Monday, May 11, 2009

Hentikan Polemik Ulama - Prolib

Oleh: Mohd Sayuti Omar

HARI-HARI perbahasan mengenai golongan mana yang perlu atau layak memimpin Pas didebatkan. Ia sudah menjadi topik yang menarik dan menjadi isu utama menjelang muktamar Pas ke 55 Jun depan.

Isu ini berjaya menduduki ranting teratas dalam kategori isu-isu politik Malaysia dengan sokongan pemimpin Pas sendiri dan peranan aktif dimainkan oleh media massa yang bermotif untuk mengkucar kacirkan Pas.

Boleh dikatakan semua pemimpin Pas terkena flu gatal mulut untuk bercakap dan mengulas perkara ini. Sindrom gila glamour untuk melihat kenyataan dan wajah disiarkan dalam media massa, youtube dan sebaganya sudah merebak dalam Pas. Apakah ini pembaharuan!

Dari Presidem, Naib-naib presiden, Ketua urusan ulama, ketua-ketua dewan, muslimat, pemuda semuanya bercakap dan mengulas mengikut pandangan dan kecenderongan masing-masing.

Kalau pun nampak kurang bercakap dan kelihatan cerdik ialah timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa. Nasharuddin nampak sedikit bersikap bijak tidak mahu terperangkap dalam polemik ini kerana beliau sendiri mempunyai personaliti kedua-dua jenis itu.

Tidak cukup dengan itu mursyidul am, timbalan mursyidul am dan ketua urusan ulama juga turut dihinggapi flu gatal mulut. Sepatutnya orang berdarjat mursyidul Pas atau berada dalam saf tertinggi dinamakan majlis syura tidak turut campur mengenai isu ini dan perlu menjaga suara emas mereka.

Mereka sepatutnya bersuara bila ada atau mengenai soal-soal besar yang membabitkan implikasi hukum hakam sahaja baik dari segi dasar ataupun pengurusan dan strategi parti, bukan turut sama ikut berpolemik dengan anak buah yang mentah dan cetek ilmunya.

Apabila mereka juga turut memberi pendapat yang dilihat cuba mempertahankan diri sendiri secara tidak langsung intergriti mereka merosot. Lebih malangnya lagi ada kalangan mereka meskipun berada dalam majlis sama, tetapi wujud percanggahan antara satu sama lain. Misalnya pendapat dan pandangan mursyidul am dalam hal ini tidak selari dengan pandagan sesetengah ahli majlis syura sehingga terpaksa diadjustkan kemudian bagi menampakkan ianya telly.

Cara isu ini dibahaskan ia nampak cukup penting. Pas meletakkan batang tubuh manusia untuk menentukan masa depan parti itu bukan lagi perlembagaan. Dengan mempertahankan wawasan dan bukan perlembagaan bermakna Pas tidak mempunyai pedoman jelas dalam mengolahkan parti mereka.

Rasanya ini tidak patut berlaku. Tidak sepatutnya pemimpin Pas terkena flu gatal mulut mengenai masa depan Pas kerana ia ada perlembagaan yang wajib dipatuhi semua ahli. Perlembagaan itulah yang akan menentukan atau mengawal Pas bukan individu.

Apa-apa perubahan dasar dan polisi atau bentuk politik masa depan akan ditentukan oleh perlembagaan. Perubahan akan terlaksana bila dibenarkan perlembagaan. Betapa ahli mendesak mahukan sesutau tetapi kalau belum dizinkan oleh kitab Pas ia tidak boleh dilaksanakan. Maknanya ahli kena ubah perlembagaan baru sesuatu yang baru boleh dilaksanakan dan bukannya individu atau puak.

Jadi mereka yang rungsing kepada masa depan Pas itu tidak harus dicampakkan ke atas batang tubuh pemimpin tetapi kepada ahlinya semuanya yang akan membuat keputusan majmuk dalam muktamar secara bermusyawarah khas.

No comments: