Wednesday, December 9, 2009

TUAN IBRAHIM JAGA PAHANG AJA LE

Tuan Ibrahim Tuan Man kata Mahfuz orang luar apabila Mahfuz meminta Ariffahmi berhenti segera sebagai CEO PBMK. Kalau majikan lain, depa akan bayar gaji pengganti notis supaya CEO tu berhenti serta merta.

Mahfuz tu Naib Presiden Pas macam Tuan Ibrahim juga. Dia layak memberi pandangan bukan sahaja kepada pemeritahan Umno/BN tetapi juga kepada pemerintahan Pas Kelantan. Kalau Adnan Yaakob buat tak betul di Pahang, bukan Tuan Ibrahim sahaja boleh tegur tetapi Mahfuz pun boleh tegur. Kalau Uztaz Azizan buat tak betul di Kedah, Tuan Ibrahim pun boleh tegur, kalau Mahfuz tak menegurnya.

Janganlah ada anggapan apabila Pas buat tak betul, ada aja dalil tak boleh tegur. Kalau Umno buat salah sedap aja dibalun. Ha ha.

Jangan asobiyah lokal pulak!!!!

Saya dah naik menyampah apabila mendengar orang ugama dalam Pas mencari hujah tidak boleh menegur pemimpinnya secara terbuka. Kalau dengan Umno, boleh aja.

5 comments:

The Highlander said...

Saya setuju sangat dengan saranan tuan blog.

shaiful bahri said...

Saya sokong Tuan Ibrahim, Mahfuz tak patut sambung menghangatkan isu kelantan. Mahfuz lebih baik pikir isu yg menekan umno seperti BTN, PSRM, Tun M yg busuk...

AFRAR YUNUS said...

salam sheikh
sebut asabbiyah, depa dalam pas marah. bolehkah sebut nasionalis pas?

Fazli Salleh said...

Salam..

Bukannya salah menggunakan media untuk menegur pemimpin PAS. Yang masalahnya ialah, media dinegara ni macam haprak.

Tegur baik-baik pun nanti kluar di papaer "Pemimpin PAS bercakaran" ataupun "Retak menanti belah". Ini yang kita tak mahu.

Diam itu lebih baik dan jika ada benda yang tak kena dilakukan oleh pemimpin PAS, tegur secara berdepan baru gentlemen. Jangan biarkan sindrom "gila bercakap" menguasai PAS.

Sebal said...

Salam, seperti kelmarin, gue sokong saranan Mahfuz..TMTI eloklah percepatkan keputusan JK Disiplin and jangan dok, sebuk bela sanak sedara..ariff fahmi demo letak jawatan and cuti..

Assabiayah keluarga and org ugama kot..tak bolih tegur and kritik,,,beri saran lagilah tak bolih..sebal benar gue..