Thursday, February 27, 2014

AZMIN DAN SUARA KEADILAN

Betulkah Azmin menyaman akhbarnya sendiri - Suara Keadilan.

Jika betul, Azmin tidak bersifat terbuka dengan menjawab apa tuduhan artikel yang beliau tidak puas hati itu.

Jika Suara Keadilan tidak memberi peluang Azmin menjawab dalam akhbar tersebut, barulah wajar disaman.

Kita tunggu babak seterusnya.  Janganlah ini sebagai titik mula Azmin meninggalkan PKR!!!!!


Saturday, February 22, 2014

PAS: RAJIN BERMUSIM

Salah satu penyakit parti politik dan pemimpin parti politik ialah rajin bermusim.

Ketika tahun pemilihan pimpinan, samada peringkat kawasan/bahagian/cabang atau pusat, maka pelbagai program  dilakukukan, macam tak ada  hari lain hendak buat program.

Bagi calon pemimpin, peringkat pusat, jemputlah tengah malam pun ke program mereka akan hadir.  Tetapi selepas pemilihan, depa buat liat dan beri pelbagai alasan untuk melambat-lambatkan penerimaan pelawaaan mengisi program.

Jika orang bawah jumpa pemimpin macam ini, jangan undi mereka lagi pada masa akan datang. Biar padan muka mereka. Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak, kita pun tak teringin!!!


Wednesday, February 5, 2014

ANAK MUDA PAS: JANGAN PERASAN...

Selalu sangat kita dengar Pas memperbaharui ikrarnya bersama PKR dalam PR.  Dulu, mengatakan tak jadi UG dengan Umno.  Ketika menjelang muktamar, nak kaji semula gabungan dalam PR.  Semalam, Pas berkata akan membantu PKR dalam PRK Kajang.   Nampak sangat Pas sentiasa ragu-ragu dalam PR. Asyik-asyik terpaksa "mengucap" semula - akan bersama dengan PR.

Kekadang Pas semacam perasan. Perasan kuat sangat. Macamlah boleh menang pilihan raya jika seorang diri.  Ingatlah, Pas menang semula di Kelantan pada 1990  kerana sumbangan KU LI dengan Semangat 46nya . Pas menang di Terengganu pada 1999 kerana faktor emosi Melayu lantaran kes liwat Anwar. Pas menang banyak di Perak, Selangor, Johor, Kedah pada 2008 dan 2013 adalah kerana undi China yang menyampah dengan BN dan yakin dengan gabungan parti-parti dalam PR.

Untuk anak muda Pas, jangan berlagak dan takbur bila membuat kenyataan politik. Jangan perasan. Tolonglah analisa real politik masa dulu dan masa kini. Pas parti yang boleh 'bertahan" tetapi tidak mungkin maju ke hadapan tanpa bersahabat dan berkongsi kuasa dengan pihak lain. Takkan nak berkongsi kuasa dengan Umno pula!!!!!!!!!!!


Tuesday, February 4, 2014

PRK KAJANG: RAMAI SEKALI BERLAGAK PRESIDEN PAS

PRK kali ini di Kajang. Bagaimana ianya terjadi semua telah maklom. Tetapi yang paling penting, menjelang PRK ini, ramai sekali telah menjadi Presiden Pas. 

Tiba-tiba Ketua Pemuda Pas Selangor, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Malaysia dan bekas Ketua Pemuda Pas Pusat  berlagak macam Presiden Pas mempertikaikan strategi yang diambil oleh PKR  dalam isu politik di Selangor.

Pemimpin pertengahan Pas  di atas  berlagak macam Presiden Pas, mengecam PKR, rakan kongsi utama dalam PR. Depalah paling suci dan benar kononnya. Bertanya konon, tetapi cara bertanya, nampak akan keangkuhannya. Bikin malu Pas sahaja.