Saturday, June 26, 2010

ULAMAK JENIS APA?

"Ulamak" yang masuk Umno semalam ialah dari penggerak yang dikenali sebagai geng "salafi" atau "wahabi" atau "kaum muda".  Kumpulan ini sejak dahulu hanya menekankan bidang "tauhid" dan "fiqh"   berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.  Sayangnya kumpulan ini kurang memberi perhatian kepada politik berdasarkan   Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah Umno  mengamalkan  Al Quran dan As-Sunnah sehingga mereka memilih Umno sebagai medan untuk memperjuangkan Islam?. Kalau hal ini pun ulamak dari kumpulan ini tak nampak, ianya satu malapetaka kepada  ummah!!!!!

Tertanya di sudut hati ini - ulamak jenis apakah mereka ini?

Friday, June 25, 2010

MALAYSIA KARTUN

Apabila kartun Zunar pun diharamkan, maka jelaslah Malaysia negara kartun. Kartun hanya bahan gelak sahaja. Apa yang nak ditakutkan oi.

Teringat zaman awal 70an dulu, apabila ramai pemuda dakwah berjanggut,  maka orang  berjanggut sentiasa dicurigai. Ha ha. Bak kata Ustaz Ghani Shamsudin, orang berjanggut naik basikal pun dirasakan  macam  naik kereta kebal nak tembak orang. Wooooo.

Monday, June 21, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 4

Oleh: Hanipa Maidin http://peguampas.blogspot.com/

Sederhana. Prihatin. Mudah mesra. Berpengalaman. Itulah antara lain ciri-ciri yang ada pada seorang individu hebat Pas yang telah pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 14 hb Jun 2008 yang lalu. Itulah Almarhum Ustaz Hasan Shukri – orang parti. Kehidupannya diabadikan hanya untuk parti yang beliau amat sayangi iaitu Pas. Mungkin beliau adalah antara pemimpin Pas yang mempunyai pengalaman yang amat lama dalam Pas iaitu sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1951 atau mungkin sebelum itu lagi.

Kali pertama saya bertemu beliau adalah ketika menghadiri tamrin pelajar di Taman Melewar. Ketika itu saya berada di tahun pertama sebagai pelajar undang-undang di UIA . Jika tidak silap saya pada masa itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas. Itulah kali pertama saya mengunjungi Taman Melawar dan itulah juga kali pertama saya melihat Ustaz Hasan Shukri secara bersememuka. Saya amat tertarik dengan sifat kesederhanaan yang beliau tunjukkan. Meskipun beliau adalah orang lama dalam Pas beliau menujukkan sifat mesra kepada orang-orang baru Pas seperti saya. Banyak pengalaman-pemgalaman manis dan pahit yang beliau kongsikan kepada kami- para pelajar yang baru ingin berjinak dengan Pas.

Sejak dari pertemuan kali pertama sehinggalah kali terakhir saya bertemu dan berborak mesra dengan beliau di Muktamar Pas di Putik Kelantan , apa yang saya boleh katakan adalah betapa Pas kehilangan besar sebuah permata yang amat bernilai. Terlalu banyak perkara yang saya – termasuk para pimpinan dan ahli pas yang lain- belajar dari Ustaz Hasan Shukri. Pelajaran yang paling berharga adalah perlunya istiqamah dalam perjuangan tanpa mengira di waktu senang dan susah. Tidak sedikit mereka yang gugur dalam perjuangan Pas kerana tidak tahan diuji. Namun Ustaz Hasan membuktikan kepada kita beliau telah berjaya melepasi segala ujian dalam perjuangan Pas dan kekal istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat beliau.

Jika kita bercakap tentang jasa dan pengorbanan beliau dalam perjuangan terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Muktamar Pas di Putik baru-baru ini menyaksikan sejarah dalam Pas dengan penyertaan golongan bukan Islam yang menjadi perwakilan melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar atau tahu bahawa individu yang memberi sumbangan besar sehingga tergubalnya Peraturan –Peraturan bagi mengawal Dewan Himpunan Penyokong Pas adalah Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Kefahaman beliau yang mendalam tentang Perlembagaan Pas dan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Pertubuhan menyaksikan kecerdikan beliau mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas tanpa perlu meminda Perlembagan Pas.

Bagi para pimpinan Pas, Ustaz Hasan adalah pakar Perlembagaan Pas. Boleh dikatakan beliau semacam menghafal Perlembagaan Pas sepertimana Dr Aziz Bari semacam menghafal Perlembagaan Persekutuan. Meskipun saya seorang peguam dan diamanahkan sebagai Penasihat Undang-Undang Pas namun apabila timbul masalah mengenai isu-isu Perlembagaan parti saya yang merujuk kepada beliau dan bukan sebaliknya.

Kehebatan dan pengalaman lama beliau dalam pentadbiran parti dan Perlembagaan parti bukan sahaja diakui dan dihormati oleh dalaman parti tetapi juga mereka yang berada di luar parti. Apabila sahabat –sahabat dari Brunai Darussalam berhajat menubuhkan parti politik mereka telah berkunjung ke rumah Ustaz Hasan dan meminta almarhum menggubal rang Perlembagaan parti politik tersebut. Saya masih ingat setelah beliau menyempurnakan penggubalan rang Perlembagaan tersebut beliau telah menyerahkan saya sesalinan rang Perlembagaan tersebut untuk tujuan semakan dan menerima pandangan saya. Sebagai seorang peguam saya amat terpegun dengan hasil cipta beliau mengambil kira beliau bukan terlatih sebagai seorang peguam dan tidak terdedah dengan disiplin penggubalan undang-undang secara khusus.

Pengalaman bersama beliau menunjukkan bahawa Almarhum adalah orang parti sejak dari awal penyertaan beliau bersama Pas sehingga pemergian beliau. Beliau adalah pemimpin parti yang berpengalaman memegang jawatan parti dari serendah-rendah peringkat sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Timbalan Presiden Pas.

Apabila Pas menaja kewangan beliau untuk menyambung belajar di Iraq, beliau membayar balik jasa Pas itu dengan terus berkhidmat dengan parti selepas menyempurnakan pelajarannya. Beliau menunjukkan “ passion ( minat yang mendalam ) dalam kerja-kerja mengemaskan pentadbiran parti di semua peringkat . Meskipun kerja-kerja itu dilihat “kurang glamour” namun itulah kerja-kerja yang beliau lakukan tanpa mengenal penat lelah dan jemu.

Boleh dikatakan semua maklumat cawangan parti di seluruh negara ada di dalam pengetahun beliau. Beliau sanggup meninggalkan keluarga berhari-hari hanya kerana membantu kerja-kerja menguruskan kerja-kerja pentadbiran cawangan –cawangan Pas di seluruh negara.

Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau.

Boleh dikatakan juga rumah beliau telah menjadi pusat aduan tidak rasmi Pas. Ahli-ahli dan pimpinan parti yang menghadapi masalah sering mengadu nasib kepada AlMarhum tanpa mengira waktu dan masa. Para tetamu dari dalam dan luar negara sering berkunjung ke rumah beliau bagi memohon pelbagai bantuan termasuklah bantuan penginapan dan kewangan .

Saya pernah bertanyakan kepada beliau sewaktu pulang bersama-sama beliau dari satu program ceramah di Sabak Bernam, apakah pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan ketika menghadiri program Pas. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat melupakan peristiwa di mana semasa beliau memandu kereta selepas balik dari satu ceramah salah satu tayar kereta beliau tercabut dan beliau tidak sedar akan hal tersebut dan terus memandu sehinggalah seseorang menahan beliau dan memberitahu beliau bahawa tayar kereta beliau telah tercabut dan terpelanting keluar. Mungkin ini antara karamah yang Allah berikan kepada pejuang Islam yang ikhlas seperti Almarhum.

Moga Allah merahmati Almarhum . Amin.

Sunday, June 20, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 3

Oleh Subky Latif
 
ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.


Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal  markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan  tingkap.

Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.

Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual  tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli  lot-lot itu untuk PAS.

Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.

Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.

Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.

Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan  Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.

Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian  dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.

Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan   dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.

Thursday, June 17, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 2

Siapakah pelayan utama di Pejabat Pas  Pusat  di Taman Melewar jika  sang musafir  datang memohon pertolongan. Pelbagai insan yang datang ke Pejabat Pas samada benar-benar susah atau secara sengaja nak wang dengan mudah. Pelbagai karekter yang datang. Kalau tak sabar dan berperi kemanusiaan, bukan mudah menjadi pelayannya. Namun Allahyarham Ustaz  Hassan Shukri dengan senyum dan sabar terus melayani berpuluh tahun sang tamu dan sang musafir di Pejabat Pas  Taman Melewar.  Jarang benar Ustaz Hassan Shukri menghampakannya. Antara pemohon  derma itu  ada yang  datang khas dengan teksi,. Itu pun dilayan  dan dibantu  oleh Ustaz Hassan. Poket Ustaz Hassan tersedia wang untuk disedekahkan.
Bagi Ustaz Hassan, pemohon derma itu benar-benar susah atau mengambil kesempatan bukan isunya. Jika benar mereka susah, wajar dibantu. Jika mereka mengambil kesempatan, sedikit wang yang hilang itu tak seberapa nilainya jika dibanding  demi menjaga imej Pas sebagai tempat "mengadu" rakyat.
Walaupun ada orang mengatakan Ustaz Hassan sebagai tuan tanah kedawung Taman Melewar tetapi sebenarnya beliau merupakan baitul mal Pas yang membantu sang fakir dan sang miskin. Malah calun Pas yang bertanding pilihan raya pun, Ustaz   Hassan yang memberi sumbangan sedikit sebanyak. 

Wednesday, June 16, 2010

HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 1

Solat jenazah dan pengebumian  Allahyarham Ustaz Hassan Shukri selamat dilakukan pada jam 9 pagi semalam. Yang hadir, datang dari dekat  dan jauh termasuk dari  Kedah, Perlis, Terengganu  dan Kelantan. Bukan mudah boleh berjumpa sahabat lama kecuali ada peristiwa macam ini.

Jika ahli biasa pun datang dari Kelantan, ianya suatu yang mengharukan kerana sebagai ahli biasa, tak siapa akan bertanya jika tak datang. Kalau pimpinan atasan memang patutlah datang kerana Allahyarham merupakan tokoh Pas sepanjang dekad.

Elok benar Pas mengadakan Anugerah Hassan Shukri setiap tahun sempena muktamar tahunannya. Anugerah ini diberikan kepada Pas Kawasan yang terbaik sepanjang tahun dari segi pengurusan yang mematuhi perlembagaan parti.  Allahyarham sentiasa dikaitkan dengan kebijaksanaannya dalam pengurusan perlembagaan parti. Maka anugerah bernama Hassan Shukri suatu yang wajar.

Monday, June 14, 2010

DR M MERAPU

Walaupun Dr M tu negarawan, namun ada kalanya kenyataan beliau dikira merapu. Kali ini paling merapu sekali. Dr M sokong luluskan lesen judi bola kerana pembangkang (PR) membantah lesen itu kerana politik. 
 
Orang Islam  menentang judi kerana larangan agama.

Orang bukan  Islam menentang judi kerana keburukan sosial yang dibawa oleh judi.

Dan tidaklah  judi itu menjadi  halal  dek kerana yang menentangnya bermotifkan  Politik.

Memang selama ini Umno tahi judi. Bak kata Mohamad Sabu - Umno dan judi ibarat taik dengan kentut. Ha ha. Tak boleh dipisahkan.

ALFATIHAH USTAZ HASSAN SHUKRI

Uztaz Hassan yang kembali kerahmatullah jam 2 petang tadi dijangka akan disolat dan dikebumikan pada jam 9 pagi, esok di Taman Selasih, sebelah Taman Melewar.

Kini, jenazahnya berada di rumahnya, yang berhampiran dengan Markaz Tarbiah, Taman Melewar, KL.

Menurut Zain Janggut, orang kuat Markaz, alllahyarham mengadu sakit pada awal subuh tadi. Sahabat-sahabat lain yang bersua dengan beliau di muktamar di Kota Bharu tempohari melapurkan   keadaan beliau nampaknya sihat sahaja.  Allah jua yang mengasehinya.

Disamping istiqamah dan setianya beliau dalam perjuangan  Islam  -  amalan bersedekahnya  suatu yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa.

SEMUA UNDI PENTING

Dalam pilihan raya, setiap undi penting. Tak kira pengundi berasas bangsa, agama, taraf pendapatan dan lokaliti. Semua faktor perlu digarap. Bila persaingan sengit, semua pengundi perlu ditarik seberapa boleh. Maka perjuangan perlu menyeluruh. Pas mesti tunjukkan ianya relevan kepada semua pengundi.

Pas mesti tonjolkan urus tadbirnya yang bersih dan cekap. Model kerajaan negeri yang ada kini hendaklah boleh meyakinkan semua rakyat Malaysia pada PRU 13. Maka sebarang unsur kronisme, korupsi, salah urus dan ketidakadilan dalam pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Pas hendaklah dibenteras awal-awal lagi agar tidak mendarah daging sepertimana dalam BN yang semacam tidak boleh diubati lagi...

Saturday, June 12, 2010

ADUHAI SI LUNCAI

Siapakah Si Luncai yang dimaksudkan oleh TG Hj Ab Hadi Awang dalam ucapan perasmian muktamar pada pagi semalam.

Jika Si Luncai itu ialah orang yang menghalang idea dan kerja-kerja sang gerombolan UG nak berpeluk dengan Umno, maka "luncai" itulah yang terbaik dalam sejarah penglipur lara Melayu.

Tak tahulah pulak kita jika ada Si Luncai lain yang nak terjun dengan labu-labunya bersama Umno tetapi dihalang   oleh penumpang lain dalam perahunya. Maka frustlah Si Luncai  itu apabila lagunya tak diwalak oleh sang penumpang lain dalam perahu Si Luncai tu.....

Friday, June 11, 2010

RMK 10 - BOLEH JADI KE

RMK-10 dilancar semalam oleh Najib di parlimen. Peruntukan RMK perlu dibuat secara tahunan melalui pembentangan belanjawan. Jika Baget 2010 pun belum sampai wangnya ke bawah, bagaimana pula nak laksana RMK 10 nanti?

Itu yang menjadi persoalan saya sekarang. Banyak sangat laporan yang saya terima mengatakan wang baget 2010 tersimpan dalam poket Najib dan Rosmah - bukan berada di Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Thursday, June 10, 2010

NAMA KITA PUN OK DAH

Apalah ada pada Datuk dan Datuk Sri tu. Pulangkanlah aje. 

Yang penting perjuangan!!!!!

Nasib baik zaman Nabi dulu tak ada anugerah Datuk macam la ni....

Monday, June 7, 2010

EKSPO MIHAS DI LUAR MUSIM CUTI SEKOLAH

Semalam jumpa salah seorang usahawan yang selalu joint ekspo MIHAS. Biasanya nak joint ekspo, free aja tetapi kali ini kena bayar. Punyalah tak ada duit, Kementerian Perdagangan Dalam negeri terpaksa menunda tarikh Ekspo MIHAS kepada tarikh di luar musim cuti sekolah.

Tak taulah ramai ke tidak yang nak datang pada tahun ini. Sehingga Mei ini, baget untuk pembangunan usahawan masih belum tiba lagi. Kontraktor tapak ekspo MIHAS terpaksa buat dahulu, tuntutan kemudian. Entah ada entah tidak. Kok ada yang kena saman nanti. Woooo

Sunday, June 6, 2010

SELAMAT PULANG JAMALUDIN

Sahabat lama saya dalam Unit Amal Pas Pusat, Jamaludin Elias, yang kini Timbalan Presiden Yayasan Amal, selamat kembali dari Jordan yang terkandas ke Gaza dek angkara Israel laknatullah.

Dr Mahathir pun bukan main marah akan Israel. Dulu, beliaulah yang menjemput pasukan kriket Israel ke negara ini. Mahfuz dan Salahudin kena penjara sebulan kerana membantah pasukan kriket Israel. Jangan lupa oi.

Najib beria-ia menyambut kepulangan sukarelawan Malaysia. Yang kita nak tengok ialah beliau membatalkan kontrak syarikat sekutu Israel tu. APCO le. Barulah anak jantan dan menunjukkan sikap anti Israel yang sebenarnya.

Yang hisap rokok Amerika, eloklah berhenti ya....

Friday, June 4, 2010

DEMO ANTI ISRAEL

Pemuda Pas berarak ke kedutaan Amerika.

Pemuda Umno berdemo di Masjid negara.

Tiada sebiji botol pun dibaling ke dalam kawasan kedutaan Amerika. Memang rakyat Malaysia paling bersopan santun dalam berdemo...

Wednesday, June 2, 2010

NAJIB SENYAP JE

Kes Apco, syarikat Israel yang mendapat projek di Malaysia semacam tidak dihiraukan oleh rakyat awam Malaysia.

Apakah kes penahanan dan serangan Israel ke atas kapal sukarelawan Malaysia ke Gaza menjadi isyarat supaya rakyat Malaysia sedar akan kejahatan Israel???????

Najib macam tak ada telor aja - tak kata apa-apa pun!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

SUBSIDI ORANG KAYA

Suara " menjaga kepentingan bumiputera" memang enak didengar. Tak kiralah siapa pun yang hendak memperjuangkannya. Tetapi diakhirnya cerita "kepentingan bumiputera" itu ialah peluang mendapat "kontrak, lesen, AP dan projek" untuk segelintir bumiputera sahaja, bukannya untuk majoriti bumiputera yang miskin.

Isu agihan kepada rakyat bukan isu berkaitan dengan sesuatu bangsa sahaja. Kemiskinan perlu digarap tanpa mengira bangsa. Apa yang kita lihat dan berlaku ialah negara memberi "kemewahan" kepada golongan kaya menjadi lebih kaya lagi. Bagaimana mahu memaratakan agihan kekayaan kepada rakyat terbanyak - itulah fokus kepada pembangunan ekonomi sesuatu negara.

Apa pun model ekonomi - islam, kapitalis, sosiali atau campuran - isunya ialah membantu rakyat tertindas ekonominya.

Subsisdi merupakan elemen terpenting dalam membantu rakyat. Malangnya BN, bukan sahaja memberi subsidi kepada golongan miskin tetapi lebih banyak memberi subsidi kepada sang korporat atau syarikat swasta!!!!!!

Setiap yang naik flight menyumbang subsidi sebanyak RM 5.00 kepada ERL melalui cukai airport!!!!!

Monday, May 31, 2010

HIMPUNAN 100 RIBU JUMAAT INI

Himpunan rakyat 100,000 akan diadakan pada selepas solat Jumaat, 4 hb Jun 2010 di hadapan kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan kezalimam Israel.

Himpunan akan diketuai oleh Hj Mohamad Sabu, AJK Pas Pusat.


SEBARKAN!!!!!

MEB CELARU

Ibrahim Ali berjaya mengetuai kempen menolak Model Ekonomi Baru Najib.

Kekadang kena puji juga Brahim kita ni. Ha ha. Jangan le kutuk sangat. Kesian kat dia. Selepas 2012 ni, tak tahu ke mana dia nak pergi. Woooo.

Pening Najib nak seimbangkan kepentingan Melayu dan bukan Melayu. Tujuan utama ekonomi ialah membela golongan dhuafa, orang miskin dan orang terindas tanpa mengira bangsa dan agama. Barulah Islam rahmat sekalian alam.

Saturday, May 29, 2010

DEMO ANTI JUDI

Mari kita menyokong demo anti judi. Tak kiralah samada lesen judi yang dilulus oleh kerajaan Pusat di bawah BN atau lesen premis judi di bawah kerajaan negeri.

Pemuda Pas Pusat sedang menganjurkan demonstrasi anti lesen judi bola sepak. Opps jangan lupa berdemonstrasi di Kedah yang sehingga kini belum membatalkan lesen premis judi!!!!!!

Oh Azizan....


Tuesday, May 25, 2010

BANGKIT MAHASISWA

Saya di Jakarta buat beberapa hari sejak Sabtu lalu.

Kenyataan pertama yang menarik yang saya dengar ialah - jika tv melaporkan berita dari satu pihak sahaja secara keterlaluan tanpa mengimbangkan berita dari pihak lain, maka mahasiswa akan berdemonstrasi di hadapan stesyen tv itu.

Di Malaysia, tv 3 melebehi tv 1 dalam membodek kerajaan dan membantai Pakatan Rakyat. Nasib, Sibu membisukan tv 3!!!!!

Alangkahnya baiknya jika mahasiswa memperjuangkan kebebasan media. Zaman 60an isu kemiskinan. Zaman kini ialah keperluan media bebas.

Friday, May 21, 2010

TUNGGU KOMEN MAHATHIR

Kerugian Sime Darby hampir 1 biliion.

Saya menanti komen Dr Mahathir. Kalau berlaku zaman Pak Lah, mampus dilanyaknya. Apa yang Mahathir nak kata kerana zaman beliau pun berlaku kes BMF lebih 2 biliion. Pakat diam diam sudah le...

Wednesday, May 19, 2010

APA NAK JADI

Dah le menjadi penyokong Israel dengan kes Apco.

Kononnya berjiwa Melayu tetapi calun MIC di Hulu Selangor.

Terakhir meluluskan lesen judi, walhal bukan Islam pun tak senang.

Apa nak jadi kau Umno oi.....

Monday, May 17, 2010

UTUSAN SEMBUNYI BERITA

Kalau keputusan pilihan raya lambat keluar, tanda BN akan kalah. Pada PRU ke 12, banyak keputusan diumumkan selepas jam 12 malam.

Semalam di Sibu pula.

Muka depan Utusan Malaysia macam tak hendak cetak keputusan PRK Sibu. Ha ha

Satu habuk kenyataan Najib dan Mahyuddin tidak dilapurkannya. Woooo

Saturday, May 15, 2010

RAJA ARAB RAJA MELAYU

Berapa income Raja Raja Arab?

Adakah mereka membantu dan membasmi kemiskinan rakyat di negara mereka?

Tak berani nak tanya Raja Raja Melayu. Kok kena saman nanti.

Friday, May 14, 2010

USTAZ ASHAARI DALAM KENANGAN

Ustaz Ashaari Mohammad telah kembali kerahmatullah semalam dan disemadikan di kampong sendiri.

Masih teringat dan segar ingatan daku kepada kuliah pertamanya yang ku dengar di Sg Pencala pada akhir tahun 1976. Rasanya kita terhutang budi kepada gerakannya yang mengajak ummah kepada kesedaran Islam dalam menutup aurat, makanan halal dan berdikari dalam kehidupan demi menegakkan Islam sebagai satu cara hidup.

Al Fatihah.

Thursday, May 13, 2010

JANGAN LAWAN BOS

Kalau makan gaji dengan sesuatu majikan, jangan lawan bos majikan. Tak kiralah majikan pro Umno atau Pas.

Kalau tak lawan bos, tak datang kerja pun tak akan dibuang.

Kalau lawan bos, rajin kerja pun akan dibuang.

Yang penting jadi Mat Setia macam arwah Mohamad Rahmat.

Kalau dah lama kerja banyak pampasan yang bakal diperolehi jika dibuang kerja. Tetapi kalau baru sehari dua tak berbaloi nak upah peguam lawan kes. Ha ha ha.

Tuesday, May 11, 2010

AMAL SECARA DIAM-DIAM

Janganlah berjuang Islam jika niatnya untuk dapat pencen dari jawatan politik. Misi utama memerintah ialah amar makruf dan nahi mungkar. Mungkin orang suka atau tidak tetapi perubahan perlu dicetuskan.

Kalau di Kelantan kita melihat adanya kempen menutup aurat, pembatalan lesen premis jualan judi dan kempen solat. Tetapi di Kedah tak dengar pula. Atau memang buat diam-diam. Agaknya buat amal secara diam lebih ikhlas kot....

Bukan hebat namanya jika berjaya mengekalkan pemerintahan pada pilihan raya akan datang tetapi yang kita mahu ialah perubahan lebih kepada islam. Jika suasana islam sama macam Umno/BN dulu, macam tarak apa-apalah.

Jangan dok perasan lebih hebat dari Ustaz Fadzil Nor, Nizar, dan TG Nik Aziz ya...


Saturday, May 8, 2010

UMNO SOKONG JUDI

Yang kita nak lihat judi semakin berkurangan. Tetapi kerajaan BN hendak menambahkannya lagi. Demi menambah pendapatan negara, walaupun haram tetap diluluskan lesen judi juga.

Rasanya rakyat tidak akan berdemonstrasi menentang kerajaan jika kerajaan tidak meluluskan sesuatu lesen judi. Agak-agak muka siapa yang hendak berdemonstrasi menyokong judi?

Tak tahulah pula jika BN mendapat derma khas dari syarikat judi dalam sebarang kempen pilihan raya....

Istilah "berkat" tak ada dalam kamus pemerintahan BN. Jika Cina DAP pun tak setuju judi, mengapa Melayu Umno senyap sepi dalam kes ini. Maruah apa yang Melayu Umno nak jaga ya?

Friday, May 7, 2010

ADIL KEPADA MUSOH DAN PESALAH

Dalam alquran menegak keadilan dikaitkan dengan takwa. Yang berkuasa adalah entiti utama yang kena menegak keadilan.

Yang paling payah ialah menegak keadilan kepada orang yang dilihat sebagai musoh dan yang dilihat sebagai pesalah.

Jika kita menghukum kesalahan sang musoh dan sang pesalah, pastikan keadilan hukum sebenar tertegak. Jangan melampaui hukuman.

Kalau tidak, jadilah kita seperti di zaman lampau, menjadi raja zalim yang sentiasa menghukum rakyatnya sesuka hati sahaja walaupun rakyat melakukan kesalahan yang kecil sahaja.

Sekadar ingatan kepada Polis Di Raja Malaysia.

Thursday, May 6, 2010

SELAMAT BERMESYUARAT PAS SEREMBAN

Khabarnya Pas Seremban akan mengadakan mesyuarat agung khas pada petang Sabtu ini. Hanya satu agenda sahaja iaitu memilih Ahli Jawatan Kuasa kawasan.

Dalam adanya persaingan ikutlah prosidur, peraturan dan perlembagaan. Tak kira kawan atau saingan kawan - kita berharap peraturan diutamakan.

Jamaah tabligh yang tak ada peraturan bertulis pun boleh bermesyuarat dengan tertib. Inikan pula Pas yang telah berpuluh tahun diajar mematuhi perlembagaan.

Moga dalam kita nak membuat pahala dengan menjalankan kerja-kerja Islam melalui parti, kita tidak membuat dosa pula dengan bergaduh sesama sendiri. Kerja parti adalah fardhu kifayah - jika ramai sangat nak bekerja dengan nak memegang jawatan, apalah salah bagi sahaja kepada orang yang hendak sangat itu. Ha ha. Banyak cara lain lagi kita boleh buat pahala selain kerja dalam parti. Ramai lagi balu, orang tua, orang miskin, anak yatim, orang lalai, orang terlantar dan kes dadah yang boleh dijadikan agenda bekerja dan amal oleh kita.

Teringat hadis nabi - antara musoh kita ialah MUKMIN YANG HASAD.

Dan satu lagi pesan saya ialah apabila menjadi pimpinan parti - korbankanlah wang, masa dan tenaga anda sendiri untuk parti bukannya memnita orang bawah berkorban untuk parti dan untuk anda sahaja.

Moga-moga Polis FRU tak datang pada mesyuarat Pas Seremban kali ini. Wooooo.

Monday, May 3, 2010

KICKDEFELLA MAKAN TUAN

Utusan selalu membaham Pas. Manalah orang Pas nak percaya dengan Utusan. Utusan pernah dibakar dan disabotaj oleh Pas.

Tetapi apabila menjelang muktamar Pas yang ada pemilihan, Utusan pun akan meyokong dan berkempen untuk mana-mana pemimpin Pas yang dilihat kurang anti dengan Umno.

Kini Utusan memetik cerita dari Kickdefella pula untuk membaham Pas Kelantan. Semua orang tahu Kickdefella adalah orang Umno yang diambil oleh Husham Musa dan diletakkan dalam satu posisi yang dibayar gaji.

Kini Kickdefella seperti anjing yang menyalak tuannya pula. Ha ha. Agaknya tak cukup diberi makan. Inilah malangnya apabila pemimpin Pas lebih percaya orang Umno dari orang partinya sendiri apabila ada kerja-kerja yang bergaji. Jika orang Pas, setakat kerja sukarela sahaja yang dibagi.

Apa yang didedahkan oleh Kickdefella mungkin satu putar belit atau ada kebenarannya. Tetapi jika benar pun, orang Pas payah nak percaya. Orang Pas amat husnul zon dengan pemimpinnya. Woooo.

Bacaan lanjut di sini.

Sunday, May 2, 2010

PAS TAKUT MEDIA MAYA

Tegur kerajaan BN boleh melalui ceramah, akhbar dan media maya.

Tetapi jika nak tegur pemimpin Pas kena beradab dan tak boleh di media maya.

Jika Pas memerintah agaknya, dikhuatiri pemimpinnya lagi tak boleh ditegur!!!!!

Alasan "kena beradab" dan "musuh tau" - hanya alasan basi nak menutup kepada kelemahan dan tak rela ditegur oleh segelintir pemimpim Pas yang tak pro perubahan dan tak bersifat terbuka.

Saidina Umar kena tegur oleh sang wanita di khalayak ramai.

Friday, April 30, 2010

EZAM DAH DAPAT UPAH

Akhirnya Ezam mendapat upah menyalak. Jawatan Senator untuk 3 tahun. Jika dilantik Menteri, kira bonus lagi.

Apakah tugas utamanya nanti? Kita minta beliau menghapuskan rasuah kerana itulah agenda utama beliau sebagai pengasas GERAK. Kalau beliau benar-benar serius menggerakkan usaha membasmi rasuah, kira bermanafaat jugalah beliau menyertai Umno. Kalau setakat menjadi peluru BN menentang PR, kira menjadi hamba Umno sahajalah nampaknya.

Thursday, April 29, 2010

ALANG ALANG RASUAH....

Rasuah RM 10 juta tak ada bukti? Ong Tee Kiat terlepas dari tuduhan.

Macam tak percaya je. Betul kata al marhum Ustaz Fadhil dahuu - kalau nak rompak biar banyak sekali. Yang selalu kena, rasuah RM 10 sahaja. Kalau rasuah juta-juta - mudah terlepas.

Wednesday, April 28, 2010

HULU SELANGOR: MENANG YANG TAK BERBALOI

BN yang menang 1700 undi, dengan undi pos sebanyak 600, ianya suatu yang tak berbaloi berbanding dengan belanja yang dikeluarkan.

Calun BN semacam menteri apabila ada wawancara khas di tv.

SPR macam tak ada telor apabila aduan tentang kesalahan kempen BN tidak diambil tindakan. Jika PR yang buat salah, dengan pantas SPR bertindak.

Pemimpin atasan DAP dan PKR bekerja keras setiap malam tetapi pemimpin Pas tak all out. Agaknya pemimpin Pas sudah tak percaya dengan sistem pilihan raya dan nak menggunakan jalan raya kot. Dalam sibuk kita memperkatakan keperluan bersih dan adilnya sistem pilihan raya, tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas mengatakan tak perlu Pilihan Raya Kecil pula. Tak masuk stesyen langsung kerana isu utama sekarang ialah menuntut pilihan raya yang adil dari SPR!!!!!

Friday, April 23, 2010

INSAN BERNAMA SUHAIMI SAID

Saya mengenal dan mengikut perkembangan kerja-kerja politik Suhaimi Said sejak awal 80an dahulu.

Beliau pernah menjadi anggota PSRM dan bertanding dalam parlimen Temerloh melawan Sabarudin Chik. Kalah tipis sahaja.

Kemudian menyertai Pas. Menjadi ahli Pas dan antara penceramah utama dalam Pas. Isu utama ceramahnya ialah membandingkan perlembagaan Pas yang memperjuangkan Islam dan perlembagaan Umno yang memperjuangkan perlembaagaan sekular.

Entah mengapa merajuk dengan Pas, masuk Umno tetapi tak laku dalam Umno. Beliau merujuk semula kepada Pas tetapi tak diterima. Maka beliau menyertai PKR.

Kini, beliau menumpukan isu-isu berkaitan dengan Felda. Saya berharap sangat agar beliau dapat ke parlimen satu hari nanti kerana beliau mampu memperkatakan sesuatu isu rakyat dengan jelas dan tegas di parlimen

NIK AZIZ DI HULU SELANGOR MALAM INI

Malam ini orang India da Cina menunggu kehadiran TG Nik Aziz di Hulu Selangor. Kepimpinan dan aura TG Nik Aziz meresap ke dalam pemikiran bukan Melayu. Mereka bukan nak lihat gaya dan lagak pakaian pemimpin tetapi mahu mendengar idea, ucapan dan nasihatnya.

Sebelum 2008, Pas dan PKR takut kalah di kawasan yang ramai pengundi Cina. Tetapi kali ini, kawasan Cina menjadi bonus kepada Pas pula.

Apakah bukan Islam mampu melihat keadilan Islam dari orang Melayu sendiri?

Thursday, April 22, 2010

SEMUANYA KETIKA DALAM UMNO JUA

Cerita buat jahat, semuanya ketika dalam Umno jua.

Anwar liwat - dalam Umno

Zaid minum - dalam Umno

Najib guna syarikat yahudi, Apco - dalam Umno

Anwar guna syarikat yahudi - dalam Umno

Rasuah lagilah dalam Umno.

Yang merompak tanah rakyat, saham anugerah, projek Al Baba pun dalam Umno.

Ezam cerita hal bosnya pun ketika dalam Umno juga. Hanya rumah besar Ezam kat Shah Alam sahaja dibina ketika beliau dalam PKR. Rupa-rupanya tipu duit Soros. Woooo.

Tuesday, April 20, 2010

GANGSTER UMNO AKAN MUNCUL

BERHATI-HATI dengan harimau cedera yang nak mati. Harimau ini akan mengamuk habis-habisan.

Begitu juga dengan Umn0/BN di Hulu Selangor. Jangan hairan jika sang gangsters BN akan mengamuk macam di Bagan Pinang.

Ingat wahai petugas PR.

PERIBADI ATAU UMMAH

Pilihan? Bagaimana membuat pilihan. Jika kedua-dua calun baik, kita mencari siapa yang terbaik. Jika calun jahat, kita mencari calun yang kurang jahat.

Dalam PRK Hulu Selangor - BN adalah parti yang tunduk dengan regim Amerika dan Israel. Perkara ini suatu yang sentiasa disebut oleh Al Quran. Isyarat perlu disampai oleh ummat islam di Hulu Selangor, supaya negara kita tidak jadi hamba Amerika. Isu Apko, Israel dan tunduknya Najib yang mahu memberhentikan julaan minyak ke Iran adalah isu yang berkaitan dengan ummah secara global. Isu ini terlalu besar, bukan lagi berkaitan dengan kamalanathan atau Zaid.

Kepala mahu dingin bib...

Monday, April 19, 2010

PERIBADI ATAU APA?

PRK Hulu Selangor apakah isu utamanya?

Isu Calun?

Isu Pembangunan?

Isu Prestasi Kerajaan Selangor?

Isu Agenda Melayu?

Isu APCO

Apakah ini isyarat kepada PRU 13?

Mari kita saksikan...

Friday, April 16, 2010

ISU ISRAEL DI HULU SELANGOR

Saya tengah meneropong Hulu Selangor sejak Isnin lalu. Tengah cari Ibrahim Ali, pejuang Melayu sejati. Kali ini nak tengok dia berkempen untuk siapa? Adakah beliau Melayu Sejati atau Melayu Bisu?

Matematik politik sentiasa berubah. Faktor kemenangan pilihan raya pelbagai sebab. Ia dipengaruhi oleh apakah motif utama sang pengundi.

Ketika Shahril Samad menjadi calun bebas di PRK Johor Bharu pada akhir 80an, pengundi Johor menunjukkan kebenciannya kepada dasar-dasar Mahathir. Apakah kali ini rakyat Hulu Selangor akan menunjukkan kebencian penglibatan Syarikat Israel dalam pentadbiran Najib?


Monday, April 12, 2010

ISUNYA ZINA BUKAN BUANG BAYI

Kes buang bayi sebenarnya adalah akibat kes perzinaan yang berleluasa yang melanda masyarakat masa kini. Banyak sebab kes zina. Apa yang penting, ianya menggambarkan keruntuhan sistem akhlak atau moral dalam negara.

Pelancaran program "Kami Prihatin" untuk menyedarkan masyarakat supaya sayangi bayi agak mengelirukan kerana isu utama ialah "mengapa bayi dibuang". Bayi dibuang kerana ianya liabaliti kepada ibu yang melahirkan anak secara tidak sah. Secara fitrah semua ibu menanti tanpa sabar kelahiran anaknya dan bukan untuk di bunuh atau dibuang.

Perzinaan yang berleluasa menggambarkan keruntuhan sistem akhlak. Para pendakwah mempunyai pelbagai analisa tentang hal ini. Isu ini tidak menjadi kayu ukur kepada "tahap pembangunan" di Malaysia kerana pembangunan di Malaysia hanya menumpukan berapa orang jutawan yang mahu dilahirkan.....

Friday, April 9, 2010

MEMALI OH MEMALI

Peristiwa Memali pada Nov 1985 semacam dilupa oleh Pas sendiri. Dulu, pernah ada resolusi oleh muktamar DPP Pas Pusat untuk menyambut ulang tahun tragedi Memali setiap tahun.

Kes dakwa kerajaan Malaysia dengar khabarnya pun ditarik balik. Kitab dan wang madarasah Memali lebih RM 40,000 tidak diketahui samada dipulangkan oleh pihak Polis atau tidak.

Yang dok ingat kes Memali kini ialah geng jalanan - ada sajak khas dan nyanyian khas Memali oleh anak muda pro reformasi. Ahad ini geng human rigaht pula mengingat Memali. Geng Pas hanya sibuk nak memerintah Malaysia sahaja agaknya....


Thursday, April 8, 2010

APCO: DR M MEMBISU

Kononnya antara mengapa Dr M tak suka Anwar ialah kerana Anwar baik sangat dengan Amerika.

Kini Najib amat sayang dengan APCO. syarikat Israel. Mengapa Dr M membisu?.

Nak kenal APCO, baca di sini.

Wahai rakyat Malaysia, nyatakan pendirian anda.

Wednesday, April 7, 2010

UMNO FIKIR FULUS SAHAJA

Dulu pernah dibangkitkan isu limau dari Israel yang dipasarkan ke negara ini.

Kini Israel dah masuk sebagai konsultan pula dalam KDN.

Apa nak jadi 1 Malaysia. Kenapa Umno membisu. Umno bukan fikir maruah, tetapi FULUS!!!!

Tuesday, April 6, 2010

HIMPUNAN BANTAH APCO

Orang yang mendedahkan rahsia penglibatan zionis dalam kerajaan dikatakan bersalah di parlimen tetapi yang berpelukan dengan zionis dok relax aja.

Apa nak jadi negaraku ini.

BangkitLAH rakyat Malaysia.

Satu himpunan besar-besaran perlu dibuat untuk membantah penglibatan syarikat zionis dan Israel ini.

Monday, April 5, 2010

APCO - UMAT ISLAM RELAX JE

Rasanya umat Islam semacam tak sensitif dengan zionis dan Israel. Apabila Najib dan kerajaan Malaysia dikaitkan dengan APCO, tak kedengaran pun suara menentangnya.

Kalau orang kampong tak tau, kira ok juga, tetapi tak dengar pun suara mahasiswa, Abim, PKPIM, Persatuan Ulama dan NGO Islam yang lain

Kalau Pas dan PKR sahaja yang bising, maka akan dikatakan kerana politik sahaja.

Apa sudah jadi bib?

Lama kelamaan Malaysia pun akan pro Israel dan zionis. Yang penting fulus sahaja!!!!!

Saturday, April 3, 2010

MEB - KEMANA?

Model Ekonomi Baru bukan suatu yang baru sebenarnya. Apabila berbicara hal ekonomi, isu utamanya tetap berkaitan dengan "pertumbuhan, agihan dan pendapatan perkapita".

Dalam melaksanakan sesuatu dasar dan strategi ekonomi, maka "keutamaan" menjadi isu sebenarnya.

Mana lebih penting - samada nak meningkatkan pendapatan rakyat dari garis kemiskinan ke suatu pendapatan yang manasabah atau nak meningkatkan pendapatan rakyat yang telah pun tinggi ke paras lebih tinggi lagi?

Mana lebih penting - samada membangunkan wilayah luar bandar yang masih tertinggal atau memajukan lagi kawasan bandar yang sedia ada keperluan minima prasarananya.

Kalau kita perhatikan betul-betul baget negara yang diluluskan setiap tahun, ianya lebih banyak membantu orang senang ke arah lebih senang lagi. Yang terpinggir diperuntukan setakat seciput sahaja, walaupun bunyinya juta-juta.

Kita perlu suatu revolusi dan reformasi ekonomi secara menyeluruh. Kekadang negara kena "ambil" kekayaan sesorang atau sekumpulan orang dan diagihkan secara teratur kepada rakyat bawahan yang sentiasa terperangkat dengan "putaran ganas kemiskinan".


Thursday, April 1, 2010

BAGUS PUNYA TIMBALAN PRESIDEN

Dalam sejarah Pas, Presiden dan Timbalan Presidennya yang berjaya dihantar ke parlimen amat membanggakan prestasinya.

Siapa yang tak ingat pidato Dr Burhanudin Helmi di parlimen

Siapa yang tak terkenang hujah Prof Zulkefli Muhammad di parlimen

Dato Asri pun menggegarkan parlimen juga.

Era 90an pula , betapa dahsyat Ustaz Fadzil Nor berbahas dan membalas hujah di parlimen

Ustaz Hadi pun tak kurang hebatnya.

Tetapi Timbalan Presiden semasa, Nasharudin Isa - lembik oiiii. Malah melarikan diri apabila perang meletus di parlimen. Baca di sini. Nampak macam tak ada kat parlimen je..

Jangan marahkan Timbalan Prsiden ini. Marahkan perwakilan yang "bijak" memilihnya. Malang sungguh jika perwakilan tak kenal kualiti pemimpinnya. Hantam koromo saja.

Tuesday, March 30, 2010

MENGAPA DI TERENGGANU SAHAJA

Banyak sangat bangunan milik kerajaan runtuh di Terengganu.

Kawan saya di Melaka mengatakan ini semuanya gara-gara wang Ihsan. Entahlah...tak berani saya nak tuduh. Hj Mohamad Sabu pernah berkata, jambatan buatan British, sampai sekarang kukuh bukan main. Ha ha. Kontraktor sekarang tak pandai ke walaupun lulusan bagus punya.

Engkau orang fikirlah sendiri.

Sunday, March 28, 2010

SIAPA MURSYIDUL AM PAS?

TG Nik Aziz dikatakan tidak mahu dilantik sebagai Mursyidul Am Pas. Kekadang hati bertanya, entah-entah ada orang yang memujuknya berbuat begitu. Jika kerana alasan kesihatan, maka jawatan MB yang lebih aula dilepaskan. Mengapa itu tidak terjadi.

Jawatan MA Pas sehingga kini diisi oleh tokoh dan bekas pimpinan Pas yang konsisten dengan dasar dan prinsip Pas. Bukan kaki ponteng perjuangan. Bukan kaki ponteng mesyuarat. Bukan pengecut bertanding dalam pilihan raya. Bukan kaki projek. Yang tegas dalam perjuangan. Yang jelas fikrahnya. Dan jangan sesekali rakan sejawat di Universiti pun tak percaya dengannya.

Siapakah tokoh yang setanding dengan bekas MA Pas yang lalu seperti Yusf Rawa dan TG NIk Aziz.

Friday, March 26, 2010

MENTERI RABA DI SIASAH

Satu masa lalu, Harakah membalun Menteri yang terlibat dengan kes raba.

Hari ini Siasah memberi publisiti kepada bekas menteri berkenaan.

Ada apa-apa ke.

Siasah hidup kerana fund dari Harakah. Entahlah....

Thursday, March 25, 2010

PEMBANGUNAN YANG HAMPEH

Program pembangunan tidak boleh dipisahkan dari membangun moral atau akhlak secara sepadu. Jika sebuah negara hanya menekankan aspek pembangunan wilayah, luar bandar, pembasmian kemiskinan, pembangunan usahawan dan melahirkan golongan profesional tetapi mengabaikan pembangunan insan, maka negara akan hancur, institusi keluarga akan musnah dan sistem kemasyarakatan juga akan musnah.

Indikiator kehancuran insan dapat dilihat dengan melihat kadar jenayah semakin meningkat, peminum arak tegar yang bersepah di premis eksklusif, penghisap dadah yang setia, kes buang bayi yang meningkat - lanjutan kes zina, dan kes perceraian di awal perkahwinan.

Kes buang bayi yang lebih 17,000 orang pada tahun lalu menggerunkan kita.

Kes judi yang semakin hebat menakutkan kita.

Pusat Serenti yang sentiasa penuh memeningkan kita.

Kes cerai menyedihkan kita.

Tidak ada erti pembangunan dan meningkatkannya bilangan jutawan Malaysia, jika kes diatas terus menghambat kita. Kita tak mahu pembangunan hampeh, bak kata orang Gemencheh.

Wednesday, March 24, 2010

HIDUP JUDI MALAYSIA

Umno dan judi tak boleh dipisahkan ibarat taik dengan kentut, kata Mohamad Sabu, satu masa dulu. Ketika itu Anwar dalam Umno dan dipuja oleh anggota dan pimpinan Umno demi mendapat habuan dari Anwar. Ha ha.

Judi dan kapitalis suatu yang tak boleh dipisahkan. Sang kapitalis paling mudah buat duit melalui judi. Lesen judi dan jenis judi makin bertambah, walaupun Anwar dalam kerajaan.

Semua orang tahu, syarikat judilah menjadi pembiaya terbesar kepada BN dalam kempen pilihan raya umum. Malah ada Raja Melayu takut sangat BN kalah di negerinya kerana takut premis judi ditutup.

Utusan Malaysia, Berita Harian dan Metro yang kononnya pembela Melayu pun hidup dengan pendapatan dari iklan judi.

Kedah pun tak berani tutup premis menjual 4 D. Nak kata kat Umno pun tarak guna juga!!!!

Maslahah sheikhhhh.... Walak sheikh, bak kata Ustaz Deris Ahmad. Pi jahanamlah kalau nak walak kepada pemimpin yang tak berani nak tutup premis judi. Fasal apa Umno tak hantam Pas dalam isu ini. Oh ya, Umno pun sama juga, tak berani haram judi. Sebenarnya Melayu, Cina dan India yang baik tak suka judi. Tetapi orang politik sentisa takut "kalau orang tak suka" kepadanya.

Monday, March 22, 2010

PERKASA OH PERKASA

Kalau kita menyingkap sejarah pra kemerdekaan, Paslah parti yang banyak sekali memberi cadangan balas kepada cadangan perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid. Umnolah yang paling banyak mengalah dalam hal-hal menjaga kepentingan Melayu. Pas dilihat parti yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Memang wajar sekali pada era awal kemerdekaan, Pas menjaga kepentingan penduduk asal negara ini. Pas tak mahu kaum Melayu tertipu dengan pembentukan sebuah negara yang tak menjaga maslahah rakyat asal. Umno boleh dikatakan banyak bertolak ansur dalam menjaga kepentingan kaum Melayu. Bacalah sejarah perjuangan Dr Burhanudin Al Hemi secara lengkap, maka dapatlah kita melihar pandangannya yang begitu jauh menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Apabila selepas merdeka, khususnya selepas DEB dilancarkan, segelintir golongan oportunis Umnolah yang banyak mendapat manafaat atas nama "hak istimewa Orang Melayu", walaupun hakikat sebenar mereka menjadi "Ali Baba" sahaja dalam setiap kontrak, permit atau lesen yang diberi oleh kerajaan.

Pihak kerajaan terpaksa mark-up berganda harga tender sesuatu projek hanya kerana nak memberi keuntungan mudah yang berganda kepada puak-puak Umno dalam sesuatu projek. Kos pembangunan yang sepatutnya boleh memajukan negara dalam tempoh 5 tahun terpaksa dipanjangkan ke 15 tahun kerana kos projek yang terlalu mahal. Ini tak termasuk kos rasuah lagi.

Berapa banyak wang atas nama "geran" yang diberi kepada golongan haprak ini, yang langsung tak membuat projek dan kerajaan rugi begitu sahaja.

Kumpulan bernama PERKASA dan sejenis dengannya, yang bising-bising mutakhir ini, adalah kerana risau tak mendapat projek dengan mudah dengan harga yang mahal. Itu sahaja sebenarnya. Bukan kerana Melayu tetapi kerana poket segelintir dari geng mereka sahaja. Jika berjuang untuk Melayu - perjuangkan martabat Bahasa Melayu di IPT, adakan semula biasiswa dan tambahkan baget biasiswa untuk pelajar Melayu, mudahkan kuota AP, lesen dan permit kepada semua peniaga Melayu yang genuine, kecilkan nilai tender sesuatu projek dan agihkan kepada semua pengusaha Melayu dan hadkan penguasaan golongan Istana yang menjadi alat kepada peniaga bukan Melayu.


Friday, March 19, 2010

MOHAMAD SABU TEGUR KERAJAAN PAS

Harakah : Apa pandangan saudara berhubung prestasi kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah dua tahun memerintah?

Mohamad Sabu : Dari segi umumnya lebih baik daripada kerajaan-kerajaan BN, terutama sekali perubahan-perubahan yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, untuk wujudkan kerajaan yang berintergriti. Wakil rakyat yang berintergriti nampak di kedua-dua negeri ini melakukan perubahan yang begitu menakjubkan. Adapun negeri-negeri lain perubahan berlaku tetapi perkara fundamental tidak diusik, misalnya peranan RTM, BTN. Kedah dan Kelantan tidak usik fundamental itu, sedangkan inilah punca kekuatan kepada Umno/BN, penyalahgunaan dua aggensi yang gunakan wang rakyat.

Keberanian Pulau Pinang dan Selangor saya amat kagumi dengan perubahan dua negeri ini, saya berharap negeri-negeri lain juga membuat perubahan terutama dari sudut struktur, penyalahgunaan kuasa yang dilalui atau digunakan Umno/BN selama ini. Perubahan-perubahan itu perlu untuk kita kemukakan satu pemerintahan yang baru. Kalau kita tidak melakukan perubahan ini bermakna kita hanya mengambil alih pemerintahan daripada Umno/BN, sedangkan segala bentuk strukturnya sama.

Harakah: Apakah elemen-elemen yang baik yang ada pada pemerintahan negeri-negeri terbabit, mungkin ada contoh dari saudara?

Mohamad Sabu : Setakat ini Perak tidak dapat kita nilai sebab hanya 10 bulan walaupun ada perubahan yang mereka buat. Pulau Pinang dari sudut menyekat pembaziran, exco dan Ketua Menteri digalakkan berbelanja secara sederhana menggunakan wang kerajaan walaupun mereka berhak menggunakan wang kerajaan atas kerja rasmi, tetapi diminta gunakan secara minimum, dan ternyata mereka boleh selamatkan wang rakyat lebih 36 juta.

Begitu juga segala bentuk perbelanjaan wakil rakyat Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa Selcat untuk memberi penerangan. Walaubagaimana pun perubahan-perubahan itu kita alu-alukan, tetapi kita belum lagi rasa berpuashati, kita tak mahu kita hanya mengambil alih sahaja pemerintahan BN, iaitu jika dahulu Menteri Besar A dengan Exconya, dan kini Menteri besar B dengan Exconya, tetapi perkara fundamental yang sebabkan penyelewengan tidak berubah. Ini kita harapkan perubahan.

Di samping Kedah menunjukkan prestasi baik dalam memungut hasil balak, tetapi perkara pentadbiran perlu kita berani buat perubahan. Letakkan perubahan ke arah melahirkan kerajaan yang benar-benar berintegriti.

Soal kalah menang dalam pilihan raya umum akan datang itu perkara yang kedua, tidak guna jika kita terus menang pilihan raya tetapi kita mengambil alih perangai dan struktur BN yang akhirnya menjurus kepada negara kepada kekurangan kewangan hasil penyelewengan yang diwarisi bertahun-tahun.

Harakah : Adakah berlaku perubahan dalam sikap dan imej pimpinan, atau kerajaan negeri?

Mohamad Sabu: Adapun pemerintahan Perikatan pada peringkat awal pun penyalahgunaan kuasa dalam pembinaan kekayaan orang politik tidak ketara, hanya selepas Mahathir memerintah dan kemudiannya Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak, baru kita nampak pemimpin politik kaya mendadak. Kita tidak mahu benda seperti itu berlaku dalam pemerintahan kita, walaupun bibit-bibit awal itu mahu berlaku, kita perlu menentangnya. Macam kita kata di Kelantan, secara peribadi Tok Guru (Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) hidup dalam keadaan yang cukup sederhana, tidak menggunakan wang rakyat.

Namun kita mengharapkan beliau mendoktrinkan amalan itu kepada bawahan, sebab jika tidak diturunkan jadi satu pentadbiran, bila dia (Tok Guru) pergi nanti, samada beliau berhenti atau meninggal dunia, maka cara pentadbirannya akan kembali kepada asal yang dibuat oleh BN. Ini kita tidak mahu kerana kita mahu perubahan secara struktur. Individu itu perlu baik tetapi struktur itu lebih penting daripada perubahan dalam hanya bentuk individu sahaja.

Kita lihat jika berlaku perubahan individu akhirnya struktur yang serupa akan makan balik. Apa yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini ada terdengar suara-suara yang walaupun tidak dibuktikan, tetapi kita dengarlah ada suara, hanya orang tertentu sahaja dapat konsesi balak secara berulang dan kaya mendadak.

Perginya orang-orang yang berintegriti seperti Tok Guru Nik Aziz, kita bimbang pulangan ala pentadbiran Umno/BN itu kembali. Ini yang kita mahukan perubahan itu dari sudut menyeluruh dan berintergriti kerajaan itu disamping perubahan individu. Memang perubahan itu bermula dengan individu, tetapi ia mesti dimulakan turun ke bawah untuk wujudkan pentadbiran yang penuh intergriti.

Harakah :Rakyat sebelum PR memerintah mereka mahukan kerajaan intergriti adakah pada Saudara sudah menepati atau sebagainya?

Mohamad Sabu: Belum menepati, tetapi peringkat awal tadi saya kata persembahan baik.Sebabamacam kita kata bahawa kerajaan Umar Abdul Aziz cuba nak memperbetulkan pengagihan kekayaan negara tetapi beliau hanya memerintah dua tahun empat bulan tetapi sistem yang beliau tinggalkan itu menjadi rujukan dan kajian seluruh universiti hingga kini.Pada saya jika kita buat perubahan belum tentu kita menang dalam PRU13.Kita kena asingkan antara mengwujudkan kerajaan yang menang dalam pilihan raya umum atau mengwujudkan sebuah kerajaan yang berintergriti. Kadang kala kita takut nak buat perubahan hingga kita takut nak buat apa-apa, ini nanti kita bimbang konsep amar maaruf nahi mungkar itu tak berjalan, kita tengok amar maaruf itu berjalan tetapi nahi mungkar itu kita tidak berani.Nahi mungkar itu dalam bentuk rasuah, nepotisme, memberi kontrak kepada orang yang sama berulang-ulang, atau dalam nahi mungkar dalam bentuk arak judi dan kelab malam dan sebagainya.Akhirnya kita tidak berani buat apa-apa dalam nahi mungkar sebaba kita takut hilang kuasa, bila takut hilang kuasa maka kita kekalkan sistem yang ada maka ia berulang apa yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN walaupun kerajaannya bertukar yang ini tidak capai matlamatlah.Bagi saya kita baru dua tahun dan kita boleh baiki keadaanlah, saya nampak fundamental kerajaan lama hanya digoyang oleh Pulau Pinang dan Selangor sahaja, tetapi kalau tanya pilihan raya akan datang merka menang atau tidak itu 'wallahuaklam' tetapi mereka telah ubah, wujudkan Selcat, CAT, tender terbuka di Pulau Pinang, jika kita menguasai kerajaan pusat dan membuat tender terbuka seperti ini mungkin kita akan lihat suatu hari nanti Ketua Umno Bahagian terpaksa jual mee goreng untuk cari makan dan bukan boleh lagi harapkan kit bag money ataupun syarikat dua ringgit untuk projek kerajaan, dan sebagainya.Maka kita akan lahirkan usahawa tulen pada masa akan datang yang menyebabkan rakyat dan masyarakat, negara lebih mewah.

Harakah : Kerajaan negeri yang disebutkan cukup teruk diserang Umno mutakhir ini, apakah sebabnya?

Mohamad Sabu: Ya...Umno rasa terancam terutamanya di Pulau Pinang, jika mereka nak cari makan dengan cara amalan dahulu dah tidak boleh kerana mereka mesti ada syarikat, kena masuk tender dan tidak boleh lagi menelefon orang tertentu untuk masuk projek, mungkinlah ada satu dua yang bocor tetapi secara umumnya payahlah.Mereka dapat bayangkan kalaulah kerajaan pusat begini pemerintahannya akan datang jadi orang-orang politik ini yang nak cari makan kerana kedudukan dalamn politik habis, sekarang ini kita dengar cerita-cerita dalam politik wang sudah menjadi perkara umum, dalam Umno jika nak menang dalam Ketua Bahagian, mereka perlu habiskan dua tiga juta ringgit, kerana mereka tahu selepas jadi ketua bahagian mereka boleh dapat lebih dari itu dalam masa dua tiga tahun, jadi menjadi pemimpin politik adalah pelaburan, jadi benda itulah yang kita di Pakatan Rakyat kena hentikan, orang yang nak kaya dia mesti kerja ikut profesionalisme mereka bukan melalui kedudukan politik.Ini yang saya kagum dengan apa yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, banyak kelemahan tetapi mereka telah memulakan satu era baharu.Tidak dilakukan di negeri-neger\i bawah PAS.

Harakah: Adakah perlu pembaharuan di negeri yang diperintah PAS?

Mohamad Sabu: Ya mesti membuat perubahan dan pembaharuan berani buat walaupun kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

Harakah: Pernahkah dicadangkan di negeri-negeri PAS supaya wujudkan jawatankuasa pemantau untuk memantau perjalanan pentadbiran, hal ehwal wakil rakyat dan intergriti mereka termasuk di Kelantan?

Mohamad Sabu : Ada tetapi tidak berapa berjalanpun, kita tengok di Kelantan kita nampak tuduhan dan dapat dilihat satu tuduhan itu dan dapat dilihat, orang yang terlibat dalam balak orang itu memang akan kaya mendadak, kaya mendadak berlaku perubahan yang mendadak, kaya bertambah kaya pada orang yang sama.Ini siaran ulangan apa yang dibuat oleh BN, dengan intergriti Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besarnya itu kita tak nafikan.Kita jangan lupa rakyat mengundi dan mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan itu kerana intergriti Menteri Besarnya, tetapi persoalannya jika menteri besarnya itu 'pergi' sistemnya tidak berubah kita bimbang apa yang akan berlaku pada masa akan datang oleh itu kita mahu perubahan berlaku pada sistem dan struktur pentadbiran itu sendiri.Sebab kita lihat negara kita yang kaya ini misalnya sekarang ini tahun lalu sahaja di kerajaan pusat, perbelanjaan yang bocor 28 billion, kalau kita ambil alih kerajaan pusat mungkin jumlah bocor itu sama jika sistemnya tidak berubah.Tetapi jika dibuat seperti Selcar dan CAT ini jika tidak dapat 'zerokan' tetapi dapat dikurangkan begitu banyak.Akhirnya wang dapat dikembalikan kepada khazanah negara dan rakyat akan dapat sedikit kelegaan kebajikan pada masa akan datang.Di sini PAS kena berani buat perubahan itu, jika tidak kita buat perubahan di peringkat awal tambah pula dua tiga penggal berakar umbi kita hanya akan ulang sistem BN, cuma dulu kroni BN sekarang kroni kita.Ini yang saya cuba menulis hal ini kebelakangan ini.Saya telah 30 tahun lebih lihat perubahan pemerintahan di luar negara saya lihat perubahan yang dibuat bersungguh di Singapura, China, Jepun dan negeri yang kalah perang dengan British dan miskin muncul sebagai antara gergasi ekonomi dunia kini, mereka ini memerangi rasuah, walaupun masih ada sedikit tetapi ketara perubahan itu berlaku.Jadi bagi saya berita-berita yang mutakhir ini yang kita dengar berlaku di Kelantan itu tidak menyenangkan kita walaupun kita sebut soal sejengkal dilaporkan sebagai satu hasta, tetapi satu jengkalpun berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana sejengkal boleh jadi satu hasta.

Begitu juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam interbiu Selcat mereka, ada Adun yang berbelanja makan durian hingga berbelas ribu tetapi dengan kaedah itu mereka telah diinterbiu dan mereka kena jawab dan jelaskan kepada jawatankuasa kenapa berbelanja begitu, ertinya ada akautabiliti peruntukan itu lebih telus pada masa akan datang, ini yang kita harapkan berlaku.Jika kita tidak berani buat perubahan fundamental ini pada awalnya bolehlah kita tunjukkan kita dapat naikkan pendapatan sana-sini, tetapi dalam masa yang sama saya melihat kroni baharu sudah muncul, jika kroni baru muncul masuk dua penggal kita akan jadi macam Umno. Kita kena ingat Perikatan sendiri memerintah awal dulu baik, menteri-menterinya hanya ada harta mengikut gaji mereka, cuma kebelakangan ini dari zaman Tun Mahathir jadi begitu, tetapi di peringkat kita jika dari awal lagi kita tunjukkan yang tidak baik, belakang lagi kita bimbang lebih buruk kita dilihat rasuah dan seleweng nepotisme atas nama Islam, berbanding atas nama sekular.Inilah yang saya bimbang.


Harakah: Ada pandangan yang menyatakan PAS seolah-olah gadai prinsip dengan sikap demikian?

Mohamadt Sabu : Tidak menggadai..saya tengok dalam PAS sendiri dari segi menentang rasuah dan penyelewengan, dari sudut ceramah dan penerangannya memang berlainan dari parti lain.Dan dalam sudut buat masa singkat ini dalam memerangi rasuah, saya nampak boleh kepada DAP dengan kehidupan wakil rakyatnya yang hanya bergantung kepada elaun-elaun wakil rakyat yang tidak seberapa, mereka lebih zuhud jauh dari wakil rakyat kita, sedangkan kita daripada parti Islam mesti atasi DAP.melainkankan ada mereka yang orang meniaga dan dah kaya kemudian masuk politik, ini cerita lainlah.Kita nampak intergriti hidup bertawadhuk dan bergantung kehidupan hanya dengan elaun bukan meniaga, kita nampak hanya wakil rakyat DAP lebih bertahan berebanding kita.


Harakah: Dengan prestasi yang ada, adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini akan bertahan?

Mohamad Sabu: Dalam pilihan raya akan datang ini kita nampak peluang Pakatan Rakyat cerah sebab orang dah meluat dengan Umno, dan orang Umno pun dah meluat dengan Umno, bukan kerana persembahan kita terlalu baik tetapi kerana Umno terlalu lama, dan borokrasi mereka terdedah sekarang.Misalnya bila Tan Sri Abdul Khaldi Ibrahim (MB Selangor) melarang pegawai kerajaan negeri mengikuti program BTN dan kemudiannya sepatutnya diikuti dengan Pulau Pinang, diikuti Kedah dan Kelantan sebab itulah senjata yang digunakan oleh Umbo/BN kenapa kita tidak berani.Ada yang kata kita takut hilang keajaan, biarlah kerana selama ini kita sudah biasa jadi pembangkang, tetapi kita kena tunjukkan berani buat perubahan.

Harakah: Sikap Umno/BN gunakan polis dan pihak berkuasa lain beri tekanan kepada Pakatan Rakyat. apa komen Saudara?

Mohamad Sabu : Itu tidak perkara baru sebaba gunakan polis ini lama dah kerana ia digiatkan oleh pemerintahan Mahathir sampailah sekarang.Jadi tidak ada perubahan ke arah kebaikan bahkan bertambah buruk adalah.Kita ada media bloggers yang perlu diselaraskan, ini boleh memberi maklumat lain kepada rakyat.Maklumlah kita ini duduk dalam dunia ketiga yang mana kerajaan masih mengamalkan pemerintahan 'JAKUN' ini bukan pengertian Jakun di Sarawak tetapi yang bermaksud 'peerak'(bahasa kedah).

Kita jangka dekat pilihan raya nanti mereka (Umno) akan lebih agresif, tetapi saya nak kata bahawa rakyat juga akan lebih agresif.Kita nampak yang paling lemah komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA juga Pemuda Umno yang sudah mati kutu, dan hilang taring jika banding dengan tahun 70-an, mereka ada dalam keadaan lemah, mereka ada wang tetapi tidak ada kader-kader yang berani, bahkan di tempat-tempat awam pun orang Melayu kini agak susah nak mengaku mereka sokong Umno.

Thursday, March 18, 2010

UTUSAN MERUDUM

Jualan Utusan Malaysia merudum dari hari ke hari. Begitulah bisikan yang saya dengar.

Nampak gaya akhbar pejuang asobiyah Melayu ini kena diselamatkan oleh produk lain dalam Kumpulan Utusan.

Kalau selalu menipu, orang pun mula tak percaya...

Friday, March 12, 2010

LAGU LAMA DINYANYIKAN

Seingat dan setahu saya, aktivis Pas era 50an, Taha Kalu seorang bekas polis menyertai Pas sepenuh masa kerana sikap Umno yang membisu dalam kes Natrah. Beliau memilih Pas bukannya Umno kerana Pas lebih serius untuk memperjuangkan Islam dari Umno.

Tiba-tiba Mahyuddin mengatakan orang Melayu bersatu dalam kes Natrah dulu. Pelik juga. Lagi pelik ada pimpinan Pas semacam percaya dengan kenyataan itu.

Bila Umno kalah banyak pada PRU 1969, lagu perpaduan Melayu itu juga dinyanyikan. Asri terjebak dengan joint BN.

Bila Umno kalah banyak pada PRU 1999, sekali lagi lagu perpaduan Melayu diwar-warkan. Ustaz Fadzil tolak mentah-mentah.

Dan bila Umno kalah banyak lagi pada 2008, lagu yang sama dinyanyikan. Hampir-hampir pimpinan Pas termakan.

Wednesday, March 10, 2010

PEMIMPIN PAS YANG BANGANG

Puak Muawiyah bila nak kalah ketika Perang Siffin, maka mereka pun mengangkat al quran untuk memberhentikan serangan dari kumpulan Khalifah ketika itu, Saidina Ali karamallah wajhah. Selepas itu puak Muawiyah menyerang habis-habisan sehingga kalah kumpulan Saidina Ali karamallah wajhah.

Kini Umno dah nampak nak kalah pada PRU 13. Maka mereka pun menyanyikan lagu perpaduan Melayu dan Islam. Yang bangang pun ikut rentak yang sama. Apalah malang Pas dapat pemimpin macam ini..

Kalau pada muktamar pemilihan akan datang, para perwakilan Pas masih menyimpan pemimpin ini, tanda Pas nak jahanamlah nampaknya.

Tuesday, March 9, 2010

SEMUA KENA BERTANDING KE

Beberapa orang pimpinan Pas mencabar Harunsani masuk bertanding pilihan raya atas isu cadangannya Pas bergabung dengan Umno di Perak.

Apapun pendapat Harunsani, jika tak bersetuju, lawanlah dengan hujjah - bukannya cabar masuk politik.

Dulu, Bakar Chik cabar Dr Hasbullah Mohamad masuk politik kerana mengatakan Hadi atau Pas tak popular lagi.

Kalau macam ini perangai pimpinan Pas, orang awam atau orang bukan poliik tak boleh memberi pendapat hal-hal berkaitan politik. Apa, politik hak eksklusif orang politik sahaja ke?

Nampak gaya orang ekonomi sahaja boleh komen hal ekonomi, orang sukan sahaja boleh komen hal sukan dan orang artis sahaja boleh komen hal seni.

Kekadang cara hujah pimpinan Pas macam orang tak matang dan tak demokratik.

Monday, March 8, 2010

ZUL TIGA SUKU: PAS DAH TOLAK 2004 DULU

Pas parti politik yang berdakwah bukan badan dakwah.

Tuan Ibrahim Tuan Man nak gunakan pendekatan dakwah dengan mengalu-alukan Zul Tiga Suku menyertai Pas.

Memang geng ustaz dalam Pas selalu husnul zon. Apakah Pas nak terima orang yang ditolak untuk jadi calun PAS pada PRU 2004 lalu? Tentu ada sebab besar. Takkan itu pun Tuan Ibrahim tak ada info. Kacau, jika pimpinan utama Pas tak ada info...

Tak sampai hati nak kata....

Friday, March 5, 2010

JUTAWAN LOMPAT

Katanya broker untuk MP PKR keluar parti dapat berjuta. Dah tukar dan miliki 2 kereta baru. Yang keluar lagi dapat banyak kot.

Wee Chee Keong pun pernah kata " baik fikir diri sendiri la ni". Baru kita faham apa maksudnya apabila beliau mengadap Najib beberapa hari lalu.

Nampaknya perancang DEB dulu tidak tahu bahwa ada satu strategi lagi untuk menjadikan rakyat Malaysia jutawan. YA, jutawan lompat. Wooo.

Thursday, March 4, 2010

ULANG TAHUN PERARAKAN PPSMI 7 MAC

Oleh HAMAS YASSIN

SEJARAH membuktikan Umno dari dahulu sampai sekarang memang tidak mempedulikan kedudukan bahasa Melayu. Hal ini jelas sejak zaman Umno era Dato' Onn Jaafar sehingga Umno (Baru) Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Umno memperuntukkan Fasal 152 tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, kedudukan bahasa Inggeris yang hampir sama rasminya dengan bahasa Melayu masih ditentukan Parlimen setelah 10 tahun merdeka.



Setelah merdeka, Umno masih tidak memperlihatkan pentingnya pendidikan dalam bahasa Melayu. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dilakukan Kesatuan Persekutuan Guru-guru MelayuSemenanjung (KPGMS) pada Dis 1957 apabila dalam mesyuarat agungnya KPGMS menggesakan ahli-ahlinya keluar Umno sekiranya sekolah menengah Melayu tidak segera dilaksanakan.

Oleh sebab Umno bersikap dingin dengan tuntutan itu, KPGMS mengadakan mesyuarat agung luar biasanya pada 31 Januari 1958 dan memberi tempoh 15 hari kepada ahli-ahlinya keluar Umno beramai-ramai. Disebabkan keangkuhan Umno yang tidak menghiraukan tuntutan KPGMS maka seramai10,000 ahli KPGMS yang menjadi ahli Umno keluar parti. Peristiwa ini menjadi tamparan kepadaUmno dan akibatnya parti itu kehilangan Kelantan dan Terengganu ke tangan PAS pada pilihanraya 1959.

Pada 1967 tercetus perjuangan bahasa yang besar akibat peruntukan Fasal 152 tentang kedudukan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka yang masih memberikan kuasa pada Parlimen menentukan taraf kerasmian bahasa Inggeris.

Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 yang dikemukakan pada 23 Feb 1967 tidak memihak kepada kedudukan rasmi bahasa Melayu. Maka ketika rang undang-undang tersebut hendak diluluskan pada 3 Mac 1967, berhimpun kira-kira 1500 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemuncak perhimpunan tersebut, mereka berarak ke kediaman Tunku Abdul Rahman dengan mengusung keranda yang tertulis 152.

Sikap tidak mengambil peduli Umno dalam memartabatkan bahasa Melayu terserlah apabila kerajaan hanya menubuhkan sebuah universiti yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu selepas lebih 13 tahun merdeka ekoran tragedi 13 Mei 1969 dengan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970.

Sikap Umno memandang rendah terhadap bahasa Melayu berlaku lagi pada 19 Julai 2002 apabila Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa mulai Januari 2003, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Walaupun keputusan tersebut menerima bantahan daripada para ilmuan dan cerdik pandai termasuk 68 orang profesor dalam bidang sains dan matematik, Dr Mahathir dengan angkuhnya terus melaksanakan PPSMI pada 2003.

Setelah bantahan demi bantahn tidak dihiraukan Umno, maka satu gerakan yang dinamakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dilancarkan pada 31 Januari 2009 di kompleks Sogo. GMP dianggotai 140 pertubuhan bukan kerajaan termasuk dari parti-parti politik Pakatan Rakyat.

GMP berarak pada 7 Mac 2009, disertai kira-kira 100,000 orang, yang memenuhi jalan raya darikompleks Sogo ke Istana Negara. Perarakan itu dihujani gas pemedih mata dan air asid oleh anggota Unit Pasukan Simpanan (FRU).

Walaupun dilaporkan akhbar pencacai Umno bahawa ia hanya disertai 5,000 atau 10,000 orang, tetapi mengikut para pemerhati, ia merupakan perarakan paling bersejarah dari segi jumlah pesertanya.

Telah berlaku perkara yang agak melucukan sebelum perarakan GMP itu apabila Gapena mengadakan majlis ratap dan ratip mengenang nasib malang bahasa Melayu pada 15 Februari 2009. Kononnya bagi mengambil semangat Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan semasa PPSMI dilaksanakan, Gapena khabarnya turut menyokongnya.


Kemuncak kepada acara ratap dan ratip tersebut, Gapena membuat laporan polis terhadap kerajaan atau Umno kerana tidak menghormati Fasal 152 tersebut. Perbuatan Gapena membuat laporan polis terhadap terasingnya bahasa Melayu seolah-olah sama seperti orang yang kehilangan lembu melaporkan kepada polis tentang kehilangan lembu mereka. Dari segi ini, amatlah rendah taraf bahasa Melayu kepada Gapena.

Apabila GMP membuat perarakan pada 7 Mac 2009, 'panglima-panglima' yang membuat laporan polis dalam Gapena mengolok-olokkan GMP dengan berkata bahawa perarakan tersebut tidak akan mendapat sambutan dan hanya akan disertai setakat dua tiga bas sahaja. Mereka jug mendakwa golongan intelektual tidak akan berarak sama.

Gapena mungkin tidak sanggup mencemarkan darjat mereka bersama rakyat seperti dilakukan GMP atau tidak cukup berani untuk bersama rakyat kerana takut kehilangan laba dan untung daripada Umno.

Walaupun Gapena dan juak-juaknya tidak berani turun ke jalan raya dan menganggap GMP tidak bersikap intelektual, namun apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan PPSMI pada 8 Julai 2009, tetapi "panglima-panglima" Gapena inilah yang paling dahulu memaparkan wajah-wajah 'tidak tahu malu' mereka di hadapan televisyen dan wartawan.

Pada keesokan harinya, mereka mendakwa bahawa perjuangan Gapenalah yang memansuhkan PPSMI. Turut membuat dakwaan itu ialah Ketua Pengarah DBP.

Hal yang sangat melucukan berlaku lagi pada 15 Februari apabila Gapena dan awak-awaknya mengadakan satu seminar dengan nama Hari Pejuang Bahasa. Alahai, senangnya mereka mengaku sebagai pejuang bahasa. Ia umpama sikap Umno yang tidak pernah masuk penjara atau bilik tahanan, tetapi mendabik dada sebagai pejuang kemerdekaan.

Bilakah Ismail Hussein dan Zainal Keling ditembak dengan gas pemedih mata dan air asid semasa berjuang menghapuskan PPSMI? Mungkin orang Melayu dan rakyat Malaysia boleh menjawabnya. Oleh kerana telah ada orang yang mengakui diri mereka sebagai pejuang yang memansuhkan PPSMI, maka kita yang disembur air asid dan gas pemedih mata pada hari kejadian patut mengingati tarikh keramat ini.

Dan sebagai ingatan pada tarikh berkenaan, maka pada 7 Mac 2010 ini marilah kita beramai-ramai merayakannya di Auditorium Muzium Selangor, Shah Alam dari jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari.

BN KEARAH 2/3 MAJORITI

Tak hairan kalau BN akan dapat 2/3 majoriti di parlimen semula.

Wee Chee Keong memang tak ngam dengan DAP khususnya Lim Kit Siang. Tentu beliau tak senang melihat keintiman Kit Siang dengan Anwar dalam PR. Jika PR memerintah, tentu Kit Siang akan berbisik dengan Anwar, jangan lantik Wee sebagai menteri.

Wee mungkin melihat peluang bersama BN. Maka tak hairan kalau Wee akan bersekutu dengan BN.

Hal Zulkefli Nordin tak payah cerita le. Memang beliau terlalu bersemangat Melayu. Maka Umnolah tempat terbaik untuknya.

Tinggal 3 orang lagi. Entah-entah dari Pas. Ha ha. Walaupun sukar dipercayai tetapi tidak mustahil. Semangat UG masih menebal lagi. Tak percaya, tanya Penarik Beca.

Wednesday, March 3, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI

Kononnya MP yang keluar dari PKR kerana dibeli oleh Umno/BN walaupun setakat ini mereka mengistiharkan sebagai MP Bebas.

Kononnya juga BN perlukan dua pertiga majoriti di parlimen untuk pindaan pensempadanan semula kawasan pilihan raya.

Bila BN kalah banyak pada 1999, BN pinda kawasan supaya banyakkan kawasan yang seimbang antara kaum dan tidak menambah kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang majoritinya Melayu. BN menganggap pengundi Melayu akan mengundi Pas dan bukan Melayu akan mengundi BN.

Pada PRU 2008, BN kalah banyak di kerusi yang pengundinya seimbang. Maka kali ini BN nak banyakkan semula kawasan Melayu. Adakah Pas akan meyokong usul BN ini kerana pada pindaan 1999, Pas marahkan BN kerana BN menghilangkan banyak kawasan pilihan raya yang bermajoriti Melayu.

Pada 2008, trend menunjukkan bukan Melayu lebih mengundi PR. Apakah Pas mahu kawasan seimbang kaum atau majoriti Melayu?

Apakah pilihan Pas kali ini?

Monday, March 1, 2010

KES BERSIH DITANGGUH

Pagi tadi kes bicara Bersih di mahkamah Jalan Duta. Hanya 7 orang hadir dari 37 orang yang didakwa.

Kes ditangguh pada bulan Julai.

Tuan Hj Mohamad Sabu, antara yang didakwa dalam kes ini.

Saturday, February 27, 2010

JUTAWAN PILIHAN HATI

Heboh media mencatat nama jutawan Malaysia. Terselit nama anak Dr Mahathir. Tak sia-sia Dr M menjadi PM selama 22 tahun. Sekurang-kurangnya anak beliau mendapat limpahan pemerintahnnya.

Ada dua jenis jutawan. Pertama kerana bikin bisnes sendiri dan tak berkait langsung dengan projek kerajaan. Kedua, menjadi jutawan kerana dapat projek dari kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Saya tak hairan langsung kalau jutawan kerana dapat projek dari kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan. Jutawan kategori ini selalu dikaitkan dengan ayat-ayat "kroni" dan "nepotism". Yang saya kagum ialah jutawan yang menghasilkan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan awam. Itu baru betul-betul real memajukan bisnes.

Friday, February 26, 2010

ISLAM VERSI MUHAMMAD

Apabila ummat Muhammad s.a.w. di Malaysia menjadi johan dalam kes dadah, keruntuhan akhlak, merimpit, rasuah, pemeras rakyat, pembazir harta rakyat/negara, penyalahgunaan kuasa dan perosak sistem keadilan, maka Tuan Hj Mohammad Sabu sering melontarkan pertanyaan adakah kita menganut Islam berdasarkan ugama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w?

Pertanyaan itu lebih relevan untuk dijawab dari dok berbincang samada bidaah ke tidak berarak di hari maulidul rasul ini.

SOLAWAT

Wednesday, February 24, 2010

PAS JADI DAP?

Jika seorang ketua, sama YDP, PJ atau Presiden melantik seorang Setiausaha, ia memberi makna Setiausaha akan menjalankan titah perintah ketuanya atau partinya. Apa sahaja tindak tanduk Setiausha akan dikatakan atas restu ketuanya.

Jika ahli parti atau orang ramai mula membalun Setiausaha sesuatu parti, seolah-olah ahli itu membalun ketuanya. Rosak imej parti macam ini.

Kalau parti aliran sosialis, memanglah Setiausaha itu sebagai ketua dalam parti. Tak tahulah kalau Pas dah jadi macam DAP....

Woooo

MENYAMPAHNYA

Pimpinan Pas tak percaya dengan media khususnya Utusan.

Tetapi, apabila menjelang muktamar pemilihan Pas, ramailah pemimpin Pas berebut diwawancara oleh Utusan. Malah ahli Pas turut terpengaruh dengan kempen menaikkan pimpanan Pas tertentu yang dilihat pro-Umno atau kurang mengecam Umno.

Menyampahnya....

Monday, February 22, 2010

ULAMAK SAMAN ULAMAK

Ahli politik saman ahli politik - banyak kali kita dengar

Artis saman artis - biasa kita dengar.

Pendakwah saman ahli kaunseling - ada sekali kita dengar

Kini - ulamak saman ulamak - baru syok kita dengar.

Barulah peguam boleh cari makan.

Friday, February 19, 2010

PENYAMBUNG NAFAS UMNO

Umno sudah mula menurun pengaruhnya pada era 80an akibat kebangkitan Islam. Ianya diselamatkan oleh Anwar dengan penyertaannya dalam Umno. Geng ugama dan para ustaz yang malu-malu nak menyokong Umno tiba-tiba bersemangat menyokong Umno selepas mendapat inspirasi dari tindakan Anwar itu.

Orang awam tak reti berhujjah nak menyokong Umno tetapi geng ugama dan para ustaz pandai mencari dalil untuk menyokong Umno. Geng ugama inilah yang memberi nafas kepada Umno. Namun peristiwa liwat Anwar pada 1999 telah menyebabkan golongan ugama menarik sokongan kepada Umno dan bersama Pas semula.

Kini dalam keadaan Umno sudah mula dibenci oleh bukan Melayu dan PR berpeluang mengalahkannya dalam pilihan raya, amatlah malang kalau ada usaha-usaha untuk menyambung nafas Umno. Dan lebih malang lagi kalau usha-usaha itu datangnya dari kelompok Pas.

Thursday, February 18, 2010

EZAM JUTAWAN?

Kayalah kau Ezam oi.

Kayalah kau Anuar Shaari oi.

Raja Petra dah buka daun terup kau...

Baca di sini.

LANTAK HANGLAH NAK BERARAK MANA PUN

Kekadang ummat Islam nak membuktikan betapa islamiknya mereka dengan sesuatu amalan yang dianggap khilaf.

Yang pasti wajib tak diperjuangkan secara mati-matian.

Yang pasti haram tak dilawan secara habis-habisan,

Yang disibukkan hanya kepada amalan bersifat sunat sahaja. Macam nak rak dibuatnya.

Kalau nak berarak, lantak hanglah siapa nak marah.

TERINGAT 1982

Teringat di zaman kampus pada 1982 dahulu. Kawan-kawan ABIM memetik kata dari mana pun tak tahu. Katanya Umno atau Dr Mahathir menunjukkan perubahan kepada Islam. Top-top Anwar joint Umno. Rupa-rupanya sebelum Anwar joint Umno, sudah ada hujah-hujah dilemparkan boleh joint Umno. Ada kawan saya dalam Abim dulu, menjustifikasi Anwar masuk Umno kerana Umno sebuah parti pragmatik yang boleh berubah kepada Islam. Kini beliau pula yang dapat tender di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini suara macam tu terdengar dalam Pas pula. Orang Pas memuji dan bersangka baik dengan Umno. Tak tahulah bila agaknya orang besar Pas nak masuk atau berpakat dengan Umno. Rasanya sebelum 2012. Pada 1982 dulu, kawan-kawan pun minta saya bersangka baik dengan pimpinan Abim tetapi sah mereka menjadi juak Anwar yang masuk Umno. Kini saya pun diminta bersangka baik juga ditambah dengan walak, siqah dan pelbagai istilah yang islamik nampaknya.

Sejarah sentiasa berulang.....

Wednesday, February 17, 2010

DAP TINDAS MELAYU

Saya pernah berbual dengan Tuan Peguam Pas, Hanipa Maidin. Katanya - lagi banyak Islam diserang oleh barat, lagi banyak hujah membela dibuat oleh umat Islam. Maka semakin terserlah kebenaran Islam.

Agaknya begitu juga di Pulau Pinang. Lagi banyak DAP diserang kononnya menindas Melayu, maka makin banyak kenyataan membela bahawa DAP tidaklah sebegitu.

Cerita DAP menindas Melayu inilah yang sering dikempen oleh UMNO/BN jika DAP memerintah. Akhirnya DAP berjaya melepasi tohmahan ini dan memerintah Pulau Pinang pada 2008. Hebat sekali DAP kerana dengan 2 tahun memerintah sahaja sudah berjaya memundurkan Melayu berbanding dengan BN yang memerintah hampir 50 tahun.

Fakta lawan fakta.

Sehari dua ni Dr M senyum saja - anaknya antara yang terkaya di Malaya. Ha ha ha.

Tuesday, February 16, 2010

BERHENTI KETIKA HARUM

Ada veteran parti yang sentiasa dikasehi dan dihormati. Tetapi kalau veteran itu dilihat sebagai pencatur dalam segala hal, anggota parti dan sebahagian orang ramai akan mula menyampah.

Bila orang sudah mula menyampah, mereka tak ingat dah peranan dan jasa sang veteran dalam parti itu dan memulakan makian demi makian.

Eloklah berhenti ketika nama harum. Lama sangat pegang jawatan pun orang tak suka juga. Takkan orang lain tak boleh menggantinya....

Sunday, February 14, 2010

SAYANG MEMBAWA PADAH

Jika lain parti, dengan mudah orang Pas melawan apa yang tak betul. Orang Pas kata jihad.

Tetapi jika hendak menegur pemimpinnya sendiri yang tak betul, rendah prestasi dan kurang cerdik - maka itu suatu yang sukar kerana akan dituduh bermacam-macam. Ha ha.

Malah ramai ahli bawahan Pas akan memberi pelbagai alasan untuk terus "sayang" dan mengekalkan kepimpinan parti yang akan merugikan parti pada jangka panjang. Sikap ahli Pas ini akan melahirkan "rakyat" yang "pekak" terhadap Pas jika Pas memerintah negara ini secara tidak betul. Ahli Pas lebih teruk dari ahli Umno kerana Ahli Umno tak ada dalil /nas untuk menyokong pemimpinnya yang tak betul tetapi mereka secara jujur menjawab "cari makan syeikh"

Thursday, February 4, 2010

RAHSIA PAS PALING BESAR

Apa dia rahsia dalam Pas? Apa yang Pas dah buat, sedang buat dan akan buat - semua orang akan tahu. Sebagai parti berdaftar, semua kegiatannya dilapurkan. Jika ada sesuatu yang rahsia, maknanya ada sesuatu yang tak betul dalam Pas.

Terus terang Pas nak gulingkan BN dan hendak memerintah negara ini. Ini bukan rahsia. Ada rahsia lebih besar dari itu lagi?

Terus terang Pas berpakat dengan DAP dan PKR untuk musnahkan Umno/BN

Terus terang Pas pungut duit derma dari anggotanya dan orang ramai untuk membiayai program Pas.

Jika ada sesuatu yang rahsia - memang Pas parti pelik. Ha ha.

Parti yang mengharapkan undi rakyat - mana ada rahsia.

Kalau ada duit atau harta yang tak dilaporkan memang pelik. Kalau ada orang tidur di hotel dan dibiayai secara halal oleh sesiapa dan dianggap rahsia parti - MEMANG PELIK.

Kalau hidup mewah dan berkereta besar tanpa bisnes besar dan dirahsiakan sumber pendapatannya - MEMANG PELIK BIB.

Ya, ada pemimpin Pas berbini 4 pun bukan rahsia jugaaaaa.

Tuesday, February 2, 2010

SIAPA SALAH LEBIH

Antara Hasan Ali dan Khalid Samad, siapa yang lebih besar kesalahannya.

Yang kita risaukan ialah yang terlebih besar kesalahannya, lebih ringan hukumannya.

Kok umum tak percaya dengan sistem keadilan yang Pas akan laksanakan apabila memerintah nanti....

Sang pengampu Pas memanglah malas nak berfikir, memadai berkata "biarlah pimpinang putuskan"....

Saturday, January 30, 2010

KU LI MB KELANTAN 2012

Ku Li bakal menjadi calun bebas dan menjadi sekutu PR pada PRU 13? Adakah ini akan terjadi.

Beliau boleh bertanding di Parlimen dan Dun.

Jika PR majoriti di Parlimen - tak salah beliau menjadi PM.

Jika tak majoriti di Parlimen tetapi menang di Dun Kelantan, tak salah rasanya beliau menjadi MB Kelantan.

Bagi beliau tidak ada kepentingan diri yang dicarinya lagi kecuali memuaskan idealismanya sahaja. Rakyat kena beri peluang kepadanya...

Friday, January 29, 2010

WALAK SHEIKH!!!!

Hj Subky Latif pernah menulis, Pas pernah gantung Datuk Asri, bekas Presiden Pas tetapi Pas terus hidup, maju dan tak jadi kudis pun.

Kepada sesiapa yang tak puas hati terhadap keputusan Pas ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali - setakat boleh bising aja le. Perwakilan Pas akan tetap walak dan tsiqah dengan pimpinannya sampai kiamat. Budaya taklid cukup kuat dalam Pas. Inilah kejayaan tarbiah Pas!!!

Bab lawan Umno - ahli Pas handal. Tetapi nak hantam pemimpinnya yang malas dan korup - sorrilah!!!

Thursday, January 28, 2010

UNIVERSITI KUNO

Di era IT dan globalisasi, tetapi pentadbiran Universiti macam zaman gua, apa nak kata lagi.

Kempen melalui face book tak leh rupa-rupanya. Kalau begini pentadbiran U, tutup sahaja fakulti yang berkaitan dengan IT.

Kalau ada rakyat yang masih bodoh IT, boleh juga diajar. Tetapi jika orang yang dikata bijak pandai pun anti IT, apa kita nak kata lagi.

Yang sebenarnya geng depa yang kalah. Woooo

Bagi saya, ini berita paling lucu dalam bulan Januari 2010.

Wednesday, January 27, 2010

TANAH UNTUK RAKYAT

Kerajaan PR Selangor beri hak milik tanah kepada rakyatnya.

Kerajaan haram BN Perak pun nak beri tanah kepada rakyatnya.

Kan bagus bersaing macam ini. Rakyat yang untung. Jangan jadi macam Terengganu. Pas bagi tanah. BN rampas semula. Itu pun rakyat Terengganu tak sedar, dok sayang kat BN.

Monday, January 25, 2010

SAMAN BIB

Zulkefli Nordin saman Khalid Samad.

Lebih baik saman pihak yang menentang hukum Allah.

Nampak sangat buat kerja untuk Umno....

Dalam Pas ada MP yang berjiwa Umno. Dalam PKR pun ada juga...

Saya diberitahu oleh seorang bekas pimpinan Pas bahawa ucapan Zulkefli Nordin ni ketika membela Anwar 10 tahun lalu, kebanyakannya bohong belaka. Tetapi syok punya fasal, penyokong Anwar dok bertakbir sahaja apabila mendengar hujahnya. Ha ha.

Akhirnya bulu musang terserlah jua.

Dia pun penyokong agenda UG. Had ni saya dengar sendiri dari mulutnya.

Friday, January 22, 2010

BIASA CAS KETING TU

Bahasa politik - cas keting

Bahasa korporat - penyusunan semula

Yang pasti orang atas dan yang berkuasa sahaja mampu buat dua perkara tu.

Sahabat saya di Perak mohon semula menjadi ahli Pas sebanyak 3 kali selepas dipecat, namun masih tidak diterima oleh Pas Pusat walaupun Pas Kawasan dan PJ Perak menyokong permohonannya. Kadang-kadang nak kata porah aje ke orang atas Pas!!!!!

Walaupun bergelar Ustaz atau Dr ke - sama aja hasadnya.

Kawan dalam parti lebih hebat diperangi dari memerangi parti lawan....

Ada juga yang tak dapat pecat keahlian seseorang, satu Pas kawasan digantung. Woooo.

Ada jalan lain masuk ke syurga selain pilitik ke?

Wednesday, January 20, 2010

TUTUP SAHAJA DBP

Apa nak kita harapkan dari DBP.

Jika nak merakyatkan Bahasa Melayu macam tak kesampaian.

Jika nak memartabatkan Bahasa Melayu, Menteri Umno pun lintang pukang sikapnya terhadap Bahasa Melayu.

Jika nak mengharapkan memajukan insdustri buku, DBP hanya mampu menjual sebiji buku sahaja. Baca di sini.

Baik tutup DBP!!!!

Sunday, January 17, 2010

MOHAMAD SABU : MOTIVASI RAKYAT

Berikut adalah kuliah Motivasi Rakyat ke 11 oleh Mohammad Sabu yang dicatat semula oleh Aris Awang.

Cuaca dunia sudah tidak menentu, jadi duniapun bersidang. Ada yang mengatakan dunia akan kiamat, filem-filem antarabangsapun sekarang mengisahkan mengenai kemusnahan dunia ke arah kiamat pada 2012. Ada yang percaya sungguh akan berlaku malapetaka besar tahun 2012 dan seterusnya kiamat.

Bagi kita kiamat bila? Kiamat itu ilmu Allah yang Maha Mengetahui, tapi tanda-tandanya itu semakin banyak, diantaranya perubahan cuaca yang tidak menentu, mungkin 5 tahun lagi kita pula akan ada salji, di Riyadh, Arab Saudi sudah ada salji tahun lepas Dubai sudah turun salji, mungkin beberapa tahun lagi ikan Ruan (Haruan) boleh diternak di England dan ikan Solmon boleh dibela di Kuala Kedah, pun boleh jadi kerana perubahan-peruahan cuaca yang berlaku.

Sidang Antarabangsa tahun ini bincang mengenai cuaca, yang tidak pernah berlaku sidang yang begitu besar mengenai cuaca. Hampir semua pemimpin dunia hadir, dan ramai yang menganggap dunia ini telah menuju 'the end of world'.

Dunia kiamat Allah yang Maha Mengetahui, tetapi tugas kita manusia, sebagai khalifah di atas muka bumi tetap berjalan sampai bila-bila sehingga dunia ini kiamat. Sebab tidak asda makhluk lain yang diamanahkan menjadi khalifah diatas muka bumi. Allah Taala tidak beri kat semut, Dia tidak beri kat kucin (kucing), Dia tak bagi kat gajah walaupun dia besar, Dia bagi kat orang, manusia sebagai khlaifah di atas muka bumi.

Jadi para nabi dan para Rasul itulah tugas mereka. Dan ada nabi yang kita tahu, sampai dia ada Kingdom, berjaya memerintah dalam jajahan yang luas seperti nabi Daud dan Sulaiman. Ada pemerintahan kerajaan yang hebat, yang bersistem. Ada nabi yang boleh menyeru orang sahaja, kuasa tidak ditangan dia. Kuasa pemerintahan ada ditangan orang lain nabi Zakaria, nabi Yahya,
nabi Isa, mereka menyeru orang sembahlah Allah, jangan melakukan kejahatan, jangan berzina, jangan mencuri dan sebagainya mereka peringkat menyeru, mereka tidak ada kuasa pentadbiran.

Nabi Muhammad saw bersabda, "Jika hendak melihat sifat dan sikap nabi Isa alaihissalam, tengoklah kepada Abu Zar". Sebab kerja Abu Zar ini berdakwah, dia pernah tang manapun dia berdakwah, dia tegur orang, dia hentam penyelewengan, tidak kira yang melakukan penyelewengan itu khalifah kah, orang bawah kah, dia kerja tegur menjalankan tugas amal makruf, nahi mungkar. Jarak antara Nabi Muhammad saw dan nabi Isa alaisalam ialah kira-kira 550 tahun.

Nak tengok nabi Isa alaisalam, tengoklaj Abu Zar yang hidup dalam keadaan sederhana, pakaian sehelai sepinggang, pergi kampung sana, pergi kampung sini, sebab ada riwayat nabi Isa ini sehari kadang-kadang pergi berceramah di 17 tempat. Kira beginilah dia pi Pekan Rabu, dia pangge orang dia bercakap hal-hal ketuhanan, sat lagi dia mai Tambak Bunga dia tengok ada anak-anak muda di simpang jalan, kata ada 10 orang, "mai-mai sat aku nak habaq kat hampa, Tuhan kita Allah, dunia ini akan musnah, kehidupan akhirat kehidupan kekal, jangan kita lakukan dosa dan sebagainya". Sat lagi dia pi Simpang 4 Kangkong pulak, jumpa orang lagi sampai kita kata 17 tempat sehari.

Itu kerja nabi Isa alaisalam, di daerah Syam, Palestin itu, Abu Zarpun macam itu, dia ini kaki tegur orang, kaki kritik, seorang 'alim, ilmu tinggi, dan tempat yang dia pergi masih ada kesan sejarahnya, jika kita pergi Lubnan, dekat dengan sempadan Israel dan Palestin Ada disitu masjid Abu Zar. Saya tanya depa, "Pasai apa hampa pangge masjid Abu Zar?", jawab mereka, "Abu Zar pernah mai berdakwah disini". Pernah menyebar dakwah Islam disini, dan disini adalah anak-anak murid Abu Zar sampai sehingga hari ini secara bergenerasi.

Abu Zar ini mati ditengah padang pasir, dibuang oleh Khalifah kerana dia banyak tegur pemerintahan Islam ketika itu, terutama pemerintahan yang membaziax. Inilah kehidupan seorang pendakwah, macam nabi Isa alaisalam lah.

Walaupun dia nabi, berdakwah dengan begitu hebat, tetapi dia mati disalib, mengikut ajaran Kristian. Dan ulamak Islam mengatakan dia hendak disalib, tetapi diselamatkan oleh Allah dan diangkat ke langit, maka ia akan turun semula menjelang hari kiamat, untuk membawa kembali keadilan. Ini saudara-saudara sekelian khilaflah pandangan. Tetapi yang kita hendak ambil pengajarannya nabi Isa yang membawa ajaran yang benar di zalimi dan dibunuh.

Ini tugas nabi dan Rasul, sebab itu menjadi pemimpin dalam dakwah gerakan Islam, ukuran kejayaannya bukan diukur kita berjaya mencapai pemerintahan atau tidak, berkuasa atau tidak. Ukurannya sejauh mana kita mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Sebab itu dipanggil 'Mardhotillah'!!!.

Sebab kalaulah kita ukur, kejayaan dakwah itu disudut pemerintahan, maka banyaklah nabi gagal. In bracketnya...... nabi Isa gagal, nabi Zakaria gagal, yang berjaya memerintah tentulah nabi Daud, Sulaiman, Nabi Musa a.s setelah menghadapi penentangan dan penderitaan yang panjang, nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain gagal belaka. Jadi kita tidak boleh ukur disudut Islam, aqidah, disitu kejayaan atau kegagalan disudut berjaya memerintah atau tidak.

Sebab yang paling utama ialah menyampaikan risalah Allah, dan kita penganut agama ini samada kita mendapat keredhaan Allah atau tidak.

Itu kunci kejayaan dalam bidang ketauhidan kerasulan!.

Yang kita semua beriman kepada nabi dan para rasul itu. Kita tahu bahawa pemerintahan yang boleh mengubah struktur masyarakat dia mestilah bentuk payung atau piramid.

Atas ke bawah!

Selalunya bawah ke atas dipanggil revolusi. Revolusi ini boleh menumbangkan pemerintahan, tetapi untuk membentuk pemikiran selepas revolusi, selepas pertukaran dia datang dari atas.

