Monday, August 29, 2011

SELAMAT AIDIL FITRI

Esok Raya. 

Macam biasalah, bila raya kena minta maaf zahir batin dan halalkan makan minum. 

Ada raya lain yang kita akan tempuhi lagi - pilihan raya. Ha ha. Lagi berdebar kerana tiada anak bulan yang boleh dilihat  dulu.

Sunday, August 28, 2011

TERINGAT CERPEN USMAN AWANG

Saya terbaca koleksi cerpen Usman Awang. Entah di mana saya menyimpan buku tersebut. Ha ha.

Usman Awang atau Tongkat Warant pernah menjadi Polis Hutan di zaman British  Dalam salah satu cerpennya beliau menulis dengan  merakamkan  keresahannya sebagai Polis Hutan. Beliau tak tahu samada beliau benar atau Komunis yang benar. Antara lain tugas Polis Hutan ialah mengawal rumah sang pengurus estet  berbangsa British yang mengaut harta dari bumi Malaysia. Apakah komunis yang berusaha menghalau British dari negara ini benar atau Polis Hutan yang makan gaji dengan pemerIntah British yang benar - begitulah konfliknya jiwa Usman Awang.

Fasal itulah Usman Awang berhenti bekerja sebagai Polis Hutan di bawah regim British!!!!!

Orang Melayu berasa bekerja dengan British dahulu semacam kerja dengan kerajaan Melayu  juga. Ha ha.  Sampai la ni dok perasan macam itu juga.


RAYA MERDEKA !!!!!

Raya Deepavali

Kongsi Raya

Tahun ini - Raya Merdeka !!!!!

Wooooo.







Saturday, August 27, 2011

BERAPA RAMAI TINGGALKAN SOLAT

Kita tak mahu orang Islam menjadi murtad.

Kita juga tak mahu orang Islam meruntuhkan  tiang agamanya  dengan meninggalkan solat.

Mana  yang ramai antara orang yang  murtad dengan orang  sengaja meninggalkan solat  di dalam masyarakat kita

Tak hendak mengata atau buruk sangka, tetapi lihatlah:
  1. Berniaga/Bekerja sehingga tinggalkan solat
  2. Berseminar sehingga tinggalkan solat
  3. Naik kenderaan awam sehingga tinggalkan solat.
Budaya solat belum makmur lagi di bumi Malaysia!!!!!


Thursday, August 25, 2011

NAJIB HEBAT JIKA ....

Jika betul Najib akan hadir ke mahkamah pada kes bicara Anwar, maka saya akan tabik sama beliau. Ha ha. Baru anak jantan. Lebih jantan dari Mahathir. Mahathir cari helah tak mahu hadir.

Jika Anwar yang dituduh sanggup menghadapinya sekian tahun, takkan Najib hanya sebagai saksi, tak sanggup hadir. Depa berdua adalah bekas team yang sama dalam era Pemuda Umno dahulu.

Kita nak dengar cerita sebenar Najib dengan Saiful. Berani kerana benar!!!!!  Barulah anggota Umno bawahan boleh berbangga jika Najib sanggup ke mahkamah. Jangan jadi macam Mahathir, hanya berkokok di luar mahkamah. Itu pun orang Umno berbanga sangat dengan Mahathir. Porahhhh!!!!!!

Wednesday, August 24, 2011

ALAHAI UTUSAN

Naib baik ada media alternatif. Jika tidak lapuran perbicaraan kes Anwar diterima secara berat sebelah. Utusan dan TV 3 memberi pendekatan negatif  tentang apa yang sedang berlaku dalam mahkamah  kini.

Macam Pak Samad Said. saya sudah tak membaca Utusan sejak lebih 10 tahun lalu. Berita TV 3 pun sesekali sahaja saya tengok. Itu pun sebenarnya nak tengok lapuran sukan sahaja. Ha ha.

Utusan pun dok rugi lagi. Orang Umno pun tak beli Utusan juga ke? Wooo. Langsung tak ada semangat Melayukah orang Umno ini?  Kok nanti akhbar rumi Utusan pun bakal tutup macam akhbar jawinya pula. Takkan orang Umno nak minta akhbar  free sahaja. Woooo

Sunday, August 21, 2011

MATEMATIK UMNO YANG SONGSANG

Lazimnya kerusi yang ditandingi oleh Umno akan dilawan oleh PAS atau PKR yang calunnya orang Melayu.

Maka berkempenlah Umno: Jika Umno kalah, DAP yang akan memerintah. Ha ha. Sepatutnya apabila Umno kalah, Pas yang menang dan memerintah tetapi bagi Umno, DAP yang menang dan memerintah. Agaknya di Kelantan kini DAP yang memerintah.

Pada 1999, Umno kalah di Terengganu, adakah DAP yang memerintah.Wooo.  Yang kelakarnya matematik songsang ini dipercayai rakyat yang  tak mampu berfikir secara matang. Maka, walaupun rakyat tahu Umno korup dan lemah, mereka tetap undi Umno. Kerana apa? Kerana takut DAP yang menang. Ha ha.

