Thursday, April 30, 2009

SIAPA KETUA PEMUDA PAS

Sah Salehudin Ayub meninggalkan Dewan Pemuda Pas Pusat. Beliau tak menamakan siapakah calun penggantinya untuk mengisi jawatan ini.

Antara calun yang disebut-sebut berminat dengan jawatan ini ialah Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda Pas sekarang, Ustaz Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Kelantan dan Dr Mujahid Yusof, AJK Pas Pusat.

Adakah perwakilan akan menaikkan pangkat Tantawi atau mencari nakhoda baru dari luar saf kepimpinan Pemuda Pas Pusat kini dengan memilih Dr Mujahid Yusof. Ustaz Zaki Ibrahim nampak lebih sesuai sebagai Timbalan Ketua.

MOHAMAD SABU KONSISTEN MENGGERAK PERUBAHAN

Antara ciri utama pemimpin politik ialah kemampuan dan konsistennya menggerakkan kesedaran dan berkerja merubah pemikiran rakyat dalam arus politik negara. Hanya orang yang sentiasa bergelumang dengan pelbagai isu politik negara yang berkemampuan membaca dan menganalisa strategi politik dan menentukan tindakan selanjutnya dan sekaligus menimbang apakah ianya selaras dengan dasar dan prinsip perjuangan parti.

Tuan Haji Mohamad Sabu merupakan pejuang politik Pas sejak zaman 70an dari era kepemudaan yang sentiasa kritikal dengan pucuk pimpinan parti sehingalah diberi tanggung jawab sebagai Naib Presiden Pas sejak dua penggal yang lalu.

Antara beberapa calun pilihan Timbalan Presiden kali ini, kita wajar mengaku dengan jujur bahawa Tuan Hj Mohamad Sabu adalah calun yang mempunyai kelebihan dalam aspek mengggerak perubahan masayarakat sepanjang masa. Hidupnya diabadikan untuk parti tanpa penat dan lelah. Tanpa beliau dunia politik adalah sunyi. Suaranya sentisa diperlukan oleh rakyat Malaysia. Apa maknanya menjadi pemimpin politik, jika anda turun ke bumi hanya sekali sekala sahaja ibarat dewi kayangan.

Selepas Hj Hadi menjadi Presiden, peranannya ketika sebagai Timbalan Presiden yang sentiasa menyedarkan rakyat gagal dilakukan oleh penggantinya. Maka Mohamad Sabu adalah pilihan terbaik bagi melaksanakan tugas tersebut. Dengan jujur kita kena akui bahwa calun lain tidak berapa serius dan mampu mengambil peranan ini. Berlaku jujurlah, hatta jika calunnya dikatakan sebagai ulamak pun.


Wednesday, April 29, 2009

UMNO BUNUH SISTEM DEMOKRASI

Jika perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak secara betul dan teratur sanggup dilanggari dan dikhianati oleh Umno/BN dengan menggunakan pejabat SUK dan polis FRU, maka jangan hairan jika Umno/BN akan gunakan polis dan tentera untuk tidak membenarkan PR mengambil alih pemerintahan negara pada 2012 jika PR menang majoriti nanti.

Itulah bayangannya yang akan terjadi pada 2012 nanti.

Pas dan PR kena berbuat sesuatu pada 7 Mei ini demi mengajar Umno/BN jangan kurang ajar kepada peraturan DUN Perak!!!!!

BETULKAH?

Betulkah golongan agama dalam Pas lebih cenderung berbaik-baik dengan Umno dari meranapkannya?

Fasal tu tak habis-habis lagi ada isu Kerajaan Perpaduan ini?

Bak kata Sayuti Omar; Umno ini - orang dah balik, baru nak buka pintu...

SPRM LEMAH

Oleh: Hj Mohamad Sabu, calun Timbalan Presiden Pas

Indeks rasuah begitu tinggi di negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan, sezaman dengan Malaya Merdeka. Negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Hong Kong adalah negara-negara "pariah" dengan rasuah.

Singapura yang mencapai kemerdekaan pada 1965 menjadikan "jihad" melawan rasuah yang dipelopori oleh regim Lee Kuan Yew.

Di penghujung pemerentah Lee Kuan Yew indeks rasuah menurut piawaian antarabangsa mencapai mata 9.5 per 10, yakni sebuah negara yang mencapai taraf rasuah di tahap kosong.

Tunku Abdul Rahman cuba membentuk Badan Pencegah Rasuah yang dipimpin oleh Tan Sri Harun Hashim dan memberi arahan supaya negara Malaya dikeluarkan dari senarai negara "pariah" dengan rasuah.

Harun Hashim begitu senang menjalankan tugas menghambat perasuah tanpa mengira kedudukan jawatan dan kedudukan orang yang disiasat untuk dibawa kepada pendakwaan.

Keharuman nama Badan Pencegah Rasuah lama-kelamaan semakin pudar terutama di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pendakwaan terpilih menjadi bahan mulut rakyat Malaysia.

Misalnya seramai 18 orang "jerung besar" yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan fail siasatan telah diserah kepada pihak Peguam Negara. Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mendakwa mereka yang berprofil tinggi yang terlibat dengan rasuah.

Setelah lama menunggu, tidak ada pendakwaan terhadap kes "18 SX" tadi kecuali terhadap Eric Chia. Janji awal pemerentahan Abdullah untuk memerangi rasuah, namun ia berakhir dengan pertumbuhan rasuah yang lebih "gemilang" di akhir pemerentahan Abdullah.

Sehingga timbul ungkapan jalanan terhadap kerajaan Abdullah: "Kalau di zaman Dr Mahathir rasuah di bawah meja, tetapi di zaman Abdullah, rasuah berlaku di bawah meja, di atas meja dan dengan meja-mejanya sekali." Ertinya, rasuah dan politik wang berleluasa di zaman Abdullah dan ia tidak dapat dikawal lagi.

Untuk membina imej antirasuah semula terhadapnya, sedangkan hal rasuah terus berleluasa, maka Abdullah di akhir pemerintahannya telah menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Harapan rakyat tinggi menggunung terhadap Abdullah dan kerajaan untuk mencegah dan membasmi rasuah.

Sepantas kilat SPRM menunjukkan wibawa dengan berjaya membawa dua orang Exco Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan. Kecekapan SPRM itu - walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Perak merasa gusar - saya sendiri amat kagum di atas ketangkasan mereka menjalankan tugas.

