Menjelang PRU 13, ramai sudah yang pasang angan-angan menjadi YB. Baguslah tu. Kalau tidak, sukar pula parti hendak mencari calun. Ha ha. Katanya boleh buka tender untuk memilih calun kali ini. Semua merasa merekalah paling layak. Wooo.
Selain syarat-syarat biasa ditetapkan parti, seorang calun mestilah mesra masyarakat. Orang Melayu suka YBnya datang kenduri kahwin, kenduri bersunat, potong jambul dan mengurus jenazah. Depa tak peduli YBnya menjadi YB bisu di Parlimen atau DUN. Wooo. Walaupun peranan utama YB ialah menjaga integriti pengurusan negara atau negeri sepertimana yang dibuat Yb Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim tetapi orang Melayu tidak kesah hal itu. Bagi mereka, mereka mahu melihat YBnya kena selalu berada di dalam kawasan, walaupun sekadar minum kopi. Wooo.
Maka, jika bakal calun tak mesra rakyat, dah lebih teruk lagi jika tak mesra pun dengan ahli partinya sendiri, eloklah tarik diri dari menjadi calun. Jangan pula tiba-tiba dok tersenyum sahaja apabila bermulanya hari penamaan calun pilihan raya. Kok orang ramai terasa pelik tiba-tiba sang calun ini gila senyum. Ha ha. Orang ramai tahu karektor kita sebenarnya - jarang benar hendak bergaul dengan rakyat bawahan. Tetapi jika anda orang ternama dalam arus politik negara, bertanding di mana-mana pun akan dialu-alukan!!!!
Lantaran itulah jangan terasa pelik apabila sang YB kini akan membesar-besarkan berita-berita mereka turun ke bawah bersama rakyat. Untunglah mereka baik dengan TV dan akhbar.