Tuesday, May 31, 2011

KOMBUNASI ULAMA DAN BUKAN ULAMA

Takut benar "penyokong ulama" jika Timbalan Presiden Pas bukannya dari kalangan ulama. Kononya nanti tak ada orang mampu berhujah dengan al quran dan hadis . Realitinya kini Pas berjaya menarik orang awam bukan menggunakan hujah alquran  sahaja. Jika ya, sudah barang tentulah penceramah yang bijak dan pakar al quran dan hadis  seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Taib Azmudin, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasarudin Tantawi dan Ustaz Nasarudin Isa akan dihadiri ramai  orang. Hujah al quran dan hadis hanya digunakan untuk program "dalaman" Pas sahaja.

Secara ikhlas marilah kita mengaku bahwa golongan bukan ulama dalam Pas lebih berjaya menarik  orang ramai dalam berhujah membongkar kezaliman BN/UMNO. Malah isu Allah yang dieksploitasi oleh Umnio itu pun berjaya di jawab  dan dipatahkan oleh Hj Khalid Samad dan Dr Dzulkefli Ahmad.  Setakat ini hanya TG Nik Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang  dari gologan ulama yang berjaya memikat orang ramai.

Kita merasakkan jika Timbalan Presiden Pas bukan dari kumpulan bukan ulama pun, jika Presidennya meninggal dunia pun, ianya tetap diganti oleh tokoh dari kumpulan ulama  juga. Timbalan Presiden bukan ulama hanya memangku buat sementara sahaja.

Oleh kerana 'syok" dengan tokoh dari ulama, maka posisi Timbalan Presiden Pas sejak Hj Hadi menjadi Presiden, sentiasa sahaja ditandingi. Ini bermakna anggota Pas tidak puas hati dengan prestasi pemegang jawatan Timbalan Presiden dari kumpulan ulama. Ya, jika ada tokoh baik dari kumpulan bukan ulama, mengapa kita tidak mahu menerimanya. Isunya bukan soal ulama  atau tidak tetapi adalah kemampuan menggerakkan parti. Tambahan pula pihak luar parti yang menyokong Pas pun mahukan Tuan Hj Mohamad Sabu  sebagai Timbalan Presiden Pas. Mohamad Sabu for all. 

Alangkah baiknya  jika Pas berjaya menonjolkan pada awam  bahwa hirarki kepimpinan Pas menunjukkan kombinasi ulama dan bukan ulama dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.


Sunday, May 29, 2011

PILIHAN KITA UNTUK MENUMBANG BN

Bukan soal ulama atau profesional untuk memilih pimpinan Pas. Yang telah berada dalam barsian pimpinan Pas, pada amnya telah komited dengan matlamat perjuangan Pas. Soal menjaga dasar dan halatuju parti  adalah dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulamak. Itulah konsep sebenar Kepimpinan Ulamak ketika diperkenalkan pada peringkat awal dulu.

Kini kita mencari saf kepimpinan yang mampu menggerakkan jentera kerja merempuh Umno/BN. Najib akan menggunakan apa sahaja strategi kotor  dan ganas  dengan sebarang kos untuk menghadapi PR. Maka tak dapat tidak Pas kena membariskan tokoh politik yang semasa dan penuh pengalaman dalam menghadapi cabaran ini.

Maka kita berpendapat barisan yang kita perlu tonjolkan untuk menghadapi cabaran ini ialah:

Presiden:  TG Hj Abd Hadi Awang
Timbalan Presiden: Tuan Hj  Mohamad Sabu
Naib Presiden :  Mahfuz Omar
                           Husham Musa
                           Salehudin Ayub


Mereka telah berjuang sejak awal  lagi  ketika Pas berjuang seorang diri  hinggalah ke era  bersama APU, BA dan PR.  Hubugan mereka ini dengan anggota bawahan tak ada masalah untuk menggerakkan jentera ke jalanan menuntut perubahan demokrasi. Begitu juga hubungan mereka  dengan rakan sePakatan Rakyat. Imej merakyat juga  kelihatan kepada mereka.

Isunya ialah kemampuan, kekuatan dan track record  mereka  telah membuktikannya untuk  menggerakkan dan memimpin parti menumbangkan BN. Mereka bukan tokoh yang baru muncul dan masih remaja pengalaman politik. Kita bukan memilih imam muda, bak kata Dr Dzulkefli. Kita mahu pencetus dan penggerak perubahan politik negara. Kalau pemimpin kita berani, kita pun berani. Kalau pemimpin kita rajin, kita pun rajin. Kalau pemimpin kita sanggup menanggung risiko, kita pun sanggup bersama.

Kekadang kita gagal melihat pengorbanan orang yang telah lama dalam parti dek kagum  dengan imej orang baru yang belum pun teruji. Maka alangkah kecewanya  kita  dengan prestasi Timbalan Presiden sekarang, lantaran dahulu kita terpegun  dengan "ulamaknya". Bukan kita sahaja yang sedar akan kelembaban Ustaz Nasarudin tetapi Dolah  Kok Lanas pun tahu. Hanya Utusan yang syok dengan Ustaz Nasarudin kerana kononya mudah untuk "berunding"

Alahai, moga perwakilan bijak memilih supaya jangan terkena dan terkecewa dengan prestasi Ustaz Nasarudin, hanya dek kerana alasan "ulamak" sahaja tanpa menimbang faktor lain yang lebih penting.

Utusan, Berita Harian dan Perkasa secara jelas takut jika Hj Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas. Mana yang musoh hentam dan tak suka itulah sepatutnya pilihan kita. Bukankah Hj Hadi menjadi sasaran Utusan ketika sebagai Timbalan Presiden  dahulu. Mereka tahu Mohamad Sabu boleh berbuat sesuatu jika sebagai Timbalan  Presiden  Pas.

Kalau orang macam Dr Dzulkefli Ahmad, seorang penganalisis yang kritikal pun melihat Hj Mohamad Sabu sebagai calun  pilihan Timbalan Presiden  Pas untuk sessi 2011-2013, maka ianya memberi makna dan isyarat yang cukup besar kepada kita semua.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Thursday, May 26, 2011

SIAPA PILIHAN NAIB PRESIDEN

Pilihan Naib Presiden sengit nampaknya. Nama yang bakal bertanding ialah Mahfuz Omar, Salehudin Ayub, Husham Musa, Nik Amar Abdullah, Idris  Ahmad dan Nizar Jamaludin.

Yang paling kreatif dan aktif dalam gerakan politik tentulah Mahfuz Omar.

Yang  cerdik mengurus negeri  adalah Husham Musa

Yang rajin buat kenyataan media hari-hari ialah Idris Ahmad

Yang rajin buat PR dengan kekawan  dan musoh politik ialah Salehudin Ayub

Yang diminati rakyat dan best "omputehnya" ialah Nizar

Yang dilihat tawadhuk ialah Nik Ammar.

Mana satu pilihan hati anda. Sila buat undian disebelah. Undi 3 orang sahaja. Woooo

CALUN TIMBALAN PRESIDEN YANG SARAT DENGAN PENGALAMAN POLITIK

Penglibatan awal Hj. Mohamad dalam gerakan Islam ialah dengan menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1975 selepas dipecat dari Institut Teknologi Mara (ITM) kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Hj. Mohamad menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 1982, ketika baru berumur 28 tahun, beliau meletakkan jawatannya di dalam sebuah syarikat swasta untuk bertanding dalam pilihanraya. Beliau menjadi calon PAS di Kepala Batas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga di DUN Penanti. Pada tahun yang sama juga beliau meninggalkan ABIM sebagai memprotes penyertaan presidennya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke dalam Umno.

Pada tahun 1983, Hj. Mohamad dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat hinggalah tahun 1985. Dalam pilihanraya 1986 pula, Hj. Mohamad bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pertandingan “dua seteru politik yang sukar didamaikan” pada ketika itu.

Pada tahun 1989, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat hinggalah beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu pada tahun 1997. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tahun 1991. Semasa menjadi Naib Ketua Dewan PAS Pusat, beliau dihantar untuk bertanding di Nilam Puri dalam Pilihanraya Umum 1990 yang penuh bersejarah di mana PAS berjaya menerajui semula kerajaan negeri itu. Dalam pilihanraya itu, beliau mengalahkan Datuk Annuar Musa dengan majoriti hampir 8,000 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti lebih 10,000 undi, antara majoriti terbesar di Kelantan pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1999 pula, ketika masih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, beliau menerima tawaran PAS Kedah khususnya Presidan PAS, Ustaz Fadzil Noor sendiri, untuk bertanding di Kuala Kedah. Beliau memenangi kerusi Kuala Kedah dengan majoriti 991 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah untuk terus menyumbang baktinya kepada masyarakat di sana pula.

Manakala dalam Pilihanraya Umum ke 11 , pada tahun 2004 setelah beliau menjadi Ahli Parlimen sebanyak 3 penggal, beliau kalah bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kedah dengan kekalahan majoriti sebanyak 10,214 undi.

Tahun 2008 pula, di mana gelombang rakyat yang memenangkan Pakatan Rakyat (dalam gabungan PAS, PKR dan DAP) untuk memerintah di lima buah negeri, iaitu melalui Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 , Hj Mohamad telah mengalami kekalahan sekali lagi ketika bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan kekalahan yang tipis sebanyak 628 undi sahaja.

Perjuangan Hj. Mohamad di dalam PAS menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1984 semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Selepas ditahan selama 60 hari di Kuala Lumpur, beliau dibuang daerah ke Kuala Pilah pada September 1984 hinggalah September 1986 dengan pergerakan terhad selama dua tahun. Sebelum ditahan di bawah ISA, beliau pernah dikurung di dalam lokap selama dua minggu pada tahun 1975 kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan pelajar ITM menentang Akta Universiti.

Dalam tahun 1987 pula, iaitu dalam Operasi Lalang, Hj. Mohamad sekali lagi ditahan di bawah ISA (penahanan kali kedua). Beliau di kurung di Kamunting sehingga Januari 1990. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA. Walaupun dibebaskan dari Kamunting, beliau terus dikenakan perintah tahanan daerah di Shah Alam hinggalah April 1990. Beliau selalu mengulas penahanannya di bawah Operasi Lalang itu. “Umno berkelahi dengan MCA, aku yang ditangkap,” kata beliau.

Setelah dilantik sebagai Ketua Lujnah Buruh dan Setinggan PAS, Hj. Mohamad mempertingkatkan lagi usahanya untuk membela nasib kaum buruh dan setinggan yang memang menjadi minat beliau. Antara lain, beliau pernah berusaha untuk mendapatkan pam air dan janakuasa elektrik untuk penduduk setinggan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur setelah dikenakan tindakan zalim melalui pemotongan bekalan air dan elektrik untuk menghalau mereka. Dalam membela nasib setinggan, beliau sanggup bergaduh dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengambil sikap berlepas tangan dan memimpin rombongan setinggan untuk berhadapan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga berusaha membela nasib Orang Asli di Tapah Perak sehingga akhirnya bantuan untuk mereka termasuk pakaian sekolah anak-anak mereka diberikan semula. Pada beliau, kejayaan yang paling manis ialah penglibatannya sebagai salah seorang peneraju utama perhimpunan rakyat untuk menentang pembinaan Jerai International Park yang melibatkan kawasan kira-kira 4,000 hektar termasuk sawah para petani. Perhimpunan itu disertai kira-kira 100,000 rakyat dan akhirnya projek tersebut dibatalkan.

Manakala jawatan tertinggi di dalam di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) , beliau telah menjadi Naib Presiden selama 2 penggal berturut-turut, iaitu Sessi 2005-2007 dan Sessi 2007-2009.

Sekarang ini juga, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi (Penggerak Demokrasi) , beliau juga adalah antara salah seorang peneraju utama yang memainkan peranan dalam menggerakkan rakyat dalam himpunan BERSIH pada 10 November 2007 itu, di mana melebihi 100,000 orang hadir di sekitar tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Diperingkat antarabangsa, Hj. Mohamad pernah menyertai rombongan lapan Ahli Parlimen Islam dari seluruh dunia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, menemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Boutros Boutros Ghali. Beliau juga menyertai pelbagai seminar di peringkat antarabangsa termasuk Seminar Buruh di Pakistan, Seminar Mengenai Bosnia Herzegovina di London dan Seminar Gerakan Islam di Afrika Selatan. Beliau juga pernah menjadi tetamu dan bercakap di Radio 786 di Afrika Selatan. Beliau juga aktif memperjuangkan nasib umat Islam Palestin, Acheh, Pattani, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain.

(Nota: Tuan Ibrahim hanya menyertai Pas pada 1999 sahaja)

Wednesday, May 25, 2011

UMNO TAKUT MOHAMAD SABU

Umno memang tak suka jika Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas.  Mereka merasakan "golongan agama' lebih mudah dipujuk dan diperdaya untuk syok dengan idea perpaduan Melayu.

Kesah lanjut di sini dan di sini

Tuesday, May 24, 2011

CALUN MELAYU DAP

Umno cabar DAP bertanding kawasan Melayu.

Elok DAP cabar Umno  untuk  bertanding di kawasan Cina pula.


Baru adilkan?

Saturday, May 21, 2011

22 MEI CERAMAH MAHFUZ DI TAMAN MELEWAR

CERAMAH UMUM ISU ISU POLITIK

TARIKH :  22 HB MEI 2011 - AHAD

TEMPAT: MARKAZ  TARBIYAH PAS PUSAT, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR

JAM :  9 MALAM

PENCERAMAH:  YB HJ MAHFUZ OMAR - NAIB     PRESIDEN PAS
                             
DR HATTA RAMLI - BENDAHARI PAS 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

LANTAK KAULAH ROS

Apa yang nak risaukan jika PKR dibubar oleh Pendaftar Pertubuhan.

Kalau Brahim AL Kataki boleh bertanding atas tiket Pas, mengapa tidak orang PKR.

Woooo

Friday, May 20, 2011

AJAK DAP PULA

Bukan tak  ada  sejarahnya. Memang ada. Jika Umno rasa tak mampu berkuasa lagi,  maka Umno akan mengajak seteru politiknya bersama memerintah negara ini. Selepas Perikatan hampir kehilangan kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang  pada 1969, maka diajaknya Pas, PPP dan Gerakan untuk bergabung atas nama BN.

Pada beberapa minggu lalu,  Najib mempelawa Pas. Hari ini pula Nordin Kardi, seorang nasionalis totok,  menggesa BN mengajak DAP pula. Pokoknya Umno akan terus memerintah. Sakit oi jika tak dapat memerintah lagi. Biarlah berkongsi kuasa, walaupun dengan parti seterunya.  Apa yang Umno tak kata kepada Pas. Dituduhnya Pas lebih bahaya komunis  pun ada.  Tetapi apabila merasakan nak kalah, maka dipujuknya Pas bersama atas nama "perpaduan Melayu". Kan syok alasannya  itu. Ahh, Pas pun ada dalil untuk bersama Umno. Ha ha. Tambahan pula kini ada hujah "makasid syariah" Kalau tak kena gaya, boleh cair apabila kita mendengar hujah  "ulama" Pas untuk bersama-sama dengan Umno. Bak kata mereka, jika dengan DAP yang tak islam pun kita boleh bersama, takkan dengan Umno yang ramai islam dan sebangsa, tak boleh pula. Hai, hampir termakan "racun"  ini  oi. Nasiblah ada hujah di sisi lain yang perlu kita lihat untuk terus memampuskan Umno.  Hujah politik itulah yang Tuan Haji Mohamad Sabu kemukakan apabila  hendak membenam  Umno. Woooo.

Maka pilihan terbaik hendak selamatkan Pas dari berpeluk dengan Umno, ialah Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.


Thursday, May 19, 2011

MENJELANG MUKTAMAR

Apakah Tuan Ibrahim yang menyertai Pas  pada tahun 1999 akan mengkotakan janjinya, akan bertanding  hanya  jawatan Naib Presiden atau akan merubah keputusannya selepas mendapat pencalunan Timbalan Presiden.

Ustaz Idris Ahmad, bekas Presiden PMUKM telah menerima pencalunan Naib Presiden  untuk sama-sama menawarkan diri dengan Mahfuz Omar dan Salehudin Ayub, bekas bosnya ketika dalam Dewan Pemuda Pas Pusat.

Hanya Abu Bakar Chik bekas Ketua Dewan Pemuda Pas yang masih bertanding di peringkat Jawatan Kuasa Pas Pusat. Apakah Presiden Pas tidak mahu menawarkan jawatan Setia Usaha Agung kepada Abu Bakar Chik.

Apakah percubaan Tuan Hj Mohamad Sabu yang bergiat dengan Pas sejak 1978  sebagai Timbalan Presiden Pas akan diterima oleh para perwakilan.

Antara tokoh-tokoh di atas, hanya Tuan Hj Mohamad Sabu yang pernah di tahan ISA sebanyak dua kali dan dibuang daerah. 

PRU ke 13 memerlukan wajah pemimpin yang  bersedia bertarung di pentas ceramah, di dewan seminar, di parlimen dan jika perlu di atas jalan. Bukankah Najib telah berjanji akan mempertahankan BN walau dengan apa kos pun. Kalau tak pernah memimpin gerakan jalanan, ianya satu cabaran kepada bakal calun-calun yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin atasan Pas. Tak sama medan forum dengan  medan pertarungan untuk mendapat hak demokrasi sebenarnya  di jalanan.

Pilihan pimpinan Pas menjelang  PRU le 13  perlu mengambil kira tokoh yang kebal dengan tribulasi tersebut. HJ MOHAMAD SABU  adalah jawapannya. Wooo.

Wednesday, May 18, 2011

WAWANCARA HJ MOHAMAD SABU DENGAN MERDEKA REVIEW


"Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu. Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme. Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over."

Demikianlah kegusaran yang menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu (gambar kanan) yang menyertai PAS sejak tahun 1977. 34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS. Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang.

Lanskap politik tanahair berubah dilanda "tsunami" pada 8 Mac 2008. PAS dan DAP yang sering bertentangan pendirian dalam isu "Hukum Hudud" dipaksa untuk duduk semeja berikutan sentimen rakyat untuk menentang Barisan Nasional. Namun demikian, "Hukum Hudud" kekal sebagai isu kontroversi, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat bukan muslim.

Mohamad Sabu mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud bukannya sesuatu yang senang, melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, dan hasrat ini perlu dirunding bersama dan direstui rakan-rakan partinya. Tetapi, beliau lebih mengambil berat bagaimana Islam diterjemahkan kepada "urus-tadbir yang baik", untuk peringkat ini.

"Boleh capai atau tidak (pelaksanaan hukum hudud), itu soal cita-cita," Mat Sabu sekali lagi berjenaka, "Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri. Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!"

Anak muda Melayu teruja nak sertai DAP

Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. "Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama..."

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep "CAT" (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.


Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.

Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan MerdekaReview membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan, bahawa rata-rata wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan "kehidupan yang tidak mewah", sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.


Meskipun diserang bertubi-tubi dengan media kawalan UMNO, namun Mat Sabu berkata pemerintahan DAP di negeri Pulau Pinang berjaya menonjolkan ciri-ciri atau nilai Islam, jika dilihat dari substance (intipati) dan bukan form-nya (bentuk luaran). Malah beliau memberi peringatan bahawa jangan terperanjat seandainya terdapat anak tokoh PAS peringkat negeri bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya umum yang akan datang!


Mat Sabu ingin berkongsi idea-idea ini dengan PAS, kerana beliau menganggap seandainya PAS berjaya menjelmakan Islam kepada urus-tadbir yang baik, maka mungkin komuniti bukan Islam tidak bermasalah untuk menyokong PAS. "Kalau keadilan ini tak dapat dipamerkan dahulu, macam mana mereka lihat keadilan yang lain?"

"Kalau ditonjolkan Melayu sebagai Islam, orang Cina melihat apa yang ada pada Melayu? Ini yang saya nak fikirkan," kata Mat Sabu dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di Hotel Armada Petaling Jaya, semalam.


Enggan telan bulat-bulat pemikiran yang disogokkan

Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi. Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni. Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada "haluan kiri" dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri.

"Saya dalam memahami politik ini, saya membaca, termasuklah buku-buku Lenin, Mao Ze Dong, dan dalam Islam, Ikhwan Muslimin dan sebagainya," katanya. Mat Sabu mungkin pemimpin PAS yang paling rapat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sehingga ada yang berjenaka bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PSM akan bertambah baik seandainya Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden.


Mat Sabu menolak untuk menelan sesuatu konsep secara bulat-bulat, misalnya Komunis dikaitkan dengan jijik, bunuh orang dan sebagainya - yang ditanamkan oleh penjajah British dan pemerintah selepas merdeka kemudiannya.


"Selepas perjanjian Damai, saya melawat ke Betong di Thailand. Saya juga melawat kem Rejimen 10 Komunis Malaya, (berjumpa dengan pemimpin seperti) Rashid Maidin, dan juga Abdullah CD. Saya dialog, bercakap dengan mereka, sesetengah-setengah mereka ini, yang orang Melayu, yang beragama Islam dalam Rejimen ke-10 itu, mempertahankan amalan Islam jauh lebih baik daripada orang Melayu "so-called" (kononnya), yang ada di luar, dan termasuk yang ada dalam UMNO."

Mat Sabu pernah mengutarakan pandangan-pandangan yang "menggemparkan", untuk masyarakat Melayu-Muslim, misalnya berkata orang Melayu seharusnya berterima kasih kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).


"Saya tidak suka disogok begitu, tanpa kita buat sedikit kaji selidik (research). Saya rapat dengan, dari awal dulu, dengan Syed Husin Ali (bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia), Dr.Nasir Hashim (Pengerusi PSM)..." secara terus-terang Mat Sabu berkata, pertukaran regim pemerintahan bergantung kepada kuasa rakyat.


Mat Sabu mengakui bahawa dalam isu-isu seperti fahaman komunis, institusi Raja, malah agama, PAS kadang-kala terikut-ikut dengan rentak UMNO, malah termakan dengan retorik itu. Beliau menganggap masalah yang paling besar didepani masyarakat Melayu sekarang adalah "pemikiran".


"Masalah pemikiran yang susah nak sebut... Pergi kepada Islam yang ditafsirkan dalam satu aliran. Tidak terbuka untuk berbincang dengan aliran lain," katanya yang mencadangkan agar setiap aliran dan fahaman dikaji dan bukan ditolak begitu sahaja.


"Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu. Melayu itu Islam. Melayu berugama Islam saya amat bersyukur. Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu."


Mat Sabu menjelaskan selanjutnya, bahawa sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka. Malah, beliau menyifatkan warga Jepun sebagai "umat Islam sejati", kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami.