Wibawa SPRM sekali lagi terserlah apabila berjaya membongkar kes "salah guna kuasa" Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau sebagai TKM1 dan Adun.

Sekali lagi kecekapan SPRM terserlah apabila ia berjaya membongkar "salah guna kuasa" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu lembu korban dan penyalahgunaan kereta peribadinya. Walaupun ia pahit bagi Pakatan Rakyat tetapi kita salute (tabik hormat) di atas kecekapan SPRM.
Kesungguhan SPRM untuk mencegah dan membasmi rasuah yang begitu hebat berleluasa kini telah tercemar teruk.

Jawatan kuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibentuk kerajaan Selangor untuk menjalankan penyiasatan terhadap penyalahgunaan wang oleh bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya terhadap wang Balkis (Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat) telah menemui unsur penyelewangan dan ini amat mengejutkan semua pehak.
Penyalahgunaan wang GLC, wang dana Balkis nampak begitu ketara. Namun, yang menghairankan kita, mengapa SPRM tidak mengetahui penyelewengan ini?

Hairan bin Ajaib apabila badan secekap SPRM tidak mengetahui unsur penyelewengan (rasuah) sebegitu rupa berlaku di Selangor. Jawatan kuasa disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithaudin rupa-rupanya lebih berwibiwa daripada SPRM dalam membongkar rasuah dan mendedahkannya kepada orang ramai, berbanding SPRM.

Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana rasuah tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh SPRM. SPRM tak ubah seperti sebuah badan seumpama "kelab menyokong Umno" yang dilabelkan oleh rakyat sekarang ini. Wibawanya hilang sama sekali ditelan dengan hilang kewibawaan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.

KONSISTENLAH

Menarik wawancara Harakahdaily dengan Timbalan Mursyidul Am Pas. Hujah kena konsisten. Tambahan pula jika yang mengeluarkan pendapat itu orang yang di lihat amat dihormati dan dikagumi.

Hasan Shukri dahulu boleh diganti sebagai Timbalan Presiden. Tidak ada ayat minta ditampong kelemahannya. Kini apabila Nasarudin mahu diganti, keluarlah ayat pemimpin yang lemah perlu ditampung.

Konsistenlah!

Lemah kekadang boleh kita maafkan. Tetapi sampai bengap dan selalu gatal kepala merosakkan dasar Pas, tak dapat kita maafkan...

Tuesday, April 28, 2009

SPR LEMBABKAN EKONOMI

Berbelanja merupakan salah satu strategi merancakkan ekonomi. Kerajaan kena berbelanja. Rakyat kena berbelanja. Organisasi kena berbelanja. Berbelanjalah dengan betul dan jangan membazir. Ia memberi manafaat ekonomi.

Apabila SPR tidak menggalakkan himpunan beramai-ramai ketika hari penamaan calun PRK Penanti, maka perbelanjaan awam tidak akan terjadi. Betapa rancaknya ekonomi jika 100,000 orang yang datang ke Penanti nanti:

  • Jualan petrol meningkat
  • Jualan di warung makanan pak cik-mak cik dan restoran mamak meningkat
  • Jualan air mineral meningkat
  • Jualan T-Shirt meningkat
  • Kutipan Tol Plus meningkat, ini yang tak syok ni.
  • Hotel penuh
  • Jualan alatan kempen meningkat
  • Pencetak dapat tempahan
  • Jualan Harakah dan Suara Keadilan meningkat
  • Wartawan akhbar, radio dan TV dapat elaun kerja lebih masa.
  • Polis FRU dapat elaun lebih.

Betapa meriahnya ekonomi apabila ada PRK. Mengapa SPR menghalang himpunan - melembabkan ekonomi. Biar orang ada duit berbelanja. Yang buat Pesta Buku, Konsert, Sure Heboh - adalah kerana nak meriahkan ekonomi. Ha ha ha. ITULAH TEORI KEYNES - BERBELANJA MERANGSANG EKONOMI. Betapa bangangnya SPR dahhhh

PENDANG CALUN MOHAMAD SABU

Kalau Pas Pendang mencalunkan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas, ia memberi makna yang cukup besar dalam arus mengisi kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini. Mengapa?

Pas Pendang adalah Pas paling kuat di Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abdul Rahim, yang juga selaku Ketua Dewan Ulama Pas Kedah. Saya pernah mengaji kitab Jundullah karya Said Hawa dengannya pada zaman 80an, ketika bertugas di Kedah satu masa dahulu.

Apakah TG Hj Ab Rahim tidak faham konsep kepimpinan ulama sehingga meletakkan Mohamad Sabu sebagai TP Pas?. Apakah Mohamad Sabu memenenuhi syarat keilmuan untuk menjadi TP dalam Pas?. Sudah tentu ada perkiraan lain yang sedang difikirkan oleh TG Hj Rahim ini.

Memang kita memerlukan ulama untuk mengisi dua jawatan utama dalam Pas. Tetapi masa kini tidak ada calun yang memenuhi kriteria yang selengkapnya. Kita bukan sahaja mahu ulama yang berilmu tetapi kita mahu seorang yang dilihat mampu mempertegaskan dasar dan prinsip parti kita dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus dilihat mampu meraih sokongan rakyat terbanyak.

Jika orang yang dilihat semacam ulamak, sanggup mengalpakan dasar dan prinsip perjuangan kita, maka adalah lebih baik kita memilih seorang yang bukan ulamak tetapi konsisten dengan dasar dan prinsip perjuangan parti. Mungkin ini yang cuba dikatakan oleh TG Hj Abdul Rahim apabila menyokong Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas. Semacam ada kekosongan calun dari kategori ulamak dalam Pas kini untuk memenuhi perjuangan Pas yang kini semakin diterima oleh golongan bukan Melayu dan Mohamad Sabu dilihat sebagai jambatan terbaik.

Monday, April 27, 2009

MOHAMAD SABU: HARAPAN SASTERAWAN MUDA

Faisal Tehrani seorang sasterawan muda, penulis novel yang produktif berbakat besar dan dilihat berpotensi menjadi Sasterawan Negara pada masa hadapan. Kekadang ia menulis hal-hal politik dan begitu kritikal dan tajam pandangannya terhadap Pas. Namun tidak menghalang ia melihat betapa Tuan Hj Mohamad Sabu sepatutnya diangkat sebagai calun Timbalan Presiden Pas.

Baca di sini.

Sunday, April 26, 2009

PAS TAMPIN CALUNKAN MOHAMAD SABU

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tampin mencalunkan Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.

Manakala bagi jawatan bagi Naib-Naib Presiden yang dicalunkan ialah Husham Musa, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad.

Bagi jawatan lain diserahkan mandat kepada Jawatan Kuasa baru sessi 2009/2011 untuk mencalunkannya.

Demikian dilapurkan oleh Yang Di Pertua Pas Tampin, Ustaz Zakaria Khalim, yang terus diberi mandat lagi sebagai YDP. Beliau juga Timbalan Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan.

Mesyuarat Agung Pas Tampin berakhir pada jam 2 petang tadi dan dirasmikan oleh Pesuruh Jaya Pas NS.

Saturday, April 25, 2009

BN TAK ADA MIDFEILD

Dalam bola sepak, pemain tengah atau midfeild amat penting. Dalam politik, golongan umur 3oan bolehlah dianggap pemain tengah. Mereka masih muda, sudah ada pendapatan berdikari dan ada impian sebuah negara yang bersih dan adil. Kebanyakan mereka ada dalam Pas dan PKR.

Dalam Umno, golongan ini mengejar kekayaan dengan cara mudah, mau kontrak, mau AP dan komisyen sebagai orang tengah. Bukan impian mereka masuk dan aktif dalam Umno untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara. Lantaran itu Umno kekurangan pekerja ikhlas dan bersedia berkorban untuk partinya.

Dalam PAS dan PKR, majoriti ahli-ahli misfeild ini berkorban untuk pemimpin dan partinya. Tetapi dalam Umno, pemimpin dan partinya kena bagi makan kepada ahli-ahlinya sepuas-puasnya. Kalau tidak ahli-ahli mereka duduk rumah diam-diam.

Maka tidak hairanlah Najib tak bersedia bertanding di Penanti. Yang peliknya SPRM dan SPR jadi badan baruah, pengampu parti pemerintah dan bukan bertugas mengikut tugas hakikinya!!!!

Friday, April 24, 2009

MOHAMAD SABU DI HATI RAKYAT

Aris Awang, bekas Ketua Pemuda Pas Kedah, aktivis parti sepenuh masa, menolak tawaran menjadi calun pilihan raya, pembahas muktamar Pas yang kritikal, penjual kerepek bilis, lulusan ITM, menulis hal Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Klik di sini.

Thursday, April 23, 2009

DAP SAYANG MOHAMAD SABU

Mohamad Sabu jadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan dibayar elaun RM 1,500.00 mengikut berita Utusan Meloya.

Alamak, kerajaan Pas Kelantan dan Kedah pun tak lantik Mohamad Sabu sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat di bawah kerajaan negeri berkenaan walau pun beliau mengabdikan diri untuk perjuangan Pas? Sebaliknya kerajaan DAP Pulau Pinang pula yang melantik Mohamad Sabu sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kelakar tu. Nik Aziz dan Azizan tak ingat dan kesian kat Mohamad Sabu ke.

Alamak, elaun RM 1,500 sahaja ke. Ingatkan RM 15,000!!!!.

Elaun perjalanan pun ada. Itu kan amalan biasa, bukannya buat tuntutan palsu oi.

MOHAMAD SABU MENONGKAH ARUS

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno pada 1982, turut memukau para ustaz dan golongan pro islamik dalam negara ini. "Perjuangan dari dalam" menarik minat ramai orang termasuk ABIM dan geng IRC. Pas semacam diasak dengan mazhab pemikiran ini.

Pas terus berjuang meyakinkan rakyat bahawa perjuangan dari dalam akan meranapkan siapa pun walaupun siapa tokohnya. Ustaz Fadhil, Hj Hadi dan Mohamad Sabu adalah penceramah utama yang sentiasa menarik perhatian rakyat bahwa Umno/BN merupakan sebahagian dari sistem yang mendokong kebatilan, kezaliman dan ketidakadilan. Usaha berterusan oleh tiga tokoh utama ini, walaupun tidak menampakkkan kejayaan tetapi mulai 1990 telah menampakkan kejayaan yang signifikan sehinggalah Pas mampu memenangi PRK Parliman Arau pada 1997, ketika mana Anwar dikemuncak hirarki kepimpinan Umno.

Imej Islam yang cuba dimasukkan oleh Anwar dalam Umno berjaya didedah dan dibongkar oleh Mohamad Sabu secara serius dan kekadang dengan cara lawak sahaja. Siapa yang tak ingat bisanya perli Mohamad Sabu dengan isu "assahamhikom", "islam maknawiyah wal saadiah" dan pelbagai istilah lagi. Gaya dan stail Mohamad Sabu bisa menghalang kelajuan Anwar dalam politik negara pada masa itu.

Walaupun Mohamad Sabu adalah rakan SeAbim dengan dengan Anwar, Mohamad Sabu tetap tidak bersama dengan Anwar kerana prinsip perjuangan islam yang "tidak menghalalkan cara", "mendukung kepimpinan bertakwa" dan "bersifat jamaah".

Kini Mohamad Sabu menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Pas dengan hasrat menjadi benteng utama kepada Pas demi Pas terus kekal dan istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangannya. Walaupun Mohamad Sabu bukan dari pendidikan agama, tetapi kelantangannya dalam memelihara Pas sebagai harakah islamiah lebih jelas dan jitu pendiriannya berbanding dengan mereka yang dari aliran agama.

Mampukah ahli Pas menerima Mohamad Sabu, orang yang bersama dengan denyut perjuangan Pas sejak kepimpinan Ulama sehingga kini, sebagai Timbalan Presiden Pas?


Wednesday, April 22, 2009

MOHAMAD SABU PENGGERAK KEPIMPINAN ULAMAK

Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1982 mencetuskan idea sehingga terlaksana era Kepimpinan Ulamak dalam Pas Pusat dan ranaplah saki baki pemimpin yang mendokong fahaman asobiyah Melayu dalam kepimpinan Pas Pusat.

Walaupun Mustafa Ali yang menjadi Ketua Pemuda ketika itu tetapi insan yang menjadi orang kuat dan menggerak arus Kepimpinan Ulama melalui DPPP ialah anak muda bernama Mohamad Sabu.

Kini, selepas Pas semacam hilang taring dalam jawatan Timbalan Presiden, maka Mohamad Sabu bersedia mengisinya. Mohamad Sabu bisa membawa arus rakyat.

Tuesday, April 21, 2009

SIAPA CALUN PAS TEGAR

Ustaz Harun Taib dijangka akan mengetuai Dewan Ulama semula. Maka beliau tidak berhajat melawan Nasarudin lagi.

Jika ada pencalunan, Uztaz Azizan Razak pun akan menimbangkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Jika banyak pencalunan, Husham pun akan bertanding Timbalan Presiden Pas juga.

Yang pasti Mohamad Sabu sudah bersedia mencabar Nasarudin bagi mempastikan Pas di landasan "tidak endorgan dan tidak mukabalah".

Monday, April 20, 2009

SYARAT NAK SELAMATKAN PAS

Pas bukan sekadar parti politik biasa tetapi ia juga sebuah harakah islamiah yang mempunyai matlamat dan prinsip perjuangan yang murni. Dalam mengharungi persaingan politik dalam negara demokrasi yang caca marba seperti Malaysia, ia memerlukan barisan pimpinan yang tegar dengan prinsip perjuangan tetapi fleksibel dalam strategi.

Walaupun Pas ada Majlis Syura, dasar Pas belum tentu terjamin kemurniannya kerana induvidu yang berpengaruh bisa merongkainya. Isu mukabalah dan kerajaan perpaduan sejak setahun lalu menampakkkan Pas tak tentu hala arahnya.

Bagaimana nak selamatkan Pas. Kita mahu pemimpin yang tegar Pas - tidak condong ke mukabalah dan tidak tergila dengan "orang itu". Jangan Pas yang kena bertolak ansur sahaja tetapi pihak lain pun kena bertolak ansur juga dengan kita.

Jika Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJKnya tergila-gila nak memerintah sehingga melupakan dasar parti, maka ahli parti kena buat perubahan. Buatlah kerja sedikit untuk menyelidik siapakah pemimpin yang kita yang terbaik, bukan sekadar mengikut arus media pro BN.

Sunday, April 19, 2009

MOHAMAD SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS

Pas Bukit Bintang mencalunkan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai calun Timbalan Presiden Pas pada Mesyuarat Agung Kawasannya di Taman Melewar pada 18 hb April 2009.

Manakala itu Pas Selayang mencalunkan Dr Harun Din sebagai Timbalan Presiden. Pada minggu lalu, Pas Temerloh mencalunkan Uztaz Azizan Razak sebagai Timbalan Presiden.

Semacam ada mahu perubahan dalam jawatan ini.

Saturday, April 18, 2009

ORANG PAS MACAM UMNO

Orang Pas pun macam Umno juga. Opps jangan marah. Bukan dalam kes rasuah tetapi dalam kes mencalunkan nama dalam pimpinan Pas Pusat.

Jika tokoh tu berjawatan dalam kerajaan, maka banyaklah pencalunan yang akan diterimanya. Sebenarnya tak sama kelayakan jawatan dalam parti dan jawatan dalam kerajaan. Tetapi sindrom "Mawi" tetap melanda dalam Pas. Yang selalu keluar namanya dalam media, itulah yang diingat oleh orang Pas untuk dicalunkan sebagai pimpinan mereka...

Friday, April 17, 2009

CUKUP DAH PRK

BN dah letih mengharungi PRK. Kesian juga membaca pelbagai kenyataan pemimpin BN terhadap kes Fairus di Penanti. BN tidak berselera dengan PRK lagi walaupun kerusi yang bakal ditandingi ialah kerusi PKR.

PKR ada sebab utama untuk mengosongkan kerusi itu. Fairus dikatakan akan didakwa oleh SPRM. Ia juga tidak berkesan sebagai ADUN. Maka eloklah berhenti dari menjadi ADUN. Ini baru gentleman dalam politik.

BN bukan tak sanggup mengeluarkan wang untuk pilihanraya ini. Tetapi tak sanggup maruahnya dicemari lagi. Cukup dah kalah 4 kali dalam PRK dalam tempoh 6 bulan ini. Ha ha .

Thursday, April 16, 2009

USTAZ ALI HANAFIAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ustaz Ali Hanafiah, veteran Pas Negeri Sembilan meninggal dunia selepas maghrib tadi.

Beliau merupakan aktivis utama Pas di Negeri Sembilan sejak era 70an lagi. Allahyarham menjadi Yang Di Pertua Pas Kawasan Tampin dan Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan.

Kebolehannya berceramah, memimpin usrah, mengajar dan aktif dalam ekonomi, suatu yang sukar ditandingi oleh pemimpin Pas masa kini. Walaupun beliau orang yang awal dalam menggerakkan Pas di Negeri Sembilan, beliau sentiasa mengalu-alukan tokoh-tokoh baru memimpin Pas dan sedia bekerjasama dengan terbuka.

Yang mengkagumkan, beliau juga terbuka dengan pelbagai aliran ilmu dalam Islam dan menjadi pendokong utama Gerakan islam di Iran.

Alfatihah untuknya. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan merahmati rohnya. Amin.



Wednesday, April 15, 2009

SIAPA BERANI LAWAN NASARUDIN ISA

Muktamar Pas akan menjelang tiba. Ramai yang akan menawarkan diri memegang amanah pelbagai jawatan dalam parti. Orang Pas tak kata menawarkan diri. Ha ha.

Jawatan Naib Presiden ke bawah tak menjadi fokus perbincangan kerana ramai yang terasa layak. Yang ada "Dr", mengatakan dialah layak kerana ada "Dr". Yang lama dalam Pas, megatakan dia paling layak kerana sudah lama berbakti dalam Pas. Syok mendengar hujah penyokong calun yang bakal bertanding. Yang pasti tetap ada manusia yang perasan dengan kebolehan mereka walaupun ada yang bengap politik dan pemalas bekerja untuk parti.

Yang kita nak tengok siapa yang sanggup lawan Timbalan Presiden Pas sekarang. Tak nampak apa pun sumbangannya yang signifikan. Berceramah - numpang popular TG NIk Aziz, Hj Hadi dan Mohamad Sabu sahaja. Kerja di PRK - setakat keluarkan kenyataan akhbar sahaja. Setakat mengiring Presiden tak payah jadi Timbalan Presidenlah. Yang kita tahu, Timbalan ini dok main kenyit mata dengan pimpinan Umno sahaja!!!

Apakah Husham Musa atau Mohamad Sabu sanggup menerima tawaran untuk bersaing mengisi jawatan Timbalan Presiden Pas? Pencalunan sudah ada.

MENGAPA MECD DIMANSUH

TEKUN dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD)

Setiap kali Pilihanraya Kecil, pegawai Tekun masuk kampung bagi duit percuma sahaja kepada orang kampong tertentu. Mereka hanya perlu sign borang permohonan sahaja. Tak perlu bayar pinjaman semula.

Selepas tu, Tekun pun hapuskan pinjaman itu. Maka dikatakan projek gagal kerana benncana alam. Ha ha. Lagi banyak PRK, lagi banyak duit Tekun ranap. Entah bila Tekun hendak berjaya menolong peniaga kecil di kampong tak tahulah. Yang hendak tak dapat. Yang tak perlu diberi pinjaan percuma...

Fasal tu lah, ada orang perli sinis Najib, tutup ajalah Tekun. Tetapi Najib menunjukkan kecekapan dan tindak balas segera, tutup MECD sekaligus. Ha ha.

Tuesday, April 14, 2009

NOKTAH: TIADA LAGI KERAJAAN PERPADUAN

KUALA LUMPUR, 14 April: "Titik. Tidak ada lagi kerajaan perpaduan selepas Najib jadi PM."

Itu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang Ahad, 12 April lepas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Siasah difahamkan, keputusan ini dicapai apabila beberapa ahli mesyuarat membangkitkan isu ini dalam mesyuarat tersebut.

Sumber: SIASAH

CINA BERSATU MELAYU BERPECAH - 1

Pemimpin Umno dan media Melayu mengatakan Cina bersatu dan Melayu berpecah tiga dalam politik negara. Sekarang, Cina yang minoriti boleh menentukan siapa akan menang dalam pilihan raya.

Melayu diminta terus bersatu menyokong Umno/BN walaupun pemerintahannya tidak islamik, zalim, penuh rasuah, kronism, menghancurkan Bahasa Melayu. Bagi mereka Umno perlu disokong demi Melayu walau apa pun keburukan dan kelemahan yang dilakukan oleh Umno/BN. Inilah doktrin yang diasak kepada pengundi Melayu selama ini; teruslah mengundi Umno/BN demi Melayu walau pun mereka sedar Umno itu mendukung 1001 penyelewengan.

Doktrin jahat mereka mengatakan jika Pas atau PKR yang memerintah, ianya bukan Melayu. Pas dan PKR tak boleh menang kerana sokongan DAP dan pengundi Cina; ianya salah. Tetapi kalau Umno menang kerana didukung oleh MCA dan pengundi Cina, tak mengapa dan bukan jadi alat kepada MCA atau alat Cina!!!! Apa punya turrr dahhh

Sunday, April 12, 2009

RAKYAT ATAU KAPITALIS KEPARAT

Pas vesi lama, era sebelum Kepimpinan Ulama, sentiasa melanyak Umno kerana Umno gagal memajukan Melayu/bumiputera dan kerap tewas dengan asakan dan permintaan MCA atau golongan Cina dalam politik negara.

Selepas PRU 12 dan 4 kali PRK di Semenanjung, Umno pula yang menggunakan isu PKR dan Pas tunduk kepada permintaan dan asakan golongan Cina pula. Dan isu inilah yang dimainkan oleh media pengampu BN, Utusan Meloya sejak akhir-akhir ini.

Sebenarnya bukan isu Melayu atau Cina dalam poltik masa kini. Isunya ialah KEPENTINGAN DAN KEHENDAK RAKYAT TERBANYAK yang perlu dipenuhi oleh sang pemerintah, tak kira siapa pun.

Rakyat perlukan peluang pendidikan percuma - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan peluang kesihatan percuma - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan peluang memiliki perumahan dengan kos terendah - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan jaminan keselamatan - tak kira Melayu atau Cina

Rakyat perlukan keadilan - tak kira Melayu atau Cina.

Jika yang dapat dan memonopoli sesuatu peluang itu seorang dua Melayu atau Cina sahaja - bukan itu yang kita mahu. Jika satu projek bernilai 1 bilion boleh di kongsi pelaksanaannya oleh 20 kontraktor, mengapa ditetapkan kepada satu orang sahaja.

Jika projek air ketika di bawah pentadbiran kerajaan yang kurang cekap pun boleh untung dan mampu menampong kos pentadbiran 7 jabatan lain, mengapa ianya diserahkan kepada satu orang sehingga gaji Pengerusi Eksekutifnya RM 400,000 sebulan, yang bisa membayar gaji 40 orang Pengurus Besar di syarikat lain?

Ya, isunya ialah kepentingan rakyat terbanyak bukan kepentingan seorang dua kapitalis keparat.

Saturday, April 11, 2009

BILA KALAH LETAK JAWATAN

Sedap dengar ayat politik "bila kalah, pemimpin parti kena letak jawatan".

Yang hairannya ayat ini selalu ditujukan kepada pemimpin Umno tetapi tak pernah berlaku pun. Liat sungguh pemimpin parti Umno nak letak jawatan, baik Mahathir atau Pak Lah.

Yang selalu amalkan ayat itu ialah Lim Kit Siang. Bila DAP kalah teruk, dia letak jawatan tetapi dipujuk untuk kekalkan jawatan.

Yang tak pernah amalkan ayat itu ialah pemimpin Pas. Ha ha. Mana ada pemimpin Pas yang menawarkan diri jika kalah pilihan raya. Malah mereka berkata " mereka akan berjuang sehingga mati, demi Islam".

Apa macam?

Friday, April 10, 2009

HATI KUMAN SAMA DICECAH

Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (MECD) telah dimansuh oleh Najib pada petang semalam. MARA adalah antara agensi utamanya.

Jabatan dan Agensi di bawah MECD kini ibarat kerajaan Passola juga, sedang menunggu arahan akan diserap ke mana.

MECD dilihat sebagai agensi yang membantu bumiputera. Tidak salah membantu bumiputera, malah Prof Ungku Aziz mengatakan kerajaan perlu membantu bumiputera sehingga 100 tahun lagi.

Yang salahnya ialah dasar yang hanya membantu seorang dua bumiputera sahaja. Bak Kata Isa Samad, hati kuman sama dicecah tetapi hati gajah untuk aku seorang sahaja. Ha ha

KABINET RAKYAT

Kabinet Rakyat macam tiru Pakatan Rakyat sahaja bunyinya.

Yang jelas, ada yang telah DITOLAK rakyat tetapi dilantik menjadi anggota Kabinet Rakyat :

Shahrizat - kalah dengan budak di Lembah Pantai

Koh Tsu Kan - kalah satu negeri di Pulau Pinang

Awang Adek - kalah teruk di Kelantan

Moga-moga jangan merompak harta rakyat sudahlah - macam zaman Khir Toyo di Selangor - beli beg tangan bini pun RM 35,000!!!!!

Thursday, April 9, 2009

MAHATHIR BOLEH LENA

Dr M boleh lena dah.

Anaknya dah jadi Timbalan Menteri.

Tetapi yang penting Khairy tak jadi Menteri.

Ustaz Idris Ahmad tak payahlah bertanding di Jerlun lagi...

MOHAMAD SABU DI TAMAN MELEWAR MALAM INI

PENCERAMAH

Tuan Haji Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS)

YB Sdr Azmin Alim (Naib Presiden PKR)

Tuan Haji Mohamad Noor (Pesuruhjaya PAS Wilayah)

Ustaz Nazir Zakaria (YDP Pas Putrajaya)


TEMPAT

Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar

JAM 9 MALAM

ANJURAN

PAS Kawasan Putrajaya

SEMUA DIJEMPUT HADIR

KENA GANTUNG

Sumber: Mkini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya.

PEGAWAI KERAJAAN SEDIA BERUBAH?

Perubahan ke arah sebuah pentadbiran kerajaan yang baik memerlukan dua syarat yang utama. Pertama, pembuat dasar yang adil, telus dan merakyat. Kedua, pelaksana dasar atau pegawai dan kakitangan kerajaan yang akan menjalankan urusan harian.

Kini, sudah ada tanda-tanda rakyat menggunakan kuasa undinya untuk memilih calun atau parti yang benar-benar mendokong aspirasi rakyat.

Namun adakah pegawai dan kakitangan kerajaan bersedia memberi komitemen kepada perubahan yang dihajatkan?

Apa yang terjadi kepada GLC Selangor era Khir Toyo, wang rakyat digunakan oleh sang politikus tanpa soal. Ketua Jabatan jangan jadi pak angguk sahaja!!!

Wednesday, April 8, 2009

APA WAJAH KABINET NAJIB ESOK

Apakah wajah kabinet Najib esok?

Adakah dilihat bersih?

Adakah dilihat pro rakyat?

Adakah lebih cerdik?

Adakah orang Pak Lah akan digugurkan?

Apa nasib Khairy dan Mukhriz?

Dan adakah kabinet ini akan terus memusnahkan Bahasa Melayu....

JIKA NIZAR KALAH

Jika Mohd Nizar kalah di Bukit Gantang semalam, tentu syok kita mendengar ulasan pengampu BN khususnya Utusan Meloya.

Maka akan berkatalah Utusan Meloya:

-Rakyat hukum Nizar kerana derhaka kepada Sultan

-Orang Melayu tak rela diperkuda oleh DAP

-Hanya BN yang mampu membangunkan negeri

-Rakyat yakin dengan kempimpinan Najib

-Mahathir pulihkan Umno

- Rakyat tolak Anwar

- Pakatan Rakyat hancur

-dan 1001 pujaan terhadap BN. Dan sejuta kutukan terhadap PR lagi.....

Tuesday, April 7, 2009

PR MENANG 2 BUKIT

Hanya keputusan rasmi sahaja yang perlu ditunggu. PR menang secara congaknya.

Tahniah kepada pengundi.

Syabas kepada para petugas pilihan raya.

Wahai pemimpin parti PR, jangan kau hampakan aspirasi rakyat - KAMI MAHU PERUBAHAN. CANTAS SEGALA PENYELEWENGAN DALAMAN. JANGAN KAU CUBA SEMBUNYIKAN JIKA ADA.

MALAYSIA HARAMKAN TOPENG

Rasanya tiada negara dalam dunia ini yang mengharamkan sebarang topeng manusia yang sudah mati dijual kecuali di kawasan Parlimen Bukit Gantang sahaja.

Mari kita ketawa beramai-ramai. Malaysia Boleh!!!!

HANTU BERKELIARAN

Dilapurkan ramai sekali pengundi hantu berkeliaran di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Saya pernah diberitau oleh kekawan di Jabatan Kerajaan, JPN pernah berpakat dengan SPR untuk membuat KP khas untuk pengundi hantu ini.

Malah bekas Pengerusi SPR pernah mengaku dalam satu mesyuarat dengan IIM, bahawa Najib kalah pada PRU 1999 dan SPR menyelamatkannya....

Begitulah demokrasi Malaysia dan betapa bangsatnya sebahagian Ketua Jabatan Kerajaan yang jadi alat pemerintah BN tanpa ada ketelusan dan integriti.

PILIHAN RAYA BUKAN SEGALANYA

Pilihanraya bukan segalanya. Tetapi ianya wadah terbaik untuk rakyat menyatakan hasrat dan apa yang terpendam dihati. Pengundi mengundi calun pilihannya kerana pelbagai motif dan dorongan. Ada yang undi kerana parti. Mereka yakin partinya memperjuangkan matlamat yang betul. Mereka tetap memilih parti kerana mereka sebahagian anggota parti!. Mereka tak percaya kalau lawannya mengatakan parti mereka tak betul.

Ada yang mengundi kerana calun. Mereka lebih senang dengan calun tertentu. Mungkin kerana bersaudara. Mungkin kerana pernah bertegur sapa. Mungkin kerana aura calun yang kuat memikat. Mungkin kerana pernah termakan budi calun. Atau kerana pengundi terasa "senang hati" dengan seseorang calun tanpa sebab apa pun. Ha ha.

Yang saya teringat ialag Ahli Psikologi mengatakan orang suka seseorang kerana dia rasa orang itu macam dia juga. Jika dia amanah, maka dia suka seorang yang difikirkan amanah. Jika dia suka masjid, maka dia suka orang masjid. Jika dia profesional, maka dia suka orang profesional. Jika dia kaki tak kesah, maka dia suka orang kaki tak kesah. Ha ha.

Agaknya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, ramai orang jenis mana ya? Yang penting sejauh mana pengundi terbuka atau mencari info untuk menilai kebolehan calun. Malam tadi TV 3 mengatakan lebih 60% info diperolehi dari para bloggers. Adakah setiap isi rumah sudah ada internet untuk membaca blog. Yang saya tahu kawan-kawan sebaya saya, nak buka blog pun tak tau walaupun ada internet di rumah. Ha ha. Hanya anak mereka sahaja yang menggunakannya. Woooo

Monday, April 6, 2009

APA KATA SHAHNON AHMAD

Ikuti wawancara Suara Prima dengan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad:

? Bagaimana dengan status bangsa Melayu sekarang ini dari segi semangat nasionalisme di kalangan pada pemimpin utama kita?

++ Segala-galanya musnah dan reput. Nasioanlisme sudah terhakis; diganti secara melulu dengan seklularisme. Agama sudah terhakis diganti dengan materialisme yang melimpah ruah. Islam sudah terhakis, diganti dengan slogan Islam Hadhari dengan berbagai takaluf (berlebihan) dan tasyannuk (tokok tambah). Ukhrawi dengan segala keabdian diganti dengan duniawi yang serba sementara, sorak sorai. Para pemimpin kita asyik bersenda-gurau dan melatah.

? Maksud saudara musnah dan reput kerana penyelewengan?

++ Musnah dan reput kerana limpahruah kekayaan dan kemakmuran yang tak terjamin kesahihannya. Semuanya korap dan seleweng.

? Bagaimana dengan perjuangan Bahasa Melayu? Pelajaran Matematik dan Sains umpamanya masih kekal dalam bahasa Inggeris.

++ Perjuangan Bahasa Melayu memang perlu diteruskan dan Matematik serta Sains patut kembali diajar dalam BM tapi perjuangan Bahasa Melayu ini bukan titik-tolak perjuangan Bahasa Melayu yang pokok. Ia hanya secondary saja.

? Apa yang pokoknya.

++ Keimanan dan ketaqwaan yang diabaikan dan diremehtemehkan selama ini, yang hanya riuh dengan slogan saja. Buat apa kita bermegah dengan BM sedangkan status kita sebagai mukmin sebagai umat Islam keliru dan menjadi remeh-temeh, kerdil dan kontot. Buat apa kita bermegah dengan BM sedangkan bangsa kita berkehendak dengan rasuah, dengan jenayah yang tak habis-habis, dengan seks dan pelacuran yang terdedah, terbolos dan terbuka, dengan pembuangan bayi dan kemusnahan zuriat, dengan para pemimpin yang tak tahu malu dengan dadah dengan pendedahan aurat yang berleluasa.

? Apa lagi yang patut diutamakan selain bahasa Melayu

++ Banyak. Politik sekarang adalah politik pecahbelah dan politik murahan yang hanya mementingkan kuasa dan perut saja. Para pemimpin kita lebih banyak berjuang untuk diri dan sukusakat mereka dan sanggup membuat apa saja demi untuk kuasa.

? Ada jalan keluar dari kemelut sebegini teruk?

++ Kembali kepada Allah dalam ertikata yang sebenar. Kembali beriman dan bertaqwa. Hapuskan sekularisme dan uruskan materialisme dengan mengikut tuntutan syariat.

? Caranya?

++ Kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam erti kata menjalankan suruhan-Nya dan menolak larangan-Nya. Berseronok dengan berita gembira-Nya dan berdukalara dengan ancaman-Nya. Pelajari dari kiasan-Nya dan perumpamaan-Nya dan cerita nikmatnya yang terlalu banyak dalam kitab-Nya. Pelajari cerita zaman silamnya yang terakam dalam Furqan-Nya.

? Lebih khusus lagi caranya untuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.

++ Antaranya mendekati kaedah-kaedah ala Sufistik supaya lebih mendekati dan memahami alam metafizika. Beri kursus pendek kepada setiap individu terutama para pemimpin supaya sering mengingati mati dan membuat persediaan, untuk menghadapinya kerana inilah pesanan Rasullullah SAW untuk menjadi orang yang pandai lagi bijaksana. Bawa mereka berzuhud, menjadi duniawi bukan sebagai matlamat tapi sebagai keperluan untuk meneruskan perjalanan menuju kebahagiaan yang abadi.

Ajak mereka berqanaah, berpuas dengan rezeki yang ada. Bawa mereka bertafakur tentang keajaiban dan kerahsiaan penciptaan-Nya. Bawa mereka muraqabah (sentiasa teguh hati kepada Allah sebagai satu-satunya sumber pertolongan), kekalkan imuninasi (kekebalan ketaqwaan), pegang pada tali Allah dan jangan bertasyannuk (tokok tambah) dan jangan bertakalluf (melampaui batasan). Kursus mereka dengan makna-makna istilah yang sebenar seperti apa itu keuntungan yang sejati dan apa itu kerugian yang sebenar? Apa itu Aflaha (keuntungan), apa itu ilim sakinah (ketenangan) dan mutmainnah (tenteram hati), apa itu al-amnu (keamanan hati) As-salam (sejahtera), yastabsyir (kegembiraan yang sebenar) dan apa itu Su'idu (kebahagian yang sebenar)

YANG TAK PERNAH TERFIKIR

1980- Saya bertanya kepada Mohd Nor Manuty, aktivis Abim ketika itu - Bolehkah Pas bekerjasama dengan DAP untuk lawan BN yang terdiri pelbagai parti. Jawapannya - TAK BOLEH.

Hari ini - Pimpinan DAP bekerja keras memenangkan PAS dalam PRK Bukit Gantang. Baca di sini.

Ya, suatu yang tak pernah terfikir akan terjadi jua....

SPRM CEKAP DAH

Mengapalah penyokong PR mengatakan SPRM lembab.

Baca di sini, betapa cekapnya SPRM.

SELEPAS KELUAR ISA...

Sudah ramai yang kena tahan ISA. Tetapi yang kita hendak tahu apa perjuangan tahanan ISA selepas keluar ISA. Walaupun tak segera menyertai Umno, tetapi beberapa tahun selepas itu mereka menyertai Umno.

Anwar Ibrahim yang Islamis masuk Umno. Kassim Ahmad yang sosialis masuk Umno. Bagimana dengan geng Hindraf pula?

Sunday, April 5, 2009

FAKTOR NIZAR

Tinggal 2 hari lagi untuk kempen PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Sudah adakah isyarat siapa akan mendapat kepercyaan mojoriti pengundi?