DAP hanya menang atas kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC di Semenanjung ini. DAP tak lawan Umno pun. Tetapi Umno terasa dia  kalah dengan DAP jika kalah dengan PAS. Dan orang Melayu yang kurang guna otak pun percaya.  Dan  yang  paling bebal sekali ialah tukang   kempennya. Tukang kempen perkara ini ialah pegawai kerajaan Melayu di BTN. Apa punya bangang pegawai BTN ini? Yang tukang dengar pun percaya  je.... Woooooo

Saturday, August 20, 2011

GERAKAN ITU MELAYU

Menurut kamus politik Umno:

DAP itu China

GERAKAN itu Melayu.

Maka jika Ketua Menteri Pulau Pinang  itu dari GERAKAN, kira Melayulah yang memerintah.

Sekarang Ketua Menteri dari DAP, maka Chinalah yang memerintah.

Fasal itulah setiap ketika Umno Pulau Pinang "panas" sahaja. Woooooooooo


Friday, August 19, 2011

UNDI P0S: KENYATAAN PEMUDA WILAYAH

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
JELASLAH BERLAKU PENYELEWENGAN SELAMA INI DALAM UNDI POS
19 Ogos 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN.

Dalam kenyataan balas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam yang menyalahkan Pemuda PAS kerana mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera. DPPWP menegaskan, tidak timbul soal Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap mana-mana anggota tentera. Sebaliknya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin perlu melihat kebenaran disebalik pendedahan mereka ini.

Sepatutnya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersyukur kerana masih ada bekas-bekas anggota tentera yang berani menyatakan kebenaran walaupun risikonya tinggi. Tidak ramai yang mampu tampil ke depan membuat pengakuan kerana takut dengan risiko yang bakal menimpa.

Sebaiknya Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyiasat dakwaan ini secara serius. Isu penyelewengan dalam undi pos adalah isu besar dan melibatkan integriti Angkatan Tentera Malaysia. Jika benar dakwaan bekas-bekas anggota tentera ini, maka ATM perlu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kejadian ini berulang. ATM perlu menjadi agensi yang diyakini oleh semua pihak, dan ia perlu mengelak diri dari cenderung kepada mana-mana parti politik.

DPPWP percaya bahawa Pemuda PAS tidak menuduh anggota tentera sebagai pengkhianat kepada negara. Bagi DPPWP, anggota tentera ini adalah golongan yang setia kepada negara. Malangnya kesetiaan mereka disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dengan pengakuan bekas-bekas anggota tentera ini, membuktikan bahawa undi pos tidak lagi boleh dipercayai kerana ia adalah talian hayat UMNO-BN selama ini. Justeru tidak hairanlah banyak kawasan sama ada Parlimen dan DUN yang mempunyai undi pos, undi yang diperolehi oleh calon BN amat tinggi mendadak.
Dalam keadaan sekarang, negara tidak berada dalam keadaan terdesak untuk diadakan sistem undi pos. Setiap rakyat sepatutnya diberikan kebebasan bagi memilih pemimpin  atau parti politik mereka tanpa ada sekatan, kekangan atau melalui sistem berasingan. Oleh itu, DPPWP mencabar kerajaan sekiranya benar kerajaan BN mahu memenangi pilihanraya dengan sokongan popular rakyat Malaysia, hapuskan segera undi pos dan benarkan anggota tentera dan pihak yang berkaitan mengundi seperti biasa.

Sampai bilakah UMNO-BN mahu berpaut kepada undi pos dan dikenali oleh rakyat sebagai wakil pos? Buktikan kehebatan UMNO-BN dipentas politik dan bertarunglah secara anak jantan di padang yang sama rata. Ketika itu barulah kenal langit itu tinggi atau rendah.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, August 18, 2011

UNDI POS: WIRA BARU MUNCUL

Di mana-mana orang bercerita hal SPR. Jika ada maruah, orang atasan SPR kena letak jawatan. Samada betul atau tidak tuduhan ke atas SPR, pokoknya imej SPR sudah tercalar. Jika di barat, mereka sudah letak jawatan. Baru mudah buat perubaan selepas itu.  Jika dok tertenggek kat situ, tetulah depa nak pertahan apa yang sedang mereka lakukan.

Setiap hari ada sahaja pembongkaran kelemahan  SPR. Askar pencen pun dah mengaku mengundi pos secara auta. Kita dah lama tahu hal itu tetapi mana ada  pegawai tentera yang sedang berkhidmat sanggup mengaku buat kerja kotor itu. Bila dah pencen, ramai wira baru muncul. Woooo

Tuesday, August 16, 2011

ADUHAI SPR

Apa SPR nak kata apabila Najib sendiri pun sudah mula terima untuk membaiki sistem pilihan raya, walau apa pun niatnya.  "Terkejut"  orang SPR apabila Najib membuat pengumuman tersebut. 

Apabila "dunia" sudah tau hal pilihan raya Malaysia yang "kelakar", maka tidak dapat tidak SPR kena berubahlah. Malulah jika di takok tu juga. Wooo.

