Friday, January 21, 2011

KITA MAU MELAYU BAIK, CINA BAIK

Jika pengundi Cina mengundi BN, orang China baik. Tetapi jika pengundi China mengundi PR, maka orang China tidak taat kepada negara dan perlembagaan Malaysia. Begitulah cara hasutan Umno dan akhbar pro BN.

Begitu juga, jika kerusi MCA menang, tak ada salahnya. Tetapi jika DAP yang menang, maka DAP akan ditudoh merosakkkan negara dan melawan raja di negara ini.

Fahaman karut ini bukan sahaja dianut oleh oleh penyokong BN, tetapi sedikit sebanyak termakan dek pak lebai dan para ustaz dalam Pas.  Tambah mereka, biarlah Umno yang jahat daripada DAP yang kafir tu. Entahlah..

Hakikatnya dalam pertandingan pilihan raya, lazimnya MCA lawan DAP dan Pas lawan Umno. Kerusi Cina hilang ke Cina juga. Kerusi Melayu hilang ke Melayu juga. Soalnya, kita mahu Cina baik dan Melayu baik. 

Melayu Umno rasuah, Cina MCA dibelakangnya. Mereka bersaudara dalam meranap wang negara. Setakat ini DAP komited memerangi rasuah. Tak ada salahnya Pas berkawan dengan DAP.

Tetapi jika Melayu Pas rasuah, pun kita lanyak habis. Woooo

No comments: