Saturday, April 30, 2011

BAWA BALIK ELAUN SAHAJA KE?

Belum tentu orang yang selalu bagi kuliah ugama dan bersyarah di luar parlimen, mampu menjadi Ahli Parlimen yang  baik atau terbaik. Tak sama apabila berhujah di parlimen dengan bercakap di luar parlimen.

Parti kena menampilkan ramai bakal Ahli Parllimen yang "berbisa" supaya parti kita dihormati dan disegani pihak lawan dan kawan. Rasa kecewa juga apabila Ahli Parlimen dari parti sendiri hanya hadir ke parlimen setakat memenuhi korum dan bawa balik elaun sahaja. Ha ha.

Orang bawah bersusah payah memenangkan calun partinya ke palimen tetapi apabila ke Parlimen menjadi malaikat bisu pula.

Tambah sedih lagi, jika masuk penggal kedua di parlimen pun, prestasinya macam tu juga. Alahai. Kalau setakat nak dapat pencen sahaja, tak payahlah mewakili parti. Sedarlah diri oi.

Friday, April 29, 2011

PAKATAN TANPA ANWAR TETAP MARA

Rakyat menolak BN bukan kerana faktor Anwar. Rakyat menolak BN kerana BN menindas rakyat dengan korupsinya, salah guna kuasa, pembaziran, mementingkan kroninya dan mementingkan korporat berbanding kepentingan rakyat.

Soal siapa jadi PM di bawah Pakatan Rakyat adalah no 2. Mungkin Hj Hadi Awang, Mungkin Azmin. Mungkin Mohamad Sabu. Ha ha.

Maka tak payahlah BN nak ranapkan imej Anwar dengan pelbagai kesah sexnya!!!!

Sunday, April 24, 2011

PRESTASI MP DAN ADUN PR

Selepas PRU ke 12, kini Ahli Parlimen dan Adun PR telah berkhidmat lebih 3 tahun. Sudah sampai masanya prestasi mereka dinilai dan diberi perrhatian oleh parti.

Adakah mereka memainkan peranan yang berkesan di Parlimen atau DUN?

Adakah mereka memberi perhatian kepada aduan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Adakah mereka memikul aspirasi parti.

Mereka ada masa lagi untuk memperbaiki prestasinya. Jika tak berubah juga, cukuplah jadi MP dan ADUN setakat penggal ini sahaja. Ramai lagi yang nak mencuba pula. Wooo.

Yang penting Parti kena memantau prestasi MP dan ADUNnya.

Saturday, April 23, 2011

TERDETIK DI HATI

Malam tadi saya ke Jempul, Negeri Sembilan menemankan Tuan Hj Mohamad Sabu berceramah,  Program dianjurkan oleh Pas Kawasan Jempul.

Tapak dan kawasan ceramah adalah milik Pas Kawasan Jempul. Mungkin tapak ini dibeli atau diwakaf. Agak luas kawasan ini dan mampu menampung  pendengar  yang sangat ramai. Tak mudahlah pihak polis menggangu kerana ini kawasan private. Kalau ganggu juga, maka akan jadilah seperti kes Dr Hatta di Pahang, dimana pihak polis  telah  disaman dan didenda RM 100,000.00  oleh mahkamah.

Alangkah baiknya jika setiap Pas Kawasan di Negeri Sembilan memiliki kawasan seperti  ini. Tak payahlah saya memberi ayat motivasi bagaimana  Pas Kawasan  hendak melakukannya.  Pas Kawasan ada kemampuan sebenarnya. Soalnya  ialah mengapa tidak dijadikan salah satu agenda utama parti.

Friday, April 22, 2011

TERINGAT SAT FADHIL NOR

Ada masa teringat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden Pas. Banyak sisi yang dikupas oleh ramai orang terhadap beliau  secara peribadi dan kepimpinannya  dalam politik. 

Hari ini saya  hendak berkongsi pengalaman saya   mengikut kuliah tafsirnya di pagi Jumaat di Bangunan Pas Alor Star pada tahun  1983 hingga 1986.  Ada kelainan dalam tafsirnya. Setiap tafsirnya, beliau merujuk dari pelbagai kitab tafisr yang lain  dan di sebutkan nama kitabnya. Seperti ceramahnya, kuliah tafsirnya juga disampaikan secara perlahan, berhati-hati,  serius dan sesekali  disulam dengan contoh yang mencuitkan hati. Malah  beliau sempat  mengaitkan kuliah tafsirnya dengan  pelbagai  peristiwa semasa  Maka  kita sentiasa menanti apakah yang akan diungkapkan  oleh beliau satu persatu.

Salah satu  perwatakan  menarik  Allahyarham Ustaz Fadhil  ialah ketika  berjalan kaki. Beliau akan berjalan secara perlahan-lahan sambil memandang kiri dan kanan. Ini menyebankan beliau  boleh menyapa sesiapa yang beliau kenal atau orang lain pula  yang menyapa beliau.  Jangan hairan, jika beliau  hendak ke restauran, maka akan diajaknya kita makan atau minum bersama. Tak payah kita membuka cerita kerana maklomlah takkan kita nak memberi taklimat politik kepadanya. Beliau sendiri akan membuka kesah-kesah serius dan lucu dalam politik.

Apabila kita rapat dengan beliau, maka dia tahu siapa kawan rapat kita. Malah dia tahu apa nama gelaran sahabat kita. Ha ha. Kalau dia berjumpa sahabat ketat Mat Sabu di Alor Star, maka beliau pun akan bertanya "mana Imam". Maksudnya ialah mana Mat Sabulah tu. Ustaz Fadhil tau nama jolokan  Mohamad Sabu  di kalangan  sahabat-sababat  rapatnya. Ustaz Fadhil  tau Mohamad Sabu amat  minat dengan politk Iran tetapi tak pernah melemparkan tuduhan syiah kepadanya. Malah jika nak ceramah besar di Kedah, maka beliau sendiri yang talipon Mohamad Sabu untuk mengajak ceramah bersama.   Kalau Ustaz Fadil Nor  jumpa Mat Zain Janggut di Markaz Tarbiah, maka dia pun bertanya mana "Bakak Hak"   alias Penarik  Beca dan jika beliau berjumpa Bakak Hak dahulu, maka beliau bertanya dimana  Mat Zain Janggut pulak.  Maka kedua-dua Bakak Hak dan Mat Zain terasa  betapa Ustaz Fadhil Nor teringat dengan depa semua. Woooo

Ringkas cerita, ramai orang dapat "bermanja"  dengan Ustaz Fadhil Nor ketika beliau Presiden Pas.

Thursday, April 21, 2011

CALUN NAIB PRESIDEN PAS

Tahun ini tahun pemilihan Pas.

Lazimnya penyandang lebih mudah mempertahankan  jawatan. Naib Presiden sedia ada  ialah Tuan Ibrahim, Mahfuz Omar dan  Salehudin Ayub.

Namun nama-nama baru yang ada bakat, potensi dan keupayaan menggarap politik Malaysia wajar dipertimbangkan  juga. Antara nama yang dicadangkan ialah Dr Zulkefly Ahmad, Mujahid Rawa dan  Muhammad Nizar  Jamaludin.

Kita mahu pemimpin yang berupaya "berfikir", menganalisa  dan menggerak perubahan masyarakat. Dan paling penting mampu memperlihatkan  Pas  "semasa" oleh masyarakat.


Siapa pilihan anda?  Buat undian disebelah blog ini.


Wednesday, April 20, 2011

MAZLAN ALIMAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Kalau ada peluang, saya amat suka jika Mazlan Aliman sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat sessi 2011/2013.

Beliau rajin, berani, lantang, tegas dan fokus kepada isu politik yang diperjuangkan.

Entah mengapa dahulu Salahudin Ayub gagal mengaturkan agar anak muda ini menjadi Ketua Pemuda Pas selepas gagal memberi laluan kepada Idris Ahmad al Ustaz.  Bukan apa, nampak sangat Ketua Pemuda la ni, semacam bukan Ketua Pemuda. 

Wooo, jangan mare.

Tuesday, April 19, 2011

PUSINGAN HAYAT BN?

Pasaran sesuatu produk akan melalui satu pusingan hayat. Fesyen pun sedemikian juga. Pusingan produk atau fesyen mungkin singkat jangka masanya. Mungkin lima ke sepuluh tahun.

Pusinga hayat sesuatu pemerintahan  pun begitu juga. Soalnya berapa lama satu pusingan hayat sesuatu politik pemerintahan. Mungkin 30 ke 50 tahun.  Maka ingatlah wahai sang pemerintah!!!!

Rasa-rasanya pusingan hayat BN semakin hampir. Apabila candu "ugama' dan "bangsa' sudah tidak laku lagi, maka hayat BN telah tiba!!!!

Sunday, April 17, 2011

PRN SARAWAK: ADUHAI MELAYU

Apakah kesimpulan mudah  dari keputusan PRN Sarawak.

