenerasi akan datang. Bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.
Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan. Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu,terutama perbualan talipon kami dirakam. Ada yng dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar Negara. Tak kurang pula yang ditahan passport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank. Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Perkerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan,terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutng hampir 200 ribu ringgit akibat projek ternakkan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih dari lima tahun. Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.
Apa yang dialami oleh mangsa ISA,terutama mereka yang lebih dari 3 tahun dalam tahanan,gelora hidup keluarga merekam seharusnya mengamit simpati dari kita. Bayangkan Norlela sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta,juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, ngapa kita tidak sanggup untuk beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.
Tuanguru Nik Aziz pernah mengigatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu ruma,setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah,lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman. Dalam satu himpunan, satu langkah,satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA …………………