Beliau menolak "semangat asabiyah", misalnya kaum Islam dan Melayu tetap dibela walaupun telah melakukan kesilapan. (Bahagian pertama, bersambung)


Tuesday, May 17, 2011

RAMAINYA CALUN

Ramai sekali nama yang dicalunkan untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda  dan  Ketua Muslimat  peringkat pusat.

Biasanya jika banyak sangat nama pilihan, maknanya pemegang jawatan sudah kurang popular dan dilihat tidak berkesan dalam memegang jawatan tersebut.

Eloklah mahasabah diri sendiri dan jika perlu beri peluang kepada orang lain pula. Kita pegang jawatan ketika tiada orang lain yang layak. Ha ha. Jika ramai terasa layak, eloklah kita lepaskan kepada mereka itu. Baru  mereka  tau langit tinggi atau rendah.  Opps, zaman sekarang - "analah yang layak".  Wooo.

Monday, May 16, 2011

Timbalan Presiden penentu PAS dalam Pakatan Rakyat?

Oleh: Siasahdaily
Timbalan Presiden selepas pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar awal Jun nanti bakal menjadi faktor penting dalam menentukan hubungan parti itu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu yang mendapat sokongan meluas merentasi kem pada masa ini dilihat akan mengukuhkan kedudukan PAS sebagai ahli gabungan PR.

Mohamad merupakan penyokong kuat PAS terus bersama PR, walaupun berdepan pelbagai kritikan berhubung PAS yang dilihat dikuasai dan tidak menunjukkan kepimpinan dalam gabungan itu.

Bekas naib presiden PAS itu juga berpendirian teguh menolak sebarang urusan dengan Umno, yang dianggap usaha menyelamatkan parti Melayu ketika parti itu sedang tergugat ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.

Pengkritik melihat PR terlalu didominasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, dan menggesa PAS membebaskan diri daripada pakatan yang didakwa menjadi liabiliti kepadanya itu.

Mohamad mempunyai hubungan sangat baik dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Aktivis popular PAS itu sebelum ini dilihat sebagai pengkritik kuat Anwar dalam PAS, tetapi mula kelihatan berkompromi selepas penubuhan PR.

Pada masa ini, Mohamad menerima sokongan kuat semua golongan dalam PAS terutama kem yang dikenali “Erdogan,” dipercayai disebabkan pendiriannya berhubung PR dan penyandang timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa.

Mohamad bersaing dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan timbalan presiden bersama Datuk Husam Musa yang juga bekas naib presiden dan Nasharudin pada pemilihan yang lalu tahun 2009.

Husam telah menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding merebut jawatan timbalan presiden pada tahun ini.

Nasharudin dikritik sebagai tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang memegang jawatan timbalan presiden, tetapi masih mendapat sokongan kuat banyak pihak.

Beliau turut dikaitkan dengan usaha berbaik dan menjalin hubungan politik dengan Umno, dakwaan yang turut dikaitkan dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang oleh pihak tertentu.

Mohamad dalam kempennya untuk merebut jawatan timbalan presiden mengemukakan agenda membantu presiden untuk mengukuhkan PAS.

Pendirian Mohamad walau bagaimanapun tidak sepenuhnya selari dengan sikap Abdul Hadi berhubung haluan PAS dan PR.

Presiden PAS itu mempunyai pandangan tersendiri berhubung peranan PAS dalam PR, dan pernah mencadangkan kerajaan perpaduan nasional melibatkan semua parti politik di negara ini.

Ide beliau itu walau bagaimanapun dikecam sebagai usaha mengadakan pakatan PAS dengan Umno, mewujudkan perdebatan sengit antara dua kumpulan besar dalam parti itu.

Abdul Hadi masih berdepan tekanan dan kritikan ekoran dikaitkan dengan kegagalan rancangan perubahan kerajaan pusat 16 September, 2008 diketuai Anwar.

Tekanan terhadap beliau muncul lagi menjelang muktamar tahun ini apabila isu kelayakan beliau menjadi presiden PAS muncul lagi di media.

Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulangi kritikan terhadap Abdul Hadi tidak lama dulu, dan pemikir libertarian Wan Saiful Wan Jan menulis ulasan yang diterbitkan di beberapa media menggesa presiden PAS itu melepaskan jawatan.

Kritikan terhadap Abdul Hadi kali ini walau bagaimanapun ditolak oleh ramai pihak termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

SELAMAT BEKERJA PAS SEREMBAN

Perang Sg Ujung tak jadi. MK Ibrahim menang tanpa bertanding sebagai YDP Seremban, petang semalam.

Maka tugas kali ini adalah lebih berat lagi. Majukan Pas Kawasan Seremban. Dengan dokongan anggota Pas yang lebih baik  taraf hidupnya, Pas Seremban mampu mengembeling dana merancakkan program.