Ringkasnya pengundi Melayu masih mahu mengekalkan pemimpin Melayu dalam pemerintahan walaupun sedar dan tahu pemimpinnya korup. Biarlah Melayu  korup  terus memerintah. Depa takut sangat orang China ambil alih pemerintahan.

China, walaupun bersih pentadbirannya akan tetap dikhuatiri dan selalu ditakutkan akan mengkhianati Melayu. Walhal Melayu yang telah mengkhianat Melayu, tidak pula mereka terasa.

Aduhai Melayu!!!

Friday, April 15, 2011

ANWAR BAKAL DIBUNUH?

Sarawak penanda aras nasib BN kali ini. Jika BN punah di Sarawak, maka BN  bakal mampus di Semenanjung juga.

Maka tak hairan setiap hari ada sahaja drama baru membunuh karektor Anwar. BN boleh mengupah siapa sahaja untuk belot menikam Anwar. 

Jangan hairan jika selepas gagal membunuh karektor Anwar,  Anwar boleh dibunuh. Pelbagai cara boleh dibuat  Sejarah dunia membuktikannya. .

Kerana apa?  Kerana Anwar sahaja dilihat pada masa kini yang boleh mengetuai kumpulan menjatuhkan BN dari persada tahta.

Thursday, April 14, 2011

KITA MAHU SAMA-SAMA KUAT

Najib sudah tawaduk sekarang. Katanya - bonus jika BN dapat dua pertiga kerusi pada PRN Sarawak, 16 April ini. Yang penting bagi BN ialah menang mudah sahaja. Ha  ha.

Nampaknya rakyat Sarawak telah berjaya mentawadukkan Najib. Jika BN berjaya atau tidak memerintah Sarawak semula, nasib rakyat Sarawak akan diperhatikan secara serius. Moga tidak ada Taib Mahmud kedua pula  selepas ini. Opps entah-entah Taib Mahmud memerintah sepenggal lagi. Kali ini kita akan lihat siapa lebih jantan antara Najib atau Taib. Wau.

Saya sangat suka jika kuasa dan pengaruh politik seimbang  antara parti pemerintah dan parti pembangkang. Suasana seimbang ini akan menggerunkan pemerintah untuk berbuat salah dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat. Dalam sebuah kerajaan, semua sistem dan peraturan telah siap sedia untuk diikuti.  Tak perlu risau untuk    mendapat sokongan pembangkang jika dasar dan tujuan sesuatu projek adalah baik dan untuk kepentingan ramai.

Pemerintahan atas nama apa pun, jika tiada kawalan dari pembangkang, ianya terdedah kepada penyelewengan. Maka kita mahukan pembangkang kuat. Jika BN perintah, kita mahu PR yang kuat dan sebaliknya juga.

Kalau dalam DUN ada dua kerat pembangkang macam di Pahang dan Perlis sahaja - maka kita pun tak dengar apa yang dibuat oleh pembangkang. Ha ha. Lainlah kalau  seorang  pembangkang macam Allahyarham Fadhil Nor - tetap bergegar Dewan.

Tuesday, April 12, 2011

SATU UNDI MERUBAH SEGALA

Orang awam termasuk pecinta Islam sentiasa melihat  riba, judi, arak  dan  rasuah   sebagai haram yang perlu ditentang habis-habisan.

Tetapi apa yang paling menular dalam negara ini dan menjahanamkan kesejahteraan ekonomi dan masyarakat ialah  monopoli  dan  kolusi  segelintir pihak dalam  membolot  kekayaan negara  yang didalangi oleh sang pemerintah.

Maka amatlah malang jika rakyat tidak memiliki tanah sekangkang kera tetapi Ketua Menterinya membolot tanah beribu hektar.  Bak kata Saidina Ali - kemiskinan wujud kerana ketidakadilan. 

Moga 16 April ini, merubah nasib peribumi  Sarawak. Hanya satu undi merubah segalanya.

Monday, April 11, 2011

OH NEGERI SEMBILAN

Ingatkan Pas Negeri Sembilan  sudah  turun beramai-ramai ke Sarawak melanyak Taib Mahmud. Rupa-rupanya mereka masih berlatih berdebat antara Dewan Harian Perhubungan NS dengan Dewan Harian DPP NS.

Kenyataan media DPP NS tidak semestinya tepat atau betul tetapi bukanlah cari  penyelesaian dengan cara menghentam idea anak muda secara totok. Jadikan itu sebagai idea awal untuk mencari karekter terbaik bakal calun di pilihan raya nanti. Rundinglah secara terbuka dan ikhlas kerana kepentingan parti. Malah lebih jauh lagi ialah parti  kena  mencari calun untuk kepentingan rakyat. Era dahulu kala tak sama dengan era kini, dimana sukar sekali mencari calun di luar lingkungan pemegang jawatan parti. Banyak kes  calun di luar pemegang jawatan parti  mampu menjadi calun pilihan raya yang terbaik. Janganlah kerana kita hendak bertanding, maka kita mengamalkan dasar  pintu tertutup.

Organisasi yang dilatih  samada secara islamik atau secara barat pun akan mengamankan kita.  Jika masuk Pas untuk bertempur antara satu sama lain, maka lebih baik kita join jamaah tabligh atau kumpulan Tareqat sahaja. Ha ha. Yang pelik kawan aku TPJ 1 tu  pun tak boleh menjadi pendamai yang terbaik. Dok jadi tukang tambah kepada PJ pulak. Woooo.

Hanya satu ingatan saya kepada kekawan di NS - consider  all factor apabila membuat sebarang keputusan.

RAKYAT KUASA PENENTU

Antara senario negatif parti politik ialah anggota parti tak sanggup menurunkan pemimpinnya yang korup atau yang sudah tak relevan dengan aspirasi semasa.

Dr Mahathir yang ditentang hampir oleh separuh perwakilan, berjaya menjadi PM selama 22 tahun.

Taib Mahmud yang merompak tanah Sarawak tidak langsung membangkitkan kemarahan anggota parti PBB.

Samy Vellu yang diktator dalam partinya,  tidak mampu diturunkan oleh anggota MIC.

Maka pilihan yang ada ialah rakyat  menyahkan mereka di peti undi.

Moga Taib  Mahmud akan diturunkan oleh rakyat pada 16 April ini. Najib belum tentu  mampu menurunkannya kerana Taib masih lagi bertanding dalam pilihan raya kali ini juga.

Saturday, April 9, 2011

FELDA TAK AMANAH?

Tak berani saya nak kata Felda sudah bankrap. Kok disaman saya, mana ada wang mahu lantik sang peguam membela saya. Ha ha. 

Khamis lalu saya tidur di Felda Serting Hilir 7, Jempol, Negeri Sembilan.  Ladang kelapa sawit di sini sudah mencecah usia 30 tahun tetapi belum ada tanda-tanda akan ditanam semula. Biasanya apabila genap 25 tahun, maka Felda akan  memulakan kerja-kerja tanaman semula. Kali ini tak nampak tanda-tanda nak memulakannya.

 Duit tanam semula ini bukan wang Felda sebenarnya kerana setiap  pemilik akan menabung setiap bulan untuk kos tanaman semula apabila sampai masanya.  Dikatakan sejumlah RM 17,000 telah dikumpulkan  untuk tujuan tersebut. Tetapi mengapa Felda selaku  penyimpan wang tersebut tidak mengeluarkan semula wang tersebut untuk proses tanaman semula. Ini bukan sahaja dilihat Felda sudah bankrap tetapi sudah TIDAK AMANAH dengan wang yang disimpan oleh para peneroka.

Yang pelik, para peneroka tidak melihat ini sebagai kegagalan BN yang mentadbir Felda tetapi hanya sekadar kelemahan pegawai Felda sahaja. Maka selamatlah BN.  Entah bila para peneroka mahu melihat isu pentadbiran  ini   sebagai isu politik.  Bukankah lembaga pengarah Felda itu dilantik oleh kuasa politik?

Kita mahu  orang macam  Suhaimi Said  di Felda Seting Hilir 7!!!!

FILEM HINDUSTAN SAT

Teringat filem hindustan apabila mengenangkan kes kematian Ahmad Sharbani, Pegawai Kastam di pejabat SPRM.

Filem Hindustan banyak mengesahkan saksi-saksi di bunuh oleh bapak perasuah atau bapak gangster. Bapak perasuah atau babak gangter ini mampu merasuah pihak polis, hakim dan sang menteri demi menyelamatkan mereka.

Apakah Malaysia pun sudah sampai ke tahap itu?

Friday, April 8, 2011

ROYALTI MINYAK SARAWAK DITARIK

Apakah jika Pakatan Rakyat menang di Sarawak, maka kerajaan pusat BN akan menarik  balik royalti minyak.

Jika di Kelantan dan Terengganu, BN sanggup melakukannya dan orang Melayu tidak mengambil tindakan balas secara keras.

