Wednesday, October 24, 2012

KEDAH OH KEDAH

Lapuran Audit 2011 mendedahkan beberapa kepincangan di dalam pentadbiran PR di  Kedah.    Daripada penjelasan yang dibuat oleh  pihak  Kerajaan Kedah, seolah-olahnya Kedah sudah maklom dengan kepincangan tersebut. Soalnya mengapa tiada tindakan segera dibuat  ke atas pelaku yang bertanggung jawab dalam kepincangan tersebut.  Adalah tidak wajar Kedah  menunggu sehingga Laporan Audit dikeluarkan barulah  tindakan yang sepatutnya  dibuat. Itu pun kita belum mendengar apakah Kerajaan Kedah telah mengambil tindakan pro aktif   dengan membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Yang kita dengan hanyalah Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah yang membuat aduan ke SPRM.


Setpol MB Kedah, dalam menjelaskan isu kepincangan Kedah Corp, telah membangkitkan kepincangan di zaman BN pula. Ha ha. Ini pun satu kerja kelakar. Kita mahu penjelasan kepincangan zaman PR tetapi beliau babitan zaman BN pula.  Sepatutnya sebarang kepincangan zaman BN, telah pun dinyatakan sejak PR mengambil alih Kedah pada 2008, bukannya sekarang selepas dibangkitkan kepincangan zaman PR!!!!

Isu-isu Kedah ada di sini, sini, sinisini  dan di sini.

Ada orang kata, MB Kedah bagi muka sangat kepada SUK sehingga pentadbiran Kedah  terlalu  slow dalam sebarang pembaharuan.  Dah habis penggal, baru macam-macam keburukan SUK didedah!!!!


Tuesday, October 23, 2012

KESAH SUK KEDAH


Oleh : MATA KCS 

Kali ini, penulis akan mendedahkan penglibatan kaum keluarga terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang terkemuka di Asia. 

Projek mega tersebut dianggarkan bernilai RM 1.2 billion dan  melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik kerajaan negeri yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat mereka dituruti oleh kerajaan negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan menjadi orang paling terkaya di Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak akan lebih berlambak-lambak lagi hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di kemudian hari.

Hasil siasatan mendapati datuk Rasli secara langsung maupun tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan urusan ini khususnya melibatkan di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di peringakat daerah Langkawi maupun agensi-agensi di peringkat negeri.

Beliau juga bertindak sebagai orang penting  untuk mempengaruhi kerajaan negeri bagi meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang mungkin kurang tahu, Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek ini. Kedudukannya sebagai ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil beliau boleh mempengaruhi mana-mana exco menyokong permohonan kaum keluarganya tersebut.

Bagi memohon kelulusan tanah dan projek yang hendak dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Penulis juga difahamkan, jika permohonan tersebut diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit bayaran kepada kerajaan negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi umpan terlekat di celah gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan menjadi maharaja di pulau tersebut.
Dalam hal ini, adakah datuk Rasli mempunyai kepentingan secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah dan projek tersebut ataupun syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya. 

Pendedahan ini menuntut Datuk Rasli menjawab tentang kepentingan dan kedudukannya di dalam permohonan tanah dan projek tersebut. Seluruh rakyat di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi penjelasan berhubung dengan pendedahan ini.

Kegagalan Datuk Rasli menjawap atau menafikan penglibatan dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan projek ini membolehkan orang ramai mengesyaki beliau sebagai telah menyalahgunakan kuasa di atas kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia membolehkan pihak SPRM menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau perlu di hokum setimpal dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan Al Sultan selaku Raja Pemerintah di negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana permohonan tersebut telah ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini disebabkan pihak kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata mereka yang terlibat.
Juga diberitahu bahawa penolakan permohonan tersebut menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini tersangat-sangat kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar negeri Kedah. Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan konco-konconya membuat onar di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai membalas dendam di atas ketegasan kerajaan negeri membuat keputusan.

Menurut sumber dipercayai, asas penolakan permohonan ini adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut. Kecelaruan prosedur ini bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang dengan teliti supaya hasrat mereka tercapai. 

Laporan Pejabat Tanah Langkawi, sebelum permohonan syarikat yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk dibangunkan  Pusat Peranginan dan Reakreasi Antarabangsa tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke atas tanah di pulau tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi seterusnya kerajaan negeri. Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana ataupun diproses (dilayan) kecuali telah diluluskan  sebidang tanah yang mempunyai geran individu berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah pulau tersebut.

Jadi, perkara ini menimbulkan persoalan. Bagaimana permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh diketepikan (fail ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli  seolah-olah diberi keistimewaan.
Apakah mungkin ada arahan yang kuat dari pihak pentadbiran atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses serta memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan. 

Penulis melihat berkemungkinan ia melibatkan sokongan orang dalam, demi mengaut keuntungan peribadi mereka.  Tidak mustahil mereka yang terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang serta mendapat habuan berjuta-juta ringgit dari pihak yang berkenaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan tersebut merupakan keputusan yang bijaksana serta kemenangan buat rakyat Kedah. Ia juga mencerminkan kewibawaan dan akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjaga hak serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia sekali gus, kerajaan negeri telah berjaya membenteras budaya kronisme yang berleluasa di bawah  pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. 

Sesungguhya, ketegasan pihak kerajaan negeri perlu diberi pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah memberi pukulan ‘KO’ kepada  Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Sikapnya untuk  bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah dapat disekat oleh kerajaan negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta tercabar di atas tindakan tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan) telah menconteng arang ke mukanya. 

Barangkali, kerana sebab itulah datuk Rasli kini telah menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak memboikot dan mensabotaj pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun, sehinggakan keputusan exco tidak dilaksanakan ataupun tindakannya dilambat-lambatkan.

Mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka mata khususnya buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk Rasli adalah manusia yang tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka lagi. Segala tindak tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”. 

Datuk Rasli adalah sejenis manusia yang apabila diberikan madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat Kedah desak kerajaan negeri membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan kontrak serta-merta, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri Kedah.
Insya allah, selepas ini penulis akan mendedahkan siapakah di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluaragaan dengan datuk Rasli serta tersangat istimewa sehingga bercita-cita memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…


Friday, October 19, 2012

KORBAN: SIAPA YANG TERKORBAN

Ibadah korban adalah ibadah yang baik. Kini ramai yang berkorban. Bukan sahaja berkorban di negara ini tetapi berkorban di Kemboja, Vetnam, Sudan dan Sri Lanka. Kalau  dulu, penganjurnya seorang dua sahaja, tetapi kini agak ramai penganjurnya. Nak kata bisnes, tak sampai hati pula, tetapi apbila borak-borak dengan sahabat-sahabat yang ke Kemboja, lebih kurang macam itulah nampaknya!!!!

Satu yang ketara di Kemboja ialah, penerima korban hanya "orang itu" sahaja. Akibatnya segolongan orang "mewah"  dengan daging korban. Pihak penganjur dari Malaysia hanya mewakilkan kepada satu atau dua pihak  sahaja di Kemboja untuk melaksanakan korban.  Wakil penganjur memberi wang dan senarai nama perserta korban kepada wakil Kemboja dan selepas itu balik semula ke Malaysia. terpulanglah kepada "amanah" wakil Kemboja untuk melaksanakan korban tersebut!!!!

Oleh kerana :"mewah"  dengan terimaan daging korban, sang penerima daging korban sibuk mengeringkan daging korban kerana di sana tiada peti ais, lantaran tiada elektrik. Tulang dari haiwan korban "dibuang" begitu sahaja tanpa dibuat makanan seperti mana di negara kita, tentu enak sekali dibuat sup tulang!!!

Al kisah, kononnya ada sebahagian penganjur dari Malaysia, buat untung berpuloh ribu ringgit  dari hasil jualan daging lembu kepada peserta korban. Ha ha. Cukup berniaga setahun sekali. Tak tahulah siapa yang "terkorban"......







Thursday, October 18, 2012

UTUSAN GILA

Utusan Meloya beria-ia berkempen supaya TG Nik Aziz berhenti dari jawatan Mursyidul Am. Jika anggota Pas yang berkempen, mungkin ikhlas. Tetapi jika Utusan yang buat kerja macam itu, mesti ada udang sebalik batu!!!!

Utusan tau siapa pemghalang utama agenda UG - agenda kerjasama Pas - Umno. Utusan tau kerusi MCA dan MIC dan rakan sekutu di Sabah dan Sarawak akan hanyut pada PRU 13 nanti. Umno akan kehilangan kuasa. Hanya Pas sahaja yang dilihat boleh dipujuk rayu untuk bekerjasama. Pas amat penting kepada Umno pada PRU 13 ini. Dengan kerjasama PAS, Umno bakal terus berkuasa lagi. Tetapi orang yang menjadi penghalang utama ialah TG Nik Aziz. Pada Utusan Meloya, Hj Hadi, Harun Din dan Harun Taib mudah dipujuk!!!! Tokoh lain, akan ikut 3 orang pemimpin ini. Ha ha. Nak harap Dewan Pemuda Pas Pusat  sebagai penghalang kerjasama UMNO-PAS, lupakanlah. Ketua Pemuda dan Timbalannya diragui sikapnya dengan PR. Wooooo.

Utusan akan menggunakan dan memutar belitkan kenyataan anggota dan bekas anggota Pas.  Orang Pas pun gila media, pantang sahaja ditanya oleh Utusan, maka akan dijawablah. Walhal selama ini, kita tau Utusan sentiasa memutar belit kenyataan untuk menentang Pas.  

Ketika Hj Hadi dilihat sebagai ancaman  Umno, Utusan menghentam dan memutar belit kenyataan Hj Hadi.

Ketika kumpulan ulama dilihat sebagai  musoh utama Umno, maka kepimpinan ulama diperlekehkan oleh Utusan.

Ketika kumpulan profesional dilihat sebagai menarik ramai orang kepada Pas, maka golongan profesional diperlekehkan oleh Utusan.

Agaknya jika Mohamad Sabu berhenti menentang Umno setiap malam dan memuja Umno, maka Utusan pun akan berkempen untuk menaikan Mohamad Sabu sebagai Presiden Pas agaknya. Ha ha.




Saturday, October 13, 2012

HARUN DIN GANTI NIK AZIZ?

Dr Hasan Ali mencadangkan Dr Harun  Din sebagai Mursyidul Am Pas untuk mengganti TG Nik Aziz.

Hasan Ali, kawan lama seforum perdana dengan Dr Harun Din.

Hasan Ali macam tau pendirian sebenar Dr Harun Din.  Atau dia salah baca siapa sebenar Dr Harun Din. Memang ada cakap-cakap Dr Harun Din juga merupakan salah seorang pendokong UG dahulu. Ada bisik-bisik juga mengatakan Dr Harun Din semacam alegik dengan DAP dan lebih "senang" dengan Umno.

Jika benar telahan Hasan Ali terhadap Dr Harun Din, apakah Dr Harun Din mampu mempengaruhi pimpinan Pas yang lain untuk karam bersama dengan Umno. Ada cakap-cakap Harun Taib  pun satu geng dengan Dr Harun Din dalam agenda ini.   Mungkin agenda ini tidak mampu pergi jauh kerana Mustafa Ali belum terbuka hati dengan idea ini. Wooooo.

TG Haji Hadi pada kenyataan terakhirnya; tetap bersama dengan PR. Hanya beliau terlalu bagi muka kat Nasharudin Mat Isa!!!!  Takut orang kata Pas parti tiada displin. Siapa pun boleh kata apa-apa pun kepada parti.  Kita boleh kritik peribadi pemimpin  tetapi jika tidak setuju dengan dasar dan strategi semasa parti, eloklah keluar mencari gelanggang baru, jika benar-benar anak jantan.  Biar lebih banyak lagi jenama beras di pasaran selain beras JATI.   Wooooo.

Monday, October 8, 2012

PAS MENANG BANYAK JIKA SEORANG DIRI?

Orang kerja kerajaan tentulah lebih bijak dari orang kampong yang tanam sayur, menoreh getah, tanam padi dan tangkap ikan di laut.

Tetapi dakyah BTN dan Umno mudah dipercayai oleh orang kerja kerajaan. Antara hujah Umno yang sedang dan sering dimainkan ialah Pas akan menang banyak jika tidak bersama PKR dan DAP.  Orang Melayu kononnya lebih senang jika Pas berseorang diri. Orang Melayu akan lebih mengundi Pas jika Pas seorang diri.

Ha ha. Adakah orang Melayu mengundi Pas ketika PRU 1978, 1982 dan 1986?  Pas kalah teruk di dalam PRU tersebut.

Hanya selepas Pas berpakat dengan Angkatan Semangat 46 dan Angkatan Semangat  46 berpakat dengan DAP, barulah Pas menang dan menguasai negeri Kelantan dan menambah kerusi di Kedah dan Terengganu.

Bila PAS dan DAP dan tak berkerjasama secara tak langsung dalam PRU 1995, Pas tidak menunjuk prestasi yang baik.  Melayu tak pun mengundi Pas dengan hebatnya.

PRU 1999, dengan kes Anwar, Pas menumpang tuah sehingga menawan Terengganu.

PRU 2004 - Pas kalah banyak tempat kerana penangan Pak Lah yang baru jadi PM.

 PRU 2008, Pas, PKR dan DAP bersama dalam BA/Pakatan Rakyat,  Pas menambah kerusi menang.

Tak ada bukti Pas menang banyak jika seorang diri. Sebaliknya jika bersama parti lain, Pas akan menang banyak.

Sunday, October 7, 2012

KABINET BAYANGAN PR

Utusan Malaysia atau lebih enak dipanggil Utusan Meloya memaparkan kabinet bayangan PR. Samada tepat atau rekaannya, ini menggambarkan keyakinan  Utusan Meloya bahwa PR bakal menerajui Malaysia selepas PRU 13 akan datang. Wooo.

Borak-borak di kedai kopi di Felda, ramai yang kagum dengan senarai kabinet PR. Ha ha. Yang peliknya nama Mohamad Sabu tidak ada dalam senarai itu, walhal Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden Pas. 

Musoh utama Utusan dalam Pas ialah Mohamad Sabu. Sejak Mohamad Sabu bertanding Ketua Pemuda sehinggalah ke jawatan Timbalan Presiden Pas, Utusan akan  "melekehkan" Mohamad Sabu. Nampak sangat Mohamad Sabu adalah  figur yang tidak  akan  berkompromi dengan Umno!!!!!