Wednesday, February 20, 2013

PAS - JANGAN JADI BANGANG

Geng UG terus hidup dalam Pas.  Malah berkuasa dalam Majlis Syura Ulama.  Idea tidak menerima Anwar sebagai PM dan sebaliknya mencadangkan Ku Li, bukan sahaja bodoh dan tersasar dari realiti politik tetapi sekaligus merupakan cadangan Umno.  

Idea tidak bersetuju Anwar jadi PM dan mencadangkan Ku Li sebagai PM, hanya alasan sahaja. Sebenarnya  cadangan ini  merupakan perangkap Umno untuk Pas keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat.  Keputusan Pakatan Rakyat kena dibuat dan dipersetujui oleh  semua  anggota kompenan PR secara bersama. Ianya  tidak boleh dipaksa oleh satu parti sahaja.  Jika Pas sanggup  bercerai dan berkahwin dengan parti lain,  jika tidak menerima cadangan itu,    itulah  matlamat utama Umno. Dengan perpecahan PR sahaja, BN akan terus menang dalam PRU 13.

Walaupun Nasharudin Mat Isa  tiada dalam barisan kepimpinan Pas, tetapi mesej Umno berjaya disampaikan melalui tali barut Umno.   Dan amat malang sekali jika tudohan tersebut ditujukan kepada Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Harun Din.

Hujah Umno terhadap Anwar misalnya kes liwat  dan agen Amerika/Yahudi  sudah "termakan' dek pimpinan Pas.

Jika Anwar tak layak, mencadangkan nama Ku Li adalah satu yang bangang. Ku Li  itu Umno, akan bertanding atas tiket Umno,  dan tidak pernah bersama PR menentang BN,  bagaimana boleh dicadangkan walaupun jadi PM sementara!!!!

Malang sekali jika pimpinan Pas tidak dapat merasakan kebangkitan rakyat menolak Umno/BN dengan hasrat Anwar sebagai PM. Jika Pas bersedia berjuang seorang diri, buatlah dari awal. Tetapi kini sudah digerbang Putrajaya,  apakah  Pas sanggup mengkhianat kebangkitan rakyat.

Hasan Ali dan Nasharudin dikatakan kerap berjumpa dengan Dr Harun Din. Nasharudin sentiasa berhubung dengan Najb dan Mahyuddin.  Jangan hairan agenda Umno disampaikan oleh Nasharudin kepada Harun Din. Harun Din pula bercakap kepada Majlis Syura.  Usul Dewan Ulama mencadangkan Hj Hadi sebagai PM ketika muktamar Pas yang lalu juga merupakan idea UG untuk merosakkan pandangan umum bahwa PR bersetuju denngan Anwar sebagai PM.

UG didokong oleh Majlis Syura Ulama dan geng Terengganu.

Pelik jika Mustafa Ali tak boleh baca agenda Umno dalam Pas!!!!!  Kalau PR dapat kerajaan, saya cadangkan beliau diberi jawatan Menteri.

Pelik jika Hj Hadi ditipu oleh Harun Din. Terlalu "menghormati' seseorang, memang mudah ditipu.

Pas - janganlah dikau jadi perosak Pakatan Rakyat dan bangang politik di saat akhir menjelang PRU 13. 

Pas - janganlah dikau ditudoh memanjangkan usia Umno/BN!!!!!

Mohamad Sabu: jangan setakat kuat lawan Umno di luar sahaja. Kena jahanamkan Umno dalam parti anda!!!!

 


No comments: