Saturday, March 31, 2012

PRU 13 PADA JUN 2012!!!!

Sah PRU 13 pada Jun 2012.

Najib akan umum durian runtoh peneroka pada Mei. Ada 30 parlimen dalam kawasan Felda. Itulah kubunya yang diharapkan.

Maka jentera pilihan raya kena bergerak mengikut hari dah!!!!!

Pusingan terakhir bagi BN, Anwar, Ku Li, Nik Aziz, Hj Hadi, Mustafa Ali, Azizan Razak, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Rais Yatim, Halim Rahman, Shahril Samad. 


Friday, March 30, 2012

USTAZ FADZIL NOR DAN MAT ZAIN JANGGUT

Salah satu kehebatan al marhum Ustaz Fadzil Nor ialah beliau mampu mengingat nama seseorang walau pun berjumpa sekali dan menegurnya apabila berjumpa di lain kali. Jika beliau  nak ke restoran, maka beliau akan mengajak sesiapa yang dikenalinya untuk minum bersama. Tak  kiralah sama  ada Mat Zain Janggut, tok penghulu Markas Tarbiah, Taman Melewar atau Bakak Hak Si Penarik Beca. Woooo.

Sebagai pemimpin beliau sentiasa melayan dua kumpulan yang bertentangan dalam satu-satu kawasan. Ha ha. Beliau tak akan menunjuk sikap berpihak. Semuanya dilayan dengan mesra dan baik. Beliau tahu siapa kawan baik kita. Jika jumpa Mat Zain Janggut, beliau akan tanya di mana Bakak Hak. Jika jumpa Bakak Hak, dia akan bertanya di mana Mat Zain Janggut. Maka kelam  kabutlah Bakak Hak mencari Mat Zain Janggut dan meminta  Mat Zain Janggut mengadap almarhum Ustaz Fadzil. Apabila Mat Zain mengadap almarhum Ustaz Fadzil, maka berlakulah dailog yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang. Tanyalah Mat Zain Janggut di talian 013-3634041. Woooo.

Dan jangan hairan jika Ustaz Fadzil pun tahu apa gelaran sesorang yang dipanggil oleh kawan-kawannya. Jika beliau bertanya kepada kawan kawan Mohamad Sabu, maka beliau akan bertanya di mana "IMAM". Ha ha. 

Sebagai pemimpin nasional al marhum Ustaz Fadzil mampu "kenal" dan "mesra" kepada semua orang tanpa mengira status. Semasa saya bertugas di Jitra pada 1983, beliau boleh mengajak saja-saja makan tomyam di sempadan Bukit Kayu Hitam. Yang bersama dengannya hanyalah anggota biasa Pas sahaja.  Pernah saya berkereta berdua dengan Ustaz Fadzil dari KL ke Tampin, saya tidak khuatir apa mahu dibualkan. Jika saya tak ada soalan , maka beliau sendiri akan bercerita hal-hal yang serius dan lucu, termasuklah cerita pegawai TNB yang patuh dengan Ketua JKKK, tak mahu pasang tiang letrik di hadapan rumah orang Pas di Kedah.

Agak-agaknya bolehkah pemimpin kawasan bersikap macam Ustaz Fadzil?  Kalau tak boleh, walaupun sekadar minum teh bersama, jangan dok gila menjadi calon bertanding pilihan raya. Woooooooooo


Thursday, March 29, 2012

MAKAN MALAM BERSAMA MOHAMAD SABU 31 MAC DI SEREMBAN

MOHAMAD SABU DI KUALA PILAH 1 APRIL

 


                            JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam

Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah

Bersama :

- Tn Hj Md Sabu
- Datuk Chua Jui Meng
- CheguBard
- YB Taufek Abd. Ghani,
- YB Ravi
- YB Aminuddin
- Dr. Rafaie
- YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan

Monday, March 26, 2012

MAZLAN ALIMAN DI GEMENCHEH, SELASA, 3 APRIL,


Ceramah dan Dialog DUN Gemencheh 3 Apr 2012



CERAMAH DAN DIALOG ISU SAHAM FELDA

Tempat Dialog : Bilik Gerakan PAS, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan
Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 5 ptg
Bersama : Mazlan Aliman dan  Zakaria Khalim