Jika di Bukit Selambau dan Batang Ai; faktor parti menjadi fokus utama kemenangan. Tetapi di Bukit Gantang, calun menjadi faktor bonus kemenangan. Adakah Mohd Nizar selaku "bekas" MB akan menarik lebih ramai pengundi Melayu mengundi PR nanti?

Pejuang Bahasa pun sempat berkempen dalam isu PPSMI. Apakah rakyat Melayu sedar akan kepentingan isu ini. Jika rakyat Melayu tidak memahami dan tidak menyokong kempen Pejuang Bahasa ini, saya tak tahu apa akan jadi kepada tamaddun Melayu akan datang.

Saturday, April 4, 2009

APA ANWAR MAHU KATA MALAM INI

Suspen malam ini. Apa Anwar mahu dedahkan malam ini?

Konspirasi Najib?

Konspirasi Mahathir?

Konspirasi Ku Li?

Konspirasi Anwar-Ku Li-Hadi-Lim Kit Siang-Pak Lah?

Atau konspirasi Najib-Mahathir?

Entah-entah tarak apa pun. Ha ha ha.

Friday, April 3, 2009

Program Periksaan Salur Darah Percuma

Program Periksaan Salur Darah Percuma

TARIKH : 4 APRIL 2009 ( Sabtu )

MASA : 2.00pm - 5.00pm

TEMPAT: NO 1A, JALAN SARIKEI, OFF JALAN PAHANG, KUALA LUMPUR

TEL : 03-40244859 /03-40219590


MICROCIRCULATION TEST

Ujian ini akan menunjukkan keadaan kapilari ( salur darah paling halus ) dan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Lihatkan bagaimana keadaan kapilari darah dan bagaimana derasnya peredaran darah anda.

Melalui ujian ini, anda dapat mengetahui tahap kesihatan berdasarkan kualiti salur darah yang mungkin menyebabkan penyakit berikut :

  1. Penyakit Jantung
  2. Stroke ( Angin Ahmar )
  3. Buah Pinggang
  4. Kencing Manis
  5. Darah Tinggi
  6. Masalah Wanita dan Lelaki

Ujian ini TIADA SUNTIKAN, TIADA JARUM dan merupakan TEKNOLOGI BARU !

Pencegahan awal adalah lebih baik dari mengubati penyakit.

13 TAHANAN ISA BEBAS

Ada kawan bagi tau 13 tahanan ISA dibebaskan. Tak sempat nonton TV.

Seperti dijangkakan. Lepas tu 130 orang pula yang akan kena tahan. Macam DR M buat dulu.

Ha ha ha

30 HARI PERTAMA NAJIB

Apa Najib nak buat dalam masa 30 hari akan datang?


Tahanan ISA mana yang akan dibebaskan.

Ketua Pngarang akhbar mana yang akan berhenti.

Menteri mana yang akan dipencenkan

Dosa Anwar yang mana yang akan didedahkan

Syarikat mana yang akan dapat habuan kontrak besar

CEO GLC mana yang akan akan berhenti

Apa habuan baru untuk Pak Lah dan Dr M

Rosmah nak buat apa.....

Thursday, April 2, 2009

Surat Pimpinan Pakatan Rakyat Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato’ Rashid Din
3. YB Dato’ Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar

27. YB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato’ Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

ISLAM HADHARI BUKIT GANTANG

Umno memang konsisten memperjuangkan Islam. Kenapalah Pas tak faham-faham. Fasal tu nak buat Kerajaan Perpaduan agaknya. Baca di sini untuk mengetahui betapa seriusnya Umno memperjuangkan Islam.

ASALKAN PERUTKU PENUH

Umno dikaitkan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara. Perwakilan Umno yang berucap dalam Perhimpunan Agung Umno tempoh hari pun sudah tak percaya dengan perjuangan tersebut. Malah diperlinya secara kiasan sambil menunjukan isyarat mulut, bahu dan perut apabila menyebut perkataan agama, bangsa dan negara.

Jika kita berjumpa dengan anggota Umno peringkat bawahan, mereka mengakui isu-isu negatif yang dikaitkan dengan Umno adalah benar belaka. Tetapi kerana apa mereka masih kekal dengan Umno?

Mereka yang masih berada dalam Umno adalah kerana mengharapkan wang dengan mudah. Dan yang paling mudah ialah mereka dibeli untuk mengundi dalam pemilihan di peringkat cawangan, bahagian, dan di peringkat pusat.

Maka tak hairanlah mereka bertepuk tangan memberi semangat kepada Ali Rustam yang tak layak bertanding Timbalan Presiden. Langsung tidak ada wajah menyampah mereka kepada calun yang menggunakan wang dalam kempen. Yang marah-marah kepada calun menang yang dikatakan rasuah, hanyalah kerana calun sokongan mereka kalah. Bab rasuah, mereka sama-sama rasuah.

Mereka menjadi perwakilan memang berharap mahu dibeli. Apa yang kita nak harapkan makhluk ini dalam perjuangan politik negara. Fasal itulah nak jadi apa kepada bahasa dan budaya Melayu, perwakilan Umno tak kesah pun. Asalkan perutku penuh!!!

Wednesday, April 1, 2009

NAHATHIR NAK TURUN KEMPEN

Mahathir nak turun kempen untuk BN. Umno sudah suci semula selepas Pak Lah berhenti PM.

Betapa bencinya beliau kepada Pak Lah. Macamlah Najib lebih suci dari Pak Lah. Ha ha. Haru-haru.

EZAM MENJELMA DENGAN IMPIAN

Ezam muncul semula di Bukit Selambau. Nampaknya meriam buruk ini tetap akan digunakan setiap kali PRK. Oleh kerana lama sangat dalam tidur, maka dia telah bangkit bersama-sama dengan impian. Dan sudah pasti dengan impian Anwar!

Kotak sudah dibawa.

Surat lama sudah dibawa.

Tetapi kali ini impian pula - satu barang yang tak boleh ditunjuk dihadapan mata.

Impian 10 tahun dulu, mana ada orang pakai daa. Yang empunya impian pun dah bertukar impian ratusan kali.

Ilmu 10 tahun lalu pun orang tak pakai dah.

Talipon fesysen lama pun orang tak guna dah!

Apa punya out of date manusia bernama Ezam ini. Bangang tahap kepala lutut...