Tuesday, July 30, 2013

HABAKLAH NAK JAWATAN OI

Syiah,

Wahabi,

Endorgan,

Liberal,

Banyak sekali gelaran dalam Pas.

Alahai, bagi tau sahaja, nak jawatan  sebenarnya, kan senang!!!!!

Kalau anda seorang pekerja gigih parti, anda bakal dipilih.  Ahli Pas kenal siapa yang buat kerja atau tidak.


Thursday, July 25, 2013

KUALA BESUT: TAK BERBALOILAH BN

BN menang di Kuala Besut.

Tapi tak berbaloi!!!!

Yang jelas - status ekonomi Melayu tak mampu melahirkan pemikiran untuk bebas dari lingkaran politik sedia ada.

Wednesday, July 24, 2013

KUALA BESUT YANG BERSEJARAH

Apakah PRK Kuala Besut bakal mencipta sejarah?

Atau meneruskan tradisi kemenangan BN dalam setiap kali PRK.

Apakah di  Kuala Besut  mencipta  rasuah paling besar dalam  sejarah PRK di Malaysa.

Idris Jusoh yang untung atau Mat Said

Najib yang untung atau Muhyiddin.

Tunggu keputusan malam ini!!!!!




Monday, July 22, 2013

NASIB UMMAT ISLAM

Menurut laporan wang zakat berjuta, berpuloh juta dan beratus juta  berjaya dikutip dan dikumpulkan.

Peliknya, ada sang pesakit buah pinggang  yang  memerlukan rawatan dailisis tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Apakah pesakit gagal atau tidak tahu memohon dari Baitulmal?

Atau Baitulmal  tidak prihatin dengan masaalah ummat Islam.


Sunday, July 21, 2013

Nasib Pas di Kuala Besut

Pas pernah menang PRK Dun Telok Pasu.

Pas pernah menang PRK Parlimen Kuala Terngganu.

Maka, jangan hairan jika Pas boleh menang di Kuala Besut kali ini.

Jika kalah, itu biasa sahaja.

Saya mengucapkan syabas kepada petugas Pas yang sanggup bekerja keras di bulan puasa ini.

Tuesday, July 16, 2013

APA KHABAR?

Apa  khabar Pas Tampin?

Apa khabar Pas Jelebu

Apa khabar Pas Kuala Pilah

Apa khabar Pas Seremban

dan rakan-rakan senegeri ....


Friday, July 12, 2013

AMERIKA, ISRAEL DAN SYRIA

Oleh:  TT
 
Kuasa imperial Amerika syarikat  sedang merancang untuk  menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki  bom nuklear. Ini mungkin  agak susah  sadikit untuk difahami.
Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami.  Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.
Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.
Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap ‘budaya wajib mendengar’  dari bengolan-bengolan  yang dikatakan memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan   yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka  mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap  ‘suka membaca’ dan ‘suka mengkaji dan  menyelidik’.
Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya  telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen  maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu  tidak lagi memiliki  kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan  untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan  Shiah. Bukan konflik  mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan  Kristian.
Memang saheh,  wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar  ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau  elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan  rakus merembat harta kekayaan negara.  Kezaliman dan penyempitan  hak kebebasan  warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.
Memang betul pada awalnya ada kumpulan  yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga  Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik.  Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti  oxygen ertinya kontradiski  wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud.   Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan  penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.
Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi.  Dalam kontradiksi ada pergeseran.  Pergeseran dan percanggahan inilah  yang mengerakan alam kita ini.
Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang  fudumental, ada yang tahap kedua dan ada  yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik  ialah dalam sejarah perjuangan  orang  yang terdahulu dari  kita ketika perang  dunia ke dua.  Ketika itu Tanah Melayu  sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.
Tetiba Jepun datang menyerang.  British yang menjadi musuh utama  telah menjadi musuh ke dua.  Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental : penjajah Jepun.
Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia.  Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.
Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini  ialah diantara  rakyat Syria dari semua  mahzab  agama dengan kuasa imperialis  Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.
Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya  ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini  ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis  yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan  pasaran.  Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol.  Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.
Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran  hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas  maka Iran tidak akan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi  dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.
Bagitu juga Malaysia dan Berunai.  Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’ kepada Amerika. Malah Malaysia  telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan  apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.
Tetapi Syria  tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi  kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.
Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.
Dari era Perang Dingin lagi  Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama  dengan USSR, kemudian dengan  Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria  yang digunakan untuk melawan zionis  Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia  terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus  semenjak tahun 1971. Tartus ialah   perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.
Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan  sedang menjajah  wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.
Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.
Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin  sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia.  Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu – untuk  dapat mempengaruhi Dunia Arab. Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul   kerana Turkey memiliki   viagra  yang bernama Nato.
Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.
Pada ketika  ini kuasa  dan pengaruh zionis Israel  cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya -  dimana tidak ada bakal Presiden Amerika  yang berani bercanggah dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya   sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana  dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung  perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World OrderSatu  Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan  Amerika dan Nato.
Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi.  Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.
Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya  cadangkan agar  mereka  pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk  bertanya bila piliharaya akan diadakan  di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

Thursday, July 11, 2013

ARAB SAUDI, SYRIA DAN ISRAEL

 
Sebelum arwah ibu dan abah saya  bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal.  Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk mentamadunkan Arab. Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing  yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kesah-kesah keganasan yang dilakukan terhadap buruh impot dari Pakistan, India danBangladesh yang memburuh di Saudi Arabia akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual – rogol dan dera -  terhadap pekerja wanita yang diimpot dari Indonesia dan Pilipina telah lama menjadi buah mulut.


Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh sekali untuk memandu kereta.  Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia  membuktikan  bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah,  dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja  di Saudi Arabia. Dalam kitab awal Ibnu Hisham  - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal  kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya  RajaSaudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Saudi Arabia ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama.  Semenanjung Arab ini saperti Negara Telok dipimpin oleh  pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan danperperangan antara suku dan kabilah sering  belaku dikalangan bangsa Arab ini.  Maka disinilah munculnya T.E Lawrence seorang ajen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Kerajaan Ottaman yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah.  Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara resminya kuasa kerajaan Khalifah  Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom ofSaudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang   homosexul  telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.

Disini saya ingin membawa para pembaca untuk  untuk memahami konsep yang dipanggil geo-politik.  Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi,  tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting. Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Pada hemat saya, jika  Saudi Arabia mengekspot petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi  di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud  bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Saudi Arabia adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela -  yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini SaudiArabia  adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dariSaudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung  kuat dengan  bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang   pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas  dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan danIraq. Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memilihara ‘kaldai’  tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin  tidak menyedari bahawa  keluarga diraja Saudi  ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh,  pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen  yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluaraga Saud ini bukan tidak pernah  ditentang. Pada  20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah  berlaku. Kaabah telah diambil alih  selama 2 minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum  keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka  RajaSaudi kini mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam  seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan  faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk  anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah  mendana masjid, sekolah dan pelabagi bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budayaArab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini.  Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald  dan Kentaki  Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’  tetapi menyambah  Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan  rejim Saudi ini adalah sebahgaian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenisSaudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya.  Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam  ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di  Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geo-politik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui  bahawa Damshik dalam negeri  Sham   adalah kota stretejik.  Pintu ke Amman, pintu  belakang ke Baghdad, pintu  ke Libanon semua bermula di Damshik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damascus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant  inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang  mengasaskan  kemunculan kota  Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan.  Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal.  Israeldan Saudi Arabia  dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara  sedang  berkerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik  yang berkemungkian muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan  60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil  ‘military-aid package- bantuan ketenteran’. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.  


Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi.  Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.

Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke  Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso.  Dari Jerico ke Jakarta.  Dari  Dubai ke Dungun.  Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan  Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni.  Bukan juga  untuk menegakakan shiar Islam. Penentangan ini  lahir dari strateji geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Russia.

Justeru China dan Russia  telah menggunakan kuasa veto  dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat  sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’  apabila ketetapan PBB telah menghalalkan  tentera Nato menyerang Libyadan Gadaffy. (TT)

Tuesday, July 9, 2013

BUKA PUASA DENGAN KURMA IRAN!!!!

Esok kita akan berpuasa  di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

Saya akan berbuka dengan kurma rotab dari Iran. Moga sah puasa saya walaupun berbuka dengan kurma Iran, yang majoriti rakyatnya bermazhab syiah. Woooo.

Saya juga akan  akan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, walupun pemerintah Arab Saudi menjadi orang suruhan Amerika untuk menentang kebangkitan Islam di Timur Tengah,

Isu utama politik di negara-negara di Timur Tengah ialah minyak dan kepentingan Israel di Palestin.   Isu sunni-syiah hanya mainan Amerika melalui kadam-kadamnya yang kononnya berlagak sebagai pejuang Islam.