Thursday, September 20, 2012

BERUNTUNGNYA NASARUDIN MD ISA

Ramai yang memuji keputusan Pas tidak mengambil apa-apa tindakan kepada Nasarudin Mohd Isa, bekas Timbalan Presiden Pas. 

Walaupun tindakan Nasarudin lebih teruk dari Hasan Ali, ianya bebas dari sebarang tindakan. Sebagai AJK Pas Pusat dan Anggota Majlis Syura yang berkebolehan menyatakan sikapnya dalam mesyuarat tetapi beliau mengeluarkan penyataan di media tradisional, yang memudahkan sebarang eksploitasi pihak musoh. 

Penyataannya terhadap BERSIH dan gabungan Pas dalam PR yang melibatkan DAP adalah satu penyataan songsang dengan sikap rasmi PAS. Pas pernah memecat seorang anggotanya  apabila mempertikaikan gabungan Pas dan Angkatan Semangat 46.

Yang kita khuatir, Pas menyimpan Nasarudin kerana mahu menjadikan Nasarudin sebagai jambatan dengan Umno lagi..... Itulah reaksi orang yang masih mencurigai agenda UG oleh sebahagian pimpinan Pas. Ustaz Idris Ahmad meminta ahli Pas jangan mendahului pemimpinnya. Tetapi bab berkawan dan bersekongkol dengan Umno, insyaallah anggota bawahan Pas bersedia mendahului pemimpin - kami akan tinggalkan Pas beramai-ramai. Wooooo


1 comment:

Anonymous said...

Ahli-ahli mendahului pemimpin - bukan satu kesalahan jika pemimpin lembab,tak ada wawasan dan tak mampu nak buat keputusan yang betul.Wala hanya kepada pemimpin yang betul,ikhlas dalam perjuangan,ada wawasan dan dinamis.Kalau dah langgar 3 kali keputusan Muktamar,apa macam?