Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA

Bak kata Hj Mohamad  Sabu, merdeka bukan bermakna kita terlepas dari penjajahan bangsa asing. Medeka sebenarnya ialah kita kembali kepada ajaran Allah, bebas dari perhambaan dan kezaliman maanusia. Jika bangsa kita yang memerintah secara zalim dan tidak menurut nilai-nilai Islam, maka kita sebenarnya tidak merdeka. 

Rasullullah saw terpaksa menyerang negaranya sendiri, Mekah. Rasulullah saw terpaksa berperang dengan bangsanya sendiri berpuluh kali atau ratusan kali. Bukan sedikit yang terkorban  dalam  peperangan tersebut.

Ya,  Rasulullah saw bukan berperang dengan  British atau Jepun tetapi berperang dengan  bangsa Arabnya sendiri!!!

Mengapa? Kerananya bangsanya tidak menerima   Islam!!!!

Monday, August 30, 2010

BAIK PUNYA DEAL

Cerita rasuah semua orang  sudah tahu di negara ini. Ayat "biasalah tu" sudah menjadi lumrah di bibir pegawai dan kakitangan awam. Malah ramai yang  redho dengan amalan ini supaya boleh tumpang semangkuk dengan geng  perasuah tersebut.

Yang bagi kontrak, katanya tak makan komisen dari harga projek. Sebaliknya mereka mark up harga dari harga asal yang diberikan oleh sang kontraktor. Yang lebih dari harga asal itulah yang dibaham oleh pemberi kontark. Misalnya, jika kontraktor menender  harga projek sebanyak RM 1 juta, maka sang pemberi kontrak minta supaya ditambahkan harga menjadi RM 1.3 juta. Dan baik punya deal, RM 300,000 dibaham oleh pemberi projek. Ayat powernya ialah "aku tak kacau untung hang, aku tambahkan harga projek untuk aku". Baik punya deal.

Sang kontraktor  tak berasa  memberi rasuah kepada sang pemberi projek. Sang pemberi rasuah pula  tak berasa makan rasuah dari sang kontrak. Yang pasti kedua-duanya saling bekerjasama merompak wang negara dan wang rakyat!!!!

Saturday, August 28, 2010

IMAN SEPARUH

Ada orang nak tunjukkan sayangnya kepada Islam dengan menjaga surau dan masjid jangan dinoda oleh sesiapapun. Baguslah tu.

Tetapi bab menjaga hukum islam dalam perundangan dan kemasyarakatan, tidak pula beria-ia sangat. Malah banyak pula dalihnya. Bab judi yang tentunya haram, tak pula dilawan habis-habisan.

Agaknya, inilah dikatakan iman separuh, kafir separuh..

Thursday, August 26, 2010

RELAKAH UMNO HILANG KUASA?

Bersediakah Umno/BN kalah dalam PRU 13 nanti. Adakah mereka akan patuh dengan keputusan demokrasi.  Apakah mereka rela  hilang kuasa dan peluang membuat harta.

Kok mereka akan mendharuratkan negara dengan menggunakan tentera. Apakah tentera akan berkecuali terhadap   politik.

Sekarang pun Umno/BN tidak menghormati demokrasi? Bagaimana jika mereka hilang kuasa di peringat Persekutuan?

Kena bersedia jika berlaku senario ini. Maka kita mahu menang besar bukan majoriti tipis. KENA KERJA KUAT. PR TAK ADA MASA GADUH SESAMA SENDIRI.

Wednesday, August 25, 2010

GUAN ENG PUNYA FASAL

Lim Guan Eng punya fasal, maka Najib terpaksa mengumumkan  sumbangan duit raya sebanyak RM 500.00 kepada kaki tangan awam.

Macam tu lah, lawan cara baik. Rakyat juga yang untong!!!

SELAMAT TINGGAL UMNO

Ketika Nabi Adam a.s punya dua orang anak lelaki Qabil dan Habil pun,  manusia tidak boleh bersatu. Inikan pula umat Melayu yang sudah berjuta.

Selagi satu golongan mendokong kebenaran dan satu golongan lain mendokong kebatilan, maka tidak mungkin boleh bersatu. Bersatu atas nama bangsa dan ugama adalah satu utopia, selagi manusia menolak kebenaran.

Jika Umno masih mengamal  budaya rasuah, menindas Kelantan (kes wang rayalti), penggalak judi, mengamalkan pembaziran dan memanipulasi sistem kehakiman, janganlah berangan nak ajak Pas bersatu atas nama Islam atau Melayu. Boleh bolayanlah.

Masa Umno gagah, tak pernah pun nak ajak bersatu. Apabila nak mampus, baru terjerit-jerit "bersatulah Melayu".

Tuesday, August 24, 2010

50 tahun merdeka - 1

Tanggung jawab utama sang pemerintah ialah membantu golongan miskin dan tertindas tanpa dikriminasi   kaum dan agama. Rakyat miskin dan tertindas sepatutnya diangkat sehingga mampu berdikari dan melepasi tahap keperluan minima kehidupan. Baget untuk golongan ini sepatutnya diutamakan. Mengapa selepas 50 tahun merdeka, isu kemiskinan masih belum selesai?

Adajah wajar negaraku yang ada KLCC mewah, tetapi disudut kampong, ada orang yang masih menderita?

Inilah yang dikatakan agihan yang tidak adil atau tidak cekap.

Monday, August 23, 2010

PRA-SYARATNYA TAKWA

Kita nak tunjukkan Islam ugama unversal dan rahmat sekalian alam. 

Kita nak tunjukkan keadilan Islam. 

Kita nak tunjukkan kebaikan pemerintahan atas nama Islam.

Bagaimana? 

