Selepas PRU 13, tak nampak tanda-tanda BN buat dasar dan strategi membantu rakyat. Projek yang diumumkan dalam Bajet 2014, hanyalah perkara biasa-biasa sahaja. Yang pasti untung, syarikat- syarikat kroni.
Usahawan Melayu masih bergantung AP, kuota, permit dan tender tertutup. Harga projek melambung-lambung melebehi paras harga pasaran. Maklomlah nak bagi makan sang pemberi projek.
Pendatang asing bukan sekadar bekerja mengambil upah tetapi telah memulakan perniagaan di negara ini. Mereka jual karpet, jual perabut, buka restoran, buka kedai runcit dan ambil sub projek kerja-kerja kontrak.
Harga barang makin mahal, kos hidup makin naik, kuasa beli makin turun, nilai wang makin jatuh, pemdapatan benar makin turun dan akhirnya kualiti hidup makin jatuh menjunam.
Tetapi kehidupan pemegang jawatan politik semakin mewah.....
Aduhai Malaysiaku.....