Antara hujah politik bangang ialah mengatakan "pembangkang hanya pandai BERCAKAP sahaja".
Sebelum itu, BN adalah pembangkang di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Selain dari negeri ini, PR pula sebagai pembangkang. Di parlimen, PR sebagai pembangkang. Kekadang BN pun tak sedar yang ia juga pembangkang di beberapa negeri. Wooo.
Mengkritik - maknanya memberi pandangan dari sudut lain akan sesuatu perkara atau subjek. De Bono mencadangkang kaedah berfikir 6 Topi. Manakala Ungku Aziz menambahkan satu "topi" lagi menjadikan 7 Topi. Ha ha.
Apabila mengkritik, seseorang itu akan mengambil kira faktor risko, faktor negatif , faktor kerugian dan apa sahaja yang dianggap tidak baik. Dalam kaedah berfikir, seseorang itu dikatakan bijak jika dapat memberi pandangan negatif akan sesuatu perkara, walaupun ada 6 lagi aspek (topi) yang perlu diambil kira dalam memberi hujah kepada sesuatu perkara.
Yang saya nak katakan di sini ialah peranan pembangkang adalah bercakap. Pembangkang bukan kerajaan. Hanya Kerajaan sahaja diberi kuasa untuk melaksanakan sesuatu perkara. Pembangkang tak ada kuasa itu. Jika ada kuasa, pelik benar tu. Maka pembangkang hanya mampu memberi pandangan sahaja atau dengan kata lain BERCAKAP SAHAJA. Banganglah jika ada kenyataan yang mengatakan pembangkang hanya pandai bercakap sahaja. Wooo. .
Ahli Parlimen atau Adun pembangkang dibayar gaji untuk melihat apa yang dibuat oleh kerajaan jika tidak betul. Fasal itulah Ketua Pembangkan dibayar elaun khas. Ha ha. Maknanya peranan mereka diikitiraf oleh sistem demokrasi.
Yang kita sedih ialah Umno tak bijak jadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Woooo. Memang BN tak pandai bercakap, satu kerja yang paling mudah dalam dunia. Ha ha ha.