Kalau pemerintah tidak bertakwa, tidak mungkin keadilan boleh dilaksanakan. Bukan sahaja keadilan kepada bukan Islam tetapi kepada umat Islam pun tak mungkin. Tanpa takwa,  khazanah negara  diagihkan hanya  kepada gengnya sahaja!!!!

Kalau pemerintah tidak bertakwa, wang negara dibelanjakan secara membazir dan sentiasa "bocor" sahaja.

Kalau jurang pendapatan begitu besar, itulah tanda agihan yang tak betul. Bukan sukar menilai ekonomi negara ini. Lihat sahaja ada syarikat untung berbilion dan ada rakyat hidup terlantar.

Bukannya negara tak cukup wang, tetapi wangnya berpusing sekitar "puak'nya sahaja. Begitulah maksud al-quran.

Sunday, August 22, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI

Ada seorang Raja  beragama Islam  tetapi zalim, membazir, tak menjaga kebajikan rakyat dan menghalang kerja-kerja dakwah.

Ada seorang Raja yang kafir tetapi adil, berhemat,  menjaga kepentingan rakyat  dan tidak menghalang umat Islam berdakwah.

Mana satu mahu disokong?

Friday, August 20, 2010

YANG UMNO SUKA

Sejak berzaman, pihak Umno melalui media perdana akan sentiasa  mengapi-apikan  pergaduhan antara Pas  dengan bekas ahlinya yang  telah  keluar parti.   Ianya berlaku sejak era penubuhan  Berjasa  sehinggalah  ketika  Dato Asri  dan  Nakhaei   merajuk keluar dari Pas.  Setiap   hari media perdana  akan sentiasa mengadu-dombakan antara Pas dengan bekas ahlinya.

Kini PKR pula menerima nasib yang sama. PKR kena layan Ezam dan rakan sewaktunya  setiap hari. Selepas Chandra Muzaffar, kini giliran Ezam pula menjadi pelakon utamanya.  Bukan mudah  bagi Ezam  nak membuktikan kesetiaannya    kepada Umno.  Lebih kurang sama jugalah ketika Anwar masuk Umno dahulu - hari hari  kena  pelekehkan Pas. Woooo.

Apa boleh buat. Itulah politik. Sama-sama melanyak. Ha ha

Thursday, August 19, 2010

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT - 1

Apakah janji PR pada  PRU 13 akan datang?

Pertama :  MENGHAPUSKAN AKTA ZALIM ISA 

Kedua : MENGHAPUSKAN AKTA  UNIVERSITI YANG MEMBODOHKAN MAHASIWA

Ketiga: MENGHAPUSKAN AKTA CETAK/PENERBITAN YANG MENGHADKAN HAK  DEMOKRASI RAKYAT

Lagi ?  Apa yang anda mahukan?

Saturday, August 14, 2010

KALAU KAU BUKAN ISTERI SANG KHALIFAH

Umar Abd Aziz memerintah kurang lebih 3 tahun sahaja. Kerana keadilannya maka ia dianggap sebagai Khulafak Ar Rasyidin yang kelima dalam sejarah Islam. Walaupun Bani Ummayyah dan Abbasiah memerintah sekian dekad, tidak ada nama setanding dengan namanya.

Keadilan Umar Abd Aziz   terus harum  sehingga kini. Isterinya yang diber hadiah oleh seorang rakyat, dimarahi oleh Umar Abd Aziz. "Kalau kau  bukan interi kepada Khalifah, mereka tidak akan memberi hadiah kepada engkau", katanya. Sekarang lihatlah sang menteri, exco, dan pegawai awam menerima pelbagai hadiah - bukan  sekadar sejambak bunga, tetapi paling kurang tiket main golf di Jakarta!!!!

Yang peliknya Lim Guan Eng mewar-war nama Umar Abd Aziz untuk dicontohi tetapi pimpinan Pas tak "berani" menyebut namanya. Malah secara diam-diam, katanya nak ikut Muawiyah. Alahai!!!!

Thursday, August 12, 2010

MAHASISWA BELUM BALIGH

Mahasiswa tidak boleh berpolitik. Mereka belum  "baligh" lagi dalam dunia demokrasi. 
Dalam abad 21,  masih ada undang-undang kartun  macam ini. Rasanya kes ini perlu di bawa ke PBB supaya diistiharkan kepada dunia bahawa mahasiswa boleh berpolitik. Lantak merekalah jika tak lulus periksa jika sibuk berpolitik!!!. Dah "baligh", apa yang nak dirisaukan.

Friday, August 6, 2010

AKHLAK - PR DI MANA

Mengukur kemajuan negara dengan  pelbagai cara. Ada guna indikator KDNK, Pendapatan Perkapita, Nilai Pelaburan Asing, Kadar Pengangguran dan lain-lain. 

Yang jarang diambil kira ialah tahap "akhlak" rakyat.  Jika dengan banyaknya  kes zina, kes buang  bayi/anak zina, kadar cerai, penghisap dadah, peminum arak, rasuah dan tegar judi - maka tahap kemajuan negara, bukan semakin menaik tetapi semakin menurun. Bukankah Rasulullah dibangkitkan untuk "menyempurnakan akhlak?"

Malaysia di mana sekarang?

Apakah Pakatan Rakyat pun akan jadi macam BN jika tak memfokuskan isu akhlak ini?

Wednesday, August 4, 2010

TOLONG INGAT

Peringatan kepada rakyat Malaysia, apabila memandu kereta bersama isteri, jangan bawa pistol. Takut penjenayah gunakan pistol tersebut menembak anda berdua.

Jangan menyusahkan Polis Malaysia yang sibuk  nak tangkap orang berdemo anti ISA.

Tolong ingat!!!!