Moga perjuangan kebenaran berjaya di mana sahaja termasuk Malaysia.
Aku masih menunggu seorang sahabat mudik dari Indonesia. Dah 10 tahun beliau di sana dan sesekali sahaja kembali ke Malaysia.
Aku mendoakan keampunan dosa khusus kepada beberapa orang sahabatku yang telah menemui Allah swt lebih dahulu dariku. Mereka meninggalkan aku ketika perjuangan belum selesai dan putera-puterinya masih memerlukan seorang ayah. Moga putera puteri ini akan meneruskan perjuangan kebenaran di bumi tercinta.
Marilah kita terus berkomunikasi kepada orang tersayang yang telah meninggalkan kita dengan berdoa keampunan dan mendapat rahmat dari Allah swt untuk mereka. Jika berkesempatan ziarahlah pusaranya dan berbisiklah akan kerinduan kita kepadanya. Mereka senang hati dengan kunjungan kita!
Kepada geng forex selamat menjadi jutawan. Moga banyak zakat dan sedekah akan dihulurkan kepada ummah yang memerlukan.
Kepada geng Pas selamat mentadbir negara. Moga Nabi suci dan ahlul bait serta kezuhudan Umar Ibn Al Khattab dan Umar Abd Aziz menjadi teladan anda. Habiskan harta anda untuk ummah.
Kepada geng Reiki teruslah memberi penawar kepada ummah.
Kepada anak muda kebangkitan anda diharapkan. Perjuangan memerlukan nafas yang panjang.
Kepada sahabatku Dr Yaakob Tampin yang kehilangan isteri beberapa purnama lalu, bersabarlah dan teruskan kehidupan memimpin putera puterimu yang tercinta. Kaulah ayah kaulah ibu kini.
Kepada sahabat Munshiku yang baru kehilangan ibu, bukan ketupat rendang ibu yang kita rindui ketika raya ini tetapi kasih, redha dan doa ibu yang kita hilang. Takkan ada penggantinya didunia ini. Tangisilah sepuas-puasnya. Moga doamu setiap masa akan Allah berikan kenikmatan hidup kepadanya di sepanjang alam penantian ke syurga itu.
KEPADA SEMUA SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN