Monday, April 30, 2012

HIMPUNAN TERBESAR

Himpunan Bersih 3 pada 28April lalu adalah himpunan yang terbesar setakat hari ini.  Uniknya ia  terdiri dari pelbagai bangsa. Majoritinya  ialah   anak muda. 

Pihak Polis bukannya meleraikan himpunan dengan  sekadar menembak gas di tengah jalan raya, tetapi memburu para demonstrator di setiap lorong dan yang singgah di kedai makan.  Ada rasa "perkauman" dan "belas dendam" kepada mereka yang berbangsa bukan Melayu dalam siri pemburuan itu.

Menurut peniaga di Jalan Masjid India, himpunan ini lebih ramai dari himpunan era reformasi 1998 dahulu.

Yang pasti restoran dan peniaga air membuat keuntungan  pada hari  himpunan ini. Yang penakut membuka kedai sahaja yang rugi. Para demonstrator ada wang mahu bayar  daa. Dia orang bukan macam ahli Umno yang mengharapkan wang sponsor!!!!

Kali ini yang tak pernah berdemo pun, sudah turut join. Ada peluang saya pencen berdemo, kerana sudah ada pengganti. Semua anak saudara saya sudah  bersedia mengundi PR. Selamat tinggal BN!!!!!!

Tuesday, April 24, 2012

KEKAL DI DATARAN MERDEKA

Himpunan Bersih 3 kekal di Dataran Merdeka jam 2 petang, Sabtu 28hb April 2012.

Datang jangan tak datang.

Dengar alunan puisi Pak Samad menggegar alam.


Monday, April 23, 2012

TAK TAHU ATAU BANGANG

Dua kali saya melihat kenyataan Khaled Nordin di tv yang meminta Unisel memberi pengajian percuma  sekarang sebagai respon kepada tawaran  Pakatan Rakyat dalam PRU 13  berkaitan dengan pendidikan percuma kepada rakyat.

Semua orang faham, tawaran PR adalah jika ia mengambil alih kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan  sahaja  yang  berkuasa   mengutip dan mengagih pendapatan negara.  PR bersedia memberi pendidikan percuma jika memerintah Malaysia.  Setakat perintah  negeri,  mana ada hasilnya.

Takkan Khalid tak tau perkara ini atau buat buat tak tahu atau sememangnya BANGANG!!!!

Yang peliknya ada rakyat tak mahu pendidikan percuma fasal selalu sangat kena bayar, maka tak percaya boleh mendapat pendidikan percuma. Ha ha. Bagi geran percuma kat laki Shahrizat sahaja yang boleh agaknya. Woooo.



Friday, April 20, 2012

ABU VS ABAI

ABU - Asal  Bukan Umno

ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim

Penyokong Pakatan Rakyat berusaha agar selepas PRU 13,  Bukan Umno/BN yang memerintah Malaysia, tak kira siapa pun PMnya.

Tetapi penyokong Umno sedang berkempen agar jangan Anwar menjadi PM Malaysia  selepas PRU ke 13. Maka tak hairanlah peribadi Anwar  yang diserang setiap hari - dari isu liwat hingga ke isu pro Israel.

Bagi Umno, kurang  perit rasanya jika PR yang ambil alih pemerintahan negara ini.  Tetapi yang amat perit sekali  ialah apabila Anwar yang menjadi PMnya.   Maklomlah Anwar berasal dari Umno itu sendiri.  Tak sanggup Umno hendak menerima hakikat bekas orang Umno kalahkan  Umno di negara ini.  Yang paling tak boleh terima Anwar menjadi PM  ialah Dr M. Tak betul-betul, Dr M boleh mati terkejut jika Anwar menjadi PM Malaysia nanti. 

Woooo.

Thursday, April 19, 2012

MEMAHAMI BAHASA ISYARAT

Orang politik kena cerdik, kena peka, dan dan kena respon  kepada persekitaran.  Jangan buat "degil' sahaja kepada perubahan persekitaran. 

Mengikut prosidur, Pas Kawasan  akan mengangkat nama bakal calon ke Pas Negeri dan Pas Pusat. Jika di peringkat kawasan pun sudah ada lebih lima nama yang dicadangkan sebagai calon  bersama dengan nama calon lama, ianya membayangkan calon lama sudah tidak menjadi pilihan utama lagi  oleh majoriti ahli parti. Kena faham bahasa isyarat ini.

Jika jentera pilihan raya pun masih tidak ghairah bergerak sehingga  kini yang telah berada   diperingkat akhir pembubaran parlimen,  lantaran protes dengan pencalonan calon lama  sebagai calon pilihan raya, maka empunya tuboh wajar menarik diri dicalonkan sebagai calon. Kena faham bahasa isyarat.

Apabila akar umbi telah menunjuk bahasa protes  terhadap calon lama, tentunya  akar umbi sedar kepentingan calon alternatif yang lain pula. Malah jika ahli  akar  umbi sampai ke tahap tidak mahu memberi kerjasama kepada jentera pilihan raya, sang bakal calon kena "menarik diri" segera sebagai calon. Janganlah sampai menunggu keputusan Pas Pusat kerana keputusan Pas Pusat hanya akan dibuat menjelang hari penamaan calon dan ini dikira sudah terlalu lewat.

Anggota parti masih "beradab", tidak menyebut kekurangan dan kelemahan seseorang.   Mereka hanya mencadangkan nama lain sebagai alternatif. Itulah bahasa isyarat orang tak  mahu kita dah sebagai calon....Jika mereka menyebut satu persatu kelemahan dan kekurangan kita, payah kita dibuatnya. Ha ha.

Posisi kita sebagai pemimpin parti di kawasan tidak sama dengan posisi kita sebagai calon  pilihan raya. Pemimpin parti dipilih  oleh anggota parti sahaja. Tetapi calon pilihan raya dipilih orang ramai (pengundi).  Apabila pengundi memilih calon,  maka mereka menggunakan pelbagai ukuran  sebagai asas pemilihan.  Latarbelakang akademik, pengalaman kerjaya, karektor personaliti, hubungan dengan masyarakat dan lain-lain akan diambil kira.  Setakat menjadi pemimpin parti belum dianggap sebagai  pilihan  utama  para pengundi. Kini, para pengundi peka dengan taraf pendidikan orang yang mereka pilih sebagai calon. Walau pun taraf pendidikan  bukan menjamin  prestasi seseorang  ADUN atau MP, tetapi itulah asas pertama yang dinilai oleh para pengundi.  Namun tetap  ada pengundi  "fanatik" yang akan mengundi calon parti mereka  sendiri  walau siapa pun calon partinya.....

Tak payahlah saya mengatakan menjadi calon pilihan raya bukanlah sebagai matlamat kita berada di dalam parti  tetapi itulah kadang-kadangnya yang berlaku - seolah-olah menjadi calon sebagai hidup atau mati  kita dalam parti, sehingga kita gagal memahami bahasa isyarat  di sekeliling kita. Rupa-rupanya  payah nak jadi Hanipa Maidin, tak hairan nak jadi calon pun. Fasal itu dia "lanyak" semua orang. Penyakit "tak mahu berundur" walaupun sudah tidak popular memang penyakit orang politik. Kekadang penyakit akan diubat dengan memotong mana-mana satu organ dari tubuh kita. Janganlah sampai ke tahap itu. Woooo.

Fahamilah bahasa isyarat!!!!!