Tempat Ceramah : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan
Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 8 mlm
Bersama : Mazlan Aliman dan Zakaria Khalim

SHAM KAMIKAZE DI GEMENCHEH 5 APRIL, KHAMIS



PROGRAM SANTAI  Bersama Sham KAMIKAZE

Tarikh : 5 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Bidin Kraf, No 105, Peringkat 4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan
Hubungi ; Nor Iskandar 019-2223231 , Isa 019-2169249

Friday, March 23, 2012

KITA MAHU SATU PENGALAMAN BARU

Rakyat Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor  sudah ada pengalaman bertukar kerajaan negeri.  Rakyat Kelantan dan Sabah yang paling kerap sekali. Tanyalah rakyat Sabah dan Kelantan, seronok tak menukar kerajaan selalu. Ha ha.

Hanya sebagai rakyat Malaysia, kita belum ada pengalaman bertukar kerajaan di peringkat pusat. Han ha.

Rugi jika rakyat Malaysia tak merasa pengalaman itu. Moga pada PRU 13, ianya akan terjadi.  Kita tak mahulah sampai  kena keluar ke jalan raya untuk menukar kerajaan pusat.  Tetapi jika proses pengundian dan cara perjalanan pilihan raya tidak bersih dan tidak meyakinkan  rakyat, maka jangan hairan jika rakayat Malaysia pun keluar ke jalan raya. 

Kita nak tengok sangat kerajaan baru buat sesuatu yang lebih baik dari kerajaan sebelumnya!!!

Jika tak ada apa-apa, kita pilih yang lain pula, tetapi sesekali bukan BN. Woooo.

Cerita baik, klik di sini.


Thursday, March 22, 2012

UMNO TAK PANDAI JADI PEMBANGKANG

Oleh kerana Umno sudah lama menjadi pemerintah, maka parti ini  tidak bijak menjadi pembangkang. Tugas pembangkang diserahkan kepada TV1. TV3 dan Utusan Melayu.  Setiap hari ada sahaja isu yang akan dimainkan oleh media tersebut. Naik muntah kita mendengarnya. Ha ha. Namun  sekarang,  urusan mendedahkan kelemahan Pas telah diambil  alih Hasan Ali Al Akidah.

Saya tak fikir kerajaan negeri Pakatan Rakyat samada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang adalah suci atau  maksum dari kesalahan. Kronisme, salah etika, percanggahan kepentingan  adalah mudah dikesan, jika pun rasuah sukar dibuktikan. Tetapi pemimpin politik Umno gagal mengesannya. Takkan nak minta orang PR nak dedahkan. Kena pecat nanti. Atau jika dalam Pas, dikatakan tak walak pula nanti. Woooo.

Ada beberapa sebab mengapa pemimpin politik Umno gagal mendedahkan   penyelewengan PR. Pertama, sememangnya Kerajaan PR adalah bersih. Kedua, mungkin pemimpin Umno beranggapan penyelewengan  yang dibuat oleh PR  itu  terlalu kecil. Ketiga, mungkin Umno tidak berhajat mewujudkan sebuah urus tadbir yang baik. Malah pemimpin  Umno bersedia  melakukan rasuah yang lebih besar lagi  jika berpeluang memerintah semula. Wooo.

Katanya kelab hiburan di Kedah  lebih lama beroperasi dan penjualan arak lebih bebas  di era PR  berbanding dengan era BN.  Ketika era BN, depa takut jika Pas mengkritiknya. Tetapi di era PR, BN senyap sahaja. Mungkin BN pun nak buat macam tu dulu tetapi takut dengan Pas agaknya. Rupa-rupanya Pas lagi liberal dalam isu hiburan dan arak. Ha ha.

Wednesday, March 21, 2012

AMERIKA DI MALAYSIA PUN YAHUDI JUGA

Amerika, Yahudi dan Zionis sukar dipisahkan.  Jika sebuah negara berhubung dengan Amerika, secara langsung  atau tidak langsung tetap  boleh dikaitkan dengan kepentingan Yahudi atau Zionis. Semua syarikat yang  berniaga di negara ini juga, sedikit sebanyak memberi dan menyumbangkan kepada kepentingan Yahudi dan Zionis. 

