Di era awal kemerdekaan, Umno meraih undi dengan isu keselamatan negara. Kononnya mengundi Umno selamatlah negara. Parti selain Umno adalah pro kominis dan mengancam keselamatan negara. Ramailah pemimpin pembangkang yang diISAkan sehingga melumpuhkan parti mereka. Zaman itu hanya ada RTM dan Utusan Melayu sahaja sebagai media propaganda.
Fasa selanjutnya Umno menggunakan isu pembangunan pula. Hanya BN sahaja yang mampu membangunkan negara. Macamlah Amerika , Jepun dan Singapura maju kerana ada Umno.
Namun, apabila Umno berjumpa dengan orang Melayu, isu "Melayu"lah yang menjadi nyanyian mereka. Jika Umno kalah, orang Melayu seolah-olah tidak akan memimpin negara ini lagi. Walaupun semua calun Umno dilawan oleh calun Melayu dari pembangkang, tetapi pengundi dibayangkan jika Umno kalah, calun Cina yang menang. Ha ha. Macamlah Hj Hadi itu Cina yang berjaya mengalahkan Umno di Marang. Macamlah Anwar itu Cina yang berjaya kalahkan Umno di Permataang Pauh.
Umno berjaya memerintah kerana ia terpaksa bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Umno tidak mampu berkuasa tanpa sokongan parti-parti tersebut. Lantaran itulah Umno selalu mempengaruhi pengundi Melayu supaya jangan undi DAP kerana jika DAP menang, maka MCA yang kalah. Kekalahan MCA itu akan menyebabkan Umno pun tak dapat memerintah lagi. Lantaran itulah DAP sentiasa diwarwarkan anti Melayu, anti Raja Melayu, anti Islam!!!! Malangnya, bukan rakyat bawahan termakan nyanyian Umno ini, tetapi ianya sudah termasuk dalam hati sebahagian pimpinan Pas. Walaupun pada zahirnya bersama Pakatan Rakyat tetapi jauh nun di hati, masih teringat-ingat hendak berpeluk dengan Umno!!!!! Mereka sanggup mahu bersekongkol dengan Umno yang haprak dengan rasuah!!!!
Nasib baiklah orang bawahan Pas amat "keras" dengan Umno!!!!

No comments:
Post a Comment