Thursday, October 30, 2014

MSU KOLOT

Agak agaknya kalau Pas perintah Malaysia,  apa yang  ahli Pas tak boleh buat  ya  ???

Sekarang, belum perintah,  Majlis Syura Ulama Pas  arahkan Ahli Pas  tak boleh join Pasma.

Kolot betul MSU Pas???????????


3 comments:

Anonymous said...

Sampai kiamat pas tak akan perintah ............

aku adalah barua hadi said...

kolot dan dangkal lagi menyusahkan...tak mngambarkan ciri2 islam yang baik..

Anonymous said...

Ahli PAS di dalam pandangan UG adalah seperti berikut:

Mesti hadir ke ceramah-ceramah yang dianjurkan UG atas nama PAS... bukan untuk dengar penerangan dari pemimpin tetapi untuk mengisi karung-karung derma PAS UG yang ada... ingat air liur UG yang mengarut tu free ka.

Di dalam musim PRU, ahli-ahli PAS tidak kira pangkat mesti melaporkan diri di UPU-UPU yang dianggotai... tujuannya adalah untuk tolong pasang bendera, poster-poster sediakan pentas dan sebagainya secara percuma kerana Allah... takkan UG pulak nak buat kerja-kerja tu... UGkan bersih lagi suci mana boleh dipeluhkan dengan kerja-kerja rencam tu... kalau boleh hangpa tolong bancuh air lagi untuk UG-UG tu minum di dalam markaz.

Mesyuarat mesti hadir, jika tak kira tak patuh fiqh alawiyat. Dalam mesyuarat ahli-ahli yang menjadi AJK mesti dengar arahan UG... ambil pen catat perkara-perkara tersebut untuk maklumkan kepada cawangan-cawangan.... dengar sahaja arahan, jangan tanya.... kalau tanya soalan atau beri pendapat UG akan buat muka seposen, dua posen, tiga posen... HANG SAPA????? selain kena cop PASMA, tak wala, komunis, barua, broker, liberal, syiah, munafik haraki, orang matahari, dangdut, disko dan sebagainya.... tapi takkan disebut UMNO sebab itu martabat geng.

Bila kalah pilihanraya UG akan beri alasan ini semua sebab PKR dan DAPlah... Anwar, Anwar, Anwar (3 juta kali).... sendiri letak calon yang tak menarik hati UG tak kira.

Bila mesyuarat Pakatan Rakyat bila UG tak boleh beri pandangan malah jika beri pendapat taraf longkang belakang jamban.... maka akan dituduh DAP dan PKR buli, buli buli, buli... wajar diratib oleh ahli, jika tak kau broker dan barua.

Kalau hangpa tak setuju UG ada veto presiden ... termaktub dalam fasal selepas fasal terakhir di dalam bukU perlembagaan PAS yang tidak ditulis tapi wajar di fahami bahawa "FASAL: PRESIDEN PAS CARI FASAL".

Seterusnya jika bangkang juga ahli akan kena patuh dengan keputusan MSU yang buat kerja kuahnya sikit tapi sudunya banyak... tak diminta rujuk pandai pulak diberikan arahan.

Akhir sekali jika bangkang juga... ahli akan disalak dengan salakan booo, booo, booo.

Itulah peranan ahli PAS dalam pandangan UG, UG adalah PAS/PAS adalah UG yang mentadbir PAS secara mutlak.