Jika Utusan dan Umno nak tunjuk handal sangat nak lawan Yahudi dan Zionis, elok rasanya dihalau semua syarikat yang berasal dari Amerika yang berniaga di sini. Antaranya  Citi Bank, Mc Donald, dan AIA Insurance. Baru jantan. 

Mengapa mufti Perak tak keluarkan fatwa tentang syarikat Amerika yang melambak berniaga di Malaysia. Semuanya Yahudi belaka.

PENGUMUNAN:


Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah dan dailog pada Ahad, 25 hb Mac 2012 di Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, NS, jam 9 malam.

Semua dijemput hadir.



PRODUK BAIK. UNTUNG MUDAH. KLIK DI SINI

Friday, March 16, 2012

SELEPAS DI KEMUNCAK, KE BAWAHLAH AKHIRNYA

Bagi orang politik, selepas berada di kemuncak, tangga selepasnya ialah turun ke bawah. Bezanya ialah cara turun. Ada yang turun sendiri. Ada yang kena diturunkan. 

Maka fikir-fikrkanlah  BILA NAK TURUN DAN BAGAIMANA NAK TURUN. Tak syok jika direntap turun!!!!. 

Woooo.

Monday, March 12, 2012

SHAHRIZAT: letak jawatan atau tamat tempoh senator

Shahrizat akan letak jawatan  Menteri  pada April depan. Ha ha.

Beliau letak jawatan kerana kes NFC atau sudah tamat tempoh senatornya?

Kalau kerana kes NFC, sebaiknya letak jawatan serta merta. 

Isunya  bukan "masa"  meletak jawatan    tetapi prinsip mengapa meletakkan jawatan.

Friday, March 9, 2012

TAK SANGGUP AMBIL WANG BR1M....

Semua rakyat Malaysia layak memohon skim BR1M.  Anggota biasa Pas, PKR atau DAP  pun layak memohon skim BR1M  sebanyak RM 500  itu.  

Tetapi jika pimpinan utama Pas/PKR/DAP di peringkat kawasan  juga memohon, maka ianya  akan diheboh-hebohkan dan dipolitikkan.

Yang menyampai bantuan BR1M ialah Ketua Umno atau Adun Umno atau MP Umno.  Depa dah siapkan TV atau radio untuk menemuramah sang penerima bantuan. Temu ramah itu akan diputar belitkan sebagai menyokong BN.  Kes benar yang berlaku ialah di Kapar, apabila bekas YDP  Pas Kawasan Kapar, Cikgu Kusrin  telah ditemu ramah oleh TV1. Apa lagi sebahagian ayatnya yang memuji  skim BR1M telah dipaparkan oleh TV1. Wooo.

Ada seorang bekas YDP  Pas Kawasan di Negeri Selangor  dapat bantuan BR1M. Tapi  bekas YDP   itu  belum  mengambilnya kerana yang bakal menyampaikan  bantuan BR1M itu  ialah    YB UMNO  yang pernah dilawan oleh beliau satu ketika dahulu dalam pilihan raya. 

Ada sesiapa pimpinan Pas yang tak sanggup mengadap pemimpin Umno untuk ambil wang skim BR1M????



Wednesday, March 7, 2012

MAHATHIR SAYANG ISRAEL

Musoh utama Mahathir ialah Anwar Ibrahim. Dengan Israel pun Mahathir berkawan dan bersimpati. Bukti jelas ialah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke Malaysia. Apabila Mahfuz dan Salahudin membantahnya, depa berdua dihukum penjara 1 bulan. 

Mahathir pun tunduk kepada  Amerika.  Bukankah Malaysia bersetuju Amerika  memerangi Iraq pada 2003. 

Bab hubungan dengan barat,   hanya Iran dan Cuba sahaja tidak tunduk kepada Amerika.  Peringkat awal Revolusi Iran, Mahathir memperlekeh jubah dan serban ulamak  Iran. Apabila  Mahathir melawat kilang besi Iran yang lebih besar dari Perwajaa, baru dia tahu Iran lebih hebat dari Malaysia.

Bab hubungan dengan Amerika, Mahathir dan Anwar tidak seberani Iran melawannya. Ha ha.

