Saturday, April 3, 2010

MEB - KEMANA?

Model Ekonomi Baru bukan suatu yang baru sebenarnya. Apabila berbicara hal ekonomi, isu utamanya tetap berkaitan dengan "pertumbuhan, agihan dan pendapatan perkapita".

Dalam melaksanakan sesuatu dasar dan strategi ekonomi, maka "keutamaan" menjadi isu sebenarnya.

Mana lebih penting - samada nak meningkatkan pendapatan rakyat dari garis kemiskinan ke suatu pendapatan yang manasabah atau nak meningkatkan pendapatan rakyat yang telah pun tinggi ke paras lebih tinggi lagi?

Mana lebih penting - samada membangunkan wilayah luar bandar yang masih tertinggal atau memajukan lagi kawasan bandar yang sedia ada keperluan minima prasarananya.

Kalau kita perhatikan betul-betul baget negara yang diluluskan setiap tahun, ianya lebih banyak membantu orang senang ke arah lebih senang lagi. Yang terpinggir diperuntukan setakat seciput sahaja, walaupun bunyinya juta-juta.

Kita perlu suatu revolusi dan reformasi ekonomi secara menyeluruh. Kekadang negara kena "ambil" kekayaan sesorang atau sekumpulan orang dan diagihkan secara teratur kepada rakyat bawahan yang sentiasa terperangkat dengan "putaran ganas kemiskinan".


1 comment:

orangkampung said...

salam,

1. Pelan perancangan MEB ...harap maju ke depan.

2. Semua benda penting. Jangan kerana nak majukan satu pihak,pihak lain kita tinggalkan.

3. Pelan dah buat, bentang dah buat, semua kena terlibat dalam pelaksanaan la kot.

4. Jangan sorang buat, yang sorang lagi asyik bangkang. Memang kerja tak sudah ....