Ya, gunakan teori Pareto - 20% program untuk anggota Pas dan 80% program disasarkan kepada rakyat umum. Baru boleh tawan Seremban dan kawasan sekitarnya, dengan mengambil maklom Ampangan dan Sikamat telah ditawan oleh PR.  Perubahan bermula dari kota. Maka Pas Seremban cukup penting dalam kontek Pas Negeri Sembilan.

Saya ucapkan Selamat Bekerja untuk semua AJK Pas Seremban. Berbincanglah dengan anggota bawahan sambil makan popia. Wooo. Kok makan popia dengan anggota bawahan pun tarak boleh - apa den nak katokan lai.

Sunday, May 15, 2011

PERANG SG UJUNG DI SEREMBAN

Kalau di Kelantan, pertarungan jawatan  dalam Pas  amat hebat  dan sengit  di Kawasan Pasir Puteh.

Manakala  di Negeri Sembilan pula hebatnya di Seremban. Pertandingan  jawatan YPD adalah  antara bekas PJ dengan PJ Pas Negeri Sembilan  sekarang. Wooo.

Moga-moga tak ada baling kerusi. Dan paling penting, jika kalah jangan sampai Pas Seremban digantung lagi macam dulu. Ha ha. Apa punya tur dah, ada yang sanggup partinya digantung kerana tak dapat jawatan  dalam parti.

Petang ini kita akan dapat keputusannya. Kalau calang-calang Setia Usaha Agung, bukan mudah nak kendali kes Pas Seremban. Dalam hal ini kita kena  tabik  dengan SUA sekarang - Cikgu  Mustafa Ali.

Saturday, May 14, 2011

TERENGGANU - BARISAN MUDA YANG DINAMIK

Terengganu adalah antara negeri yang berpotensi untuk dimenangi oleh Pas.

Pas wajar menampilkan bakal barisan kepimpinan  negeri yang dilihat profesional, muda, dengan didokong oleh golongan ugama.

Memadailah TG Haji Hadi sahaja mewakili golngan veteran. Yang lain bolehlah  memainkan peranan yang lain selepas menang nanti.

Umumnya rakyat mahu melihat parti yang dinamik dari sudut sumber manusianya. Kalau orang tu juga yang bertanding sejak 1978  hingga kini,  maka Pas semacam era Umno di zaman Wan Mokhtar yang tewas pada tahun  1999.

Ini abad 21, berilah peluang kepada anak muda  yang aktif sejak 1982 dan kini mereka  sebenarnya pun sudah tua juga.  Ha ha. Kalau orang  60an  dan 70an tak sanggup berundur juga pada PRU 13, maka aktivis berumur 40an dan 50an pun tidak berpeluang bertanding pada PRU 13 ini...

Wednesday, May 11, 2011

SAYANG KAT HADI TETAPI ...

Sudah lama saya  ingin  menulis hal ini tetapi khuatir disalah anggap  oleh  sahabat-sahabat pimpinan yang rapat dengan saya. Ha ha.

Bacalah catatan ustaz kita ini. Klik di sini.

Kita sayang kat TG Haji Hadi tetapi bab IT pun kita tak mampu mengikutinya...

Sedih jika pimpinan bawahan masih tak reti bab-bab kecil IT seperti ada emel, mengulas dalam blog dan ada face book. Bagaimana nak berinteraksi dengan anggota. Akhirnya yang jauh tetap jauh, malah yang dekat pun terasa jauh juga. Woooo.

KRONISM BN DAN PR

Yang rapat dengan pimpinan atasan parti - tak kiralah BN atau PR ialah orang bisnes.

Orang bisnes, atas alasan  apa pun akan membantu kewangan  pimpinan atasan parti samada parti  itu  sedang memerintah atau tidak.

Lepas itu, orang bisnes pun akan minta projek melalui pimpinan atasan parti itu. Jika sekali boleh tahan juga. Tetapi jika orang yang sama sahaja, maka itu sudah dikira kronism. Woooo.

Tuesday, May 10, 2011

MOGA-MOGA

Moga-moga selepas Muktamar Pas pada awal Jun ini, tak adalah pimpinan Pas yang keluar negara bercuti.

Moga-moga pada bulan Ramadhan ini, tak adalah pimpinan Pas yang  pergi menunaikan umrah.

Moga-moga selepas Muktamar ini, barisan kepimpinan Pas lebih jitu dan tajam membaham BN/UMNO

Tumpukan usaha menggempur BN/Umno. 

Moga-moga yang tak sihat, dah terlalu  lama sangat dalam parti, dah tak larat berkempen di seluruh negara, dah tak ada idea dan tak berpengaruh - janganlah   kepingin nak jadi calun pilihan raya.  Berilah laluan kepada calun baru.