Kalau pemimpin Pas jadi PM Malaysia pun, belum ada jaminan  tidak  tunduk kepada Amerika. Woooo.

Tuesday, March 6, 2012

AZIZAN RAZAK: TIADA LAGI AYAT "LOCUS STANDI"

Sebenarnya saya menanti Azizan Razak   mengatakan Pas Pusat tiada  "locus standi"  untuk campur tangan dalam perlantikan anggota exco Kedah.  Ha ha.

Ayat "tiada locus standi" itulah yang dikeluarkan oleh Azizan Razak kepada mahasiswa  yang  meminta  Hj Hadi Awang campur tangan dalam isu Akta Universiti  di KUIN dahulu.   

Kini Azizan Razak "sedar"  bahwa dalam politik, anggota parti kena mengikut hasrat dan dasar parti.  Kuasa pentadbiran dalam kerajaan negeri perlu selaras dengan semangat parti. Jika nak eksyen sangat dengan ayat "locus  standi",    parti  pun   boleh mengambil tindakan  politik  menggugurkan  beliau sebagai MB. Soalnya cepat atau lambat sahaja.  Wooo.

Adapun tentang JK Pemandu, rasanya idea ini telah lama dilahirkan sejak Pas memerintah Kelantan pada 1990 supaya apa pun yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah selaras dengan semangat parti.  Tahniah kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana dengan tindakan depa berdua, barulah Pas Pusat sedar perlunya JK Pemandu. Lambat pun lambatlah asalkan buat. Jangan sampai  rakyat  meluat sudahlah.  Wooooo

Friday, March 2, 2012

SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Doa saya:

SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

HANCURKAN PIHAK YANG  BERRJUANG BUKAN KERANA ALLAH

HANCURKAN  ORANG YANG KERAS DENGAN JAMAAH DAN BERLEMAH LEMBUT DENGAN MUSOH JAMAAH.


AMIN

SEKALI LAGI: CUKUP 2 PENGGAL KEPADA PM DAN MB

Memang sukar kita nak menghalang kegiatan rasuah di dalam negara.  Namun pihak berkuasa hendaklah menunjuk sikap tegas kepada rasuah. Jika ada aduan, segeralah  siaasat. Janganlah rasuah  yang kecil sahaja disiasat tetapi yang besar tidak disiasat.

BN memang tak serius menentang rasuah. Banyak kes besar terlepas begitu sahaja. 

Jika PR memerintah nanti  masih buat macam BN juga, maka kita juga kena  menghumban PR.  Jangan fanatik dengan PR. 

Sebagai langkah mula, PR kena semak MBnya atau Exconya yang rasuah dan salah etika dalam pengurusan negeri. Jika pimpinan PR tak responsif dengan  pentadbiran kerajaan negeri, maka rakyat akan bertindak apabila membuang undi.  Bau busuk mana boleh tutup.

Saya cadangkan TG Nik Aziz berundur dalam PRU 13 sebagai menyahut semangat manifesto PR, PM dan MB setakat dua penggal sahaja. Kita kena tunjuk contoh dulu, baru rakyat percaya kepada kita. Saya tak fikir pimpinan Pas Pusat atau anggota Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan berani meminta TG Nik Aziz berundur pada PRU 13 nanti.....

Alangkah harum nama   TG NIk Aziz jika berhenti di zaman kemuncaknya. Soal pengganti, biar Pas Pusat yang tentukan. 


Thursday, March 1, 2012

FIQH AL-AWLAWIYAT

Awlawiyat, prioriti atau keutamaan - sama maknanya. Hanya lain bahasa.

Yang selalu mengajar dan menyebutnya ialah para pemimpin atau uztaz atau tuk guru. Kita yang dibawah ini, beria-ia mematuhinya. Tetapi yang tukang ajar - tak konsisten  menurutnya. Ha ha.

Bagai nak rak program Himpunan Lynas dirancang. Kononnya 10,000 anggota Pas Pahang  dikerah hadir. Top-top   PJnya tak ada. Mungkin PJ Pahang ada awaliyat yang lain agaknya. Wooooo

(Terima kasih kepada anon yang memberitahu istilah  yang tepat)