Payung atau piramid, pemerintah yang paling tinggi 'Raja', 'King' atau 'Amirul mukminin', atau 'Presiden' atau 'Perdana Menteri' mesti diturun kebawah begitu (membuat gerakan tangan) kepada sekelian rakyat. Yang kita lihat dalam mana-mana sistem pemerintahan atau sistem masyarakat.

Kita lihat dan dah bincang dalam 2 tiga kuliah yang lalu, pemerintahan nabi Muhammad saw, selalu apabila disebut pemerintahan, kita akan letak 2, iaitu Pembangunan! Keamanan!.

Ini dua, 'Development', 'Food' dan sedikit lagi ditambah Keinsanan ini yang selalu disebut, disudut nilai insan untuk taat setia kepada Allah tanpa berbelah bahagi, tunduk kepada hukum Ilahi (Al-Quran) tidak menjadi ukuran.

Itu sahaja ukuran sesuatu umat dan sesuatu pemerintahan negara iaitu setakat mana pembangunan, keamanan dan hak asasi manusia.

Hadirin yang dihormati sekelian, kadang-kadang kita sendiri bercakap begitu!

Negeri kita aman, tenteram, 'good governance' pemerintah yang baik, tidak kira mulukkiah (beraja) tidak kira Republik tidak kira apapun kita ukur kejayaan itu disudut aman dan pembangunan.

Kalau ukuran itu, maka nabi Muhammad seorang yang gagal memerintah. Kerana 10 tahun nabi memerintah peperangan berlaku 72 kali dan nabi mengetuai 27 kali.

"Apa punya pemerintah ni, perang setahun 3 kali?!!!

Apa punya pemerintah ni perang setahun sampai 3 kali, ertinya Madinah dilanda dengan berbagai peperangan, istilah yang lain kacau bilau.

Ada golongan munafik, ada golongan kafir, ada golongan Yahudi, ada golongan Rom, ada golongan yang nak menentang dan sebagainya berlaku berbagai krisis, berlaku berbagai peperangan.

Tetapi disudut kaca mata Islam, kerajaan Madinah itulah disebut kerajaan 'baldatun toibahbatun wa Rabul ghafur', disini hadirin sekelian kita kena lihat, kadang-kadang orang Islam terperangkap dengan kepungan intelektual mereka sendiri. Iaitu negara yang baik itu negara yang tak perang, negara yang aman, negara yang dapat buat pembangunan, maka orang Islam pun jadi tidak bersedia dalam bentuk, 'wa a i'ddu lahum mas ta toqtum min qu'ah, wamin ribatil qair turhibu nabihi 'adu walLah wa 'adu wakum'. tidak berlaku atau kurang berlaku kepada orang Islam, sebaliknya 'wa a i'ddu lahum mas ta toqtum min qu'ah' dibuat oleh Amerika, dibuat oleh Russia, dibuat oleh China.

Amerika rakyatnya berperang, lepas Vietnam, lepas itu perang lagi di Afghanistan, lepas tu perang lagi sampai hari ini, tetapi saudara sekelian negara itu dianggap didunia ini sebagai negara yang 'the best'. Jadi kita kadang-kadang pengertian ini kita lihat bila kita memerintah amannnnnnnn......... tak dak apa-apa berlaku kita, "inilah pemerintahan yang baik". Jadi kita kena lihat balik saudara sekelian pemerintahan Nabi Muhammad saw.

Begitu juga kita akan kata, jika kita adil takkan ada orang tentang, kalau khalifah yang adil ia akan mendapat sokongan rakyat.

Tidak!!!

Kadang keadilan itu ditentang oleh puak-puak yang zalim.

Umar Abd Aziz dia hanya memerintah 2 tahun 4 bulan. Keadilannya diratap sehingga kehari ini, tetapi ia diracun di atas keadilannya itu.

4 khalifah semuanya mati dibunuh! Adakah negeri mereka itu huruhara? Tetapi semua ulamak kata ini generasi yang terbaik. Jadi pemerintah yang adil janganlah kita anggap tidak ditentang oleh orang.

Macam kita lihat sekarang di Iran, dulu revolusi dibuat oleh rakyat miskin menentang golongan mustakbirin orang yang berkuasa, yang kaya. Naik orang macam Ahmadi Nejad orang miskin sokong dia, orang kaya pulak tak sokong. Penentang yang berlaku di Iran sekarang kebangkitan orang kaya, iaitu daripada utara Tehran, kerana dasar-dasar Ahmadi Nejad didapati menguntungkan orang miskin. Orang pulak tak suka terutama orang yang nak 'freedom' kebebasan. Kebebasan maksud mereka, kebebasan untuk sembahyang atau tak sembahyang, kebebasan nak pakai tudung atau tak mau pakai tudung, kebebasab nak minum arak atau nak meninggalkan arak, kebebasan untuk pergi kelab malam ataupun tak pergi kelab malam, jadi golongan yang menuntut kebebasan ini menentang Ahmadi Nejad.

Jadi saya sebut disini kalau kita hendak menegakkan keadilan, jangan anggap tidak akan orang akan tentang kita, bukan begitu, sebab, kadang-kadang seseorang itu gugur di atas keadilannya seperti berlaku kepada Umar Abd Aziz.

Misalnya pemerintahan Saidina Ali KaramalLah wajhah, Saidina Ali semua orang tahu paling hebat dalam peperangan. Didalam perang Badar ahli sejarah mengatakan umur dalam 17 atau 18 tahun. Bila nak perang dia ada 'challenge' sorang sama sorang. Mula-mula kerajaan Madinah bawa keluar 3 orang dari kaum Ansar, orang Quraisyh tak mau, dia kata dak, kami mau orang kami yang mai duduk sini ni! Golongan muhajirin.

Keluarlah Saidina Hamzah, seorang lagi, dan seorang lagi Saidina Ali!. Muda dan yang paling pantas tewaskan musuh Saidina Ali. Dia berperang mencari mardhotilLah, dalam keadaan musuh sudah tewas, dia nak tetak, orang tu ludah mukanya. Dia tak jadi bunuh, pasai kalau dia bunuh kerana orang tu ludah muka dia, bukan lagi kerana Allah swt.

"Hai.... tengah perang boleh ada jiwa yang macam itu!?!.

Kepahlawannya begitu hebat, mailah perang apa pun kalau ada Saidina Ali, menang!.

Kita tengok semasa Saidina Ali sakit mata, dia tak keluar berperang, dalam peperangan Khaibar tentera Islam mula kalah, Nabi terpaksa hantar dia juga. Akhirnya Saidina Ali boleh pecahkan pintu Khaibar. Saidina Ali dapat anggkat pintu Khaibar seorang diri, sedang orang lain memerlu 4 hingga 5 orang untuk mengangkatnya. Sehingga orang Melayu bila nak belawan ada yang akan kata kuatkan aku seperti Saidina Ali dan Saidina Hamzah.

Jadi orangpun tahu nak bunuh Saidina Ali ini tak boleh melainkan dalam keadaan dia tidak sedar, masa mana dia tidak sedar?

Sembahyang!!! sebab masa dia sembahyang tu, dia lupa habis dunia ini.

Kita ni dak! Jam kita taruh tang mana tak tau sebelum sembahyang, kadang cari tak jumpa. Bila takbir... Allah huakbar......... Alhamdulillahirabil 'alamin....... ooooooo..... jam aku letak dibilik air tadi. La dia mai teringat masa tu.... aku cukup geram, tapi itu yang berlaku. Masa angat takbir tu, teringat langsung.... aaaaaa malam esok aku ceramah di Kuala Kedah. Ertinya kita tidak berada dialam fana.

Tetapi Saidina Ali ini, masa dia tak sedar, ialah masa sembahyang, ertinya dunia ini habis dah... sebab itu plot untuk bunuh dia, ialah ketika dia sembahyang di Masjid Kufah, sebab masa lain orang kata mata dia belah belakangpun ada. Kalau masa perang orang mai kot belakang dia cantas kot belakang macam tu je. Itu kehebat dia lah.

Jadi saudara sekelian, saya masuk disini, keamanan, pembangunan, dan sebagainya bukan tafsiran mutlak negeri itu dalam keadaan mardhotilLah atau tidak.

Kalau orang suka kita kerana kita tidak melaksanakan perintah Allah, boleh jadi keamanan!. Kita bina masjid untuk orang pergi sembahyang, hang nak sembahyang tak mau balikpun duduklah! kamu nak karaoke kita tak kacau, buatlah sampai pagipun! kamu nak main judi buatlah. Kalau kita larang nanti kita hilang kuasa, sebab orang ini saudara sekelian nanti tidak undi kita. Jadi kita kekalkan keadaan begitu, aman dan tenteram. Tetapi kita berada dalam keadaan mardhotilLah ataupun tidak?. Ini persoalan yang kita kena tanya.

Oleh itu saudara sekelian, pemerintahan dalam Islam ini, yang paling utama yang kita kena lihat ialah mencapai mardhotilLah atau tidak?. Kita berada dilandasan Allah atau tidak?. Kita kata tadi kalaulah mencapai kemenangan semata-mata, maka gagallah nabi Zakaria, nabi Yahya, nabi Isa, sebab mereka ini tidak memerintah. Banyak lagi nabi yang tidak memerintah, tetapi mereka berada dalam keadaan mardhotilLah.

Saya kata tadi pemerintahan dia datang atas ke bawah, yang nak bentuk pemikiran masyarakat, dia tidak boleh bawah ke atas, bawah ke atas revolusi tukar kerajaan boleh, tetapi nak bentuk masyarakat dia atas ke bawah.

Sebab itu kita lihat Saidina Abu Bakar As-Sidiq, bila nak perang .... bila nak kutip derma. Dia derma kesemua harta dia. Orang tanya apa tinggal pada kamu? jawabnya, "Hanya Allah dan Rasul". Pasai apa dia buat macam tu? sebab ketua dia nabi Muhammad saw masa memerintah kepentingan dunia bukan dia kejar, yang dikejar ialah madhotilLah.

Saya dah cakap disini, bagaimana isteri-isteri baginda merungut, hidup bersama Rasulullah saw, kena uli tepung, patut ada orang gaji, dalam keadaan perabut dalam rumah begitu teruk, tidak simpan stok makanan, setelah menjadi ketua negara. Kalau inilah pemimpin, dia seru sesuatu untuk orang infaq, hah........ bergadai goloklah orang itu infaq!.

Ok, kita tidak nampak itu jauh, kita pergi hak dekat sikit.

Ibrahim Libya. Orang Memali ni, orang mana? melayu serupa kita juga. Apa? Awang Pelanduk, Planta pun tak pernah tengok, bila dia kena ISA, masuk kem kemunting, ada Planta untuk makan pagi dengan roti, dia tak makan, dia ingat sabun. Tengok kuning dan baupun lebih kurang macam sabun. Tak pernah tengok planta, tetapi pasai apa orang Memali ni jadi berani?

Sebab, ketua dia!, Ketua dia Ibrahim Libya. Ibrahim Libya ni memang berani.

Saya kena lokap di Alor Setar, Polis dok soal siasat saya tu kata, "kami soal setuju tak setuju perjuangan Ibrahim Libya tu soal lain perjuangannya, tetapi kami respek dia atas keberanian dia, kami nak tangkap dia hidup tak boleh."

Sebab dia bersumpah kalau nak ambil saya bawah ISA, ambil mayat. "Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkandungkan tanah".

Bila dia bersikap begitu, dia suruh orang berani dan dia sendiri berani. Semua itu adalah kerana ketua, ketua yang membentuk fikiran dan tindakan orang bawah. Ini contoh yang mudah kita nampaklah.

Awang Pelanduk tau apa, cari buah genuak dia tahulah, tetapi ketika itu kereta tank, bagi dia tidak ada apa kerana ketua dia Ibrahim Libya.

Baru ni saya pergi Beirut, dalam satu demonstrasi menentang Mesir buat tembok, Yahudi lawan rakyat Palestin biasalah, ini Mesir lebih teruk daripada Yahudi!!!. Dia tutup semua terowong (lubang tikus) yang membawa masuk makanan, perubatan ke Palestin.

Badan NGO, termasuk daripada Malaysia, orang putih. Lagi satu tuan-tuan dan puan-puan orang putih geng hak asasi manusia ni kita kena malu kat depa, depa lawan dengan polis Israel dan Mesir sampai berdarah-darah. Depa duduk disitu sampai tiga empat minggu orang putih ni, kalau kita perasan, 2 hari tak boleh masuk, kita balik dah. Sebab itu dalam ceramah umum saya sebut Palestin akan terbebas atas 2, satu Kebangkitan Gerakan Islam dan dua Pertolongan Gerakan Hak Asasi manusia, terutama daripada negara-negara Eropah, bukan dari kalangan negara Arab.

Demonstrasi yang dibuat di Beirut baru ini setengah juta orang, saya baru tengok orang demonstrasi banyak tu. Berkeritammmmm......... je. Yang keluar tu setengahnya perempuan arab Lubnan pakai baju serupa tak pakai baju.

Nak dengar siapa berucap? nak dengar Hassan NasrulLah. Hassan Nasrullah ada ke dalam dalam majlis tu? Tak dak. Dia sembunyi tah lubang mana, tang mana pun tak tau.

Pakai tayang skrin je, keluar gambar Hassan NasrulLah, orang berteriak seolah-olah histeria, terutama golongan wanita hanya tengok gambar Hassan NasrulLah. Hak tak pakai tudung pun.... uuuuuuuuuuuuuuuuuu...... bereriak.

Sebab apa? dia pemimpin menyeru orang berjihad, dia serahkan anaknya 2 orang kemedan tempur melawan Israel, seorang sudah syahid, seorang lagi belum syahid. Inilah dia 'Leader', kepimpinan.

Itulah dia konsep piramid, atas ke bawah.

Saya bertanya mereka, "Mengapa kamu sokong Hassan NasrulLah?" jawab mereka, "Dia cakap, dia buat". Penyanyi yang teruk-terukpun bila disebut Hassan NasrulLah, "Qa iduna" pemimpin kami.

Sebab itu Rasulullh saw, menterjemahkan kepimpinannya, lahirlah masyarakat yang bertanggung jawab dan akhirnya membentuk satu tamadun baru di atas muka bumi ini.

(Moderator: Pandangan dan ulasan Hj Mohamad Sabu ini ada kena mengena dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Pas. Berubahlah wahai pimpinan Pas!!!!)