Harap sedarlah diri. Biarkan anggota parti bebas memberi cadangan siapakah calun pilihan rakyat.  Tonjolkan wajah Pas yang segar dengan pelapis baru.


Monday, May 9, 2011

IKUTLAH NASIHAT MAHATHIR

Pas bersama Semangat 46  pada 1990, Kelantan jatuh ke Pas.

Pas bersama Keadilan pada 1999, Terengganu jatuh ke Pas.

Pas bersama PKR dan DAP  pada 2008, Kedah jatuh ke Pas  dan berkongsi kuasa di Selangor dengan PKR dan DAP.

Maka nasihat Najib dan Mahatir supaya  Pas  tinggalkan PR, adalah nasihat  paling bodoh dalam dunia untuk  untuk Pas. Woooo.

Sunday, May 8, 2011

KRISTIAN VS ISLAM???

Isu derhaka kepada Raja sudah dibuat


Isu Melayu hilang kuasa telah dibuat


Isu Melayu hilang hak istimewa selalu dimainkan


Kini, isu Kristian lawan Islam pula dicanangkan.


Semuanya gara-gara BN nak pertahankan kuasa!!!


Strateginya ialah menaikkan emosi Melayu sahaja. Langsung tak minat nak perbaiki pengurusan negara...

Wednesday, May 4, 2011

HADI DAN MOHAMAD SABU

Saya bertemu dengan beberapa orang rakan dan teman sejawat lama di Jabatan Kerajaan untuk mendapat gambaran dari mereka terhadap kepimpinan Pas. Agak terkejut juga saya apabila mendengar pendapat mereka. Ha ha.

Bagi mereka yang  tidak menganggotai tetapi menyokong Pas, berpendapat Presiden Pas wajar dari kalangan bukan ulama. Tetapi anggota Pas secara umumnya mahu Presiden Pas dari kalangan ulama. Maka saya berpandangan gandingan ulama dan bukan ulama dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dilakukan.  

Mari kita mulakan pada sessi ini dengan TG Haji Hadi sebagai Presiden  dan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden. Siapakah hendak menafikan peranan kedua-dua insan ini yang menggerakkan Pas sejak awal 80an lagi. Kedua-dunya bisa di dalam dan di luar parlimen. Seorang berhujah dengan dalil al quran dan seorang lagi berhujah dengan sejarah  dan logik. Kedua-duannya menyertai Pas di era awalan Pas bukan menanti zaman kegemilangan Pas, baru hendak menyertai Pas.  Era menggempur BN kini di fasa  terakhir adalah wajar  diketuai dengan kombinasi Hadi-Sabu.

Selepas kombinasi Hadi-Sabu, mungkinkah pada masa hadapan kita akan menyaksikan kombinasi Tuan Ibrahim dan Husham Musa pula. Ketika itu Hadi sepatutnya sebagai Mursyidul Am dan Mohamad Sabu jadi gabenor Pulau Pinanglah. Ha ha.

Pas ada ramai tokoh. Kita kena bijak mempersembahkan kepada masyarakat.  Adunan yang relevan dengan masyarakat perlu dibuat. Antara kehendak anggota Pas dan bukan anggota Pas, maka mari kita layan secara seimbang, Maka kombinasi ulama dan bukan ulama pada sessi ini perlu direalisasikan.

Tuesday, May 3, 2011

CALUN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Setakat ini hanya Tuan Hj Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharudin menawarkan diri betanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada muktamar Pas kali ini.

Siapakah calun pilihan anda. Sila buat undian di sebelah.

FILEM SAT

Banyak filem hindustan  yang mengesahkan cerita polis yang rasuah. Dan tak kurang juga cerita polis baik yang terpaksa melawan rasuah bosnya dan sang menteri.

Banyak filem barat yang mengesahkan cerita  bagaimana polis kena berhati-hati  dalam menangani sang penjenayah.

Kini baru nampak relevannya cerita itu di Malaysia.

Namun Malaysia masih lagi dengan cerita cinta dan komedi yang tak  lawak.  Woooo

Monday, May 2, 2011

SEJENAK DI SEREMBAN

Kalau nak aktifkan cawangan, belajarlah dari Pas Seremban. Walaupun Pas Seremban pernah digantung selama lebih 5  tahun, pertambahan cawangannya begitu banyak sekali.

Jika kawasan lain, cawangannya semacam sepi, tetapi di Seremban, cawangannya siap sedia ke mesyuarat agung kawasan pada 2 minggu lagi. Ha ha.
Hebat tak hebat Pas Seremban, Ketua Muslimatnya menang dengan satu undi sahaja. Wau.