Pada tahap ini sepatutnya Pas Kawasan telah menyenaraikan pendek nama calon yang bakal bertanding pada PRU ke 13. Lazimnya Pas Negeri hanya meminta 3 nama sahaja untuk dipertimbangkan dan seterusnya memilih satu calon pilihan sahaja untuk bertanding. Namun ada desas desus di satu kawasan atas angin telah mencadangkan 7 nama pilihan untuk dipertimbangkan oleh Pas Negeri.
Hebat sekali kawasan atas angin ini kerana tidak mahu "menyenarai pendekkan" bakal calon tetapi sebaliknya "menyenarai panjangkan" nama bakal calon untuk Pas Negeri membuat pilihan nanti. Ha ha.
Nampaknya gaya pengurusan baru sedang dianuti oleh Pas kawasan atas angin ini. Tugas mesyuarat adalah membuat ringkasan cadangan yang akan memudahkan pihak atasan membuat keputusan. Oh, mungkin agaknya Pas Kawasan atas angin ini merasakan semua nama yang dicadangkan layak sekali mengganti calon lama. Jika begitu, signal telah diberi. Alangkah baiknya jika calon lama menarik diri. Kalau kawan sendiri, malah anggota jentera pilihan raya sudah tidak berkenan kepada kita, eloklah angkat kaki!!!

Ikut rasmi pelepah kelapa- gugur sendiri, jangan ikut pelepah pisang - kena disentap - bak kata orang tua-tua. Woooo.
Teingat kata kawan-kawan di kedai kopi - kini era "ana yang paling layak". Ha ha.
No comments:
Post a Comment