Dan apakah rakyat Sarawak akan mengambil tindakan keras jika BN berbuat demikian. 

Mari kita saksikan. Wooo

Wednesday, April 6, 2011

HIDUP SARAWAK!!!

Jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh  PKR berjaya di Pilihan Raya Sarawak, maka satu hala tuju politik baru akan bermula di negara ini. Sarawak adalah rakyat yang majmuk dari segi etnik dan ugama.

Jika mereka sanggup bersatu untuk menolak BN yang rasuah, maka inilah satu solidaritas yang terbaik dalam dunia. Ia memberi tamparan kepada pengundi Melayu  di Semenanjung yang setia dengan Umno walaupun orang Melayu amat tahu Umno adalah parti penuh rasuah.

Apakah ini bakal terjadi?


Tuesday, April 5, 2011

SANGKA BAIK YANG DUNGU

Orang politik adalah seperti pegawai perkhidmatan awam. Gaji, elaun dan lain-lain kemudahan telah jelas dipertentukan. Maka sebarang unsur luar biasa dalam kehidupan mereka dan kaum keluarga mereka boleh disyaki dan disiasat untuk memastikan kesahannya.

Jika harta dan cara hidup orang politik tidak menggambarkan pendapatannya, maka rakyat wajar bertanya. Jika baju Saidina Umar r.a pun boleh dipersoalkan di mimbar masjid, inikan pula harta Taib Mahmud. Jika wang RM 100,00 pun SPRM boleh siasat, inikan pula jika sudah berbilion.

Kekadang orang Malaysia ini mengamalkan tasauf salah tempat - dok bersangka baik sehingga ke tahap dungu pulak.

Wooo.


Monday, April 4, 2011

BANGKIT SARAWAK

Kekadang negara yang sarat dengan masalah akan bangkit lebih cepat lagi.

Indonesia yang kuat dicengkam oleh Suharto satu masa dahulu, tetiba kini bangkit,  bebas bersuara dan mendapat kebebasan  media  dan  hak denokrasi yang lebih baik lagi jika dibandingkan dengan Malaysia.

Apakah Sarawak yang  lebih  mundur dari negeri lain di Malaysia ini, akan membuat perubahan besar dalam pilihan raya. Alangkah terpukulnya Melayu jika Iban Sarawak menolak BN lebih dahulu dari Melayu Semenanjuung!!!!

Sunday, April 3, 2011

ROMPAKAN RM 100 BILION

Jika wang negara lesap ke luar negara sebanyak RM 100.00, bolehlah dikatakan tak perasan. Tetapi jika lebih RM 100 bilion, maka ini satu yang tak logik. Ini mesti dirancang sebegitu rupa dan melibatkan orang yang  berkuasa dan berpengaruh.

Jika wang BMF yang hilang RM 2.5 bilion dahulu, diadakan Suruhan Jaya Di Raja untuk menyiasatnya, maka kes ini wajib  disiasat oleh satu Suruhan Jaya Di Raja juga.

Berapa banyak yang boleh dimanafaatkan dari RM 100 bilion itu. Yang pasti sudah tidak ada keluarga miskin tegar lagi. Kita boleh bagi setiap keluarga miskin sebanyak 10 ekar ladang kelapa sawit. Melampuh tanah Felda Plantion dan Sime Darby yang boleh dibeli dan diberikan kepada mereka dengan wang RM 100 bilion itu.

Bukan wang tak ada di negara ini tetapi hilang oleh rompakan profesional.


Saturday, April 2, 2011

JANGAN BAGI OKSIGEN KEPADA UMNO

Apabila rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat bermakna rakyat tidak mahukan BN lagi di muka bumi ini.

Sembang kedai kopi mengatakan adalah satu yang malang jika ada orang Pas sendiri   nak bagi oksigen kepada Umno  lagi yang  sudah  separuh mati.

Atas alasan apa pun, kezaliman Umno selama ini perlu dihukum dengan menyahkan dari memerintah Malaysia.

Janganlah kerana panggilan  dunia, kita melupakan matlamat perjuangan kita. Takut-takut akhir perjuangan kita tak ke mana pun.

Friday, April 1, 2011

COBAAN!!!

Bukan senang nak jadi orang politik. Kekadang diri sendiri boleh bersih tetapi belum tentu mampu mengawal orang sekeliling supaya bersih  seperti diri sendiri.

Orang sekeliling  kita  boleh meraih projek dengan menggunakan nama ayah  atau  ayah mertua. 

Bukan mudah apabila kepentingan anak dan kaum kerabat terlibat.

Cobaan!!!!