Kesian juga kepada orang SPR yang hendak membodek BN sehingga sanggup karam bersama BN.  Imej "berkecuali" perkhidmatan awam semacam tiada di negaraku ini. Aduhai Malaysia.

Wednesday, August 10, 2011

PAS PUSAT TAK FAHAM?

Pemuda Pas Pusat menyokong tindakan JAIS selepas mendengar taklimat Hasan Ali.

Pas Pusat nak jumpa JAIS dan pihak gereja selepas mendengar taklimat Hasan Ali.

Agaknya Pas Pusat tak "faham" taklimat Hasan Ali sepertimana Pemuda Pusat sehingga perlu berjumpa sendiri dengan JAIS dan pihak gereja. 

Moga-moga Pemuda Pusat tidak "dikelentong" oleh Hasan Ali sudahlah. Woooo



Sunday, August 7, 2011

WARGA ASING PENENTUNYA PRU 13

Pas menang di Terengganu pada PRU 1999 dan kalah pada PRU 2004. Undi Pas tak berubah pada 2004, sama dengan 1999. Yang bertambah ialah undi BN pada 2004. Pertambahan  undi  BN pada  2004 adalah kerana peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Ada yang ke tahap 95%. Kebolehan BN mengenalpasti pengundi yang tak keluar pada 1999 dan menarik mereka  keluar mengundi pada 2004 adalah satu kehebatan dan mungkin luar biasa. Ada pelbagai teori dan sehingga ada yang mengatakan BN "mencipta pengundi hantu" berdasarkan nama yang wujud dalam senarai pengundi yang dikatakan sudah gagal dikesan dan tidak mengundi beberapa kali dalam pilihan raya. Ini memerlukan kerjasama SPR untuk mengetahui siapakah yang tidak keluar mengundi sejak beberapa kali pada  pilihan raya yang lalu.

Kini, selepas  tak yakin rakyat akan mengundi BN, BN dengan bantuan JPN dan SPR akan menjadikan  warga asing sebagai pengundi baru  untuk BN. Perkara ini telah pun dilakukan di Sabah dan Kelantan pada beberapa pilihan raya yang lalu. Orang Siam menjadi pengundi di Kelantan dan orang   Filipinan dan Pakistan menjadi pengundi baru di Sabah. Kini Pulau Pinang dan Selangor akan menerima kehadiran pengundi baru dari warga asing. Jika BN selalu berkokok bahwan Anwar menjadi agen asing, tetapi kini Malaysia ditentukan nasibnya oleh warga asing!!!!


Friday, August 5, 2011

SIAPA MAHU JADI CALUN

Zaman nak pilihan raya ini, ramailah ahli politik mengintai kerusi mana yang kosong untuk bertanding. Apa ke jadahnya kalau jadi  ahli politik tetapi tak bertanding dalam pilihan raya? Ha ha. 

Kalau tempat sendiri tak ada kawasan kosong, bolehlah mengecek kat kawasan lain pula. Pokoknya dapat bertanding.

Dan bila nak bertanding tu, janganlah bawa duit belanja pilihanraya setakat RM 24.00 sahaja. Woooo

Zaman ini ramai yang terasa "layak" bertanding. Bukan mudah nak dapat semangat macam ini.  Kalau ramai sangat nak jadi calun, kita buka untuk tender. Wauuu.

Wednesday, August 3, 2011

CARI MAKAN DAA

Kekadang pegawai kerajaan melaksanakan tugas atas perintah orang atasannya (biasanya orang politik), walaupun bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kerja. Alasannya mudah - nak cari makan.

Malang sekali  jika pegawai kerajaan yang telah dilatih untuk berintegriti tetapi gagal mempertahankan prinsip dalam menjalankan tugasnya. Pegawai kerajaan pun kena "berjihad" juga dalam menegakkan kebenaran dalam menjalankan tugasnya.

Jika selalu guna ayat "cari makan" dan sanggup menggadai prinsip serta mengkhianat amanah, maka tunggulah balasan di akhirat nanti. Semua insan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Jangan taubat sebagai alasan untuk melakukan dosa dengan mudah.


Tuesday, August 2, 2011

KORBAN OH KORBAN

Baik sangat jika sesiapa nak berkorban di luar negara. Hanya jangan niat "bisnes" sudahlah. Nama ibadah pun "korban", janganlah ada yang terkorban. Ha ha.

Apabila saya berjumpa dan mendengar laporan dari pihak yang menganjurkan korban di  Kemboja, rasanya maksud korban itu tidak mancapai sasaran dan matlamatnya. Jika semua binatang yang dikorbankan hanya dibahagikan kepada kumpulan sasar yang sama sahaja sehingga tak "termakan" daging korban itu, maka sudah semacam membazir pula.  Tambahan pula yang tukang agih daging korban adalah penjual binatang korban itu  sendiri dan diagihkan di kalangan geng depa sahaja.

Mungkin pada niat asal korban ok. tetapi apabila semua orang menganjurkan program yang sama di tempat yang sama sahaja, maka maksud korban perlu dikaji semula.