Oleh kerana Umno sudah lama menjadi pemerintah, maka parti ini tidak bijak menjadi pembangkang. Tugas pembangkang diserahkan kepada TV1. TV3 dan Utusan Melayu. Setiap hari ada sahaja isu yang akan dimainkan oleh media tersebut. Naik muntah kita mendengarnya. Ha ha. Namun sekarang, urusan mendedahkan kelemahan Pas telah diambil alih Hasan Ali Al Akidah.
Saya tak fikir kerajaan negeri Pakatan Rakyat samada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang adalah suci atau maksum dari kesalahan. Kronisme, salah etika, percanggahan kepentingan adalah mudah dikesan, jika pun rasuah sukar dibuktikan. Tetapi pemimpin politik Umno gagal mengesannya. Takkan nak minta orang PR nak dedahkan. Kena pecat nanti. Atau jika dalam Pas, dikatakan tak walak pula nanti. Woooo.
Ada beberapa sebab mengapa pemimpin politik Umno gagal mendedahkan penyelewengan PR. Pertama, sememangnya Kerajaan PR adalah bersih. Kedua, mungkin pemimpin Umno beranggapan penyelewengan yang dibuat oleh PR itu terlalu kecil. Ketiga, mungkin Umno tidak berhajat mewujudkan sebuah urus tadbir yang baik. Malah pemimpin Umno bersedia melakukan rasuah yang lebih besar lagi jika berpeluang memerintah semula. Wooo.
Katanya kelab hiburan di Kedah lebih lama beroperasi dan penjualan arak lebih bebas di era PR berbanding dengan era BN. Ketika era BN, depa takut jika Pas mengkritiknya. Tetapi di era PR, BN senyap sahaja. Mungkin BN pun nak buat macam tu dulu tetapi takut dengan Pas agaknya. Rupa-rupanya Pas lagi liberal dalam isu hiburan dan arak. Ha ha.
No comments:
Post a Comment